- Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia di tipu 1 bilion ringgit ?Jawabnya – tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah kerajaan
Cara Menipu Sama ,Cuma tidak ada perterjemah cun dari Mongolia
Langkah akhir Najib – dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib Razak telah menanda tangani perjanjian untuk membeli Eurokopter. Helikopter ini berharga 2 bilion ringgit. Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia di tipu 1 bilion ringgit ?
Jawabnya – tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah keajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu ialah kita semua.
Cara ‘menipu’ ini samalah seperti cara Najib Razak membeli jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Peranchis. Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual/beli. Ini kerana Razak Baginda penasihat politik Najib Razak sedang ditahan dalam penjara kerana dituduh terlibat membunuh Altantuya.
Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurokopter ini.
Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang ? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?
aku sumpah orang yang guna duit aku sabagai rakyat malaysia secara menipu supaya menjadi katak….
By: crowok on Oktober 28, 2008
at 11:49 pm