Posted by: pinkturtle2 | Oktober 30, 2008

PECAT SEGERA LIOW TIONG LAI

PECAT LIOW TIONG LAI

Dengan takzimnya di bawah ini saya siarkan kenyataan rasmi saya selaku Ketua Penerangan PERKASA mengenai apa yang dikatakan oleh Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Kenyataan ini telah direstui oleh YB Datuk Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA. – Ruhanie Ahmad

Kenyataan Akhbar
Datuk RuhanieAhmad
Ketua Penerangan PERKASA
Dikeluarkan Pada 29 Oktober 2008

Mutakhir ini terdapat beberapa pihak yang seolah-olah sengaja bertindak untuk memprovokasi kesabaran Bumiputera dan mempertikaikan semangat Fasal 152 dan Fasal 153 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Terbaru sekali, Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, telah dilaporkan oleh pelbagai media perdana pada 28 Oktober 2008, sebagai telah meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Liow juga dipetik sebagai berkata pada 27 Oktober 2008, bahawa “ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing.”

PERKASA amat kesal dengan kenyataan di atas. Ia adalah satu tindakan ekstrim oleh pihak yang seolah-olah buta sejarah, sengaja cuba memprovokasi perasaan Bumiputera seluruhnya, dan dengan terang-terang mempertikaikan Fasal-Fasal tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu juga hanya mencerminkan ketidakbijaksaan dan kedangkalan minda segelintir barisan kepimpinan baru MCA dalam memahami serta menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan, terutamanya yang termaktub dalam Fasal 152 dan Fasal 153.

Oleh itu, PERKASA memberi amaran keras kepada pemimpin MCA terbabit dan pihak-pihak lain yang kini cuba menyemarakkan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia pelbagai keturunan, agama, budaya dan latarbelakang ekonomi, supaya jangan ulangi apa jua kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dan ketahanan nasional.

PERKASA juga mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memecatkan Liow daripada kabinet negara dengan seberapa segera. Mana-mana individu yang tergamak mempersoalkan semangat Fasal 152 dan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan tidak layak dan tidak boleh diizinkan berada dalam Jemaah Menteri Malaysia. Liow juga wajar dikenakan tindakan ini kerana beliau juga telah meminggirkan nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai kontrak sosial yang terkandung dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.

Terima kasih.

Ruhanie Ahmad
Ketua Penerangan PERKASA


Responses

  1. Buat pi kot mana pon umno jadi lagi sonsang.Nak lingkup keistemewaan melayu cina buat hal.Nak lingkup cina plak takut hilang undi dan kuasa masa hadapan.MIC kata daiiiiiiii macha..hindraf apa macam…

    wa cakap lu olang sudah lingkup la.
    satu Umno dua MCA tIga MIC elok dah tu

    LIMAU PURUT TIGA SERANGKAI
    BUTA PERUT TARAK AKAI

  2. Pemimpin UMNO yang mendakwa pejuang Melayulah yang kena bertanggungjawab atas hilangnya pantang dan rasa hormat bangsa pendatang kepada Melayu sehingga mula berani tuntut itu dan ini bidas itu dan bidas ini. Kelobaan dan kerakusan pada kuasa dan perebutan jawatan parti punca rakyat hilang hormat, Cina dengan agendanya mula mencari ruang dan peluang….sedarlah wahai pimpinan UMNO, kelak kamu kena jual.

  3. Segala-galanya berpunca dari UMNO sendiri. Apa yang akan ditakuti ialah anak cucu kita yang nanti
    yang kehilangan segala-galanya. Entah-entah masa tu nanti akta pun dah tak ada.
    Saya rasa UMNO ni patut dibubarkan saja, tubuhkan satu parti yang bersih, tumpuan kepada
    agama, bangsa dan negara. Yang tak bersih tu
    yang kocek selalu isi duit anuuu tu buatlah parti
    UMNO dia sendiri.
    Selepas berita di radio nasional klasik, saya selalu ikuti lagU MALAYSIA BERJAYA, tapi disebaliknya sekarang MALAYSIA huru-hara.

  4. Saya balik cuti raya di kelantan. Saudara saya org kuat pemuda UMNO dengan angkuh beritahu saya dapat projek baik sekolah. Nilai projek RM1 juta (beberapa buah sekolah yang dia dapat). Katanya “Hadiah pilihanraya!” Saya terkebil-kebil. Kalah pun dapat projek.

    Inilah budaya UMNO tahi kuching yang pejuangkan 30 peratus bumiputra. Menteri lulus pembelian pada suku sakatnya saja – think thank pun dapat habuan (tubuh syarikat barang buatan luar negara tapi pakai orang tengah berunding).

    30 pratus dipertahankan kerana untuk perut UMNO yang kekah duit rakyat. Hendaknya meletuplah mereka yang makan duit haram tu.

    Hancur UMNO hancur!

  5. Hebatnya Ruhanie Ahmad bekas MP umno/BN ni. Jangan tak tahu pulak member kita ni tengah cari merit/sokongan nak bertanding jawatan dalam MT UMNO Mac nanti. Tu yang beriya sangat suruh pecat Tiong Lai!

    Selama inipun yang sapu projek, songlap projek, puak-puak spesies pemimpin umno lah! Bukan Melayu keseluruhan pun! Tak ada pemimpin umno cawangan/bahagian yang hidup sederhana atau miskin/melarat! Kalau yang ada jawatan di bahagian tu, levelnya memang jutawan. Maklumlah projek runding terus! Tak reti buat boleh alibabakan projek, ambil atas angin 20-30% untung/komisyen! Senangnya pemimpin umno buat business! Tak gitu Hisyamuddin!

  6. SEDARLAH ORANG MELAYU,NEGARA SEDANG HURU HARA ,TAKUT ISU INI DI JADI KAN BATU LONCATAN UNTUK NEGARA CINA DAN INDIA UNTUK MENCAMPURI HAL EHWAL DALAM NEGARA KITA………..KENA BERJAGA JAGA,KALAU TIDAK PARAH KITA .MEREKA INI GERGASI DUNIA……………………

  7. Tiong Lai cuba menangguk di air yang keruh!!! Ayuh bangsa melayu semua bangkit kita hapuskan CINA yang macam ni!!! buang jauh2 dari bumi Malaysia…Umno,Pas,PKR harus sama2 bangkit untuk hancurkan CINA yang macam ni…CINA yang macam ni memang kurang ajar!!!dasar tak kenang budi!!! memang CINA kat Malaysia di dah mula besar kepala!!!

  8. suruh pak menteri2 dan pecacai2 umno pi fight dulu.Kalau saya ..bagi mampuih umno dan pecacai dia dulu baru yg. lain plak.

  9. aku heran… dulu umno kata dap & pas dlm pakatan rakyat ibarat tidur sebantal mimpi lain2… tapi kini… apa sudah jadi dgn bn? umno dgn mca dah nak jadi macam anjing dgn kucing… asyik menyalak & mengeow… agaknya bn betul2 nak bee end…

  10. aku rasa 30% ekuiti bumiputera tu 100% lepas ke tengolok umno…ko orang kira berapa ribu MP, MT, Ketua Bahagian, Ketua cawangan cuba kira brapa ribu orang..hah puak2 tu la 30% melayu yg dapat keuntungan tu…kalau tak cukup kena tambah anak beranak..sedara mara..rakan taulan..pegampu pegampu..jadi cukuplah ekuiti 30% tu….

  11. mca mmg dah reform untuk menyalak bagi kepentingan cina malaysia.. umno dok sibuk meruntuh sesama sendiri.. kesimpulan; melayu dah tak boleh bergantung pada tikus2 lapar yang sedang baiki labu nih!! alternatif?? tepuk dada tanya selera..

  12. ….padan muka aku!!!!

  13. Kalau nama cina tu cina jugalah, kalau nama India tu India jugalah,jangan percaya satu sen pun sebab tu saya tak suka PKR sebab mereka parti semua kaum, kita orang melayu dah berpecah tiga,dan sekarang dah masuk empat,UMNO,PKR,PAS sekarang terbaru DAP pun dah ada melayu. kononnya parti pelbagai kaum pigidahhhhh, melayu saja yang cakap macam tu,tengok lah Tian Chua beria-iya nak tukar kerajaan sebab dia boleh jadi Timbalan Perdana Menteri. Semuanya sama saja UMNO,PKR,PAS,patut dihapuskan dan tubuhkan parti melayu baru baru boleh aman, Hidup melayu

  14. si bodoh umno, dulu masa Khalid Ibrahim cakap sikit pasak kuota Uitm 10% bukan main menyalak macam anjing lapar…nah,sekarang MCA,MIC dah buka gelanggang…apsal macam laki dah kena nasik kangkang???menyalak ler!!!

  15. setuju dengan elnino.
    tu la pasal msa budak uitm demo pasal 10% tu adalah atas arahan tok misai, bos iutm, tapi semua yang sertai demo tu adalah bodoh dan bangan sekali, tapi bila cina sebut hapus 30% tak ada apa demo pulak. Cuma lihat bila najib kata deb boleh di hapus bila melayu sudah mampu bersaing hingga ke peringkat glokal, tak ada apa pun . Tapi kalau ayat tersebut keluar dari mulut PAS atau PKR, gegak gempita la pemimpin umno bodoh bercakap

  16. UMNO MIESTI SEDAR DIRI….BARU UMPHH NOO

  17. minta admin promote link debatpolitik.com saluran debat secara hujjah melawan hujjah. no moderator!

  18. Kesian dengan budak2 UITM yang berdemo tempoh hari, betul2 diperlembukan oleh Ibrahim Abu Shah NC yang bercita-cita nak jadi menteri. Bila Najib cakap hapuskan DEB perlahan-lahan, terkedu bisu Ibrahim misai. Tu lah jawatan NC, tapi otak 100% professor kangkung/tak ada akal!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: