Posted by: pinkturtle2 | Oktober 30, 2008

Gempa bumi buruk kali kedua di Quetta

QUETTA, Pakistan 29 Okt. – Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda bandar ini hari ini, merupakan bencana kedua terburuk di Pakistan, selepas gempa berukuran 7.6 pada skala Richter yang mengorbankan hampir 80,000 orang pada Oktober 2005.

Bandar ini juga pernah digegar gempa bumi kuat pada 1935 ketika masih di bawah pemerintahan British-India, menyebabkan kira-kira 30,000 orang terbunuh.

Dalam kejadian kali ini, lebih 160 penduduk terkorban, berpuluh-puluh lagi cedera dan lebih 15,000 lagi hilang tempat tinggal.

Gempa itu turut menyebabkan tanah runtuh memusnahkan kira-kira 1,500 buah rumah, jalan raya rosak teruk, dan cuaca begitu sejuk.

Pasukan penyelamat setakat ini berjaya mengeluarkan 160 mayat daripada runtuhan beratur-ratus buah rumah di daerah Ziarat, yang mempunyai penduduk kira-kira 50,000 orang, daerah yang paling teruk dilanda gempa.

Institut Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, pusat gempa terletak di daerah Ziarat, kira-kira 70 kilometer ke utara Quetta di wilayah Baluchistan berhampiran sempadan Afghanistan.

Sebanyak 18 gempa susulan berlaku di wilayah terbabit dan ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.

“Banyak perkampungan ranap. Anda tidak melihat ada rumah yang masih berdiri.

“Kemusnahan berlaku di mana-mana,” kata Abdul Rahim Ziyawal, seorang pekerja penyelamat di Kampung Wam, antara kawasan paling teruk dilanda gempa itu.

Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya lapan kampung terutama di kawasan terpencil, rosak teruk selepas dilanda gempa tersebut.

Pihak tentera Pakistan telah mengerah 250 anggota dan dua helikopter bagi membantu usaha mencari dan menyelamat.

http://www.utusan.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: