Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2008

Norman Hakim Ditangkap Khalwat

dia ditangkap berkhalwat bersama pelakon baru, Memey Suhaiza awal pagi semalam.

dia ditangkap berkhalwat bersama pelakon baru, Memey Suhaiza awal pagi semalam.Mereka ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang dekat ini, sekitar pukul 3 pagi.Pasangan itu dijangka dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Januari depan.

Ditangkap khalwat di pejabat, Norman percaya disabotaj

PETALING JAYA: Belum pun lagi reda isu tentang pergolakan rumah tangga yang dibina lebih enam tahun lalu bersama aktres dan bekas penyanyi, Abby Abadi, Norman Hakim (gambar) berhadapan dengan kontroversi baru – kali ini dia ditangkap berkhalwat bersama pelakon baru, Memey Suhaiza awal pagi semalam.

Mereka ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang dekat ini, sekitar pukul 3 pagi.

Pasangan itu dijangka dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Januari depan.

MEMEY SUHAIZA

Ketua Penguat Kuasa JAIS Daerah Gombak, Khairul Hazri Sulaiman berkata, pihaknya menjalankan operasi sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 2.30 pagi.

Mereka dibebaskan selepas siasatan selesai kira-kira pukul 4 pagi.

Kata beliau, pihaknya mengetuk pintu kira-kira setengah jam tetapi apabila tiada respons, mereka bercadang untuk masuk dengan memecahkan pintu.

“Belum sempat memecahkan pintu, abang Norman tiba (di kawasan pejabat Norman),” kata beliau.

mStar Online difahamkan kedua-dua mereka berpakaian lengkap ketika serbuan dilakukan dan telah dibawa ke Balai Polis Melawati untuk disoal siasat.

NORMAN TIDAK NAFI

Dalam pada itu, Norman, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas ketika dihubungi mStar Online, tidak menafikan kejadian tersebut.

Namun, secara tegas dia berkata: “Cuma di sini saya ingin perjelaskan hal yang sebenarnya. Sekitar pukul 10 malam, saya dan empat lagi pekerja saya mengadakan mesyuarat di pejabat saya.”

“Memey juga adalah salah seorang yang sertai mesyuarat ini kerana sejak Ogos lalu, dia banyak membantu dari segi pengurusan setelah pekerja am saya berhenti,” katanya lagi.

Kemudian sekitar pukul 12 tengah malam, jelas Norman, dia keluar meneruskan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya dan pulang semula ke pejabat sekitar 1 pagi.

“Saya terus ke tingkat dua pejabat saya manakala Memey pula berada di tingkat 1 dan saya dapati, salah seorang staf pengurusan, Natalie juga sudah pulang dan hanya tinggal Memey di situ,” katanya.

Kata Norman, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi bising di tingkat bawah.

“Hanya selepas seketika baru saya turun dan dapati JAIS memang sudah berada di situ.

“Malah, abang saya juga tiba di pejabat setelah dia menerima panggilan daripada Memey yang menghubunginya kerana terdengar bunyi bising di luar pejabat,” katanya.

Oleh itu, katanya, dia tidak tahu bagaimana perkara tersebut boleh berlaku kerana memang tidak menyangka sama sekali.

“JAIS kata mereka menerima aduan yang kami berada dalam keadaan mencurigakan sedangkan saya dan Memey berada di tingkat pejabat yang berbeza.

NORMAN DAKWA DISABOTAJ

“Saya tidak tahu siapa yang membuat aduan seperti itu kepada JAIS… mungkin juga ada orang nak sabotaj, entahlah kerana saya sendiri masih bingung.

“Apa yang pasti, saya tetap berikan kerjasama dengan pihak JAIS dan pihak polis Melawati selepas itu. Memang saya pertikaikan juga tindakan mereka itu pada awalnya, tetapi tidak guna bergaduh kerana walau apapun, saya kena ikut prosedur yang mereka tetapkan,” kata Norman.

Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia sudah menjelaskan hal yang sebenar kepada isterinya, Abby.

Sebagai suami, kata Norman, dia akui perkara itu pastinya sukar diterima oleh isterinya.

Tetapi, tegas Norman, seboleh mungkin, dia tidak mahu kejadian itu menjejaskan lagi rumah tangga mereka memandangkan masalah keluarganya sudah heboh diperkatakan baru-baru ini.

MASALAH RUMAH TANGGA

Awal minggu ini, Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya minggu lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Hari Raya pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.

Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey yang popular dengan drama bersiri Mahsuri.

Pasangan ini juga sebelum ini pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian.

REAKSI ISTERI NORMAN

Mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Abby ekoran insiden ditangkap khalwat, kata Norman, dia lebih senang perkara itu diselesaikan antara mereka sahaja.

“Saya tidak sempat menghubunginya pada masa kejadian, tetapi pagi tadi saya sudah berjumpa dengannya dan jelaskan sendiri perkara sebenar. Ya, memang ada sedikit ketegangan, tetapi perkara itu boleh diselesaikan. Saya perlu lebih masa untuk meyakinkannya,” kata Norman.

Berbeza dengan kenyataan Norman yang sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka, Abby yang dihubungi kemudiannya memberikan reaksi berbeza apabila diminta komennya tentang kejadian yang berlaku.

“Umum sedia maklum bahawa hubungan kami sememangnya sedang dilanda krisis… malah sebelum kejadian ini berlaku pun. Saya tidak tahu bagaimana untuk respons kepada pertanyaan seperti ini. Saya anggap kes ini adalah jawapan kepada masalah pergolakan rumah tangga kami selama ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tergamam bila mendapat tahu tentang kes ini. Tetapi saya tidak menangis. Dia ada datang berjumpa dengan saya tadi, tetapi apa saja alasan dia, orang tetap akan nampak dia yang bersalah,” kata Abby dalam nada sugul.

Ditanya sama ada insiden ini akan menjejaskan lagi hubungan mereka suami isteri itu, Abby menjawab:

“Ya, ia akan bertambah teruk. Saya sebenarnya sudah putus asa. Sudah lama saya rasa hati dan perasaan saya tidak dijaga.

“Apa yang saya tanggung selama ini, sudah tidak mampu diluahkan lagi. Biarlah apa saja kenyataan yang dikeluarkannya, saya mempunyai kenyataan saya sendiri.

“Apa yang saya harap, saya cuma berdoa agar Allah lembutkan hati saya agar memaafkannya. Itu saja,” kata Abby.

MEMEY ENGGAN ULAS LANJUT

Sementara itu, Memey yang dihubungi enggan mengulas lanjut tentang kejadian tersebut.

Menerusi SMS, pelakon muda itu berkata: “Saya minta maaf, saya hanya perlukan ruang buat masa ini untuk menenangkan fikiran saya.

“Insya-Allah, jika saya sudah bersedia nanti, saya akan jelaskan semuanya.”

http://www1.mstar.com.my

Kes khalwat: Memey tidak sedar Norman berada di pejabat ketika serbuan

Kemaskini 31/10/2008 4:36pm

PETALING JAYA: “Saya tidak sedar Norman pulang ke pejabat pada waktu itu. Apa yang saya tahu, setelah serbuan dibuat, barulah saya sedar Norman berada di aras dua pejabat itu,” luah pelakon muda, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berhubung kes ditangkap khalwat bersama aktor dan suami kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Norman Hakim.

Pelakon dan model berusia 20 tahun itu yang enggan memberikan sebarang komen semalam bagaimanapun hari ini tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah dia dan Norman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi semalam.

Pasangan itu dijangka dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Januari depan.

Dalam nada sugul, Memey menceritakan insiden itu sama sekali tidak disangka akan terjadi kepada dirinya yang ketika ini baru saja merangkak untuk mengukir nama di dalam bidang lakonan.

“Setelah mesyuarat selesai kira-kira jam 12 malam, Norman keluar dan saya bersama beberapa lagi staf yang lain masih berada di pejabat. Kemudian seorang demi seorang pulang dan akhirnya tinggal saya saja di aras satu pejabat itu kerana saya perlu menyiapkan sedikit lagi urusan lain.

“Sehinggalah saya terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu, tetapi saya tidak berani untuk keluar lihat. Akhirnya saya hubungi abang Norman, Sophee dan lebih kurang setengah jam selepas itu dia sampai di pejabat.

Memey sanggup berdepan dengan Abby untuk menjelaskan perkara sebenar

“Barulah saya sedar yang pejabat itu telah diserbu oleh JAIS dan Norman berada di aras dua. Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku dan saya akui, sehingga hari ini saya masih lagi bingung.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen semalam, bukan kerana ingin menyembunyikan diri, tetapi saya perlu ruang untuk menenangkan fikiran.

“Alhamdulillah, setelah mendapat sokongan daripada ibu dan ahli keluarga semua, barusaya rasa saya mampu untuk berdepan dengan pihak media. Malah, ibulah orang pertama yang saya hubungi sebaik ditahan JAIS,” kata gadis yang dibesarkan di sebuah felda di Kota Tinggi, Johor ini.

Jelas pelakon yang popular menerusi beberapa buah drama seperti Graduan, Farah Syakirah dan Mahsuri ini, dia menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran buatdirinya.

Namun, Memey tidak nafikan perasaan gusar sentiasa menyelubunginya apatah lagi bila memikirkan perasaan isteri Norman, Abby, yang pastinya terguris ekoran kejadian itu.

Lebih memburukkan keadaan, Memey juga sebelum ini dicop menjadi ‘orang ketiga’ di dalam rumahtangga pasangan itu yang kini dikatakan sedang bergolak, malah sebelum berlakunya insiden itu lagi.

Gosip tentang hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun ini apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.

Sehinggalah baru-baru ini apabila khabar angin mengatakan Norman sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand dan wanita itu dikatakan adalah Memey.

Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.

“Saya tidak harap orang akan faham masalah saya, tetapi cuba letak diri anda di tempatsaya sekarang, apa yang akan anda buat? Berkali-kali saya menafikan yang saya mempunyai hubungan lebih dari seorang sahabat dengan Norman, tetapi dengan apa yang baru terjadi ini, saya tahu orang akan cakap macam-macam pada saya.

“Saya tidak mampu buat apa-apa. Saya sedar, orang akan salahkan saya sebagai perampas mahupun punca pergolakan rumahtangga mereka. Saya hanya berharap saya mampu lakukan yang terbaik untuk membersihkan nama saya.

“Sejak semalam, saya asyik memikirkan bagaimana penerimaan ramai terhadap diri saya selepas ini. Saya amat takut jika kes ini akan turut menjejaskan karier saya.

“Tetapi setakat ini saya bersyukur, stesen televisyen dan pihak produksi drama yang saya terlibat tidak berhasrat untuk ‘gam’ saya atau sebagainya setelah saya hubungi mereka semalam,” kata anak saudara kepada pelakon dan penerbit drama, Darling Ngasri ini.

Ditanya sama ada dia akan berdepan sendiri dengan Abby untuk menjelaskan hal yang sebenar, Memey berkata:

“Saya tiada masalah untuk bersemuka dengannya. Kalau inilah satu-satunya cara boleh jernihkan semula keadaan, saya akan buat. Saya faham buat masa ini, emosi Abby pasti tidak menentu. Masalah sebelum ini pun belum selesai, ditambah pula dengan kes baru.

“Seboleh mungkin, saya akan cuba selesaikan masalah ini. Norman ada juga menghubungi saya semalam dan kami berbincang bagaimana untuk membersihkan nama masing-masing.

“Saya tidak marah jika Abby rasa terguris dengan saya kerana saya faham perasaan yangsedang dia alami,” kata Memey.

Menurut Memey, sewaktu gosip hubungannya bersama Norman bertiup kencang sekitar awaltahun ini, dia sendiri pernah menghubungi Abby dan menjelaskan khabar angin tersebuttidak benar.

“Ketika itu, Abby menerima penjelasan saya. Tetapi, sekarang ini, saya tidak tahu macam mana,” tutur Memey yang ketika ini sedang sibuk di penggambaran drama Bara Ku Genggam untuk siaran RTM.

http://www1.mstar.com.my

Advertisements

Responses

  1. abby sabarlah jangan melatah.bagi norman fahamilah hati budi isteri kamu yang memberi 3 zuriat kepada kamu.berilah kasih sayang sepenuhnya kepada abby dan anak2.pada abby dan norman anak2 itu adalah permata buah hati kamu berdua.biarlah badai berlalu semoga kiambang bertaut kembali.

  2. buruknya memey …. nih gambar memey INDON … tapi bukan MEMEY nih … tapi kalo jadi betul betul … same jerr MEMEY INDON ngan MEMEY nih

  3. wahai memey, janganlah tunggu2, jelaskanlah keadaan sebenarnya kalau tak ada apa2, jangan meruntuh rumahtangga orang, Allah melaknat perbuatan itu.

  4. oiii..memey ko nih dah kurang jantan ke kat m’sia…bangla, vietnam, nepal ramai yang tersadai kat KLCC tu. Ni laki orang gak ko nak kebas. Anak dara pagi2 buta tak elok kat luar berdua2an, walau pun lain aras..boleh menimbulkan fitnah. Guna otak sket.

    Norman lak..apa kejadahnya ko pagi2 buta dengan anak dara orang kat pejabat tu. Tak leh pikir ke leh tmbul fitnah. Guna akal sket laa nak buat apa2 tindakan.

    Skrg ko rasalah penangan korang bdua. 2-3 hari lepas bukan main mnafikan dalam paper…kami takada apa2 laa.. Cakap sebab saya anak dara yang lain pelakon tu dah berkeluarga..tapi berdua dalam opis, apa lak statement korang nak bagi…jawab..jawab Memey. Tau ko takut..tak berani la tu.

    Tak ada angin masakan pokok bergoyang la…dah kena tangkap pun leh nak berdolak dalik lg. Jap kata aras lain laa…iskkk. Nak aja aku hempuk dorang bdua nih.

    Untuk Abby, sabo banyak2…Allah akan tunjuk pkara yang tak betul tu…biar Norman pandai putar belit. Allah akan berpihak ditempat yang benar. Kita tengok ‘lakonan’ Norman dan Memey. Dah ada anak, isteri still cari masalah…hah skrg ko tanggung la malu sdiri…:)

  5. Kenapalah kau orang perempuan nak marah marah kat memey ni, kalu tepuk sebelah tangan tak kan ada bunyi, lain lah kalu tepuk atas dahi. Kan malaysia ni negara sumpah, sumpah je selesai semua masalah. Tak ada buat apa apa pun pukul 2.30 pagi cuma sembang kosong je…. Tak ada maa. He…..heee…..heeeeeeeeee.

  6. […] Norman Hakim Ditangkap Khalwat « Pinkturtle Mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Abby ekoran insiden ditangkap khalwat , kata Norman, dia lebih senang perkara itu diselesaikan antara mereka … […]

  7. satu hal, si memey tu mustahak sangat ke ada dlm pejabat tu tengah2 malam..bincang pasal apa, baru naik je pandai sangat ke..kesian abby, tabahkan hati.aku tak salahkan jantan, yang b
    betina kena jaga diri sendiri beb..

  8. aku fikir2 balik2 memang tak ada sebab yang mustahak sangat si memek tu berada dalam ofis norman!
    tak ada alibi, tolong masa lain boleh, bukan
    sampai tengah malam!..koporat sangat ke..
    melainkan ada udang disebalik batu..

  9. astagfirullahalaziim,
    teman rasa abby usah bg peluang lg kat norman tu. ari tu dah bg chance, ni dah confirm.. ape ke jadahnya pkl 3 pg dok kat situ. Kalu teman hee selesai. Syg anak konon.. usah percaya yg tak blk umah tu krn syg sgt la tu.. Baik pnya bapa..Takkan nak tambah lg…
    Abby make a good decision… Sekali dah dua kali dah ni … takkan nak tunggu lg.. Sayonara je.!

  10. hai norman dulu ku anggap kau lelaki macho yang akan membahagiakan abby..megapa memberi ruang yang membolehkan fitnah itu datang.begitu kecewa hati seorang isteri.
    abby..banyak kan bersabar dan tenangkan diri.sudah pasti semua hati isteri akan terguris seandainya berita sebegitu terjadi..moga kebahgiaan akan selalu bersama kalian berdua.
    wahai memey..berusaha lah menjadi seorang yang boleh dibanggakan..bakat yang ada jangan lah dikotori dengan gosip sebegini..jauhi lah sesuatu yang boleh memberi ruang berlakunya perkara sebegini

    moga abby dan norman kekal keakhirnya.anda berdua adalah pasangan yang begitu serasi.sejuk mata memandang bila kemesraan ada antara kalian.
    rasa sungguh terkilan ada pihak yang mengganggu kebahgiaan kalian.

  11. kepada si Norman,kalau kau dah tak nak kat Abby tak apa, aku sedia menggantikan tempat kau…lagipun aku tengok si Abby ni masih bergetah jika nak di bandingkan dgn hantu memek tu!!! kalau abby tengok aku confirm dia nak!!!

  12. aku pun nak kalau norman dah xmau kat abby tu…hehehehehe….aku minat masa dia kat roda impian lagi…..apa macam norman? jadi ke tak nak lepaskan abby tu….aku dah ready ni….

  13. […] Norman Hakim Ditangkap Khalwat Ditangkap khalwat di pejabat, Norman percaya disabotaj PETALING JAYA: Belum pun lagi reda isu tentang pergolakan […] […]

  14. Alah,artis zaman skrg ni suma sama.nak tunjuk alimlah konon tp kat belakang Nauzibillah!! mmg anak2 dara zaman skrg tak tau malu.laki org pun durang naik goda sebab jantan2 yg tinggal suma poyo. tgk je anak dara yg lain lari ke Lombok.

  15. Artis sekarang macam dah biasa hidup kawen cerai… macam dah habit semulajadi setiap artis plak tu….
    bila dah janda lagi lah laku di sambar dato’… datin plak menjeling macam nak juling bijik mata….
    yang syok nyerrrr, baru jer jadi janda… terus dapat gelaran datin… kan tu nama nyer rezeki….
    aku pun nak jadik artis kalu gitu

    tak per lah kak abby, pempuan boleh hidup berdikari tanpa lelaki perrr???

  16. pastikan para artis tunjukan teladan yang baik pada para peminat.

  17. oit.. memek, napo la ekau ni gatal na ni?? tak do bondo laen ko ekau nk buek selaen dok menggatal dgn laki org.. hee… den goram betul pompuan cam ko ni… cubo la ekau pk skit hati dan perasaan kaum pompuan.. tak tau la den nk koba macam mano… nak koba ekau ni betino cam tak baek la pulak.. tp ekau bawak2 la bertaubat.. jangan la terlalu pk kn hati sendiri yo.. tp tak adil lak kalu den tak komen pasal si norman.. bini punyo la cantik camtu.. ank pun dio dh kc tigo kek kau tp ekau nk yang laen jgk.. nk jgk yg berhingus lae.. apo la ko jang oi.. abang den ni ha punyo la minat habis kat bini ko tu tp cano lak ko leh carik laen.. bini ko si abby tu (mintak maaf la ye memek kalau ekau teghaso dongan den ni ha) berjuta2 kali lobih sempurna di mato den.. dan jugak kek mato abang den.. ok la.. den dh tak tau nk ckp apo lae.. mintak maap la kalau terkasar bahaso..

  18. buat abby… bawa bersabar. Moga diberikan ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran rumahtangga.

  19. menatang memek yang tak tahu malu….perempuan sundal yang tak bermaruah…wei..mak bapak ko tak ajar ke tentang hukum hakam dalam islam…ko ni kan perempuan jenis apa hah…nak aku ketuk je muka taik ko tu…muka cam ko tu…tak alwa langsung…lawa lagi nenek aku kat kg….to abby….kami sokong apa jua tindakan abby,sabarlah sayang semoga Allah berikan yang terbaik untuk hidup mu….jgn bagi muka lagi kat norman hakim yang tak reti bersyukur itu..lantaklah 2 ekor tu nak g mampus kat mana pun…abby semoga tabah hadapi ujian getir ini…

  20. Cite dia camni,
    Aku tuka name jela,kang kene saman lak.

    Tengah2 syok “ehem”,maka siti pun terdengar pintu diketuk,ahmad pun pegi cek,diorg kata diorg JAIS,ahmad pn takut,lari naik atas,suh siti pakai baju,ahmad pun pakai baju.Pastu cuak,maka ahmad pun call abang dia,suh abang dia datang,buat2 macam ada “meeting”,so takdela org nak syak apa2.ahmad pun suh siti duk tingkat bawah,so papahal,boleh elak khalwat kan…so ahmad pun cite plan dia kat siti

    “camni,saya suruh abang saya datang,awak turun bawah,kita cakap kat JAIS,kita dari tadi ada meeting,dan abang saya baru datang,nak join meeting”siti pun angguk2 tanda paham.

    Pastu diorg lepak je dalam opis,takmo buka pintu,abang dia pun punyela bergegas datang,sekali bila jais tanya”kau buat apa sini?”,dia pun reply,”tadi siti call saya,dia kata ada bunyi bising”(yang kelakanya siti tak call la plak ahmad yang ada kat atas je???LOL).

    So JAIS pun jumpe siti kat bawah berpakain lengkap,pastu ahmad kat atas dgr,ahmad pun lari masuk “bilik kecil”,NYURUK.Sebab mase dia berlakun GERAK KHAS,agaknya kalau polis serang,penyamun nyuruk,polis tak nampak,penyamun selamat.

    SO,dah takde idea,ahmad pun fikir,haaa..dia dapat satu idea,papahal,kalau lain aras,aku leh komen tu buka khalwat….dia go on with it.Pastu untuk kukuhkan lagi,dia cakap la dia di sabotaj.stended human thinking

    aku bajet semua leh tahu …. typical male.

  21. komen aku kat atas,fikir camni jelah.

    1. Bunyi bising,tanak buka pintu,takut apa kalau dah tahu JAIS?
    2.Kenapa abang ahmad datang?Logik ke sebab siti call instead of abang ahmad suh siti refer pada ahmad
    3.Kenapa siti call abang ahmad instead of Ahmad?
    4.Meeting dah habis,ko buat amende kat opis?balik la,tido,rehat.
    5.Semua dah planned,dari segi ahmad suh abang dia datang,suh siti buat sekian2,nyuruk dan duduk aras berbeza.
    6.Bunyibising,mungkin perompak,berani plak abang dia datang sorang????wow!
    7.30 minit ketuk pintu,langsung siti tak panggil ahmad…ahmad lock pintu n dengar headphone to the max ke??? atau siti tatau ahmad ada atas?mustahil,siti ada kunci opis ke nak tutup kalau dia balik as last person?????
    8.Ko nak nyuruk dalam bilik kecil buat apa???

    banyak lagi lelain,pk sendiri lah.bak kata lain,orang nak naku ke berak tepi jalan,kalau takde saksi?mana ada……

  22. hurmmm…
    saya pun tak faham keadaan artis2 sekarang ni..
    apelah yang sebenarnye yang diaorg nk…kebnykan artis sekarang ni yang diaorang thu,berkawin,pas tuh,cerai….tunjuk lah contoh yang lebih baik lagi kepada pemint anda semua ni…
    ni,kalau dlm drama bkn main lagi baik,tp kat luar,hampeh….

    lelaki,mmg mcm tuh..
    tak cukup dgn sorang pompuan..

    memang aku rase macam nak muntah jerk tgk si memey tuh…
    baru nak naik glamour,dah buat pasal..

    knp??
    ganggu suami orang??

    dah tak laku lagi ker??
    hahahhahaa…

    @!##&%^#%..
    arggghhh….
    benci aku dibuatnyer!!!!

  23. oiii….da xde lelaki bujang ke kat dunia ni memey..
    yg u nk rampas suami orang tu pa hal??
    oii..norman..
    ada isteri tp nk gatal2 lg ke??
    u fkr awak tu hensem sgt ke?
    tolong sikit ye..u jan nk perasan hensem sna ye..
    nk muntah aku tngok u tau..
    p mampus la….

  24. heh….soal habit artis kahwin cerai x timbul..bukan artis jer kahwin n berumahtangga bole jadi gak kat owang besa cam kiter nik!!!,yang jadi masalah ner cam ne…

    1)abby time tu tengah sarat mengandung,c normah da jrg balik uma,mcm mana cbuk pun x kan x tdo kat uma???

    2)Normah nioe pun da “GATAL” sgt…da sakit kepala die….kdg ada lelaki nie bila bini mengandung x da selera atau trus mengatal dgn pmpuan lain…

    3)c memey nie pulak,mentang2 c Norman da “GATAL” sgt2….trus amik kesempatan nak rasa jgk yg sedap2 cm dah biasa jgk dia ni..maybe la kot?????..maybe sama2 da banjir cucuk jer lah…

    terckp semua nieee bab mrh dengan pengacau rumahtangga orang nie…

    #tgk lah lau ko terkahwin dgn norman nie ko akan dihargai ka?tentu ko akan rasa gak karmanya nanti MEMEY…masa fit sedap lah n disayang2…bila ko da beranak pinak masih norman rase sedap ker..mesti ko kena selingkuh gak 2..memang kan dasar lelaki gatal memang cam tu….

    KARMA AKAN KO RASA GAK TU NANTI ,DA BUAT NA K BERDALIK LG…//KO 2 BAGUS ALAU VIRGIN JGK MEMEY????PPPHHHUUUIIIII…………

  25. Ingin membuat aduan berkenaan kes khalwat ?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: