Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2008

Nasib Abdul Razak, Azilah, Sirul Azhar Diketahui Sebentar Lagi

NASIB ketiga-tiga tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda bakal diketahui hari ini. - fotoBERNAMA

NASIB ketiga-tiga tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda bakal diketahui hari ini. - fotoBERNAMA

Mahkamah bersidang, kes liwat Anwar, bunuh Altantuya jadi tumpuan

[DIKEMAS KINI, 9.30 pagi] KUALA LUMPUR: Pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di ibu negara dan Shah Alam, Selangor menjadi tumpuan orang ramai sejak awal pagi ini untuk mengikuti perkembangan kes berprofil tinggi – melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Tinjauan mStar Onlinedi kawasan pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati orang ramai termasuk saudara-mara tertuduh kes pembunuhan Altantuya sudah mula berkumpul sejak 7.30 pagi.

Begitu juga di kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Bapa Altantuya turut hadir, kira-kira pukul 8.50 pagi.

Berbanding di Shah Alam, bilangan orang yang mula berhimpun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sejak 7.30 pagi tadi tidak ramai berbanding ketika Ogos lalu.

Anwar tiba di kawasan mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan diiringi peguam Sankara Nair.

Turut hadir untuk mengikuti kes Anwar ialah bekas penulisan ucapan beliau. Dr. Munawar Anees.

Semalam Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Munawar agar mahkamah menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya serta menyerahkan rayuan itu ke Mahkamah Tinggi bagi membolehkannya dihujah berdasarkan merit.

Pihak keselamatan mula membenarkan wartawan masuk ke kamar mahkamah sejak pukul 8.30 pagi di kedua-dua lokasi – di Jalana Duta, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Di Shah Alam, Mazlinda Makhzan – isteri Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh, tiba kira-kira 8.55 pagi dan disusuli Razak lima minit kemudian.

Apabila tiba di kawasan mahkamah, Mazlinda terus memeluk Razak dan menangis.

Keluarga tunang seorang lagi tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri tiba pukul 7.15 pagi.

Bagi kes pembunuhan Altantuya, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin dijadual menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan tersebut iaitu sama ada ketiga-tiga tertuduh perlu dipanggil untuk membela diri ataupun sebaliknya.

Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar (keduaduanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai.

Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babakbabak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding.

Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lalu.

Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dilepas dan dibebaskan.

Sementara itu, perbicaraan kes Anwar yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.

Perbicaraan kes liwat Anwar masih berasa di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.

http://www1.mstar.com.my

Nasib Abdul Razak, Azilah, Sirul Azhar diketahui sebentar lagi

31/10/2008 9:50am

Abdul Razak Baginda, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar di bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mendengar keputusan perbicaraan kes pembunuhan wanita Monggolia, Althantuya Shaaribbu samada dibebaskan atau di panggil untuk membela diri di Mahkamah Tinggi Shah Alam


SHAH ALAM 31 Okt. – Nasib penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sama ada akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu dua tahun lalu akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini pagi ini.

Keputusan itu akan dibacakan oleh Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin sebaik sahaja Abdul Razak, 48, bersama Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, tiba di mahkamah untuk menghadiri prosiding perbicaraan.

Ketiga-tiga tertuduh masuk ke bilik mahkamah pada pukul 9.02 pagi ini.

Abdul Razak dilihat memeluk anak perempuan tunggalnya, Rowena, 21, dan isterinya, Mazlinda Makhzan.

Kedua ibu bapa dan ahli keluarga terdekat Abdul Razak turut hadir.

Azilah pula dilihat berbual dengan teman wanitanya, Nor Azilah Baharuddin yang sering hadir mengikuti perbicaraan kes itu bersama ibunya.

Ahli keluarga Sirul Azhar tidak dapat dipastikan sama ada hadir atau tidak kerana sepanjang perbicaraan, tertuduh kedua itu jarang dilihat dihampiri oleh keluarganya.

Sirul Azhar sebelum ini pernah memberitahu wartawan, dia telah berpesan kepada keluarganya agar tidak menghampirinya bagi mengelakkan mereka dikenali oleh media.

Turut kelihatan ialah bapa altantuya, setev Shaaribuu yang ditemani oleh Konsul Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi serta Duta Mongloia di Thailand, Siikhuu Sainbileg.

Suasana di mahkamah juga tidak kurang menarik apabila para wartawan daripada akhbar tempatan mahupun agensi berita asing mula tiba di mahkamah seawal pukul 5.20 pagi.

Seperti pada peringkat awal perbicaraan, pihak polis turut melakukan kawalan ketat apabila pihak media diminta mendaftarkan diri dan mengambil pas sebelum dibenarkan masuk ke bilik mahkamah.

Dengan jumlah wartawan yang membuat liputan, ditambah dengan ahli keluarga dan sahabat handai tiga tertuduh, galeri awam bilik mahkamah di tingkat empat Kompleks Mahkamah di sini boleh digambarkan penuh sesak.

Dalam keadaan sedemikian, Hakim Mohd. Zaki dijangka membacakan keputusannya pada pukul 9.30 pagi ini.

http://www.utusan.com.my

Siapakah gerangan pemimpin yang bersama Altantunya di Paris ini???

Siapakah gerangan pemimpin yang bersama Altantunya di Paris ini???

Apakah Keputusan Kes Altantunya Mengundang Seribu Persoalan !!

Keputusan kes perbicaraan pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu nampaknya akan diumumkann hari ini. Maka hebohlah seluruh negara bahkan seantero dunia orang memperkatakan hal ini. Ramai yang menjangkakan bahawa semua tertuduh yang terbabit dalam kes ini akan terlepas dari hukuman. Tambahan pula, terdapat banyak bukti jelas yang menunjukkan kesemua mereka akan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membelas diri. Rakyat melihat dan menyaksikan satu kes berprofail tinggi yang pastinya menggemparkan. Persoalan yang timbul sekarang, jika Razak Baginda, Sirul dan Azilah dibebaskan maka siapakah yang bersalah sebenarnya?. Apakah akan berlaku lagi “tangan-tangan hantu” atau “lembaga misteri” melakukan kerja terkutuk dan tidak berperikemanusiaan ini?. Semuanya bakal terjawab bila mahkamah membuat keputusan rasmi nanti.

Media arus perdana malam tadi melaporkan bahawa kes tersebut turut “mengaitkan pemimpin negara”. Soalnya kini, apakah benar pemimpin negara itu dikaitkan atau memang terlibat secara langsung dalam kes ini. Persoalan yang timbul juga, siapakah yang memberi arahan kepada tertuduh untuk mengeluarkan “bom C4” dari stor UTK. Bahkan pengeluaran itu tidak disedari oleh penjaga stor itu sendiri. Ini bermakna terdapat ketirisan dalam hal ini. Mana mungkin bom yang digunakan untuk tujuan perang, boleh dibawa keluar sewenang-wenangnya oleh pihak terbabit. Melainkan ia mendapat “lampu hijau” daripada pihak atasan.

Kes ini kini menjadi tumpuan dunia sebenarnya. Jika dalam kes Noritta Samsuddin, kesemua tertuduh dibebaskan dan pihak polis gagal menjejaki “pembunuh sebenar”. Bahkan lebih mengejutkan pihak polis hanya membuat laporan “terdapat dua lembaga misteri” yang tidak dikenalpasti membunuh mangsa. Apa yang peliknya, lembaga misteri itu sehingga hari ini tidak pernah didedahkan. Khabarnya kes ini juga turut melibatkan “pemimpin kerajaan”. Maknanya kes boleh hilang dan selesai begitu sahaja bila ia melibatkan “orang besar”. Tapi jika kes melibatkan rakyat biasa, maka sudah pasti penjenayah akan dicari sehingga ke “lubang cacing” sekalipun. Apapun, sebagai rakyat dan pemerhati, kita mahu dalam kes sebesar ini pasti ada tertuduh yang akan menerima hukuman. Tidak adil bagi keluarga si mati bila keputusan dibuat “Altantunya telah mati sebelum diletupkan dengan bom C4”. Jika ini berlaku, sudah pasti undang-undang negara kita sekali lagi akan dicemuh oleh masyarakat antarabangsa. Mana mungkin keputusan, si mati membunuh diri sebelum dia diletupkan. Jika beliau membunuh diri, masakan pula mayatnya diletupkan. Inilah yang menjadi persoalan?.

Dalam pada itu, hari ini kami menerima sekali lagi sekeping gambar yang dihantar melalui email dari pengirim yang mengatakan dirinya dari Perancis. Pengirim terbabit mengirimkan foto yang menunjukkan Altantunya, Razak Baginda dan pemimpin kerajan Malaysia disebuah lokasi peranginan juga di Paris. Kata pengirim tersebut, inilah buktinya yang sudah lama ingin didedahkan. Namun, siapalah yang mahu percaya dengan maklumat yang diberikan itu. Apapun kami paparkan foto terbabit untuk tatapan pembaca. Kami terpaksa menutup wajah pemimpin berkenaan bagi mengelak daripada timbulnya keraguan terhadap kes ini. Pembaca boleh menilai dan meneka siapakah beliau dan bagaimana foto ini boleh disebarkan. foto ini juga pernah disiarkan dalam banyak laman blog sebelum ini. Namun ada yang mengatakan ianya adalah “super impose” dan sebagainya. Namun bagi kami, biar apa jua keadaan sepatutnya pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini.

Namun, di Malaysia semua boleh jadi. Orang bunuh orang boleh selamat tetapi orang yang ingin menyelamatkan orang pula yang akan terpenjara. Inilah dia amalan undang-undang “rimba” yang perlu dibersihkan oleh Ketua Hakim Negara yang baru. Kita tidak mahu selama-lamanya rakyat berada dalam situasi yang tidak menyenangkan. Jika kes Altantunya ini berakhir dengan adanya “tertuduh yang bakal menerima hukuman” sekali pun, rakyat masih sangsi dengan keputusan itu. Apatah lagi jika semua tertuduh dibebaskan. Maka selama-lamanya rakyat akan berada dalam keadaan “keraguan yang munasabah”. Jika ini berlaku, bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi pemimpin negara. Belum pernah terjadi dalam sejarah bakal pemimpin nombor satu diragui seperti ini. Bahkan sejak dulu lagi semua pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negara dilihat sebagai “bersih” dan tidak banyak “skandal”. Namun, kali ini cukup berbeza, dan rakyat takut dengan fenomena yang akan berlaku di kemudian hari. Kes boleh ditutup dengan adanya “kuasa dan wang”, namun dunia tetap akan menghina kita. Apakah rakyat boleh hidup dalam sebuah negara yang mempunyai pemimpin yang dicemuh oleh masyarakat antarabangsa suatu hari nanti?.

[Apapun, sama-samalah kita nantikan keputusan kes pembunuhan Altantunya Shariibuu ini. Khabarnya ia akan disiarkan secara langsung menerusi media arus perdana. Apakah motif penyiaran ini ? Mungkin ada rahsia disebaliknya. Maka itu usahlah kita mengharapkan sesuatu keputusan yang “telus” sebenarnya. Terimalah apa jua ketentuan yang bakal menjelma. Semoga roh si mati akan tenang disana dan mereka yang membunuhnya akan tidak selamat buat selama-lamanya, biarpun terlepas dari hukuman dunia. Sama-sama kita fikirkan !].

Advertisements

Responses

  1. […] Nasib Abdul Razak, Azilah, Sirul Azhar Diketahui Sebentar Lagi […]

  2. keputusan yang diumunkan tentang pembebasan Razak mmg sudah dijangkakan dari awal lagi namun itu merupakan keputusan dunia dan hakim yang mengadili kes itu jg akan d persoalkan nanti di Akhirat.Setiap perbuatan akan ada pembalasan nanti namun hakikatnya apa yang dicanangkan selama ini agar sistem kehakiman diperbaiki hanya menjadi sia sia sahaja.

  3. INILAH YANG KITA SEBAGAI UMAT AKHIR ZAMAN ‘TERPAKSA’ TEMPUHI.

    YANG HAK ITU KALAH.

    YANG BATIL JUGAK MENANG.

    YA ALLAH YA TUHANKU.. KUATKANLAH IMAN DI HATI KAMI..

  4. Mgkn HAKIM dan pemimpin terlibat lupa perpatah
    melayu….atau mereka jauh menyimpan dari
    landas-landas keislaman.

    Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna lagi.

    Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua..

    Kalau didunia bisa terlepas,tapi diakhirat belum pasti lagi.

  5. Bertuah jadi Najib Tun Razak!
    Bertuahnya jadi Razak Baginda!
    Bertuahnya jadi Rosmah!

    Bertuahnya rakyat Malaysia mendapat barisan hakim-hakim yang sangat adil!

    Bertuahnya terlibat subahat membunuh, mengebom Altantuya, tiada apa-apa tindakan undang2 di Malaysia tercinta ini.

    kalaulah arwah Mona Fendy masih hidup, tentu beliau akan membantah keras pembebasan individu dalam kes ini. Sebab dia pun tak bunuh, cuma bersubahat saja! Oh..Malaysia, undang-undang mu memang sungguh gemilang!

  6. salam
    abd razak baginda bebas dari tuduhan. yg jadi persoalannya siapa yg mengarahkan 2 anggota UTK tersebut membunuh dan meletupkan mayat altantunya?? siapa yg mengarahkan utk menggunakan bahan peletup C4?? ada master mind dlm kes ni. pengarah kepada kes ini yg perlu dicari…

  7. They wasted her life. Prayers and remembrance to Altantuya and her family. Her children lost their loving mother.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: