Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2008

Eurocopter : Rakyat Semua Dah Tahu, Kerajaan Nak Tipu Lagi…

Azmi Khalid, pengerusi PAC telah membuat kenyataan bahawa Pembelian Eurocopter oleh kerajaan Malaysia, mengikut prosidur dan peraturan.

Azmi Khalid, pengerusi PAC telah membuat kenyataan bahawa Pembelian Eurocopter oleh kerajaan Malaysia, mengikut prosidur dan peraturan.Tiba-tiba Datuk Wira Abu Seman Yusop memberitahu pembelian Eurcopter hanya berpandu kepada katalog..Pening..Pening

Eurocopter : Bodoh nya kerajaan Malaysia

Kenyataan yang teramat bodoh dari Timbalan menteri Pertahanan di dalam menjelaskan bahawa pembelian Helikopter yang menelan belanja RM1.06 billion cuma berpandu kepada keterangan teknikal dan dokumentasi. Diorang tak pandang dan test drive pun?

Berita di bawah

There is no need to conduct a physical evaluation test on the Eurocopter EC-725 Cougar helicopter prior to purchasing it because the Royal Malaysian Air Force has the helicopter’s technical data and documentation.Deputy Defence Minister Datuk Wira Abu Seman Yusof said this Thursday in Dewan Rakyat when he explained the Government’s decision to purchase the 12 Eurocopter helicopters.

dia kata lagi …

“The procurement process is not the same as buying a car, whereby one test-drives it before deciding to buy. It’s completely different,” he added.

Korang bayang kan betapa mudah nya diorang beli helikopter macam beli ikan di pasar. Mentang mentang bukan duit bapak diorang, ingat nak belanja wang rakyat sesuka hati.

Komen DS Anwar di sini.

“This is not acceptable. This, to my mind, is the most shocking revelation that I’ve heard about the method of procurement by the Defence Ministry,” he said.

How can you allocate RM1.6 billion to buy Eurocopters presumed to be safe, the best, and state-of-the-art without having a look at the Eurocopters?” he said, while repeatedly emphasising the price.

Diorang ni nak terjerat dengan tipu helah sendiri. Kononnya nak gelembong rakyat seperti mereka beli kapalselam dulu. Tapi kali ni tak jalan kerana semua rakyat dah buka mata.

Dia ingat rakyat bodoh !!!?

‘Pandu uji’ lepas beli

Penilaian fizikal terhadap helikopter Eurocopter Cougar EC725 akan dilakukan selepas urusan pembelian pesawat itu selesai dilakukan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata peringkat awal urusan pembelian pesawat itu, ia tidak memerlukan penilaian fizikal tetapi lebih memberi tumpuan kepada aspek dokumentasi.

Tak der cerita pasal tender kat sini.
Tengok broucher … beli kemudian test drive.

Kalau korang nak kawin … tak perlu pandang, tak perlu test drive.
Ini macam betul je.
Kalau bini tak tau masak, korang marah pada broucher, marah pada agen. Pak long yang tolong recommand tu hari pun nak kena belasah.

Kalau korang nak beli kereta … bayar dulu kemudian baru test drive.
Kalau tempat duduk tak cukup size … korang marah broucher, marah salesman.
Peduli apa … yang beli orang lain, yang guna orang lain.
Beli mahal mahal…bagi kawan drive.
Kalau accident .. korang salahkan kawan kerana tak pandai memandu.

http://umnomore.blogspot.com

Bohong Berbelit-Belit Untuk Menutup Penipuan

Memang lucu apabila melihat telatah menteri menteri kat Malaysia yang bersubahat untuk menutup kes penyelewengan pembelian Eurocopter.
Semalam Azmi Khalid, pengerusi PAC telah membuat kenyataan bahawa Pembelian Eurocopter oleh kerajaan Malaysia, mengikut prosidur dan peraturan. Rujuk berita berikut

The Defence Ministry appears to have conformed to the guidelines on the tender process for the procurement of the Eurocopter, the Public Accounts Commitee (PAC) concluded today.

Tambahnya lagi….

“Up to now, from the technical aspect, what we saw, it’s quite professionally done,” Azmi said,

Phuyoooo … hebat !!! Salute sama lu orang.

Kalau merujuk kepada bukti bukti yang terdapat di dalam internet. Hati aku berkata .. sedangkan untungnya sahaja berbillion billion ringgit. Agaknya berapakah upah PAC untuk tutup kes ni?

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Hari ni, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop memberitahu pembelian Eurcopter hanya berpandu kepada katalog.

The purchase of 12 Eurocopter helicopters to replace the aging Nuri fleet was done without any physical evaluation, the Dewan Rakyat heard today.

Wakakakak …. pecah perut aku ketawa.
Azmi Khalid ….. NKO FAIL !!!

Bohong untuk tutup tipu

The meeting was deferred to Monday after Finance Ministry secretary-general Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah failed to turn up and sent a representative instead.

PAC chairman Datuk Seri Azmi Khalid said Wan Abdul Aziz had been expected to attend the inquiry yesterday.

“We are not happy with this (Wan Abdul Aziz’s absence). We wanted him to attend as the custodian of the (ministry’s) purchasing procedures.- NST

Pecah kepala pikir macamana nak cipta bohong untuk tutup tipu. Bila citer pasal harga mahal yang pelik, ada yang cuba nak cerita .. harganya murah sikit. Silap kira. Wakakakaka…

Azmi Khalid pun cakap .. pembelian mengikut prosidur tiba tiba Timbalan Menteri Pertahanan kata pulak, pembelian berpandu pada katalog. Satu lagi cerita sudah kantoi … !!!

Sekarang ni Azmi Khalid kata siasatan terpaksa di tangguhkan minggu depan sebab yang perlu di soal tak dapat datang kerana ada hal penting. Wakakakak !!!

Mungkin ceritanya cam ni

Hello Mi .. !!! Kau tolong cover sikit. AKu nak cerita pada Wan Aziz ni……….. . Kalau tak bagi briefing, kang kita kantoi lagi. Nko tengok la semalam tu, si tolol tu kata kita beli heli guna katalog. Bangang betul. Tak pasal pasal kantoi … !!1

Kalau diorang tanya progress …
Nko kata Wan Aziz ……… ni tak dapat datang, dia ada hal penting.

Peduli apa. Diorang tak boleh cakap apa apa pun.
Cerita ni kejap aje. Lepas PAC buat keputusan nanti, Semua orang pun senyap.

Lepas settle kita celebrate. 20% !!!

Wakakakakk !!!!

http://no2umno.blogspot.com

BELI KANCIL PUN KENA PANDU DULU

Timbalan Menteri Petahanan Abu Seman Yusop telah di bantai hebat di Parlimen kelmarin. Ini timbul apabila dia mengakui bahawa TIDAK ADA siasatan dan tengok, uji dan periksa terhadap 12 buah Eurokopter Cougar EC 725 yang ingin dibeli oleh rakyat Malaysia.

Harga yang dinyatakan juga bertingkah-tingkah macam hendak menipu. Abu Seman berkata harganya RM1.6 bilion. Manakala Setia Usaha Kementerian Abu Bakar Abdullah berkata harganya RM 1.1 bilion.

Mana yang satu harga sebenar tidak di ketahui. Mana yang tipu dan mana yang betul tidak jelas. Kemungkinan dua-dua harga ini juga adalah harga tipu.

Ketua Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim telah bertanya “ bagaimana pembelian ini tidak melakukan uji tengok . Saya yang ada pengalaman 8 tahun sebagai menteri keewangan akan melihat apa benda yang ingin dibeli kerajaan’.

Sementara itu, M.Manogaran YB dari Telok Intan telah mengejek Abu Seman dengan berkata, “ kalau kita hendak membeli Perodua Kancil kita kena lihat dan uji, inikan pula herlikopter yang berharga RM1.6 bilion.

Abu Seman Yusuf hanya tersengeh-sengeh dan terseringai bodoh.

http://tukartiub.blogspot.com


Responses

  1. Para penguasa adalah naungan Allah di muka bumi. Barangsiapa yang memuliakan penguasa, Allah akan memuliakannya. Barangsiapa yang menghina penguasa, Allah akan menghinakan dia. (Hadis Riwayat Baihaqi 17/6, as-Sunnah, Ibnu Abi Ashim, 2/698. Lihat as-Sahihah 5/376)

    Semoga Allah merahmati Sahl bin Abdullah at-Tustari yang telah berkata: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menghormati penguasa dan para ulama. Apabila mereka mengagungkan dua golongan ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka. Apabila mereka merendahkannya, bererti mereka telah menghancurkan dunia dan akhirat mereka sendiri.” (Tafsir al-Qurthubi, 5/260)

    Mencela penguasa adalah kesalahan yang besar. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda;

    Janganlah kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya. Bertakwa dan bersabarlah kepada Allah, sesungguhnya perkaranya dekat. (Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman 6/69, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah 2/488, Tahqiq DR. Basim Jawabirah dan beliau menghasankannya)

    Ibnu Nuhas Rahimahullah berkata: ‘Mencegah kesalahan penguasa tidak boleh dengan kekuatan tangan, tidak boleh mengangkat senjata, atau mengumpulkan orang untuk memberontak, kerana akan membangkitkan fitnah, menimbulkan keburukan dan menjatuhkan kewibawaan penguasa, bahkan berupaya mendorong rakyat untuk memberontak, menghancurkan negeri dan yang seumpamanya dan kejelekan yang tidak samar lagi.” (hal. 46)

    Penguasa adalah sebahagian dari kaum muslimin, mereka berhak dinasihati. Akan tetapi menasihati penguasa tidak sama seperti menasihati orang lain, renungilah hadis berikut;

    Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa, janganlah ia menampakkannya secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah ia memegang tangannya, kemudian bersendirian dengannya. Apabila penguasa itu mahu menerima nasihat, maka itulah yang diinginkan. Apabila tidak, sesungguhnya dia (yang menasihati) telah menunaikan kewajibannya. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim 2/507, Ahmad 3/403, Hakim 3/290, hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Dhilalil Jannah, hal. 507)

    Imam al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan bahawasanya Usamah bin Zaid pernah ditanya:

    “Tidakkah engkau menemui Utsman kemudian menasihatinya?” Beliau menjawab: “Apakah kamu fikir aku tidak menasihatinya kecuali harus memberitahumu?! Sungguh aku telah menasihatinya dengan empat mata, dan aku tidak ingin membuka rahsia.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari 6/330, al-Fath 13/48, Muslim 4/2290)

    Al-Hafizh Iyadh rahimahullah berkata:

    “Maksud Usamah adalah dia tidak ingin membuka pintu pengingkaran kepada penguasa secara terang-terangan, kerana khuwatir timbul akibat yang buruk. Bahkan hendaklah mengingkari dengan lemah lembut, menasihati secara rahsia kerana hal itu lebih mudah diterima.” (Fathul Bari, 13/52)

    Tempuhlah cara yang selamat ini wahai saudaraku seiman, nasihati penguasa secara rahsia dan bukanlah dengan terang-terangan (dipertontonkan), jangan menyebarkan keburukkannya di mimbar-mimbar bebas, di tempat-tempat umum, di pentas ceramah, media-media massa & cetak, majalah-majalah & risalah-risalah, demonstrasi, atau apa saja dari cara-cara yang menyelisihi prinsip Ahlus Sunnah. Janganlah kita tertipu dengan kebanyakan orang yang menempuh cara seperti itu walaupun mungkin niat pelakunya baik, kerana cara yang demikian adalah jelas menyelisihi manhaj Ahlus Sunnah.

    Barangsiapa yang melihat sesuatu yang ia benci dari penguasanya maka hendaklah ia bersabar. Barangsiapa yang meninggalkan jama’ah walau sejengkal maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7143 & Muslim, 1849)

    Dikisahkan ada seorang Khawarij yang datang menemui Ali bin Abi Thalib lalu berkata:

    “Wahai khalifah Ali, mengapa pemerintahanmu banyak dikritik oleh orang tidak sebagaimana pemerintahannya Abu Bakar dan Umar?!.” Sahabat Ali Menjawab:

    “Kerana pada zaman Abu Bakar dan Umar yang menjadi rakyat adalah aku dan orang-orang yang sepertiku, sedangkan rakyatku adalah kamu dan orang-orang yang seumpamamu!!” (Syarh Riyadhus Sholihin, 3/43, oleh Ibnu Utsaimin)

  2. Itu perkara biasa kat Mindef tu beli dulu uji kemudian atau buat ujian terhadap banyak model tetapi sebelum ujian selesai kontrak dah di tanda tangani. Ada juga yang pernah bersuara tentang laporan teknikal, kenapa semasa ujian multiple rocket launcer tak meletup senjata itu tetap di terima ke dalam inventori. kesudahannya pegawai berkenaan telah disimpan dalam peti sejuk sehingga bersara.

  3. Nampaknya semua yang diaorang buat jadi kelakarlah..macam beli sardin, tengok jenama, tarikh luput bila, senangkan..macam harta kepala bapak diaorang..pastu buat skrip konon PAC panggil.Pasti keluar kenyataan semua ikut prosedur, alahai skrip lagi..dah la kepala aku ni bengang aje semalam Razak Baginda bebas! tak ada Prima facie..entahlah, pasni ni skrip mana plak..apapun berdoa aje semoga kita akan mendapat Perdana Menteri yang baik menjaga kebajikan rakyat..

  4. […] Baca seterusnya di https://pinkturtle2.wordpress.com/2008/10/31/9823/ […]

  5. KALAU LA DUIT UTK BELI APE KEJADAHNYA TU MENGGUNAKAN DUIT AKU, WALAU 1 SEN PUN TETAP AKU HARAMKAN DUNIA AKHIRAT.

    NAK KELENTONG ATAU MENIPU AUTA SEKALIPUN.. PLEASE GUNA DUIT SENDIRI NAAA….

    JANGAN KELENTONG DUIT DAN HAK RAKYAT WAHAI PENGUASA YG TIDAK AMANAH!!!

  6. Kroniknya pemimpin yang lahab dan pembohong..
    tipu beli heli, tipu harga minyak.. rahsuah ehh.. politik wang..

    Tips untuk anak anak ikan yang merasuah..
    Bila ditangkap merasuah, katakan anda hanya mengamalkan “politik wang” mungkin hukuman diringankan atau dibebaskan.

  7. Kalau pegawai kerajaan kerja luar pejabat claim millage terlebih 50km ke (contohnya) dipotong tanpa bicara. Tapi bila Najibtuya/Badawi membeli helicopter terlebih harga RM100 juta, tak de apa-apa, biasa, ikut prosedur, spec yang yang paling canggih. Itulah jawapan daripada kumpulan penyangak dan penyamun yang bergelar menteri Bee End. Sekarang ni zaman KhaiBadawi/Najibtuya boleh rompak duit negara terang-terang. Pasukan yang mempertahankan dah siap sedia! Ketua Hakim dah stand by! Nasib rakyat Malaysia yang masih hendak bertuankan perompak dan penyamun sebagai PM/menteri.

    Kalau ada yang kritik pemimpin Be End Melayu perampok ni, maka mereka akan maelalak katakan, ketuanan Melayu akan terhakis! Begitu licik penipuan, pembohongan golongan menteri BN ni sehingga Media Prima akan menyokong penuh semua kenyatan bohong tu! Apalah nak jadi dengan nasib rakyat Malaysia bi9la Najib naik nanti!

    Betullah ada satu hadith menyebut yang maksudnya, ‘Akan ada pemimpin dalam kalangan kamu nanti dilantik daripada orang yang burok akhlaknya, rendah budi pekertinya’. (Kalau silap minta sahabat betulkan).

  8. Tak silap, dah betul dah tu. Yang tak betul ialah ustaz moden atau tok janggut.

  9. siapakah yg memperjuangkan ketuanan melayu?
    siapa pula yg bersetuju dgn prinsip jus soli sehingga imigran jadi warganegara?
    siapakah yg tergamak membuang tulisan jawi & menggantikannya dgn tulisan rumi?
    konon demi utk kemajuan?
    sedang jepun, korea & china tak buang tulisan sendiri
    tapi bangsa & negara mereka maju juga
    siapa pula menukarkan
    bahasa pengantar
    subjek matematik & sains di sk & smk
    drp bahasa melayu kpd english
    konon utk kemajuan & kejayaan?
    siapa pula yg menyebabkan
    keluasan tanah simpan melayu jadi semakin kecil?

    siapakah yg sebenarnya & sesungguhnya
    berjuang mempertahankan martabat islam & melayu?

    bukankah lebih mengkagumkan
    bila org cina & india di tanah melayu
    masih dpt mempertahankan
    bahasa & tulisan mereka
    meski telah lebih 50 tahun
    menghuni negara ini
    tapi mereka tetap maju & berjaya
    berbanding melayu
    yg lahir & membesar di tanah melayu
    tapi dah tak berapa melayu
    sehingga tak fasih bertutur & menulis dlm bahasa melayu
    hidup pula di luar budaya melayu
    tak gemar dgn setiap yg berbau melayu
    tapi masih sibuk nak membela melayu
    sehingga menyebabkan bangsa melayu menjadi layu

  10. A’kum Tok Janggut…bagus tulisan tu tapi ..elok hantar jadi artikel….sebab itu ilmiah…kat sini forumers nak BERBAHAS…..

    penguasa yg mengikut Islam sebenar patut dihormati…ini pemimpin-pemimpin subsidi pos kat M’sia dah sebaliknya…

    budaya Melayu ni nak berilmiah sangat elok campak ke laut je….kita nak memperjuangkan sesuatu -tukar paradigma orang kena drastik …ikut realiti…KAT LUAR SANA RAMAI YG BIJAK TAPI UNTUK MENUKAR MINDA ORANG BUKAN MUDAH TOK JANGGUT OOI…..BELUM APA-APA DAH DIISAKAN….NI TULIS DENGAN ANALOGY ZAMAN KHULAFAH ARRASYIDIN NI PE JADAHNYA ….DUIT RAKYAT DAH DISAPU BARU NAK BERHADIS ????? BILLION DUIT RAKYAT DIGUNA BERDASARKAN KATALOG…..

    RAKYAT MALAYSIA YG BIJAK TETAP SANGGAH ON THE SPOT…..KITA BUKAN BUTA DIGIT/HURUF RM1,060,000,000.00 !!!! berdasarkan katalog …..KAT LUAR SANA JANGAN AK BERHADIS /BERANALOGI LAGI….RAKYAT YANG TERHIMPIT HIDUP NI BERLAMBAK KAT MALAYSIA ….AMENO/BN TUTUP MATA…

    TU YG KUAT GUNA HADIS.. ADA TAK PENJAWAT AWAM KALAU ADA URUSAN PERSONAL ADA YG MATIKAN LAMPU OFIS TAK?? SEBAB TAKUT BERDOSA GUNA DUIT BAITULMAL (DUIT RAKYAT) ????? ITUPUN TAK BOLEH NAK DITERAP LAGI ..YG DITERAPKAN CARA NAK SWINDLE DUIT RAKYAT, UNTUK COVER BAHAGIAN, CARA URUSAN PRO KONON….DIPUTAR ALAKAN OLEH BAHADUT-BAHADUT BERGELAR TAN SRI, DATUK LA. APA LA…RAKYAT YG BENDUL NI IKUT JE…..

    AJAR DIRI SENDIRI JANGAN BANGANG …MAI ANJAK PARADIGMA KITA…

  11. pening…pening

  12. Ini lah yang di katakan penghianat negara. Kita harap perkara ini tidak akan dilepaskan begitu sahaj.a. Mereka yang cuba menyeleweng perlu di investigate tah kira lah, dia menteri ke. KSU ke, Panglima Tentera udara ke. Yang saya tahu mereka telah buat perancangan malahan telah merancang untuk buat servicing center untuk Eurocopter-tak caya tanya la PTU dan anak menantu nya.

  13. dunia makin hancur


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: