Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2008

Razak Baginda bebas, Azilah, Sirul Diperintah Bela Diri

Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu

Sebentar tadi Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu

Bunuh Altantuya: Razak bebas, 2 anggota UTK diperintah bela diri

[DIKEMAS KINI, 10.15 pagi] KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebentar tadi, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadap penganalisis politik tanah air berusia 48 tahun itu.

Bagaimanapun Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Mohd Zaki akan mengumumkan tarikh perbicaraan bela diri bagi kedua-dua tertuduh berkenaan sebentar lagi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mula bersidang pukul 9.35 pagi tadi.

Kes berprofil tinggi itu berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, melibatkan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi.

Ia merupakan dua kes berprofil tinggi yang menjadi perhatian hari ini.

Satu lagi ialah kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Dah agak dah……………………………
    Kes norita samsuddin macam mana?

  2. Syok nie….
    Nampaknya Razak Baginda tak terlibat dalam pembunuhan nie……
    Menariknya……siapakah yang mengarah dua orang polis tu membunuh? ………suspen sungguh cerita ini….kita tunggu episod seterusnya….

  3. RAZAK BAGINDA TIDAK BUNUH ALTANTUYA
    By Naspazi | Friday | October 31, 2008

    1. Demikianlah natijahnya keputusan hakim yang pemberatan mindanya senget kepada politik berkepentingan. Dengan kata lain, kematian Altantuya dalam kategori kes berprofil ini seolah tidak terbela. Maruah dan nyawa Altantuya juga seolah tidak dihargai oleh hakim dan system perundangan di negara ini gamaknya.

    2. Sesungguhnya minda hakim yang senget ini membuatkan mahkamah di negara ini sebagai syurga bagi penjahat dan sebaliknya neraka bagi insan yang sebenarnya baik namun menjadi mangsa fitnah. Betapa kesengetan minda hakim negara ini akan dibungkus kehodohan bila berdepan dengan hakim antarabangsa.

    3. Lihatlah! Betapa putihnya mata hakim-hakim negara ini dalam kes Pulau Batu Putih lantaran kelakuan menjadi hakim juara di kandang sendiri, namun lemah dan layu berhadapan dengan hakim antarabangsa. Justeru, maruah, harga diri dan standard hakim di negara ini selamaya hodoh dan senget dari sudut pertimbangan hakim di persada antarabangsa adanya.

    KEMATIAN ALTANTUYA TIDAK TERBELA
    – Naspazi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: