Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2008

Razak Bebas: Pihak Pendakwa Gagal Membukti kes Prima Facie Terhadapnya

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadap penganalisis politik

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadap penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda

Saya mahu pulang ke rumah – Razak Baginda

[DIKEMAS KINI, 11 pagi] KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Selepas dibebaskan, Abdul Razak hanya berkata, “saya mahu pulang ke rumah.”

Sebentar tadi, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadap penganalisis politik tanah air berusia 48 tahun itu.

Bagaimanapun Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Mohd Zaki mengumumkan 10 November ini sebagai tarikh perbicaraan bela diri bagi kedua-dua tertuduh berkenaan.

http://www1.mstar.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: