Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2008

Raja Petra Antara Saksi Dicadangkan Pembela

selain Raja Petra, pihaknya juga bercadang memanggil semula penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan tertuduh sendiri untuk memberi keterangan di peringkat pembelaan.

selain Raja Petra, pihaknya juga bercadang memanggil semula penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan tertuduh sendiri untuk memberi keterangan di peringkat pembelaan.

Raja Petra antara saksi dicadangkan pembela

31/10/2008 11:38am

SHAH ALAM 31 Okt. – Pengendali Laman blog MalaysiaToday, Raja Petra Raja Kamaruddin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara saksi yang dicadangkan oleh pihak pembelaan untuk dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes bunuh wanita mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar berkata, pihaknya akan menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, selain Raja Petra, pihaknya juga bercadang memanggil semula penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan tertuduh sendiri untuk memberi keterangan di peringkat pembelaan.

Raja Petra dan Balasubramaniam sebelum ini pernah mengikrarkan akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan Altantuya.

Peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri akan memanggil sekurang-kurangnya tujuh saksi termasuk Azilah dan teman wanitanya, Nor Azila Baharuddin.

Kedua tertuduh memilih memberi keterangan secara bersumpah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin akan mula mendengar keterangan bela diri pada 10 november ini.

http://www.utusan.com.my


Responses

  1. Kalau nak memohon dari KDN, tau le apa jawapannya… gerenti ditolak!!!!!!!!!

  2. hahahahah..botol tu? botol ..berbotollah betui!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: