Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2008

Khairy Di Belakang Khir Toyo,Jatuh ke Tempat ketiga

jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy  sehingga ini kurang satu - kepada 47 - di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan

jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy sehingga ini kurang satu - kepada 47 - di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan

Khairy jatuh ke tempat ketiga

31/10/2008 12:18pm

Pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno kini menyaksikan Khairy Jamaluddin merosot ke tempat ketiga selepas ibupejabat Umno pusat membatalkan keputusan mesyuarat ketua Pemuda Gua Musang pada 25 Oktober lalu yang mencalonkan ahli Parlimen Rembau itu untuk jawatan tersebut.

Sebaliknya, ibupejabat Umno pusat mengiktiraf mesyuarat pertama Pemuda bahagian tersebut, yang diadakan dua hari sebelumnya – pada 23 Oktober – yang mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda Umno pusat.

khairy jamaluddinDengan itu,jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy  sehingga ini kurang satu – kepada 47 – di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan.

Manakala ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir masih mendahului dengan 70 pencalonan sehingga ini.

Sehingga ini sebanyak 165 bahagian Pemuda telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

Baki 26 bahagian Pemuda lagi akan mengadakan mesyuarat masing-masing hujung minggu ini serta minggu terakhir pada 8 dan 9 November depan.

Ekoran keputusan ibupejabat Umno itu, Bazlan Baharuddin mendapat semula jawatannya sebagai ketua Pemuda Gua Musang.

Dalam mesyuarat pertama itu, Bazlan dipilih semula menerajui pergerakan tersebut. Bagaimanapun, dua hari kemudiannya, Pemuda bahagian mengadakan mesyuarat keduanya, yang memilih Mohd Azizi Abu Naim sebagai ketua Pemuda.

Sabtu lalu, ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, mesyuarat pertama dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian.

Tengku Razaleigh berkata pembatalan mesyuarat itu bukan diputuskan oleh beliau, tetapi oleh Ibu Pejabat Umno.

Bagaimanapun, pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, beliau menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Umno semalam yang memaklumkan
bahawa mesyuarat yang dipengerusikan Bazlan adalah sah dan tidak terbatal sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Mesyuarat itu berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang dan dihadiri oleh 189 perwakilan daripada 79 cawangan dan turut dihadiri wakil Pemuda Umno negeri.

Mesyuarat pertama itu juga turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

Manakala mesyuarat mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan sebagai naib ketua.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. aku kalau tgk benda2 ni sakit jiwa je. korg cuba tengok cite pendekar bujang lapok. kat situ lagi dah p ramlee buat cite org kita punya amalan yang tak betul. kroni dan sekutu2 babinya dijaga dan disuap. org lain haram… mentaliti ini yang perlu kita buang. malah dalam kalangan jabatan2 kej juga banyak yang melakukan perkara spt ni

  2. Teman nengok apa yang Pendekar Bujang Lapok tu cakap Alif Mim Nun tendang Wau …Sarkis…

    Ini adalah ‘affidavit’ puluhan tahun paling relevan nak menceritakan Ameno tu……evidence dah ada pun!!!!

  3. hampir tamat riwayat khairy…

  4. Dah Pak mentua dia nak letak jawatan jd PM,lantik dia bukan ada kepentingan lg dgn org yg pilih dia.baik pilih Mukhriz sebab abg Najib dia nak naik,tentu ada keuntungan undi Mukhriz.

  5. Budak samseng agen Yahudi ni nak dipilih jadi KP umno? Kesian umno,dah sakit tenat, pilih pulak budak samseng calon KP. Ahh..cepatlah umno lingkup!

  6. Tahniah’Tokoh Penyapu Negara’, Khir Toyo berjaya menduduki rangking no.2, mengalahkan budak samseng menantu Badawi! Harap K.Toyo tak tunjuk penyapu kepada Mukhriz dan budak samseng.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: