Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2008

Eurocopter: “Abdullah makan nangka, Najib terkena getahnya”

Bagaimana cara Najib dapat melantunkan semula bola ini ke kepala Abdullah? Najib meminta PAC menyiasat supaya dapat dikenal siapa sebenarnya 'tuan nangka'.Ia satu 'permainan' tingkat tinggi. Berbilion ringgit wang negara jadi pertaruhan

Bagaimana cara Najib dapat melantunkan semula bola ini ke kepala Abdullah? Najib meminta PAC menyiasat supaya dapat dikenal siapa sebenarnya 'tuan nangka'.Ia satu 'permainan' tingkat tinggi. Berbilion ringgit wang negara jadi pertaruhan

Eurocopter: “Abdullah makan nangka, Najib terkena getahnya”

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa menyatakan ketika ramai menyangka kononnya ‘perbincangan’ pembelian Eurocopter didalangi Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan komisyen seperti kes kapal selam dan pesawat perang mungkin wujud sekali lagi, Najib terasa isu ini cuba dipalitkan kepada Timbalan Presiden Umno itu.

Isu ini cuba dipalitkan kepada beliau sedang orang lain yang memakan nangka dan orang lain terkena getah,” kata Husam secara sinis dalam satu ulasan yang dipaparkan dalam blognya baru-baru ini.

Benar ‘Letter of intent’ (LOI) dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, dua hari sebelum Najib dipindahkan ke Kementerian Kewangan dan ia nampak seperti Najib tergesa-gesa, katanya.

Namun, LOI itu mungkin sahaja dikeluarkan atas arahan Menteri Kewangan dan sememangnya pun pembelian seperti itu memerlukan kelulusan Menteri Kewangan, katanya.

“Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berpindah dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Pertahanan seakan untuk mempastikan ‘deal’ ini berjalan mengikut yang dirancang bersekali dengan ‘hasilnya’,” katanya sinis.

Pada masa yang sama Husam melihat ia seakan program Najib dan perginya Abdullah ke Kementerian Pertahanan adalah untuk membongkar dan ‘menyudahkan’ Najib.

Beliau juga merujuk surat yang didedah Kapt (B) Zahar Hashim yang ditujukan kepada Najib.

“Bagaimana cara Najib dapat melantunkan semula bola ini ke kepala Abdullah? Najib meminta PAC menyiasat supaya dapat dikenal siapa sebenarnya ‘tuan nangka’.Ia satu ‘permainan’ tingkat tinggi. Berbilion ringgit wang negara jadi pertaruhan,” katanya.

Sehari menjelang siasatan PAC, Abdullah tiba-tiba kononnya mengetahui bahawa Eurocopter adalah mahal dan berkata negara tidak cukup wang kerana dunia dilanda krisis kewangan, ujar Husam sinis.

“Cepat dan pantas. Sebulan, selesai.Abdullah terkejar masa untuk ‘sentuhan’ akhir sebelum bersara?,” katanya lagi.

Akhirnya Abdullah mengumumkan pembelian Eurocopter dibatalkan dan kenyataan pembatalan ini dibuat hanya 32 hari selepas Abdullah yang sama pertama kali mengumumkan mengenai rancangan pembeliannya pada 26 September lalu, ujar HUsam.

http://www.harakahdaily.net


Respon

  1. Kalau batal…kan susah nanti..tiada lagi political fund..banyak belanja nak guna…persidangan mac depan nampak gayanya makan lauk ikan kering je la..tapi tak pe komisen kapal selam banyak lagi..razak baginda pun dah selamat…

  2. Alahai…Pak Menteri UMNO …oii. Macam mana lah kakitangan kerajaan semua nak buat contoh dan tauladan….membeli peralatan atau tender mengikut bajet tahunan agensi masing-masing sedangkan Pak Menteri ni pun buat kerja tak ikut peraturan.

    Bila bagi taklimat….ooo…. Belanja atau membeli secara berhemah…. teliti…banding… telus…mcm-mcm….last last depa bantai gitu je….

    Tauladan apa ni…. lawak…lawak…


Tinggalkan Jawapan kepada zack Batal balasan

Kategori