Para penguasa adalah naungan Allah di muka bumi. Barangsiapa yang memuliakan penguasa, Allah akan memuliakannya. Barangsiapa yang menghina penguasa, Allah akan menghinakan dia. (Hadis Riwayat Baihaqi 17/6, as-Sunnah, Ibnu Abi Ashim, 2/698. Lihat as-Sahihah 5/376)
Semoga Allah merahmati Sahl bin Abdullah at-Tustari yang telah berkata: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menghormati penguasa dan para ulama. Apabila mereka mengagungkan dua golongan ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka. Apabila mereka merendahkannya, bererti mereka telah menghancurkan dunia dan akhirat mereka sendiri.” (Tafsir al-Qurthubi, 5/260)
Mencela penguasa adalah kesalahan yang besar. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda;
Janganlah kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya. Bertakwa dan bersabarlah kepada Allah, sesungguhnya perkaranya dekat. (Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman 6/69, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah 2/488, Tahqiq DR. Basim Jawabirah dan beliau menghasankannya)
Ibnu Nuhas Rahimahullah berkata: ‘Mencegah kesalahan penguasa tidak boleh dengan kekuatan tangan, tidak boleh mengangkat senjata, atau mengumpulkan orang untuk memberontak, kerana akan membangkitkan fitnah, menimbulkan keburukan dan menjatuhkan kewibawaan penguasa, bahkan berupaya mendorong rakyat untuk memberontak, menghancurkan negeri dan yang seumpamanya dan kejelekan yang tidak samar lagi.” (hal. 46)
Penguasa adalah sebahagian dari kaum muslimin, mereka berhak dinasihati. Akan tetapi menasihati penguasa tidak sama seperti menasihati orang lain, renungilah hadis berikut;
Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa, janganlah ia menampakkannya secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah ia memegang tangannya, kemudian bersendirian dengannya. Apabila penguasa itu mahu menerima nasihat, maka itulah yang diinginkan. Apabila tidak, sesungguhnya dia (yang menasihati) telah menunaikan kewajibannya. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim 2/507, Ahmad 3/403, Hakim 3/290, hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Dhilalil Jannah, hal. 507)
Imam al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan bahawasanya Usamah bin Zaid pernah ditanya:
“Tidakkah engkau menemui Utsman kemudian menasihatinya?” Beliau menjawab: “Apakah kamu fikir aku tidak menasihatinya kecuali harus memberitahumu?! Sungguh aku telah menasihatinya dengan empat mata, dan aku tidak ingin membuka rahsia.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari 6/330, al-Fath 13/48, Muslim 4/2290)
Al-Hafizh Iyadh rahimahullah berkata:
“Maksud Usamah adalah dia tidak ingin membuka pintu pengingkaran kepada penguasa secara terang-terangan, kerana khuwatir timbul akibat yang buruk. Bahkan hendaklah mengingkari dengan lemah lembut, menasihati secara rahsia kerana hal itu lebih mudah diterima.” (Fathul Bari, 13/52)
Tempuhlah cara yang selamat ini wahai saudaraku seiman, nasihati penguasa secara rahsia dan bukanlah dengan terang-terangan (dipertontonkan), jangan menyebarkan keburukkannya di mimbar-mimbar bebas, di tempat-tempat umum, di pentas ceramah, media-media massa & cetak, majalah-majalah & risalah-risalah, demonstrasi, atau apa saja dari cara-cara yang menyelisihi prinsip Ahlus Sunnah. Janganlah kita tertipu dengan kebanyakan orang yang menempuh cara seperti itu walaupun mungkin niat pelakunya baik, kerana cara yang demikian adalah jelas menyelisihi manhaj Ahlus Sunnah.
Barangsiapa yang melihat sesuatu yang ia benci dari penguasanya maka hendaklah ia bersabar. Barangsiapa yang meninggalkan jama’ah walau sejengkal maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7143 & Muslim, 1849)
Dikisahkan ada seorang Khawarij yang datang menemui Ali bin Abi Thalib lalu berkata:
“Wahai khalifah Ali, mengapa pemerintahanmu banyak dikritik oleh orang tidak sebagaimana pemerintahannya Abu Bakar dan Umar?!.” Sahabat Ali Menjawab:
“Kerana pada zaman Abu Bakar dan Umar yang menjadi rakyat adalah aku dan orang-orang yang sepertiku, sedangkan rakyatku adalah kamu dan orang-orang yang seumpamamu!!” (Syarh Riyadhus Sholihin, 3/43, oleh Ibnu Utsaimin)
alhamdulillah, maka taati penguasa di negeri2 yg penguasanya terdiri drp ulama & mereka yg memperjuangkan islam. janganlah dicela lagi penguasa yg sedemikian itu. semoga rakyat jelata di negeri2 berkenaan akan terus menyokong penguasa2 berkenaan & semoga sokongan mereka akan terus meningkat dari semasa ke semasa…
Seronoknya jadi sahabat Najib! Dapat busines kapal selam dengan modal RM2 buka compeni. Boleh kutuk parti-parti Islam di media perdana atas kapasiti Penganalisis Hubungan Antarabangsa, boleh terlibat bom orang tiada tindakan undang2 dan kira boleh buat apa sajalah! Ketua Hakim pulak ahli umno, puuhh kira selamatlah semua geng penjenayah high profile!
Orang yang dungu tetap akan mengiyakan saja apa saja tindakan sang penguasa yang zalim/penjenayah. Teman bimbang, kala bala turun maka kita semua akan kena.
Abdullah boleh lari pergi ke Restoran Nasi Kandar di Perth, Najibtuya boleh masuk kapal selam bersama Rosmah c4. Kita nak ke mana?
Aku pun seronok kalau dapat pergi disko dengan
Najib yang begitu pemurah. Suka memberikan rezeki kepada orang yang susah tapi senang. Aku
nak mintak apa aje yang teringat dan teringin. Apa yang aku ingat arwah bapaknya Alhamdulillah tak ada yang menyusahkan rakya, anaknya lain pula perangainya. Kita semua patut sedekahkan Alfatihah untuk arwah ayahnya. Kepada Najib ni, biarlah Tuhan sahaja yang memberikan kalau boleh kita semua harapkan dapat `urgent cash cek’.

By: Tok Janggut on Oktober 31, 2008
at 6:22 pm
alhamdulillah, maka taati penguasa di negeri2 yg penguasanya terdiri drp ulama & mereka yg memperjuangkan islam. janganlah dicela lagi penguasa yg sedemikian itu. semoga rakyat jelata di negeri2 berkenaan akan terus menyokong penguasa2 berkenaan & semoga sokongan mereka akan terus meningkat dari semasa ke semasa…
By: Malaycan on Oktober 31, 2008
at 6:52 pm
Demikianlah semakin hancurnya sebuah badan kehakiman di Malaysia.Tiada apa lagi yang boleh dibanggakan menjadi rakyat Malasia…
By: elnino on Oktober 31, 2008
at 8:00 pm
TAK PAYAH CAKAP BAB PENGUASA LA TOK JANGGUT.
PENGUASA @ PEMIMPIN YANG ADA KAT MALAYSIA SEKARANG INI HANCURR..
DAH AGAK DAH.. MEMANG MAMAT RAZAK TU AKAN BEBAS..
LAGI MAU CAKAP BAB PENGUASA??
RAKYAT BAGI AMANAH, PENGUASA PECAH AMANAH!
RAKYAT BAGI KUASA, PENGUASA SALAH GUNA KUASA!
RAKYAT BAGI DUIT, PENGUASA SONGLAP!!
LUPA BALASAN ALLAH S.W.T AKHIRAT ESOK?
KDG2 KAT DUNIA LAGI ALLAH DAH BALAS.. KAN TOK JANGGUT KAN..
By: RibenSatin on November 1, 2008
at 9:26 am
aku sokong RibenSatin..tak yah cite laih pasai penguasa tonggong nie..semuanya tonggong laih bengong!
Pasai dia penguasa kita semua nak ikut dia ke? Poorahh sama lu!
By: botakmeno on November 1, 2008
at 1:28 pm
Seronoknya jadi sahabat Najib! Dapat busines kapal selam dengan modal RM2 buka compeni. Boleh kutuk parti-parti Islam di media perdana atas kapasiti Penganalisis Hubungan Antarabangsa, boleh terlibat bom orang tiada tindakan undang2 dan kira boleh buat apa sajalah! Ketua Hakim pulak ahli umno, puuhh kira selamatlah semua geng penjenayah high profile!
Orang yang dungu tetap akan mengiyakan saja apa saja tindakan sang penguasa yang zalim/penjenayah. Teman bimbang, kala bala turun maka kita semua akan kena.
Abdullah boleh lari pergi ke Restoran Nasi Kandar di Perth, Najibtuya boleh masuk kapal selam bersama Rosmah c4. Kita nak ke mana?
By: mahaguru on November 1, 2008
at 4:07 pm
Aku pun seronok kalau dapat pergi disko dengan
Najib yang begitu pemurah. Suka memberikan rezeki kepada orang yang susah tapi senang. Aku
nak mintak apa aje yang teringat dan teringin. Apa yang aku ingat arwah bapaknya Alhamdulillah tak ada yang menyusahkan rakya, anaknya lain pula perangainya. Kita semua patut sedekahkan Alfatihah untuk arwah ayahnya. Kepada Najib ni, biarlah Tuhan sahaja yang memberikan kalau boleh kita semua harapkan dapat `urgent cash cek’.
By: gincu pink on November 1, 2008
at 10:24 pm