Posted by: pinkturtle2 | November 2, 2008

Kes Rompakan, Anak MB Sendiri Terlibat Rupanya

Misteri yang perlu dibongkarkan ialah dari mana Adnan memperolehi wang sebanyak RM2 juta itu secara tunai?. Kenapa wang tersebut tidak disimpan dimana-mana bank? Apakah ia memang benar "wang haram" dan "wang rasuah

Misteri yang perlu dibongkarkan ialah dari mana Adnan memperolehi wang sebanyak RM2 juta itu secara tunai?. Kenapa wang tersebut tidak disimpan dimana-mana bank? Apakah ia memang benar

Bongkar: Kes Rompakan, Anak MB Sendiri Terlibat Rupanya

Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal kes rompakan di rumah MB Pahang Adnan Yaakob. Kejadian yang berlaku beberapa hari selepas sambutan Aidil Fitri itu cukup membuatkan Adnan begitu marah dan teruja. Maklumlah, kami difahamkan wang tersebut telah diberikan oleh “orang-orang tertentu ikut jalan belakang bagi tujuan meraikan majlis perkahwinan Anak MB itu hari semalam. Kecurian yang disedari oleh Adnan itu ternyata satu tamparan hebat buat dirinya, ini kerana kehilangan wang tersebut adalah dalam nilai yang banyak bahkan wang yang diambil oleh perompak itu pula adalah dalam satu karung guni yang terdapat dalam sebuah bilik khas dirumah MB itu. Di sini, jelas sekali kepada kita bahawa Adnan Yaakob telah terlibat dengan rasuah dan penyelewengan secara nyata. Memang kita tahu, wang tersebut mungkin sebagai hadiah hari perkahwinan anakandanya. Namun beliau juga harus sedar yang pemberi hadiah terbabit sudah pasti akan mendapat projek “sorong tarik” antara mereka. Maknanya Adnan akan termakan budi dengan pihak terbabit buat selamanya selagi beliau menjadi MB.

Pendedahan kami tentang hal ini, sedikit menggemparkan Wisma Sri Pahang baru-baru ini. Ramai yang tertanya-tanya apakah berita ini benar atau palsu. Mereka juga terkejut dan tidak menyangka yang Adnan tergamak menerima dan menyimpan wang yang banyak didalam rumahnya. Kenapakah beliau tidak menyimpan wang tersebut di bank ataupun mana-mana agensi yang berkaitan. Tambahan pula Adnan sehingga ke hari ini masih belum membuat laporan polis atas kehilangan wang tersebut. Siasatan kami sebelum ini mendapati bahawa kecurian wang tersebut ada kaitan dengan “orang dalam”. Rakyat Pahang masih ingat tentang penemuan wang dalam guni atas syiling rumah MB di zaman Khalil Yaakob dulu. Maka itulah agaknya perompak “bertopeng” yang bertugas dalam rumah MB kali ini, merasa terlalu rugi jika tidak mengambil wang tersebut. Tambahan pula, difahamkan Adnan menyimpan berguni-guni wang yang nilainya pasti jutaan ringgit dalam bilik tersebut.

Al-Kisah, laporan polis tidak dibuat dan kejadian ini tidak didedahkan kepada media arus perdana. Namun, akhirnya media alternatif seperti Pahang Daily telah berjaya menyelongkar perkara ini. Sesungguhnya pembongkaran kami itu telah membuatkan Adnan Yaakob sedekit gementar dan gusar dengan apa yang berlaku. Beliau sangka kes rompakan itu adalah isu kecil dan hal dalaman. Tambahan pula dipercayai perompak terbabit adalah merupakan kakitangan yang bertugas dalam kediaman beliau. Maklumat diterima, semua kakitangan yangbertugas telah diberi cuti dan disiasat oleh pihak mereka secara “off record”. Tiada laporan polis dan tiada pihak yang tampil membuat kenyataan kes ini kepada media. Hasilnya, ramai lagi rakyat Pahang yang masih “menghormati” dan “tunduk kasih” kepada MB Pahang itu. Adnan merupakan exco Agama, namun sikap dan keperibadiannya jauh sekali dari sepatutnya. Beliau bukan sahaja digelar “MB Samseng” malahan juga merupakan MB yang telah menyebabkan negeri Pahang bakal muflis akibat saman RM60 juta yang dikenakan oleh sebuah syarikat pembalakan baru-baru ini.

Gempar: Anak MB Sendiri Terlibat Rupanya

Maklumat terbaru yang kami terima tentang isu rompakan ini ialah seorang “dalang” yang terlibat dalam kes ini kini sudah “diasingkan” atau “dikuarantin” kerana ia melibatkan pekerja yang baru bertugas secara rasmi di kediaman MB itu. Manakala itu, semua pekerja senior yang turut disiasat kini sudah memulakan tugas mereka seperti biasa. Namun, perkara ini tidak boleh Adnan selesaikan begitu sahaja tanpa membuat laporan polis. Ini kerana kes rompakan itu melibatkan satu jumlah wang yang besar. Pekerja yang terlibat itu, sudah pun membuat pengakuan. Namun, satu berita gempar yang kami terima rupa-rupanya rompakan ini turut melibatkan anak MB sendiri yang baru melangsungkan perkahwinannya semalam. Beliau adalah “master mind” dalam merompak harta dan wang rasuah “bapaknya” itu.

Kami difahamkan anak MB yang berkahwin semalam itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Dia hanya “makan tanggung” hasil ikhsan bapanya yang bergelar MB Pahang itu. Maka itu, kemungkinan besar beliau mencaturkan rompakan ini bagi membolehkannya mendapat sejumlah wang yang besar untuk berbulan madu dan menyara kehidupan selepas mendirikan rumahtangga nanti. Justeru itulah beliau terpaksa merompak duit ayahandanya sendiri, yang beliau tahu adalah duit “rasuah” ataupun “duit haram”. Mungkin juga ia mahu digunakan juga untuk berpoya-poya dengan teman wanita oleh salah seorang lagi anak Adnan yang masih bujang. Anehnya, hanya pekerja yang bersubahat itu sahaja yang menerima hukuman. Sebaliknya Adnan tidak langsung menghukum anaknya bahkan membiarkan ia bebas sebebasnya beliau pun telah melakukan rompakan itu. Mungkin juga Adnan menganggap “anaknya itu tidak bersalah” agaknya. Tambahan pula wang yang dikatakan berjumlah mencecah RM2 juta itu adalah wang “bapaknya” sendiri. Maka itu ia adalah hal keluarga, pada pandangan Adnan.

Anakku Sazali: Bapa Borek Anak Rintik

Misteri yang perlu dibongkarkan ialah dari mana Adnan memperolehi wang sebanyak RM2 juta itu secara tunai?. Kenapa wang tersebut tidak disimpan dimana-mana bank? Apakah ia memang benar “wang haram” dan “wang rasuah”. Jika ini berlaku, ternyata Adnan adalah “pengkhianat”. Beliau hanya bertopengkan “kealimannya” untuk mengaburi mata rakyat Pahang. Sebaliknya beliau juga adalah perompak seperti anaknya itu sendiri. Ini bermakna Adnan rompak wang rakyat dan anaknya rompak wang Adnan. Makanya inilah dia yang dinamakan “bapa borek anak rintik”. Inilah dia juga saling tak tumpah seperti apa yang berlaku dalam filem P.Ramlee “Anakku Sazali” dulu. Kami difahamkan juga pekerja terbabit dan anak MB itu banyak menyimpan rahsia tentang penyelewengan dan wang yang disimpan dalam rumah kediaman Menteri Besar Pahang itu.

Masih Ingatkah lagi berita sedih tentang kedhaifan sebuah keluarga Melayu di Pahang yang bertajuk “Keluarga hidup dalam ‘reban ayam’” yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian satu ketika dulu. Zakaria Deraman bersama isterinya Nurhamizah Mat Jusoh dan lapan orang anak mereka terpaksa tinggal dalam sebuah rumah yang tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, jalan Kuantan-Muadzam Shah dekat Gambang dalam negeri Pahang. Maka itu Adnan harus ingat, suara rakyat adalah suarat keramat. Beliau naik kerana rakyat dan jangan beliau sombong dan mendabik dada menongkat langit, seolah-olah akan berkuasa buat selama-lamanya. Oleh itu, beliau harus dan perlu ingat nasib rakyat. Rakyat disuruh berjimat cermat, sedangkan dalam masa yang sama beliau membazirkan wang rakyat. Kami mendapat maklumat juga, Adnan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk majlis perkahwinan anaknya semalam. Rakyat hidup dalam reban, tapi Adnan berjoli sakan. Semoga rakyat Pahang akan bangkit melihat apa yang kami paparkan ini. Lakukan perubahan ke arah membawa keadilan untuk seluruh rakyat, bukan hanya untuk penyokong mereka sahaja. Inilah amalan tradisi puak-puak UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.

[Justeru itu, rakyat Pahang berhak mendapat penjelasan sebenar tentang isu ini. Tambahan pula ia jelas sekali melibatkan moral dan kepimpinan kerajaan negeri Pahang sendiri. Ini bukanlah kes “curi ayam kampung” atau “curi jambu di kebun”, sebaliknya ialah adalah soal maruah dan kreadibiliti negeri Pahang sendiri. Apakah kita sanggup mempunyai MB yang seperti ini lagi?. Khabaran yang diterima nasib Adnan mungkin agak gelap jika Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Ini kerana Najib akan melantik orangnya iaitu Jamaluddin Jarjis untuk mengambil alih pula tampuk kepimpinan negeri Pahang. Jika ini berlaku Adnan akan terpinggir dan bakal sedih mengenangkan nasibnya nanti].

http://pahangdaily.blogspot.com

Advertisements

Responses

  1. ada mata pandang,ada akal fikir..pru13 pangkah lain..

  2. siapakah yg memperjuangkan ketuanan melayu?
    siapa pula yg bersetuju dgn prinsip jus soli sehingga imigran jadi warganegara di negeri kita?
    siapakah yg tergamak
    membuang tulisan jawi & menggantikannya dgn tulisan rumi?
    konon supaya melayu jadi maju?
    sedang jepun, korea & china tak buang tulisan sendiri
    tapi bangsa & negara mereka maju juga
    siapa pula yg menukar
    bahasa pengantar
    subjek matematik & sains di sk & smk
    drp bahasa melayu kpd english
    konon supaya melayu maju bertaraf dunia?
    sehingga bahasa melayu diperlekeh
    di buminya sendiri
    siapa pula yg punya angkara
    hingga saiz tanah simpan melayu jadi semakin susut?

    benarkah
    mereka yg berkenaan
    telah berjuang dgn sepenuh jiwa & raga
    demi mempertahankan martabat islam & melayu
    sehingga layak
    dianugerahi kuasa
    memerintah negara
    turun temurun?

    bukankah lebih mengkagumkan
    bila org cina & india di tanah melayu
    masih dpt mempertahankan
    bahasa & tulisan mereka
    meski telah lebih 50 tahun
    menghuni negara ini
    tapi mereka tetap maju & berjaya
    berbanding melayu
    yg lahir & membesar di tanah melayu
    tapi dah tak berapa melayu
    sehingga tak fasih bertutur & menulis dlm bahasa melayu
    hidup pula di luar budaya melayu
    menganggap mundur setiap yg berciri melayu
    tapi masih sibuk nak membela melayu
    sehingga menyebabkan bangsa melayu menjadi layu
    di tanah melayu…

  3. 1. Bapak borek anak rentek;
    2. Bapak kencing berdiri, anak kencing berlari;
    3. Ketam mengajar anak berjalan betul;
    4. Ketua perompak mengajar anak jangan
    jadi penyamun?;
    5. Bapak samseng anak genster;
    6. Kepala belut, berbadan ular;
    7. Anjing tak makan tahi, sedikit pun cium juga;
    8. Berak tengah jalan, siapa pun tak nak mengaku. Apatah lagi Adnan.

    Hooo DAHSYAT!!!

    JamJarJis pun 2×5 dan 5×2.
    Malah lebih KHIANAT dari yang sedia ada. Rakyat dan Negara ini dah tidak perlukan mereka ini lagi. Ampun Tuanku beripu-ribu ampun. Patik merafat sembah mohon di ampun, kiranya Sembah Patik Sembah Durhaka. DYMMSPBYDA, Baginda-Baginda Sultan/Majlis Raja-Raja janganlah membiarkan rakyat terseksa begini. Berbuatlah sesuatu untuk menyelamatkan Negara Merdeka dan Berdaulat Kita.

  4. Bertuah rakyat Pahang bertuankan MB Adnan Samseng yang memiliki wang tunai berjuta-juta yang hanya disimpan di rumah saja. Maklumlah dah tak percaya dengan Bank tempatan.

    Mike Tyson tentu senyum, sebab dia tak simpan wang RM2.5 juta di rumah, cuma nak bawa melabur ke Brisbane je. Tapi dah kantoi dengan ‘sarjan’ di Brisbane Airport!

    Rakyat Pahang sungguh bertuah kerana bakal mendapat PM dari Pahang dan bakal MB baru yang dikatakan pernah pegang punggung wanita seorang pekerja hotel di ibunegara beberapa bulan lalu, tapi bertia tu senyap je sebab pemimpin umno!!!

  5. Bertuahnya jadi pemimpin umno, nak ambil rasuah banyak mana pun tiada yang menghalang. Nak rasuah perwakilan dalam pemilihan bahagian pun tiada yang menghalang.

    Nak buat perlakuan sumbang seperti Ketua Wanita Selangor dengan bekas MP Gombak pun tiada yang menghalang.

    Nak mengebom mana-mana model wanita yang telah dinikmati, pun tiada yang menghalang.

    Nak rompak duit KWSP (tak banyak RM5 billion je) atas nama menaikkan nilai saham syarikat kroni, pun tiada yang menghalang.

    Ohh..negaraku Malaysia, pemimpin penyamun mu silih berganti. Rakyatmu derita sengsara. Pendapatan rakyat bawahan hanya cukup untuk makan dan sara keluarga. Jauh sekali nak melancong. Teramat jauh sekali nak melancong ke luar negara. Seronok tengok pemimpin umno joli sakan berbelanja bercuti diluar negara bersama keluarga!

  6. Wahai hamba Allah, negara kita sekarang ini dalam keadaan bahaya kerana diperintah oleh kumpulan perompak dan pengkhianat negara yang bersandarkan dari amanah yang diberi oleh rakyat. Hukum agama, halal haram langsung tak ada dalam pemikiran mereka.

    Alhamdulillah, rakyat dah mula sedar. 5 negeri terlepas kepada Pakatan Rakyat sekali gus menafikan 2/3 majhoriti BN dalam parlimen dalam PRU ke 12, 8 Mac yang lalu.

    InsyaAllah, PRU ke 13 akan menyaksikan tumbangnya BN walaupun pucuk pempinan UMNO & BN bertukar tangan. Kalau dapat ambil alih dalam waktu yang terdekat lagi bagus.

    Kononnya pak lah nak buat perubahan sebelum berundur. Susahlah beb, 5 tahun dah berlalu tak ada sebarang perubahan inikan pula 5 bulan.

    Wassalam.

  7. RE: KES ROMPAKAN ANAK MB SENDIRI TERLIBAT
    Oleh Naspazi | Sunday | November 02 | 2008

    Sdr Syed Alqudsi Menulis.:

    Negara kita sekarang ini dalam keadaan bahaya kerana diperintah oleh kumpulan perompak dan pengkhianat negara yang bersandarkan dari amanah yang diberi oleh rakyat.

    Komen Naspazi.:

    Warga tulen Sabah seribu kali dalam bahaya, sebab dipimpin oleh pemimpin yang menang dalam pilihanraya lantaran diundi oleh PATI, angkara dasar Mahathir dan UMNO [BARU] yang telah memberi kerakyatan mudah kepada PATI melalui IC projek mega mereka sejak 1991 lagi gamaknya.

    Tegasnya, pemimpin di Sabah adalah YB PATI. Dan “UMNO terus mara untuk warga pendatang PATI”. Keh keh keh…

    Umno Tetap di HatiKu –
    Umno is still in my heart
    -Kassim Masdor

    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH
    -Naspazi

  8. salam.
    Apa nak di hairankan pasal anak sapu duit mak bapak.anak dengan ayah sama saje.ini lah yang di katakan bala yang diberikan pada Adnan.faham2 la Datuk.Duit banyak sgt x habis makan pun tapi yang ditangkap orang lain bukan anak dia…Zalimmmm sungguh Adnan ni.Takut malu bb kena pada anak dia.

  9. Like father like san.Jika benar lah cerita ini,alangkah sedih nya bagi rakyaat Pahang yang mempunyai seorang MB saperti ini.Rakyaat Pahang tentu nya masih ingat lagi imej samseng yang di tunjukan oleh MB ini beberapa tahun dulu.Bapa rompak wang dari rakyaat,anak pula rompak wang hasil dari rompakan seorang bapa.Dari cerita ini siapakah yang menjadi mangsa nya??

  10. Elok jugak wang curi kena curi tu !. Maknanya Adnan tak berapa pandai mencuri, sebab harta yang dicurinya kena curi pulak !

    Betullah kata orang tua-tua, pencuri tu kawannya pencuri jugak…..

  11. Anak dia curik pon duit bapak dia..masuk pokek bapak dah penuh masuk le sikit kat poket anak pulak…camna bapak dia simpan berguni-guni duit kat celah siling le, kat celah tempayan ke itu dia punya pasal le…soalnya bapak dia dapek duit cara haram atau halal ke itu urusan dia dengan tuhan…wallahuallam..

  12. Habis lah Malaysia…… Pemimpin UMNO berani ambik apa saja. Mereka kebal… Polis pun tak dapat berbuat apa-apa nanti kerana ada arahan atas arahan atas arahan….begitulah seterusnya.

    Berapa lama mereka boleh inaya rakyat. Langit tidak selalu cerah. Suatu hari bala dan laknat akan menanti kepada mereka yang menyalahi kuasa dan amanah…. lihat lah nanti… Harta dan wang tidak kekal lama. Berkatnya tiada. Hukuman berlaku samada di dunia atau akhirat. Tunggu sajalah.

  13. ini lah bukti bahawa mereka ini adalah sebahagian daripada pemimpin-pemimpin united malays national organisation yang merupakan PENCURI BESAR yang telah mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun…oleh itu marilah kita sama-sama HIDUPkan SOSIALISMA..!

  14. Tunggulah balasan Allah yang setimpal ke ataspemimpin2 yang tidak amanah…. Tuhan itu Maha Mengetahui apa yang tak terduga oleh pengetahuan kita.
    tidak takut kah mereka ini kepada Allah ???????

  15. Duit , Dunia…Bertapa sukarnya menolakmu.

  16. Bapa borek anak rentik
    Orang gila pun nak duit
    Orang yang dah mati saja tak mau duit
    Nak mati pun nak duit
    Duit,duit,duit

  17. koi org pahang mmg malu teramat sangat ada MB mcm s%%l ni…koi pon pelik cam mana rakyat pahang leh sayang sgt kat dia yg perabiskan wang rakyat…kalau sebut kuantan tu malu weih nengok pembangunannya berbanding KT dan KB skrang ni KT dah jadi bandar utama pantai timur…dan KB dan KT dan diisytihar bandaraya..tapi kuantan? sedih sedih…

  18. tkde kerja lain ke kau org asyik nk fitnah aje….kerja asyik fitnah org. Buktikan lah baru cerita…setakat cakap tk ada bukti nk buat apa…mcm kwn kita tu bila org minta suruh dia buat dna mcm2 alasan….yg tu kau org tk hebohkan…tolonglah …. jgn tuduh sembarangan lah…Kita org islam….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: