Posted by: pinkturtle2 | November 2, 2008

Apakah BPR akan telus dalam kes Eurocopter

Apakah BPR akan telus dalam kes ini? Sedangkan sebelum ini sudah "bertimbun-timbun" laporan polis dibuat terhadap pemimpin kerajaan perihal isu rasuah ini.

Apakah BPR akan telus dalam kes ini? Sedangkan sebelum ini sudah "bertimbun-timbun" laporan polis dibuat terhadap pemimpin kerajaan perihal isu rasuah ini.

Isu Eurocopter: Pihak BPR Mulakan Siasatan

NILAI: Tumpuan terhadap isu dakwaan ‘unsur-unsur tidak sihat’ dalam pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar bagi mengantikan Nuri semakin luas dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengumumumkan ia sudah mula membuka kertas siasatan berhubung isu itu. Siasatan tersebut dibuat berikutan kritikan sesetengah pihak mengenai harganya yang terlalu mahal dan didakwa dipengaruhi pihak tertentu. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahamd Said Hamdan berkata, kertas siasatan tersebut baru dibuka selepas menerima maklumat daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini. “Dokumen dan maklumat penting dah dapat daripada PAC dan kita baru sahaja membuka kertas siasatan,” katanya. Beliau berkata, kes tersebut akan disiasat yang merangkumi semua aspek termasuk prosedur pemilikan dan juga rasuah. “Ini termasuk semua aspek termasuk rasuah. Kita akan lihat prosedur seperti adakah kepincangan dalam prosedur dan beberapa aspek lain yang terdapat dalam prosedur itu,” katanya lagi. Bernama.

[Apakah BPR akan telus dalam kes ini? Sedangkan sebelum ini sudah “bertimbun-timbun” laporan polis dibuat terhadap pemimpin kerajaan perihal isu rasuah ini. kita takut BPR hanya akan melengkapkan siasatan pihak PAC tentang hal ini. Maknanya BPR turut akan mengeluarkan kenyataan nanti bahawa proses rundingan dan pembelian itu dibuat secara telus dan tiada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan. Sebab kita tahu, bahawa BPR hanya “rakus” menjalankan siasatan jika ia melibatkan pemimpin pembangkang semata-mata. Lihat sahaja apa yang berlaku di Perak baru-baru ini. Habis dilondehkan pemimpin terbabit perihal isu rasuah yang “entah ya entahkan tidak” itu. Bagaimana dengan pemimpin dari negeri lain, terutamanya MB Pahang yang ternyata banyak laporan polis beliau terlibat dengan rasuah. Apa berlaku? laporan tersebut “dikapankan” begitu sahaja].

http://pahangdaily.blogspot.com


Responses

  1. soalnya, beranikah bpr nie menyoalsiasat kes2 yg membabitkan pm atau tpm? kalau setakat buka kertas siasatan, tak mainlah. kita nak dengar pm atau tpm disiasat & hasil siasatan tu dumumkan secara terbuka, macam yg berlaku kat ehurt olmert kat israel tu. aku masih belum yakinlah dgn keupayaan bpr atau polis kita menyiasat kes2 berprofil tinggi nie…

  2. Terang terangan prosedur perolehan telah tidak di patuhi. Kenapa? Sudah tentu ada kepentingan peribadi. Tetapi siapa yang punya kepentingan ini?
    Menteri? Ketua Setiausaha Kementerian atau Panglima Tentera Udara sendiri?. Dan pegawai di Kementerian Kewangan? BPR mesti menyiasat mereka ini semua.
    Semua nya bermula dari keperluan yang di ujudkan dan kemungkinan ada arahan tertentu olih mereka yang berkuasa untuk mengenepikan prosedur yang ada.
    Abuse of power and conflict of interest is a corruption. Someone must be culpable. Appropriate action must be taken as to ensure the government integrity and to deter future misdeeds without fear or favor.

  3. Selagi BPR ni duduk di bawah ketiak Jabatan Perdana Menteri, jangan haraplah nak jadi kes rasuah atau penyelewengan. BPR sudah jadi Badan Pembersih Rasuah. Semua pemimpin umno yang corupt dibersihkan oleh Mohd Said.

    Kalau rasuah melibatkan polis, kastam atau kakitangan kerajaan yang bawahan dan daripada PR, cepat betul BPR bertindak tegas. Tapi kalau melibatkan menteri-menteri, tokoh2 umno, hatta PM sekalipun, maka lemah longlai Mohd Said dan pasukan BPR nak pergi menyiasat. Kertas laporan akan dibakul sampahkan saja.

    Kalaupun bukti rasuah semua dah lengkap, BPR akan kata terpulang kepada Peguam Negara pulak. Begitulah BPR di bawah Be End, siasatan berpilih2. Siapa saja yang menentang PM/Bee End akan disiasat kesnya.

    Badawi memang pengecut. Kalau betul2 telus nak benteras rasuah BPR yang akan ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mesti diletakkan di bawah PARLIMEN. Bermakna, Mohd Said mesti direct melaporkan kepada sidang parlimen.

    Lagi satu perkara yang penting, kalau pegawai BPR sendiri yang ambil rasuah sebab tak perlu menyiasat, siapa yang akan ambil tahu atau pantau. Ada maklumat menyebut bahawa Pengarah BPR Selangor mendapat beberapa ekar tanah masa zaman pemerintahan Khir Toyo. Kalau pegawai BPR sendiri sudah dapat ‘hadiah’, bagaimana nak bertindak ke atas si Perasuah!
    Harap SPR tidak jadi ‘Suruhanjaya Pelindung Rasuah’.

  4. salam.
    Sejak bila pula BPR nak siasat isu Yelikopter ni.nak berlakun je supaya rakyat tgok tapi yang bertimbun2 laporan semasa zaman Tun dulu sapai sekarang belum siasat lagi.BPR ni pandai berlakun je.Pegawai2 pun makan gaji buta,tidak amanah,takut pada kerajaan bukan pada Allah.Selama ni Umno je yang beri makan pada anak2 mereka.Setiap razeki dtg dari Allah kan.

  5. Aku dah bosan tahap gaban dgn puak-puak ni…
    Nak harapkan kepada Be-End utk lakukan ketelusan dan perubahan samalah seperti umpama menunggu ayam jantan bertelur…

    Kalau betullah nak lihat perubahan kepada semua dasar haprak yg ada hari ini…
    Sokonglah ‘projek 16 Sept’ insyaallah kita akan dapat melihatnya….

  6. Sedangkan badan kehakiman pun masih dibawah pengaruh dari pelakun2utama beend,ini kan pula BPR.Lapuran terhadap kes2 yang berprofile tinggi hanya layak menjadi penghuni tong sampah saja.Sebalik nya BPR hanya berminat menyiasat kes2 yang melibatan pelakun2 tambahan.Di mana kah keadilan yang yang di laung2kan oleh beend.Ada baik nya di letakan gambar duit pada dacing yang menjadi lambang beend selama ini.

  7. Kalau waktu aku belajar dulu, inilah soalan yang paling mudah aku skor untuk dapat markah. Ada 3 skima jawapan dan markah akan bertambah jika huraian dapat memperkukuhkan hujah:

    1. Untuk aku nak dapat markah Lulus 50% jawabnya cukup sekadar begini:
    Kalau sudah Ketua Hakim Negara, Hakim Tinggi, Hakim Tengah, Hakim Rendah, Hakim Norman tidak boleh dipercayai apa nak diharapkan lagi kepada yang lain2;

    2. Untuk aku nak dapat markah 50% – 80% jawabnya begini:
    Termasuklah Peguam Negara, KPN, BPR, SPR, KDN, sudah tidak boleh diharap apa-apa lagi oleh rakyat negara ini sebab mereka ini semuanya menjaga periuk nasi dan kepentingan orang2 UMNO semata-mata;

    3. Untuk aku nak dapat markah penuh 98% jawabnya pula begini:
    Agensi lain tidak berfungsi dengan sempurna iaitu MOF, Imm, Kastam, JPJ/PuspaTakKom, KPDN&HEP, ATM (Darat, Laut, Udara), PBT, Datuk Bandar, YDP, DO, ADO, Renjer Hutan, Renjer Laut, Renjer Sungai, termasuklah Penguasa2 yang menjaga Pokok Getah, Pokok Kelapa Sawit, Pokok Padi, Pokok Sayur, Ikan/sotong/udang di laut. Semuanya HANCUR kan rakyat dan negara.

    Haik!!! mana 2% lagi?………. 2 % lagi akan diberi sekiranya dimasukkan satu lagi agensi iaitu BOMBA pun sama juga mentang kedaghahnya!……

    Kesimpulannya:

    1.Untuk rakyat/warga negara, harga untuk menjamin keselesaan hidup di dalam negeri sendiri terlalu mahal harganya dan semakin sukar. Sedangkan terlalu murah harganya dan mudah sekali diperolehi oleh orang asing Filipina, Indo, Bangla, Neppal, Burma, Thailan, Kemboja, Vietnam, China, Negro dan akan datang Monggoliana.
    2.Sistem Pentadbiran Negara sudah merudum sejak PM ke 4. Paling teruk PM ke 5 dan dijangka HANCUR berkecai diera PM ke 6, sekiranya tidak menjalani proses kitar semula untuk berfungsi dengan baik kepada rakyat dan negaranya. Sistem pemerintahan negara ini akan MATI begitu saja disebabkan penyakit BARAHnya yang terlalu parah, tiada lagi ubat untuk menyembuhkannya. Dalam waktu yang sama ncaman VIRUS dari luar semakin menular.
    3.Kedudukan selesa Raja-Raja Melayu dan apa yang dikatakan sebagai Ketuanan Melayu musnah akhirnya disebabkan unsur2 di atas. Melayu berpecah belah. Melayu musnahkan Melayu. Bangsa lain tidak perlu risau malah sedang tersenyum lebar. Kamu semua boleh hidup senang lenang malah bermewah2 di negeri melayu. Sebabnya satu sahaja: MELAYU BANGANG!!! PESOSAK rakyat dan Negara yang diasaskan oleh UMNO baru
    4.Apa yang harus rakyat buat jika MAHU SELAMAT??? Tiada jalan lain lagi melainkan TUKAR PENTADBIRAN KERAJAAN!!!! Hentikan Ketololan orang Melayu termasuk Institusi yang ada nama-nama Melayu.

  8. Dah agak dah, jawapan nya ; BPR akan kata “Tak ada kes.” Semuanya mengikut prosedur. “Korok mu”.

  9. BPR = Badan Pembersih Rasuah, Badan Pengampu Rasuah, Badan Penyangak Rasuah, Badan Penjilat Rasuah, Badan Penyapu Rasuah.

    Semua gelaran tu hanya terbabit kepada siasatan kepada umno/BN.

    Untuk orang biasa tak ada jawatan pangkat, maka siasatan BPR akan benar-benar professional. Jika sisatan ke atas pemimpin umno/menteri BN…akhirnya Tiada Kes. Contoh..Razak Baginda, Musa Hassan, Eric Chia, Isa Samad, Rahim Thamby Chik, Rafidah Aziz (nenek jutawan AP) dan ramai lagi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: