Posted by: pinkturtle2 | November 3, 2008

perjuangan Zulkifli bukan untuk membela agama tetapi menjaga perut!

Kita nampak cara Zulkifli Nordin melawan itu kerana ingin mencari gaduh bagi menghalalkan tindakan beliau untuk menyertai Umno. Zulkifli sangat suka kalau PKR mengambil tindakan ke atasnya, apa lagi kalau membuangnya dari keahlian parti berkenaan!

Kita nampak cara Zulkifli Nordin melawan itu kerana ingin mencari gaduh bagi menghalalkan tindakan beliau untuk menyertai Umno. Zulkifli sangat suka kalau PKR mengambil tindakan ke atasnya, apa lagi kalau membuangnya dari keahlian parti berkenaan!

Zulkifli Nordin Serah Surat Tanpa Tarikh Kosongkan Kerusi Kulim- Bandar?

BAGAIKAN yang terang lagi bersuluh itulah yang dapat dikatakan mengenai tindak tanduk ahli Parlimen (yang diselamatkan) Zulkifli Nordin. Beliau hanya menanti masa saja untuk bertindak keluar daripada PKR dan menyertai Umno. Apa yang yang berbangkit mengenai dirinya akan dijadikan peluang bagi menghalalkan niatnya itu.

Saya nasihatkan kepada beliau tidak payah berdendang dengan berbagai lagu dan irama untuk menyertai Umno. Sertai saja, habis cerita.

Apabila Anwar Ibrahim mempertikaikan mengenai kenyataan beliau dalam interviu dengan Utusan Malaysia, Zulkifili terus memberi reaksi dengan ‘melawan’ cakap Anwar. Tidak berdosa kalau nak lawan cakap ketua yang pada anggapannya tidak betul, tetapi biarlah cara atau niat berlawan itu ikhlas dan tidak menampakkan melawannya kerana ada undang di sebalik batu.

Kita nampak cara Zulkifli Nordin melawan itu kerana ingin mencari gaduh bagi menghalalkan tindakan beliau untuk menyertai Umno. Zulkifli sangat suka kalau PKR mengambil tindakan ke atasnya, apa lagi kalau membuangnya dari keahlian parti berkenaan!

Cerita Zulkifli nak masuk Umno tidak boleh diselindungkan lagi. Sesiapa yang kenal lawyernya, Md Radzi Mustafa, silalah berjumpa dan tanya lawyer berkenaan. Radzi tahu dari awal hingga akhir dan kosong hingga 10 mengenai Zulkifli. Kalau nak telefon Radzi saya boleh sertakan di sini?

Kepada mereka yang menyokong beliau, selamat menyokong. Kalaupun beliau berada dalam Umno nanti, sokonglah dia kalau benar dia memperjaungkan Islam dan Melayu. Tetapi apakah orang boleh yakin (kalau beliau ikhlas) nak perjuangkan Islam dalam parti yang menolak Islam?

Satu pertanyaan ringkas untuk Zulkifli; beliau adalah antara lawyer yang tampil membela umat Islam yang dimurtadkan? Kenapakah kejadian murtad mudah berlaku? Bukankah kerana kelonggaran hukum Islam (hukum murtad) di negara ini? Dan siapakah kini bertanggungjawab ke atas semua itu? Bukankah kerajaan yang ditulangi Umno?

Kalau beliau mahu kembali ke parti asalnya kita tidak boleh mencegahnya. Kerana itu adalah hak asasi seseorang. Penyokong dan pentaksubnya mempunyai hak asasi untuk menyokong Zulkifli. Bagi orang yang tidak kenal dan rapat dengan Zulkifli akan menerima apa sahaja yang dituturkan. Tetapi bagi yang kenal jejak dan lawaknya, hanya mampu tersenyum saja apabila mendengar gebang Zulkifli.

Ini nak diceritakan bagaimana maklumat yang saya perolehi tentang beliau. Katanya Zulkifli telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Kulim – Bandar Baru kepada Najib Razak. Surat perletakan jawatan itu tanpa tarikh. Ia dijadikan cagaran sekiranya beliau tidak berbuat demikian (umum masuk Umno), pihak Umno akan serah surat itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Surat itu diminta oleh Najib sebagai jaminan sebelum Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petisyen kerusi Parlimen berkenaan. Di mana menurut persetujuan sekiranya Zulkifli tidak mematuhi syarat, mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno, maka surat itu akan valid dan diserahkan kepada Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR). Berdasarkan surat itu SPR akan mengistyharkan kerusi Kulim – Bandar Baru akan kosong.

Zulkifli katanya tidak mahu mengumumkan kemasukan dalam waktu terdekat dan akan mencari masa sesuai. Masa yang ditunjukkan kepada beliau dan dipersetujui ialah selepas Najib menjadi Perdana Menteri. Najib pula mahu Zulkifli berbuat demikian sebagai menandakan beliau mendapat kepercayaan dan sokongan.

Mungkin cerita ini menimbulkan kemarahan kalangan mereka yang terpesona dengan kepetahaan dan pembohongan Zulkifi Nordin selama ini. Saya tidak boleh berkata lebih daripaada apa yang sayang katakan. Cuma sama-sama tunggulah kemungkinan ini dengan penuh sabar.

Bagaimana pun, saya yakin 100 persatu mengenai kemungkinan ini. Sebaik saja Najib angkat sumpah jadi PM, semua permainan dan sandiwara ini akan terjawab. Bagi Zulkifli pula beliau perlu menyertai Umno bagi menyelamatkan kerusi itu untuk mengekalkan elaun sebanyak RM12,000 sebulan dan juga pencen sebagai MP. Jelas perjuangan Zulkifli bukan untuk membela agama tetapi menjaga perut!

Kepada Anwar usahlah pujuk dan rayu Zulkifli lagi. Biarlah beliau pergi membawa cita-cita Islamnya dalam Umno. Makin dirayu dan diungkit makin menjadi dia. Orang yang sudah terperangkap dan terjerat serta hilang prinsip macam Zulkifli tidak perlu ditahan-tahan lagi, buat sakitkan hati sahaja. Biarlah dia cepat-cepat masuk Umno!

http://msomelayu.blogspot.com


Responses

  1. memang dasar melayu pengecut!!! harapkan janggut jer macam orang warak! pergi mampos sama Zulkifli…harapkan tin,tin makan biskut! PR memang harus buang penipu macam dia ni!!!

  2. …kesiaaaan!. Inilah dia ayam berbulu musang. Nak disembelih tak sampai hati. Nak masak goreang pun tak sedap dimakan!. Sembelih campak buang bagi Pak Najib makan je. Aku fikir2 patutlah Sahibussamaah Tuan Mufti Perlis BERHENTI!!!. Dia dah tak nak tanggung DOSA umat2 MUNAFIK yang jelas membelakangkan AGAMA, RAKYAT dan NEGARA….

  3. nanti anda (penulis asal) tolong jawab jika zulkifli nordin tak jadi sertai umno…mamat nila peguam umno 1998…mempertahankan anwar sampai kering anak tekak…dah tiba masa kena buang…korang tengok semua video anwar..mesti ada dia..peranan dia penting dalam pembebasan anwar..sekarang dah tak guna..buang sahaja…ramai lagi kaki ampu untuk pm mat jenin…azmin pun tunggu masa je tu.

  4. lepas ezam,yb zul lak….kalau betul yb zul bela islam nape tak masuk je PAS?..kan yb tau perangai,sifat amno yg teruk track recordnya dalam hal islam..nie terbalik lak..serupa mcm ezam yg menentang rasuah tapi masuk balik parti yg kuat mengamalkan rasuah….

  5. kumbang, memang betul masa tu yb zul bela anwar, tapi belum jadi ahli parlimen dan tak ada tawar menawar. Tapi bagi aku, kalau dia nak masuk umno, silakan, dan dia boleh bela melayu dan islam dalam umno, pada masa tu bari dia thau bahawa umno sampai bila pun tak akan mendaulatkan islam. So kepada yb zul, silakan lah masuk umno, ikut mat ezam tu,

  6. biarlah..saudara zul tuh…dia kan dah besar..peguam pulak tu..dia tau le apa yg terbaik utk perut dan tembolok dia..doakan aje le moga dia berjaya…

    eerr..sdr zul, kenapa ya diperingkat awal dulu sdr zul tarik diri dari kes altantuya? Tentu ada cerita besarkan?

    err..sdr zul dulu bukan main marah pasal kes murtad dan kegagalan kerajaan umno menanganinya? lepas ni kok masuk umno..sdr zul akan berjuang juga untuk itu ke? atau menyokong kemurtadan terus berleluasa? yakin ke sdr zul dgn umno bn pasal isu nih? berpuluh tahun dah tau…

    eerr..sdr zul…x cukup makan ke? kalau x masuk umno pun dulu hidup juga..kan? pesan saya jauhilah dari bersubahat dgn pengkhianat agama yee..

  7. Buang aje le ketayap alim kamu tu jangan nak murtadkan orang-orang PKR masuk BN……ini nama musang berbulu ayam……..kami tahu kemana kamu menghilang dgn Aziz Sheik Fadil tempo hari…………cukor ajele janggut tu yoep menyampah teman…….. orang macam ni senang aje nak kenal………cakap tak serupa bikin……berapa juta dah dapat.

  8. YB Zul, saya sangat menghormati pendirian saudara meletakan Islam sebagai dasar perjuangan anda. Saudara akan menentang sesiapa sahaja yang menyekat perjuangan saudara untuk mengangkat mertabat dan memperkukuhkan Islam, di negara kita ini.

    Jika benarlah ada desas desus mengatakan yang saudara hendak masuk UMNO tinggalkan perjuangan PR, perjuangan anda tidak akan ke mana. UMNO bukan wadah untuk perjuangan yang anda impikan, percayalah.

    Lebih 30 tahun saya berada dalam UMNO, tak nampak Islam menjadi dasar perjuangan parti ini.
    Hanya retorik, kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air tapi habuk pun tak ada.

    Kalau benarlah anda nak berjuang untuk Islam, wadahnya ialah PAS. Percayalah, anda tidak akan diberi peranan langsung dalam UMNO seperti rakan-rakan yang dulu berjuang bermati-matian dalam gerakan reformasi.

    Saya berharap saudara fikirkanlah dan buat solat Istrkharah sebelum tindakan diambil.

    Kami sayang anda.

  9. gi lah mana nak gi. ikut suka kau lah zul. kau dah besar. pandai-pandai kau lah bawa diri. boleh blah

  10. tuduhan dan fitnah lebih zalim dari membunuh…..
    Tulisan lebih hebat dari pedang…

    Betul salah hanya Allah yang mengetahui..

    tapi aku rasa sikit kesal kerana baru sikit kemenangan Allah berikan dan bermacam2 ragam dapat kita lihat…..

    Satu lagi yang amat aku kesal kadang2 belum tau betul salah maklumat tu dah tersebar meluas dan dah ramai buat ulasan ikut kepakaran masing2….

    Ingatlah kalau kita benar-benar sayangkan Islam adu domba tak kan bawa kita ke mana….

    Ingat-mengingati dan memberi pesanan serta panduan kepada sesama kita agar tidak lari dari landasan islam……

  11. kalau kita baca komen dia dalam utusan, dia hanya nak pertahankan islam… tapi skrg ini ramai yang tidak suka islam termasuk yang memaki hamun dia sekarang ini…
    bagaimana orang bukan islam nak mempercayai islam sekiranya orang islam sendiri, saling hina menghina, umpat mengumpat, carut mencarut…
    yang tidak betul, perlu ditergur, bukan di hina.. sekiranya teguran tidak diterima, serahkan pada Allah, kerana tugas kita (menegur) telah selesai.

  12. Salam & selamat sejahtera…
    Kenapa setiap yg berbeza pandangan dgn pembangkang hendak ditolak. Kalu umno buat bodoh, bangang, jual bangsa n agama, tapi kalu pembangKang buat, demi maruah bangsa, agama.Suci telus. Apa jadi dengan PKR di Selangor. Jual bangsa. Ok!!!Cuba kalu yang buat UMNO,apa dah jadi??PENGKHIANAT la jawabnye..

    Tolongla insaf n sedar bahawa anda semua sedang semakin hanyut ke dalam kancah permainan politik yang menjadikan kedudukan agama & bangsa sebagai satu cagaran untuk kepentingan politik individu dan puak tertentu.

  13. salam.
    berita yg anda dengar adakh sahih atau sekadar khabar angin?jika nyata ia hanya fitnah jawablah d hadapan ALLAH nanti…hati hatilh wahai sahabat sekelian pembawa berita haruslh di pastikan adakan ia seorg munafik yg bekerja untuk memecah belahkn kesatuan kita.
    untuk pengetahuan saudara YB zul hanya dapat mengadu nasibnya pada ALLAH…ALLAH sebaik baik tempat kita mengadu.tiap kali ada masalah begini YB zul akan pergi ke mekkah untuk menenangkn fikiran…insaallah YB zul akan ke mekkah lg dlm waktu terdekat ini…

  14. Betul ke tak betul ni? Fitnah tu satu hal tetapi YB Zul sendiri taknak komen. Biasalah – Tentu menimbulkan keraguan yang munasabah. Kalau pasal duit nak masuk UMNO tak payahlah. Duit banyak mana pun tak cukup. Macam umur gak. Kalau YB Zul nak gi UMNO, pasti dia akan dihukum pengundi2nya. Umur UMNO pun dah tak lama kalau pemimpin2nya cuma pentingkan perut dan nafsu sendiri. Setuju sangat YB Zul solat istikharah minta petunjuk. Kalu percaya le..

  15. UNtuk mengelak khabar angin begini, sptt nya YB zul buat kenyataan resmi lah supaya semua kabar2 gini hilang dan terpadam.

    Tetapi hampir 10X sy komen ke blog Zul, buka shaja tak berbalas, tersiar pun tidak…..

    Memalukan lah u zul…..

  16. Betul ke MP Kulim ni nak letak jawatan.Ni sme kije2 orang2 yang nak memecahbelahkan PKR ke.Mane ada kan.Biasa la orang politik mmg ramai musuh tapi saya percaya MP kulim ni ada prinsip beliau.Beliau tak akan masuk Umno sebab dah nak hancurrrr.Hidup YB Kulim.Lawan Tetap Lawan.Mbujur lalu Mlingtang Patah…..

  17. salam…
    kalau cerita yg di hebahkan ini tidak betul,org yg tulis cerita ni tanggunglah dosa2 mereka yg maki hamun Yb zul tadi. mereka yg memaki hamun tadi tak ubah seperti lidah umno.mcm org tak pergi sekolah.benda tak berlaku lagi,tp menggelatat je lebih…..mcm ni ke org yg berpelajaran…….

  18. Tak fikir cerita ini betul.

  19. YB Zul, u kena jawab semua keraguan ini.Jangan biarkan orang ramai tertanya-tanya? U wakil rakyat, bukan wakil syarikat makanan.

    Cuma satu,teman harap YB Zul tak jadi macam Ezam ‘Tokoh Kotak Negara’ tu. Perjuangan macam Ezam confirm ‘Perjuangan Untuk Tembolok dan Perut’ melebihi segala-galanya!

  20. Kalau betul YB Zul masuk UMNO balik, kasihan pada DSAI. Ramai beno orang di belakangnya yang khianat. Harap pada YB Azmin jangan jadi cam tu. Patutlah perjuangan DSAI banyak sangat halangan, rintangan. Minta orang-orang PKR yang Islam solat hajat banyak-banyak supaya musang-musang dalam PKR ni tunjuk diri yang sebenar.

  21. Dalam PR ni dah ramai sangat bekas2 UMNO, masuk PR budaya tu dibawak sekali, itulah yang jadi sekarang, dengki mendengki, jatuh menjatuhkan, tamak kan sesuatu, mengadu domba dan itu sekarang memang dah mula nampak. Kalau nak keluar YB Zul, keluar sajalah, kita kalau nak berjuang tak payah dalam UMNO, atau ikut macam Ezam, atau duduk dalam PR yang mula nampak haprak pengikut dari ex Umno tu, macam2 boleh kita sumbangkan kearah Islam, yg nak adili kita nanti Allah, bukan manusia2 hipokrit ni semua, PR ni kalau kehaprakan pengikutnya tidak dihapuskan ianya akan lebih cepat berkubur dari UMNO yang tengah nazak tu.

  22. bagus gak yb zul masuk umno.Boleh duduk diam sebelah Nakhaie sampai la ni.

  23. tahun berapa saya tak ingat tapi agak lama jugalah cakap-cakap ni berlaku. Saya rasa nak tumbuk muka orang yang bawa cerita. Katanya (berlapik), “Betulke orang cakap zulkifli nordin tu spy umno dalam keadilan?”
    hah… kau fikirlah sendiri sekarang!!!!. Pejuang Islam..Macamlah UMNO tu pejuang Islam sangat. Lelong Islam adalah. Islam simpan bawah karpet saja bagi orang UMNO.

  24. syyyyyy………..diam diam dan kita tengok loyar zul ni membawa ke mana

  25. jgn. lupa zul kirim salam sama itu NAKASONE

  26. Apalah kau orang ni mcm-mcm fitnah yang kau orang buat,saya tak nampak pun dia salah,yang saya nampak dia mempertikaikan Teresa kok,kandang babi dan cina yang dah naik tocang,dia tak mau jadi pembangkang yang duduk diam,saya respek kat dia,tunggu dan lihatlah kebenaran jangan asyik memfitnah sahaja.

  27. Bila pemimpin ditentang mcm2 bunyi baik UMNO mahu PAS. PKR?takyah la, pemimpin depa pon sokong hindraf nak sembang melayu,islam,tak sesuai rasanya. Asal “KERAJAAN RAKYAT” yang buat mesti btol punyalah.kilang arak BN bg lesen haram, kandang babi dirancang pemimpin BN terdahulu dilaksanakn “KERAJAAN RAKYAT'” tak salah 2×5=Lidah cabang, mana lagi hina perguna agama atau perguna bangsa? nak tanya tuan blog, artikel ni tulis sendiri ke?sebab penulis blog ni pon penipu rujuk perenggan 7.

    “Satu pertanyaan ringkas untuk Zulkifli; beliau adalah antara lawyer yang tampil membela umat Islam yang dimurtadkan? Kenapakah kejadian murtad mudah berlaku? Bukankah kerana kelonggaran hukum Islam (hukum murtad) di negara ini? Dan siapakah kini bertanggungjawab ke atas semua itu? Bukankah kerajaan yang ditulangi Umno?”

    satu dan ringkas ker tu??

  28. kenapa nak ditapis?siarkan..kitakan mengamalkan kebebasan bersuara bukan mcm tv3…”ulama” kita menderma “tak pernah” diwar-warkan dalam harakah bukan macam pemimpin bn war2kan kebaikan mereka didalam utusan..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: