Posted by: pinkturtle2 | November 3, 2008

Raja Petra boleh dibenar jadi saksi kes Altantuya – Syed Hamid

Sememangnya tidak ada sekatan untuk mereka yang ditahan ISA untuk hadir di mahkamah," - Hamid Albar

Sememangnya tidak ada sekatan untuk mereka yang ditahan ISA untuk hadir di mahkamah - Hamid Albar

Raja Petra boleh dibenar jadi saksi kes Altantuya – Syed Hamid

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tidak ada sebarang sekatan bagi mana-mana tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk Raja Petra Raja Kamaruddin untuk menghadiri sebarang prosedur mahkamah.

“Sememangnya tidak ada sekatan untuk mereka yang ditahan ISA untuk hadir di mahkamah,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan yang dikemukakan Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar dalam kes pembunuhan wanita Moggolia, Altantuya Shaariibuu yang ingin mendapatkan Raja Petra sebagai saksi pihak pembelaan.

Raja Petra yang kini ditahan di bawah ISA pernah mengeluarkan Akuan Bersumpah berhubung kes berprofil tinggi itu.

Syed Hamid berkata jika ada permohonan daripada mana-mana pihak untuk mendapatkan keterangan Raja Petra sebagai saksi, pihak kementerian boleh memberikan kebenaran.

“Kalau ada (permohonan), boleh dapat kebenaran… boleh,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, sehingga semalam beliau masih belum menerima sebarang permohonan berhubung perkara tersebut.

“Belum ada lagi, saya belum dapat apa-apa maklumat. Mungkin sebab hujung minggu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan Raja Petra akan dibebaskan daripada tahanan ISA.

Namun beliau menafikan mengenai perkara tersebut.

“Tak ada… saya tak tahu pula khabar angin beliau akan dibebaskan,” katanya.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. salam
    kenapa 2 anggota UTK sentiasa bertopeng. ada tak kebarangkalian utk berlaku pemalsuan identiti. ramai dah mula berkata,2 org yg bertopeng tu bukan anggota UTK. hanya pelakun. 2 org banduan yg telah dikenalpasti utk menjalani hukuman gantung sampai mati. ada tak kemungkinan spt ini akan berlaku

  2. tak ada mat oooiii dlm mahkamah ada buka maa

  3. Yang dok bising pakai topeng ni rakyat jelata… tp bagi orang atasan atau politik….tak kisah…mereka tak hairan dan tak komplain pun…. pasai..apa?

    sila jawab…hehehe

  4. …bagi orang atasan atau politik UMNO kita sememangnya BERTOPENG. Syetan iblis bertopengkan manusia. Tul tak Zack????……

    Rakyat jelata pakai topeng juga tapi topeng nampak rupa selepas kul 12.00 malam.

  5. Apa beza Razak Baginda dan RPK?….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: