Posted by: pinkturtle2 | November 5, 2008

Kawin Je Norman,Pedulikan Apa Orang Nak Kata…

NORMAN HAKIM tidak mampu membendung rasa sedih dan kesal sehingga menitiskan air matanya di hadapan wartawan ketika ditemu bual kelmarin.

NORMAN HAKIM tidak mampu membendung rasa sedih dan kesal sehingga menitiskan air matanya di hadapan wartawan ketika ditemu bual kelmarin.

Norman bersedia terima Memey sebagai isteri kedua

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Aktor popular, Norman Hakim buat kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda, Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang ditakdirkan oleh Allah.

Biarpun tidak mengesahkan yang dia mempunyai hubungan serius dengan aktres berusia 20 tahun itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berkata, sebagai umat Islam, dia akur dengan ketentuan qada dan qadar.

”Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.

”Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu hari nanti,” katanya ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia, SAHARUDIN MUSTHAFA di sini hari ini.

Norman berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya dia dan Memey sudah merancang untuk berkahwin.

Bagaimanapun, rancangan tersebut dikatakan terpaksa ditunda berikutan dia dan Memey ditangkap berkhalwat di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor pada 30 Oktober lalu.

Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.

”Ada ‘wilayah’ dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah, pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.

”Bila saya fikirkan masalah yang sedang saya hadapi ketika ini, adalah lebih baik saya berterus-terang berhubung perasaan yang sedang saya alami ketika ini,” jelas Norman yang berkali-kali menyatakan harapannya agar Abby memahami kedudukannya ketika ini.

Menurut Norman, dia tidak mampu untuk menghalang Abby meluahkan emosinya seperti yang berlaku di lokasi penggambaran Gerak Khas semalam.

”Saya mahu mencari penyelesaian terbaik dalam hal rumah tangga saya dengan Abby. Saya cuba memahami keadaannya ketika ini.

”Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.

”Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain, apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,” ujar Norman lagi.

Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan ‘penyelamat’ kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.

”Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat. Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya.

”Saya perlu mempertahankan Memey kerana dia juga ada keluarga yang terpaksa melalui episod ini.

”Seperti yang saya kata, ada banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, saya harap Abby benar-benar memahami keadaan saya ketika ini. Saya tahu saya dan dia (Abby) masih ada masa depan demi anak-anak kami,” kata Norman yang berhasrat untuk merujuk kepada pihak yang arif yang boleh menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Pada masa sama, Norman berkata, dia akan memohon petunjuk daripada Allah dengan solat sunat istikarah.

http://www.utusan.com.my

Komen2 dari pengunjung blog

abby ni apa ceta? saja nak glamour ke? hal rumahtanggal selesaikan cara baik. nak tuntut cerai, dah g pejabat agama dahla. knapa sibuk2 pergi kelokasi pengambaran norman? inilah akal perempuan, pendek. nasib baik talak pada lelaki kalau tak tiap2 hari laki kena cerai dgn bini…
kau buat bodoh ajalah man. cerai kat tangan kau, kau diamkan aja, nanti senyaplah dia tu. gua puji lu man kerana nak berbini dua tapi kena jujur bro… jgn tipu bini.
ebby jgn guna akal kau aja… ingat, ini hukum tuhan. kenapa aurat lelaki pusat sampai lutut tapi perempuan seluruh badan kecuali muka n tangan? tak adil kah Allah? inilah adil menurut islam. begitu juga, perempaun boleh berkawan 1 dlm 1 masa tetapi lelaki 4. tak adik kah? inilah keadilan dalam Islam. Hanya org yg beriman sahaja yang mengetahuinya. .. bahtiar

cuba bawa btenang..kita tak pcaya norman
bgitu dn kita sngat hairan knapa abby sngat tdesak hendak tuntut cerai..kita fikir tentu abby ada apa2 dblkng norman agak nyaa..sedang kan norman masih juga syg kan abby knapa abby
tak faham2…suka abby melaung sana sini untuk tuntut cerai dan tak hendak percaya penjelasan dri norman…ada apa2 kah abby?

Spatut nya btolah ansur laah demi anak2 kamu itu. Jgn ikut kata nafsu nanti kamu juga menyesal tak berair mata..kesiaan budak2 tu…fikir lah bawa mengucap banyak2….saja kita mnasihat kan yg terbaik.!!! saia-saja

Advertisements

Responses

  1. Norman boleh berkahwin dengan Memey dan Abby kena menerima hakikat bahawa Islam mengizinkan setiap suami berkahwin lebih dari satu ( tidak lebih dari 4 orang isteri ).

    Namun begitu Islam menetap syarat-syarat untuk membolehkan si suami berpoligami. Mampu memberi nafkah zahir dan batin, berlaku adil kepada isteri-isterinya dari segi pemberian nafkah dan giliran. Membimbing isteri-isteri dan keluarga mentaati Allah dan rasulNya.

    Memang pahit untuk bermadu bagi seseorang isteri sebab itulah Allah memberi ganjaran yang besar kepada isteri yang redza suaminya kahwin lagi( poligami )

    Jika anda tidak yakin dapat berlaku adil dan perkahwinan itu berasaskan nafsu semata-mata, eloklah sisuami lupakan sahaja untuk berkahwin.

    Saya mengharapkan Abby & Norman bertenang kerana ini ujuian Allah kepada makhlukNya dan yakin yang anda dapat menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.

    Wassalam.

  2. norman tak mampu… sebab menipu, abai nafkah, tak de kepimpinan…
    jika lelaki tak mampu nak pimpin diri, isteri, dan anak…. lu fikir la sndiri.

  3. WAH BOLE KAWIN 4 KA..BANYAK SYOK LA KORANG.
    TAPI ADIL KE….

  4. si Norman tu tak sedar diri macamlah handsome sgt perasan je lebih. dulu beriya2 nangis sebab kejadian beberapa tahun yang lalu tapi sekarang ni hampeh cakap tak serupa bikin. nampaknya lepas ni rezeki dia akan berkurangan sebab dia ni memang zalim rupa pun macam lelaki batak aje misai aje harap tebal tapi iman memang nipis tak beragama lansung kena tangkap khalwat, dasar lelaki buaya darat, nanti dah ke dalam kubur baru nak insaf atas perbuatannya semasa hidup. bodoh punya Norman bangang.

  5. perempuan pendek akal?apakah si norman itu menggunakan akalnya ketika dia ditangkap berkhalwat?mengapa pengorbanan seorang wanita ketika mengandung, melahirkan anak jauh sekali untuk dihargai.apabila dah berkahwin, perlulah kita menjaga nafkah zahir dan batin terhadap suami mahu pun isteri. Memang hak lelaki untuk berkahwin 4, namun perempuan juga mempunyai hak untuk menuntut cerai apabila perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan( mengikut cara yang dibenarkan syarak). Semoga apa yang tersurat menjadi yang terbaik bagi semua. insyaallah mungkin sekali abby itu bukan jodoh untuk norman. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

  6. aku tak puas hati betul dgn bahtiar & saja-saja……
    apa kebanggangan korang nie….cuba letakkan situasi korang kat tempat abby….agak2nya korang melalak sampai tercabut anak tekak……cuba tengok nasihat dari syed alqudsi…..itulah baru nasihat yang baik….apa?? korang ingat sebab korang tu jantan…..ada hak lah buat isteri2 korang macam tu??? woiiiii aku pun beristeri jugak…..tapi taklah fikiran sampai sontot macam korang berdua….org2 macam korang nielah yang patut di samba petir…..buat menyemak kan dunia jer…….

  7. MENANGIS KONON!!! (ikut loghat mak dara dlm Ibu Mertuaku)
    NORMAN KUAT MAIN WAYANG!!!!!!! Sedia terima Memey sebagai isteri kedua jika ditakdirkan????? (statement biasa aku dgr bila lelaki mmg ada affair dgn pompuan lain n da gatal nk berbini lagi!!!!!)

  8. memang lelaki leh kawin 4 ..tapi lum kawin pun dah LUPA TANGGUNG JAWB SBGAI SUAMI KPD 1 ISTERI 3 ANAK.NAFSU LELAKI SAMA JE ..NO 1 MESTI PUASKAN SYAHWAT…NO 2 SYAHWAT NO 3 SYAHWAT SELAGI LUM PUAS…..

  9. Aku tak faham org sekarang ni…bab kawin banyak atau 4 ikut Islam……tapi bab tanggungjawab….kerja kuat…..kuat beribadat…..kuat berusaha tak ada pulak ikut Islam……pada aku dalam bab ini dah tentu jantan miang yang gatal….ada isteri yang sah nak berkhalwat dengan betina…….pada aku kalau seorang jantan dan betina ditangkap khalwat lebih baik dipanggil binatang atau haiwan….kalau aku jadi ABBY daripada hidup makan hati berulam jantung lebih baik hidup sendiri…..kalau hidup bermadu tetapi asyik bergaduh dan merungut berdosa juga tu……pada aku daripada berlaki dengan org tak bertanggungjawab lebih baik bercerai……..ini masa kita tengah sihat….lawa….muda…..bergaya dia boleh menduakan kita…..itu belum lagi kita tua…….org jantan macam ini tak boleh buat laki lebih baik blahhhhhhhhh…..sayangi dan cintai diri anda dan ALLAH s.a.w daripada mencintai manusia yang tidak bertanggungjawab dan kaki betina……..dan binalah hidup baru yang lebih bermakna bersama anak-anak yang lebih memerlukannya…….zaman sekarang ini lebih banyak jantan tak guna daripada lelaki yang berguna…..itu pasal banyak ibu tunggal sekarang……sebab jantan sekarang banyak tak bertelor……

  10. Dah kena tangkap baru nak mengaku sanggup berbinikan memey kalau itu dah ditakdirkan. Apa maknanye tu…..

  11. its not as simply as that, kawan rapat aku sendiri parent die cerai sedangkan da kawen selame 42 TAHUN, bole bayangkan tak? 42 years dah berkecai cam tuh je hanya kerana si suami or tungga rumah sendiri tak bole jaga diri sendiri…kesian kwan aku tuh and dont look to this matter as simple as u can see.

  12. Aku pun lelaki … tetapi dalam kes nih aku rasa lebih baik selesaikan dahulu masalah norman dan abby. semoga mereka terus bersuami isteri. semua kat sinih aku tengok kalu kes kawen mesti cakap boleh kawen 4 tapi kalau pasal lain yang islam suruh buat hang tak buat. pasal kawen 4 kena ikut islam …. kita kena waspada.

  13. ABBY..TOKSAH LE ENGKO NANGIS…MMG NORMAN BUAYE DARAT…TAKPE KALU NORMAN CERAI ABY…DATANGLAH KAT ABG TAN SRI …ABG PUN DAH LAME TAK MERASE KESEDAPAN MERATAH TUBUH-TUBUH ARTIS NI…DULU ADE LEEE HEHEHE!

  14. Yang jahil belajar, yang tak pasti jangan buat tuduhan meluluh, sesuatu yang kita benci itu ada kebaikannya…sesuatu yang kita terlalu suka itu ada keburukannya. Jangan mencemuh berlebihan kerana mungkin besok,lusa, tulat kita pula akan diuji pula. Dunia, isteri, suami semuanya pinjaman. Wassalam.

  15. apalah korang merepek nie…dasar buaya lah, pompuan pendek akal lah, lelaki memang peuaskan nafsu syahwat lah…apa bende lah korang membebel tak tentu pasal nie!

    Abby nak minta cerai..cerai ajelah…apa susah! Ko norman dol nak kahwin memek ko punya pasalah dapat memek baru..ko punya pasal!

    apa aku peduli??????? hahahahah?????? cite artis tak de pekdahnye…buang karan aje! Pooooraaah lah..nak cerai, nak kahwin sepuluh ko punya pasal lahhh dolllllllllllllllllllllll???

  16. bab kawin cerai ni tak boleh guna akal n hukum logik. perkahwinan bukan mcm bsnes, rasa tak syok, rasa rugi, buburkan perniagaan. perkahwinan ada hukum hakam yg megikatnya. ada dosa ada pahala. ada yg dibolehkan ada yg tak di bolehkan. ok, norman nak kawin, abby frust, so dia mintak cerai, boleh ke?
    abby boleh kecewa tapi tak boleh minta cerai. semua yg berlaku adalah qada n qadar yg telah ditetapkan. inilah ujian allah kepda abby. abby kena sabar dlm menerima ujian allah ini. bukan terpekik terlolong. ini baru nak hilang laki, klu hilang anak mcmana? mana iman?
    kena fikir kenapa aku diuji? abby taksuka n semua perempuan tak suka tapi adakah sesuatu yg dia tak suka itu sebenarnya tak baik. kadang perkara itu kita tak suka, tapi allah maha mengetahu bahawa itu yg terbaik utk kita. mungkin kita nak sangat sesuatu perkara tapi tak dpt, kita kecewa tapi allah tau perkara itu tak baik utk kita.
    so kena sabarla… redha dgn ketentuan allah. ini ujian allah kerana allah syg abby. allah nak tingkatkan darjah abby. ini juga ujian kepada norman n pasangan khalwatnya tapi ujian dlm bentuk lain.
    apa2 jgn kelangkabut….

  17. pandailah hangpa komen pasai org len punya masalah..sendri punya bini, sendri punya isteri kat umah ada tgk ka? anak2 kat umah dah cukup ka bekalan agama? dah kenal ke mana satu fardhu kifayah, mana satu fardhu ain..

    ini menonggeng laju ja komen pasai org, macam tu la manusia…”TIDAK DINAMAKAN INSAN ITU MELAINKAN KERANA KELALAIAN..”

    Redha la, qadak qadar la apa la suma hangpa bawak keluaq untuk bagi nampak cantek hangpa punya statement, tapi yg menanggung masalah hangpa tau ka? xpayah la nak perbesaq isu rumah tangga artis ni, depa pun macam kita gak, ada nafsu amarah, ada nafsu syawat..so xdak bezanya..cuma depa nie glamer, cerai pn kecoh..

    timah janda kat kampung aku dah 3 taun jadi janda xdak lak org bising2..hampeh.. anak ada 8, 2x kembar, tanya laki pasai pa cerai, selamba dia jawab..bini aku dah sezen..habih dulu dia punya latam sampai lunyai apa kes?

    ni pun macam tu la, hang igt norman punya iman tahap gaban ka? dok dua2 dalam bilik terkurung macam tu blh wat xtau kat lauk depan mata, fresh lagi tu.. abih tu…si abby nie pun dulu dah janda xnak gtau, alih2 waktu kawin baru kecoh.. la dah anak 3, sezen la bro..sendri mau ingat la…

    malas ar pikir pasal artis, xpasal2 aku terkutuk depa..!!!

  18. aku kan… kalau laki aku ok imannya, ok poketnya dan tenaganya .. ok kasih sayangnya…. akan ku hadiahinya sorang , dua orang, dan tiga orang isteri buatnya….

  19. tak habis2 cite bab cerai ini la die orang tak habis ngaji .masa belum kawin i love u bila dah ade anak 2-3 orang i lari ek
    oi kawan jangan buat gitu nooo
    ini maruah orang lelaki mana…
    wanita lak jangan cepat gelabah hati2 memilih calon suami
    susah la nak cite orang sekarang tak kira jantina sama2 salah

    seterusnya…..

  20. penat gue mndegar citer artis ni..kwin cerai.2 je la drg tau.dlm bab norman n abby mmg norman la yang salah.klu da berbulan2 tak blik rmh 2 di tngkap khlwat plak,ada mslah la 2.da jdi kes mcm 2 brulah nak minta faham pa yang berlaku.brulah nak mgaku sayang bini & anak2.knpa sebelum berlaku kjadian 2 tak fikir tntang ister dan anak2.tak ksian kat isteri ke bru je lepas bersalin ank ketiga,ingat snang ke mlahirkan anak spt buang air kecil?????bwa2 le betobat bkan blumba2 nak kwin 4,5,6……..dunia smakin tua bila2 sj kiamat blaku.skali bisok plak kiamat nah! tak sempat bertobat.ingat apa motif dan tujuan kita hidup di dunia.patah lg sd berumah tangga.Lu fikirlah sndiri norman

  21. Perjalanan hidup norman dan abby ada sedikit sebanyak dengan kehidupan sahabat aku dahulu.Akhirnya sahabat aku itu meninggal dunia kerana kemalangan lima tahun lepas.

    Aku rasa sahabat aku ni lagi kacak dari norman,tinggi,dada bidang dan ada lekok di dagu malah kalaulah aku ini seorang wanita dah lama aku jadikan suami kerana ketampanannya memang tak boleh dilupakan,lebih2 lagi kalau dia senyum….peah..!! cair iman seorang wanita.

    Selama aku bersahabat dengannya dari sewaktu bujang sehinggalah hendak berkahwin,sahabat aku ni seorang yang ceria dan tidak sombong,tetapi sahabat aku ini tersalah pilih kekasih lalu berkahwin setelah tak sampai tiga bulan berkawan.

    Kenapa aku katakan sahabat aku telah tersilap langkah dan terburu-buru. Ini semua kerana isterinya terlalu mendesak desak kerana terlalu cemburu yang amat sangat takut orang lain kebas. Akulah tempat dia bercerita masalah dia boleh dikatakan setiap hari bergaduh hal yang remeh temeh dan tidak masuk di akal langsung.

    Aku yang mendengarnya pun kadang-kadang naik geram,cemburunya teramat amat cemburu sehinggakan ieterinya sanggup memaki hamun suaminya di depan kawan2nya.Pantang lambat sedikit pulang rumah dah marah,kawan talipon pun cemburu,hendak keluar rumah lagilah jangan harap kalau dia tak ikut, boleh dikatakan pergerakan sahabat aku itu dikawal.Aku sebagai sahabat banyak kali menasihatinya supaya bersabar dan ikut kata hatinya kalau dah kesabarannya ketahap maxima.

    Untuk mengubat hatinya yang berkecamuk sahabat aku ini lebih suka bekerja walaupun hari cuti dibawanya sekali anak2nya sebagai saksi ke pejabat.Sahabat aku ni lebih kenangkan anak2 dari isterinya sendiri.Bagi aku pula isterinya bukanlah cantik sangat kalau nak berbanding dengan sahabat aku ini dan kematiannya adalah satu kemenangan bagi isterinya dan aku tahu ini adalah suratan takdir.
    Sebelum kemalangan ,kata2 terakhir dari sahabat ku yang masih lagi aku ingat sebelum melangkah keluar dari pejabat ialah “aku nak pi mati.. biar puas hati bini aku cemburu tak habis habis dan ….. tolong jaga anak2 aku”.

    Norman aku rasa kalau kau ada terbaca cerita ini kau ikutlah kata hati kau mana yang betul dan mana yang salah.Buat abby pula dimata mu ku lihat ada perasaan cemburu yang menebal dan tidak salah jika mahu cemburu kerana sayang tetapi ingatlah kesabaran suami mu telah kau matikan. Selamat bercerai…!!

  22. khehehe…sedap baca komen korang…macam2

  23. Sebenarnya dlm hidup manusia tu, buat kerja maksiat ni memang best tapi buat kerja yang halal cukup payah dan seksa. Bila dah kahwin dan buat cara halal gerenti tak rasa sama masih buat maksiat. Lepas dua tiga bulan dah tak ada apa. Cari pulak yang lain. Itu pun belum gerenti kalau kahwin sekalipun, aku rasa lepas tu buat hal pulak. Orang macam ni tak boleh percaya.

  24. Jangan samakan dia dengan kita. Ambo tidak nak campur masalah rumah tangga orang lain sebagai mana ambo juga tidak suka orang lain campur urusan rumah tangga ambo. Banyak lagi topik lain kita boleh bincangkan di sini! biarkan urusan ini dibahaskan oleh orang yang benar-benar “ber authoritative” untuk membicarakan. Kita tidak ada ilmu biarlah kita uruskan diri kita sendiri dulu dengan sebaik-baiknya. Jangan ingat kita sudah berbini dua atau tiga atau empat maka kita sudah sempurna segala-galanya dalam melaksanakan tanggungjawab berumahtangga. Ambo yang Jilid satu saja ini pong masih tak sempurna rasanya. Please, jangan menambah burukkan lagi situasi mereka. Mereka sedang tertekan. Kasihanilah insan-insan malang. Bukan soal khalwat tak khalwat. Jikalau kita suatu hari pula ditakdirkan tertimpa masaelah yang serupa maka……entahlah. Sebaiknya kita bantu kedua-dua mereka supaya semoleknya jangan bercerai atau sama sekali jangan suruh dia kawin pulak. Itu benda tak molek tu. Jangan nak buat melawak benda-benda lagu ni!!!!!Tuan2 Guru kita tak ajar kita buat lagu tu demo weh!!!!. Jangan. Jangan. Jangan!!!. Subhanallah!!!!!

  25. huh hangitnya..kat memana blog citer tang ni…tumpang lalu bang long………..

  26. Nak nikah lagi, nikah je…. ko mampu apa…

  27. Tak larat teman nak komen. Tinggal Tok Kadi je belum komen d ruangan ni. Banyak bersabarlah ke dua2nya.

  28. aku memang paham bebenor perasaan abby sekarang…..bg mereka2 yang tak mengalami situasi seperti yang dialami oleh abby memang pandai cakap je,bila dah kena kat batang idung nanti….tau le apa yang si abby tu rasa…bg suami2 plak yang mane2 ada niat nk kawin lg cuba pikir2 ckit hati isteri2…memang boleh kawin 4,tp pikir masak2 jangan bab kawin je nak ikut sunnah nabi bab lain hancus!!!!!!!!manusia biasa memang tak sempurna cuba bersyukur dengan jodoh yang dah ada tak kira suami tak kira isteri baru le tak terjadi bab2 main belakang,curang,tak setia dan lain2 yang sewaktu dengannya…..sisuami memang senang bila ada pompuan lain kat depan mata memang nampak segala buruk si isteri,mula le nak kawin lg…dulu2 masa bercinta tak nampak pulak buruk nya,sanggup sehidup semati,rela terima seadanya…..hampeh!!!!!!bila dah dalam keadaan terpaksa buat pilihan isteri atau bakal isteri,mula le ingat sayang anak2,anak2 di jadikan alasan untuk teruskan perkahwinan yang sedia ada,tp masa curang tak ingat pulak hati dan perasaan isteri….kesudahannya isteri yang merana…suami bahagia ngan bakal isteri kedua….jantan memang tak guna……aku memang sokong abby,aku tahu dia memang sayangkan ank2 dan perkahwinan dia,dia jugak sayangkan suami dia,tp sebab suami dia tak pandai nak hargai perasaan dan hati dia memang patut pun dia buat keputusan mcm tu……tapi apa2 pun hanya tuhan yang tahu segalanya…..tp hanya satu aku nak pesan untuk selamatkan mahligai yang kita bina pengorbanan yang penting,anggaplah dugaan dan ujian tuhan itu satu anugerah…pengorbanan bukan di pihak isteri jer yang si suami pun kena korban jugak…….sayang macm mane sekalipun kat bakal isteri kedua…..lupakan saja niat nak kawin lg tu…hargai dulu pengorbanan isteri yang sedia ada…cuba cari kelemahan masing2,sama2 sedar kelemahan dan kekurangan diri masing2…ubah,bina cinta baru bersama isteri sedia ada demi ank2…sama2 jaga kejujuran,kesetiaan masing2…..memang jodoh pertemuan,ajal maut di tangan tuhan tp ikhtiar tu ada untuk menyelamatkan segalanya…..ABBY BANYAK2 BERSABAR DAN DEKAT KAN DIRI DENGAN YANG MAHA KUASA NESCAYA KETENANGAN,KEKUATAN,KETABAHAN DAN KEBAHAGIAN AKAN JADI MILIKMU….ALLAH SENTIASA DISISI ORANG2 YANG TERANIAYA….

  29. adat berumah tangga banyak asam garamnya..masing masing kena bawa banyak bersabar..setiap kejadian atau masalah yang datang pasti ada penyelesaiannya..berbincang cara baik dan selesaikan cara yang baik..anak anak adalah harta kita di akhirat kelak..saham yang bakal menolong kita..jagalah hari mereka..

  30. Susah sangat ke norman ? kawin je abis cita. Kalau diorang bkelahi jugak kawin tiga, Hahaha
    Macam cita p.ramlee tu… Kalau tak salah, apa nak takut. Ko mampu ape. Baca cita ayam bpak ngan saudagar kaya takut bini dalam hikayat lama. hahahaha Ayam bapak kata = korang tengok tuan kita. Baru satu bini dah takut. Mati pun sanggup. Tak boleh nak jaga. Tenguk aku. Satu reban aku jaga. Bini ada 40 pun aku boleh jaga. Pergh…! Rumahtangga kena jaga sendirilah.
    hahaha….

  31. senang2 x yah komen… tp nk komen gak sket…

    pda abby bnyak2 bsbr ek…
    biasa la lmrah artis cm2 la
    pada norman n memey 2 klu dh nk kwin sgt kwin la…
    smoga korang bahgia n tau bik buruk msg2 bla dh brsama…
    masa 2 nk menyesal dah x da guna.. jd pk la btul2. jgn tclp plih y mana kaca y mana pmata…

  32. kesian Abby..sabar ye abby..moga-moga kes cerai abby cpt slsai..biarla norman 2 nak wat pe nga memey gatal 2..puan baik hnya unt laki yg baik..puan gatal hnya utk laki gatal..

    abby binalah hidup baru dgn ank2 hnya dieorg yg dpt mmberi kbhgiaan pada kte..selalu la ingt kat Allah s.a.w ini mgkin 1 ujian dr Allah s.a.w untk abby sbgai manusia..jgn berganjak dr kputusan abby untk tuntut cerai dr norman keparat 2..

    supaya hati abby tidak kecewa lg untk kali ke 3..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: