Posted by: pinkturtle2 | November 5, 2008

Abby Tidak kisah Jika Norman Mahu kahwini Memey

Saya tidak berminat untuk tahu apa jadi dengan mereka. Nak kahwin, kahwinlah,

Saya tidak berminat untuk tahu apa jadi dengan mereka. Nak kahwin, kahwinlah,Saya tidak mahu komen apa pun tentang hubungannya dengan Memey,Yang penting, saya ingin dapatkan dokumen perceraian yang saya serahkan kepadanya kelmarin secepat mungkin. - Abby Abadi

Tidak kisah jika Norman mahu kahwini Memey

Abby: Tuntutan minta cerai tetap diteruskan

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA:“Saya tidak berminat untuk tahu apa jadi dengan mereka. Nak kahwin, kahwinlah.” Demikian luah aktres popular Abby Abadi ketika ditanya perasaannya berhubung kenyataan Norman Hakim bahawa dia tidak menolak untuk menjadikan Memey sebagai isteri keduanya.

Tegas aktres berusia 30 tahun itu, apapun yang terjadi, dia tetap akan meneruskan tuntutan cerai daripada suaminya itu secepat mungkin.

“Saya sudah nekad dan rasanya itu adalah keputusan yang tepat.

“Saya tidak mahu komen apa pun tentang hubungannya dengan Memey atau sebarang perancangannya.

“Yang penting, saya ingin dapatkan dokumen perceraian yang saya serahkan kepadanya kelmarin secepat mungkin.

“Saya tahu dia memang ‘liat’ sikit nak serahkan kembali kepada saya, tetapi saya akan tetap usaha dapatkan semula daripada dia,” tegas Abby yang akui sudah kembali tenang sejak adegan ‘serang’ suaminya di lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.

Kata ibu kepada tiga orang anak ini, dia akui kurang bersikap rasional pada hari kejadian, namun sebagai seorang isteri, kata Abby, tahap kesabarannya memang benar-benar tercabar dan turut tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan Norman.

“Saya tidak mampu tahan emosi saya hari itu. Saya minta maaf, saya memang rasa bersalah.

“Tetapi perasaan bersalah itu untuk diri saya, bukan untuk dia (Norman). Apa yang saya luahkan hari itu sudah lama saya pendam dalam hati.

“Keluarga dan teman-teman rapat juga menyokong saya untuk teruskan niat saya ini. Saya cuma harap dia berikan kerjasama yang baik untuk selesaikan segera proses perceraian ini. Saya sudah tidak larat nak hadapi semua ini lagi,” kata Abby.

Dalam kenyataan terbaru kepada media, Norman akui tidak menolak ketentuan Allah jika ditakdirkan dia dan Memey bertemu jodoh dan sanggup menjadikan pelakon baru itu sebagai isteri keduanya.

Namun begitu, tegas pelakon berusia 32 tahun itu, dia sememangnya ketika ini masih menyayangi isterinya, Abby dan sentiasa berdoa agar rumahtangganya masih dapat diselamatkan.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. teruskan perjuangan mu kak abby….

  2. Perkara ni boleh berlaku pada sesiapa saja. Dalam hal ni melibatkan artis dan ia ternyata lebih menonjol. Namun saya masih melihat bahawa masih ramai lelaki yang rakus dalam hidup. Dalam kes Norman Hakim ni, ini dah kali ke-2 terjadi. Kes pertama dia dulu pun masih orang ingat lagi. Namun dia nampak nekad dengan si Memey ni.

    Isteri dan 3 orang anak dah jadi no. 2. Cinta baru@nafsu pertama. Si Memey ni pulak rasa saya darah muda dan dah pun terperangkap dengan ayat-ayat power orang yang berpengalaman macam Norman. Farahdia dulu kira selamatlah. Mungkin dia masih sempat berfikir dan masih boleh berfikir dan ada rasa malu dan mengambilkira pandangan masyarakat.

    Bukan mudah nak bercinta ngan laki orang. Kesannya kenalah tanggung. Banyak lagi yang bujang nak jugakan hak orang. Sisa lebih sedap kot. Atau bangga sebab dapat tunjuk power dan test market. Entahlah, mudah-mudahan dijauhi dari perkara sebegini di persekitaran kita.

    Kita ambil atau rampas hak orang, satu hari orang lain pula rampas hak kita. Baru kita ingat salah kita dan rasa pula kesannya. Tapi ‘kun fayakun’. Kejadian ni mungkin juga peluang untuk Abby keluar dari kehidupan dengan ‘pelakon sandiwara’ yang hebat tu. Mana-manalah semoga Abby dan anak lebih bahagia dalam lindungan Ilahi.

  3. Betul kata Adilla.. Jika hari ni kita ambil hak orang, maybe suatu hari nanti orang lain pun akan ambil hak kita pula. Fikir-fikirkanlah wahai si memey…..

  4. tu la salnyer.. marilah kte mendoakan kak abby agar die sentiasa tenang dan dapat hadapl semua ni… hilang satu,,masih boleh digantikan.. mungkin kalau ditentukan Ilahi… jodoh yang lebih sempurna akan di kurniakan utk kak abby… Ingat Tuhan sentiasa bersama dengan org yang benar….

    sal memey 2 biarlah.. die masih muda… mane reti nk pikir sme ni.. yg die tau nk glamour ngan mudah nk hidup 2 jer…hara2 die dpt pentunjuk lepas ni biar die sedar ape yg die wat 2…adalah satu perkara y membawa kemurkaan dan dilaknati Allah S.w.T… dosa besar tu runtuhkan masjid tau x memey hampeh… muke jer lawa… otak xder… serupa lembu……wat jahat di blas jahat beb… malu la sket woi…..Nabi pn x ngaku umat tau… runtuhkan persaudaraan antara umat Islam tau……………. lu pikir la sendiri……..

  5. Perkara yang halal tapi dibenci Allah S.W.T ialah talak. Oleh itu, jadikan perceraian sebagai jalan terakhir kepada sesuatu kekusutan rumah tangga.

    Letakkan kebahagian anak-anak melebihi kepentingan peribadi. Jika anak-anak menjadi pilihan, Norman seharusnya mengelak daripada berpoligami dan Abby pula hendaklah membatalkan hasrat menuntut cerai.

    Bila berlaku penceraian, anak-anak akan menjadi mangsa. Norman boleh kahwin lain dan Abby juga berkemungkinan mendapat jodoh, anda boleh bergembira dengan pasangan masing-masing tapi tidak anak-anak anda.

    Jika mereka bersama dengan Abby, suami Abby bukan Norman bapa mereka begitulah sebaliknya. Jiwa anak-anak anda akan rasa tertekan dan begitu hiba sekali. Berserahlah kepada anda disamping berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga anda.

    Wassalam.

  6. kepada abby,tanya pada diri anda kiranya sayangkan anak2 dan norman jangan teruskan perceraian ini,kita akan buat keputusan yang tak salah dalam keadaan marah.fikirkan lah hidup selepas perceraian ini sangat perit lebih2 lagi kt sebagai ibu muda.dalam usia anda dan pasangan lingkungan 30 an,kamu belum matang sebenarnya minta pandangan keluarga sebaik nya

  7. kalau dari permehatian aku,ramai yg berpihak pada kak abby,aku baru lps tengok wanita hari ini,nmpaknya profesor tu pun berpihak pada kak abby..Sabarlah kak,ramai lagi lelaki kat dunia ni yg bleh memahami hati akak dr jantan tak guna tu…

  8. Saya tidak berminat untuk tahu apa jadi dengan mereka. Nak kahwin, kahwinlah,Saya tidak mahu komen apa pun tentang hubungannya dengan Memey,Yang penting, saya ingin dapatkan dokumen perceraian yang saya serahkan kepadanya kelmarin secepat mungkin. – Abby Abadi

    Saya alagi ape peduli…korang nak tonggeng terbalik..apa aku ade peduli?

    Jantan ke..betina ke…lantak ko leer…buang maso den cito artis kobau mesia hahahahah!

  9. habisla.. bekas2 kumpulan elita ni semua pernah pegang title “janda”. Nasib baik dolu2 norman KRU(bkn norman kayu3 tu haaa) mintak aku joint kumpulan elita aku reject’ kalau tak.. nauzubillah….

  10. ngaku pun abby ni yg dia emosi time menyerang perempuan. dah akal perempuan, memang pendek. dah ngaku emosi knapa tak ngaku bahawa tindakan mohon cerai itu juga emosi? dah emosi, semua emosila. so kena tarik balikla permohonan cerai itu. ingat, pempuan yg mohon cerai tanpa sebab wajar tak cium bau syurga. dah tak cium mcamana nak masuk syurga lagi…
    lua pikirla sendiri abby……………..

  11. ngaku pun abby ni yg dia emosi time menyerang perempuan. dah akal perempuan, memang pendek. dah ngaku emosi knapa tak ngaku bahawa tindakan mohon cerai itu juga emosi? dah emosi, semua emosila. so kena tarik balikla permohonan cerai itu. ingat, pempuan yg mohon cerai tanpa sebab wajar tak cium bau syurga. dah tak cium mcamana nak masuk syurga lagi…
    lua pikirla sendiri abby……………..

    tanpa sbb wajar?dah sah2 satu m’sia tau yg norman kena tgkap basah dgn pempuan lain.tu la sbbnye bahtiar oii..takkan tu pun x leh nampak lg..drp mkn hati berulam kan jantung, lg baik hdp sendirian tanpa jantan mcm tu.kalau x cerai belum tentu dpt msk syurga.gado siang mlm,tu belum kira maki hamun dia.ha kan dah dosa wat cam tu.anak2 pun terseksa tgk mak ayah nye x bhgia.lgpun norman tu dah kali ke 2 wat cam tu,x mustahil dia akan buat lg,lg, dan lg..lu pkir la bahtiar…

  12. kenapa dihalang si norman tu nak kawin,biarlah kalau dia mampu,daripada dia orang tu melakukan maksiat lebih baik kawin,perlu diingat Allah menghalalkan kawin lebih dari satu kalau mampu dari segi zahir dan batin

  13. Tidak salah bagi norman utk berkahwin lg..itu lebih baik dr die melakukan maksiat. Poligami juga dihalalkan tetapi bagi abby, apabila dia merasakan perkahwinannya itu telah tidak mampu mendatangkan kebahagiaan pd diri Abby lagi, maka adalah dibolehkan utk Abby meminta dilepaskan dr ikatan perkahwinan dari suaminya. Kerana objektif perkahwinan itu sendiri perlu dilihat secara menyeluruh, tiada erti sesuatu perkahwinan itu diteruskan jika salah satu dr pihak merasa tersiksa dan tiada kegembiraan utk bersama pihak yg lagi satu. Perkahwinan bukan utk mendapat penderitaan, jika Abby sendiri tidak dpt menerima keadaan dimadukan, tidak salah permohonan cerai itu diminta dr beliau terus mengalami masalah dr segi mental dan emosi yang memungkinkan kemudaratan terhadap diri beliau. Maka di sini, penyelesaian yang terbaik adlh pilihan dr kedua – dua pihak, perlu diingat disini bahawa pengorbanan seorg isteri yang tidak terhingga terhadap suaminya adlh apabila seseorg isteri itu melahirkan ank – ank utk suaminya y tercinta yang tiada taranya dan tidak akan mampu diganti dgn sebarang apa pun. Dimana perkara ini tidak mungkin dpt dibalas oleh suaminya dgn apa cara sekalipun krn pengorbanan seseorg isteri dlm mengandung, melahirkan ank, menyusukan bayi dan menjaga ank2 tersebut tiada gantinya. Disini, perlulah diingat, apabila seseorg suami mengatakan bahawa si isteri yang telah melahirkan seramai 3 org ank utk beliau sama penting dgn seorg perempuan yang baru shj dikenali nya dlm hidupnya…maka…mmg wajar utk abby merasa tidak dihargai.

  14. menjadi seorang kekasih itu amat senang…tapi menjadi seorang isteri itu amat payah…banyak hati perlu dijaga,banyak hati perlu dibelai…betul kata abby hati sendiri tak ada orang peduli….kadang-kadang suami ni tak pernah nampak ekbaikan isteri didepan mata kerana dah kelabu di kecantikan yang tak kekal lama di luar sana….kalau betul norman sayang keluarga dia perlu lupakan yang ketiga demi anak-anak yang masih merah…jangan hanya mengharapkan isteri mebuat pengorbanan untuk kebahagiaan diri sendiri…nanti hidup di laknat ALLAH……

  15. ntah ler…norman nie satu..akal jer ader 9 p hamnpeh btoll..dah ader bni..x sykur langsungg..memey yu plak ape ke hey la nyee..bhgie sgt la tuu leh wat camtuu..x per la kak abby Allah sayangkan kak abby sebb tu die trunkan dugaan camniee..nk uji thp keimann hambaNYA.. SABAR la ekk

  16. Aku ni pun bukan baik sangat, cuma nak bagi pendapat. Hanya tuhan dan Abby saja yg tau Norman tu berkemampuan ke tidak nak kahwin lg satu. Kalau dari segi membahagi masa pun dah pancit, apatah lagi bab2 lain. kalau ya pun si Abby tu garang ker menurut perasaan ker, beremosi ker…takkan Norman nak ambik jalan mudah jer, cari perempuan lagi muda dan cun. Itu nak tunjuk kuasa mutlak tu, mencari masalah, bukan nk selesai masalah. Perempuan dijadikan dari tulang rusuk kiri yang bengkok, suami kena pandai perbetulkan yg bengkok perlahan2. kalau dikasari, patahlah tulang tu. Sedangkan kerak nasi kalau direndam dalam air, lama2 lembut gakk. WallahhuA’alam.

  17. Kalau ia pun si Norman tu nak kahwin lg satu, bukan camtu caranye. Kena tangkap baru istihar nk kahwin lgi satu. sepatutnya gentlemen la cakap awall2 kat abby tu,bagi reason kuat sikit, ini tidak.. jgn tunjuk kebodohan diri

  18. kesian kan kat kak abby..mari la kita doakan k.abby bhgia wlupn tnpa lelaki mcm norman keberet tu.memey tu lak..bodo btul..pmpn xtau malu runthkan msjid k.abby.mmg klu dier jd arts pn xkan glmor pnya,hrp muka je xbape cntk ta akal pndek

  19. kesian lagi kepada bapa memey yang seperti orang kurang iman kerana merestui anaknya meruntuhkan rumahtangga abby-norman. Sepatutnya bapa adalah pembimbing kepada anak-anak supaya berkelakuan baik dari sisi masyarakat dan ALLah.

  20. akak harap norman bnyk2 la bersabar dan byk2 la solat hajat spy hbngan antra nrman dan abby berkekalnn hingga akhir hayat..akak jga harap jgn sesekali mlepaskan talak kpd abby buat pd masa ini.jgan amik tindakan melulu dan jgn tunaikan permintaan abby ntuk berpisah dan igtlah dan renunglah mse dpn 3 chya mata yg mmerlukan ksih syg seorg bapa.

    dan abby bwa bertenang dan berilah peluang kpd norman dan igtlah allah bnyk2..byklah solat hajat dan terima qada dan qdar tuhan..dan org yang bersabar adalah org yg mendapat kemenagan dan byk pahalanyer

  21. Nyampah tengok RTM.,ari ni muka memey.. Esok muka norman.. Kejap iklan

  22. aku pun pelik ngan bapak si memey tu…
    bole plak ptahan kan tindakan bodo si memey tu..
    siap ckap “jiran dan sanak suadara tidk menyalah kan memey,malah mereka faham memey adalah artis”
    aku rase lah kan bapak si memey ni tak skolah kot…
    sb tu tak tau didik si memey ni..
    bodoh mcm lembu..

  23. ye ke semua emosional…cba kena adk kakak ko,pe perasaan u tengok dio org?ckp memang senang,tp abby ag mengalami nya..whatever i tetap support abby, abby, u kena tbh.biar la dia dengan dunia dia.

  24. tak kisah la klu norman nak kawin lg..selagi dia mampu nak membela kedua isterinya,,tapi setidak tidaknya dia kena meminta izin daripada abby,,dan abby adalah isteri norman yang sah,,tapi apa kurangnya abby??kalau nak di bandingkan abby dan memey..abby lagi cantik..dan apa yang tidak ada dengan abby sampai norman sanggup tinggalkan dia..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: