Posted by: pinkturtle2 | November 7, 2008

Umno buat salah, Duit Rakyat Yang Hangus!!

bazir-duit-rakyat2

UmnO buat salah, Kerajaan bayar pampasan, Duit rakyat juga yang hangus…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan hari ini bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam orang bekas hakim, termasuk bekas Ketua Hakim Tun Salleh Abbas.

Rakyat terlopong..ternganga…geleng kepala…ada yang kata wow !

Sapa yang berhentikan perkhidmatan mereka..rakyatkah yang buat keputusan, atau pemimpin UmnO atau kerajaan pusat yang dibentuk UmnO. RM10.5 juta jumlah kecik bagi Nazri tapi rakyat menangis bila duit sebanyak ini habis begitu saja bayar pampasan.

Ana sendiri geleng kepala, RM10.5 juta beb…sekali pikiq orang lain buat salah, orang lain buat keputusan, ana tak setuju, duit cukai ana bayaq kat depa…nak cakap apa, nak halal ke tidak, nak halal ke tidak. Ana redha kalau duit cukai yang ana bayar tu buat jalanraya, pasang lampu jalan, buat saluran paip senang cerita “dari rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat” semula…yang ni lain pulak “dari pemimpin, kepada bekas hakim untuk rakyat ternganga”…

Last sekali, ana buat keputusan sendiri, duit yang hakim terima ana halal jika ianya digunakan ke saluran yang baik, ana tak redha pemimpin yang tamatkan perkhidmatan hakim tersebut tanpa bukti yang nyata (kita akan soal jawab di akhirat kelak)dan harap-harap hakim yang terima tu saman kerajaan dapatkan keadilan yang sebenar, harap tiada perjanjian bawah meja..itu saje nak luahkan…anda bagaimana ?

Minggu lalu, Nazri menjadi sasaran ahli Parlimen pembangkang apabila menyatakan yang beliau tidak tahu jumlah sebenar yang dibayar kerajaan kepada bekas hakim-hakim tersebut.” Komen Webmaster ; kalau dasar penipu memang tetap penipu selama-lamanyer, pembohong kalau tak tahu jumlah sebenar padahal kamulah kepala kat kementerian tu..dasar botak betui la kamu ni…

http://nekadislam.blogspot.com


Responses

  1. nape x guna je duit tabung amno yang ada berbillion $?…

  2. Negeri tinggalan umno iaitu Kedah membuat hutang kepada kerajaan pusat kira2 RM2 billion. Itulah hebatnya pemimpin umno mentadbir. Duit kerajaan negeri banyak diperhabis untuk projek tak berdaya maju malah jadi gajah putih saja. Sama seperti Deris perintah Trengganu. Projek tak banyak memberi menafaat kepada rakyat,melainkan menguntungkan kantung suku sakat Deris dan umno.

    Kesimpulannya, umnomenganggap peluang memerintah sesabuah negeri atau negara sebagai peluang mengaut kekayaan secara mudah melalui ciptaan projek merapu mereka. Tak begitu Mahathir! Contoh litar F1 Sepang, pembinaan gudang di Pelabuhan Barat RM4 billion yang kini jadi gajah putih saja. Duit siapa? Duit rakyat. Projek umno punya, sebab boleh kaut beratus juta masuk poket. Rakyat jelata 95% tak ambil tahu.

    Sebab tu Najib beriya sangat nak beli Eurocopter. India dapat lebih 100 buah dengan jumlah wang yang sama dibeli oleh Malaysia. Kita cuma dapat 12 buah saja. Confirm kabinet BN penipu besar,perampok wang rakyat/wang negara. Kenyanglah perut kau kat dunia ya!!!

  3. beruk aku pun tahu kalau berhutang kena bayar hutang, buat malu melayu, melayu umno….

  4. “Hanour and dignity” kalau diperjuangkan,hakim-hakim tersebut sepatutnya menolak habuan berupa kewangan.
    Cukup dengan mengistiharkan pemberhentian perkhidmatan mereka dahulu tidak sah.
    Wang pencen sudah memadai untuk saraan.
    Rata-rata rakyat marhaen mana ada pencen dengan jumlah sebegitu besar.

    Apabila jumlah saguhati dan pencen mereka diketahui umum,maka tercalar kembali nama-nama hakim tersebut.

    Sungguh mengaibkan.

    Wang dan kuasa,macam-macam boleh jadi.

  5. Maruah dan nama baik mereka yang terlibat sebenarnya tidak sama dengan duit pampasan yang dibayar. Selepas dibuang kerja dan dimalukan secukupnya baru nak dibayar dah tak jadi apa-apa. Mentaliti yang menganggap duit boleh beli segala-galanya adalah salah. Pasal duit tu, saya rasa memang hak mereka tetapi keputusan yang salah ke atas mereka perlu ada pertanggungjawaban, Agaknya tanggungjawab siapa? Siapa yang perlu dihukum ? Kalau kakitangan kerajaan buat silap dalam keputusan perlu dikenakan tindakan tatatertib. Mungkin peguam negara perlu siasat kes ini dan dakwa siapa yang telah membuat keputusan salah membuang hakim-hakim nie dulu.

  6. Kenapa beri pampasan kepada hakim kalau kerajaan kata pemberian ini bukan bermakna tidakan yang diambil 20 tahun yang lalu satu tindakan yang salah. Jadi kerajaan kata Nazri, tidak perlu memohon maaf.

    Ini mengelirukan dan kerajaan cuba bodohkan rakyat, seolah-olah kami tidak ada semasa sebuah tribunal yang diketuai Tun Hamid Omar dibentuk untuk mengambil tindakan memecat Tun Salleh Abas dan beberapa orang hakim lagi. Dua daripada hakim- hakim tersebut telah digantung jawatan mereka.

    Jangan ingat Melayu mudah lupa, yang mudah lupa ialah Dr M. Dia lupa apa yang dia buat dulu, kata Pak Lah Zalim, tutup mulut orang , sumbat musuh-musuh politiknya ke dalam ISA, fitnah orang yang bukan-bukan dan pada zamannyalah UMNO-BN mulai dibenci rakyat kerana kesombongan serta keangkuhannya.

    Lepas itu orang-orang UMNO terus menipu rakyat, bahawa UMNO hari ini telah ditubuhkan pada 1946. MasyaAllah ! UMNO dah mampus ! pada 1988 dan UMNO yang ada pada hari ini ialah UMNO Baru yang tidak demokratik. Ujudkan macam-macam untuk menyekat sesiapa sahaja yang nak bertanding jawatan parti terutama presiden.

    Umno duhulu, ada 2 pencalunan dari bahagian, sudah cukup untuk seseorang itu menawarkan diri bertanding apa jua jawatan termasuk presiden timbalan.

  7. aku bekenanlah dgn statement Syed Alquds bahawa umno hari nie ialah umno baru yg tak demokratik. ya la, umno dulu, sulaiman palestin boleh tanding presiden lawan hussein onn. ku li lak boleh tanding lawan mahathir & mahathir nyaris2 kalah. umno dulu ditubuh tahun 1946. tapi umno sekarang didaftar tahun 1988. betullah, umno dah mati. yg ada sekarang ialah parti lain yg memakai nama umno. patut pun tak sama dgn umno zaman tunku & tun razak.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: