Posted by: pinkturtle2 | November 8, 2008

Huru Hara UMNO Kelantan

Pemuda Kubang Kerian berdemo tuntut keadilan.

Pemuda Kubang Kerian berdemo tuntut keadilan.

HuruHara UMNO Kelantan

UMNO TANAH MERAH buat laporan polis di Balai Polis Sentul terhadap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung dengan salah urus tadbir beliau berkenaan  mesyuarat agung bahagian tersebut.

Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tanah Merah, Nik Kamaruzzaman Sulong berkata tiga laporan polis telah dibuat iaitu di Kota Bharu terhadap Jawatankuasa Pemilih/Pemantau Negeri Kelantan yang diketuai oleh Pegawai Khas Tan Seri Annuar Hj Musa, Tuan Hashim Tuan Yaacob yang sedang berhadapan dengan notis kebangkrapan sekarang ini. Laporan itu dibuat kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan yang berlaku pada Buku Laporan Persidangan Cawangan.

Laporan polis juga dibuat terhadap Tengku Adnan yang dituduh mengfitnah Jawatankuasa Bahagian Tanah Merah dan juga kerana beliau mengambil alih persidangan cawangan dan pengendalian mesyuarat bahagian oleh Badan Perhubungan Negeri Kelantan.

Manakala laporan polis terbaru dibuat terhadap Tengku Adnan juga mengenai penghantaran notis mesyuarat perwakilan bahagian yang terlewat dari tarikh yang tertera pada surat notis tersebut.

UMNO KUBANG KERIAN didesak tangguhkan Mesyuarat Agung. Lebih 30 cawangan yang rata-ratanya penyokong Naib Ketua Bahagian, Datuk Muhammad Abdul Ghani membuat desakan tersebut kerana cawangan-cawangan tersebut dikatakan bermasalah dan belum bermesyuarat lagi.

Menurut Muhamad, sebelum ini 23 cawangan sudahpun mengadakan mesyuarat masing-masing akan tetapi tidak diterima oleh pihak pemantau. Seolah-olah pihak pemantau bermain politik dan menyokong orang-orang tertentu sebagaimana apa yang berlaku di Tanah Merah.

Muhamad tidak layak bertanding Ketua Bahagian kerana tidak cukup pencalonan dari cawangan.  Sebelum ini penyokong-penyokong beliau telah menyerah memorandum kepada UMNO Negeri.

PENGKALAN CHEPA mendapat Ketua Wanita Baru tetapi terus diprotes oleh Bekas Ketuanya. Zarina Md Eusope mendapat undi sebanyak 128 mengalahkan penyandangnya Ruhani Mamat yang mendapat 117 undi.

Walau bagaimanapun Ruhani yang menerajui pergerakan itu selama 28 tahun masih tidak berpuashati dan mempertikaikan jumlah perwakilan yang diumumkan oleh Pengerusi Tetap iaitu seramai 218 orang sedangkan yang telah mengundi seramai 250 orang. Para penyokong Ruhani mendesak diadakan pengundian semula dan akan membawa perkara tersebut kepada pihak atasan.

KUALA KRAI perbalahan Puteri UMNO Bahagian masih berlarutan. Ketua Puteri yang baru, Suzaini Adlina Sukri dan Naibnya, Zuraihah Muhammad sebelum ini telah berkompromi bagi menentukan kedudukan jawatan masing-masing. Ianya juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemilih/Pemantau Negeri.

Malangnya, Zuraihah dan AJK beliau tidak dibenarkan masuk ke Mesyuarat Agung. Pintu pagar telah dikunci. Bahkan Setiausaha Bahagian, Salleh Che Haron juga tidak dibenarkan masuk.

PASIR MAS mungkin bermesyuarat semula. Ini kerana ada dikalangan perwakilan yang telah disogok dengan wang semasa pemilihan parti 1 November lalu. Mereka mendakwa menerima RM1,300 daripada calon yang bertanding  merebut jawatan Ketua Bahagian.

Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 49 tahun telah membuat laporan kepada Setiausaha Agung UMNO mengenai rasuah tersebut. Menurut beliau, pada perjumpaan di sebuah hotel di Kota Bharu jam lebih kurang 12.00 malam, seorang lelaki yang mendakwa menjadi wakil calon kepada orang yang berkenaan telah memberikan dua sampul surat yang berjumlah RM1000 dan RM300 supaya mengundi calon tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa calon tersebut tidak dapat hadir.

Dalam pertandingan tersebut, Hanafi Mamat yang juga Timbalan Ketua Bahagian telah berjaya menewaskan Fauzi Mohamad bekas ADUN Tendong. Manakala jawatan timbalan telah dimenangi oleh Che Johan Che Pa mengalahkan bekas Ketua Pemuda, Rosdi Mamad.

http://manjanik.wordpress.com


Responses

  1. sahlah … pengundi hantu nie kerja org dari belah umno. lihatlah apa yang dah belaku dlm mesyuarat peringkat bahagian di kelantan & perak. macam mana bilangan yg mengundi melebihi bilangan perwakilan yg hadir dlm mesyuarat berkenaan? tak dak pula dilaporkan kes sebegini berlaku dlm pemilihan mca atau gerakan. makin parahlah umno nie nampaknya …

  2. Alhamdulillah, moga ALlah terus perkenankan doa-doa orang yang dizalimi selama ini oleh umno dan anjing-anjingnya. Didoakan agar generasi akan datang dapat melihat dengan jelas betapa jelek dan bangsatnya perilaku dan jatidiri kepimpinan umno disemua peringkat , Insya ALlah.

  3. maknanya mca & gerakan baik sikitlah drp umno. atau melayu umno lebih penipulah drp cina mca & gerakan?

  4. Orang melayu memang lancau semua

  5. kah kah kah

  6. aloo kongsi….kaninney lu….org melayu dalam UmNo je…jgn samakan yang lain……

    lu fikirlah baik baik ma…..

  7. Apa kecoh-kecoh? Memang UMNO sentiasa kecoh. Kalau tak hendak kecoh masuklah PAS, berjuang atas landasan Islam yang berpegang kepada Al Quran dan Assunnah.

    Allah jadikan manusia di atas muka bumi ini dengan dibekalkan Kitabullah, Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran. Allah juga utuskan para Nabi dan Rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang diredzainya pada setiap zaman hingga kepada Nabi Muhamad S.A.W, penamat segala nabi.

    Umat yang mengikut ajaran nabi masing-masing, mereka dijanjikan Allah syurga manakala yang menentang seperti Namrud, Fir’aun serta para penyokongnya, Allah memberikan tempatnya di neraka. Begitu juga kita umat Nabi Muhamad, Allah berikan kitab Al Quran dan Assunnah sebagai bimbingan untuk kebaikan hidup di akhirat. Dunia adalah tempat semua manusia lalui ujian untuk mendapat anugerah di akhirat.

    Walaupun kita seorang Islam, umat Nabi Muhamad tak semestinya kita diberi ganjaran syurga kecuali kita menuruti dengan ikhlas segala perintah Allah melalui Al Quran dan Assunnah, buat apa yang disuruh dan jauhi segala laranganNya.

    Tidak bersetuju dengan Al Qur’an dan hukum hukumNya sambil memperlekehkan Assunnah Rasullullah maka mereka adalah orang-orang yang kufur dan tempatnya, di neraka kecuali sempat bertaubat dengan taubat nasuha sebelum kita menemui ajal ( jika taubat kita diterima ).

    Bertaubatlah sebelum terlambat.

  8. hantu??????
    apa yang berhantu..
    bukan nya salah kami hanya nak kemenangan.
    undi mesti cukup atau lebih…….

  9. kelantan ni unik,… org yg suka gocoh ni adalah org yg berjiwa besar, berani mempertahankan hak, tidak suka dirinya dipermain2kan. itulah org kelantan. ore demo. di semenjung ni, kelantan sahajalah negeri yg paling lama dikuasai oleh pembangkang. Perikatan dan BN gagal menguasai sepenuhnya selama kita merdeka. negari lain, habis tunduk… so klu nak dinilai, melayu kelantan la hebat, berani, pandai berpolitik. pilihanrayakan 5 tahun sekali, tak suka tukar, apa susah..
    mereka gaduh kerana tak suka dicucuk hidung… so dalam tak betul tu adalah juga hebatnya. melayu kelantan ni hebat kerana mereka ada hubungan darah dan budaya dengan melayu siam. melayu siam berani angkat senjata utk menentang kerajaan bangkok. melayu kita?
    angkat kerusi mcm d seremban, pun oklah tu

  10. olohh ani sabok pn..
    doh tau kloh 2 bo2 lah..
    wi lah ore lain plok hok jdi ktuo wanita..
    bia ore bru plok hok ambik alih..

  11. Aku stim la tengok Zarina Md Eusope tu….boleh upload gambar dia x?

  12. weh AKU…!bkp0 mu stim kelih zarina ny0..?gil0 seks nate nih…!b0d0 punye laki..!


Tinggalkan Jawapan kepada cakcilut aat aat Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: