Posted by: pinkturtle2 | November 9, 2008

ISA: Kerajaan BN Tak Layak Memerintah

isa-zalimmm

ISA: Kerajaan BN Tak Layak Memerintah

KUALA LUMPUR: Pembebasan Pengendali Laman Web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam menunjukan kerajaan Barisan Nasional tidak lagi layak memerintah negara ini. Dalam satu kenyataan media, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, keputusan yang diambil mahkamah adalah membuktikan kerajaan sekarang tidak layak untuk memerintah kerana keangkuhan, mereka tidak menghiraukan hasrat rakyat yang mahukan demokrasi, kebebasan dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang. “Kepimpinan BN terutamanya para menteri kabinet sepatutnya menginsafi kesalahan mereka kerana menyokong penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan terus menerus bertindak zalim ke atas Raja Petra, individu-individu yang masih ditahan tanpa dibicara dan para keluarga mereka.,” ujarnya selepas Raja Petra dibebaskan semalam.

Semalam Hakim Syed Ahmad Helmy, membebaskan Raja Petra daripada penahanan mengikut ISA setelah membenarkan permohonan habeas corpusnya. Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan, berkata keputusan tersebut yang tidak berpihak kepada Kementerian Dalam Negeri telah menunjukkan betapa ISA sudah usang dan tidak layak lagi digunapakai. “Saya memuji mahkamah kerana berani untuk menjadi benteng pelindung kepada rakyat bila berhadapan dengan kerakusan penguasa. “Komitmen hakim tersebut untuk memastikan keadilan terlaksana membolehkan Raja Petra mengecapi kembali kebebasan yang sememangnya menjadi hak rakyat Malaysia,” katanya lagi. Menurut Anwar lagi, ahli parlimen yang bertindak mendiamkan diri terhadap saranan Pakatan Rakyat yang mahukan wacana serta perdebatan serius bagi menghapuskan ISA, wajar mempertimbangkan semula pendapat mereka.

“Keputusan mahkamah hari ini membuka peluang buat semua ahli parlimen untuk maju ke hadapan bagi menghapuskan undang-undang kuku besi ini,” jelasnya. Mengulangi pendirian Pakatan Rakyat (PR) supaya ISA dimansuhkan, beliau berkata, semua tahanan ini dibebaskan dan sebarang tuduhan mestilah dibuktikan di mahkamah. “Ramai individu masih ditahan oleh undang-undang kuku besi ini, termasuklah ahli-ahli Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan individu-individu tertentu yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Jemaah Islamiyah (JI). Mereka semua berhak untuk dibicarakan dengan adil. Saya mengulangi gesaan agar semua tahanan ini dibebaskan dan sebarang tuduhan mestilah dibuktikan di mahkamah,” tegasnya yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh.

[Keputusan pembebasan Raja Petra, jelas sekali menggambarkan betapa pincangnya akta tersebut dan ia digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut kesalahan yang dilakukan oleh mangsa. Inilah yang berlaku, Raja Petra dituduh hina Islam dan Nabi Muhammad tapi yang menyebabkan beliau ditahan bukanlah kes tersebut sebenarnya. Maka itulah mahkamah mendapati bahawa beliau sepatutnya dibebaskan, kerana jelas sekali penahanan itu berniat jahat dan ada unsur-unsur pengaruh politik BN].

http://pahangdaily.blogspot.com


Responses

  1. SOKONG!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: