Posted by: pinkturtle2 | November 9, 2008

Mesyuarat Tinju Dan Boxing Umno Seremban

KECOH… Sebahagian daripada anggota perwakilan cuba mententeramkan perwakilan yang bertengkar ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja’afar hari ini. – fotoBERNAMA


Kerusi terbang warnai sidang Umno Seremban, Pak Lah kecewa

[DIKEMAS KINI] SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir hari ini ‘tercemar’ apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban pagi ini terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

REAKSI PRESIDEN

Dalam reaksi segera di Kepala Batas, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan pergaduhan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai kejadian yang amat memalukan.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap perwakilan harus mematuhi peraturan dan perjalanan mesyuarat dengan baik, kata beliau.

ABDULLAH Ahmad Badawi menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai pergaduhan yang terjadi ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban semasa mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas hari ini. – fotoBERNAMA

Tegas beliau, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka yang terlibat jika didapati bersalah.

Katanya, bukan sahaja politik wang yang boleh dikenakan tindakan disiplin malahan kes yang melibatkan pergaduhan juga boleh diambil tindakan sama.

Sebaik diajukan soalan itu oleh wartawan, beliau terus menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi telefon bimbit seorang pengawal peribadinya bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

Perdana Menteri berkata, oleh kerana kejadian itu mengakibatkan kecederaan kepada perwakilan, ia juga merupakan satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan menurut Kanun Keseksaan.

Ketua Umno Cawangan Jalan Kuala Pilah, Abd. Halim Lokman pula membuat laporan di Balai Polis Senawang kerana cedera dipukul seorang pengawal keselamatan.

SEBAHAGIAN daripada anggota perwakilan cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja’afar. – fotoBERNAMA

PUNCA KEJADIAN

Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbukmenumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja’afar.

Keadaan menjadi kecoh selepas kira-kira 20 minit mesyuarat dimulakan apabila salah seorang ahli Umno cawangan bahagian itu enggan balik ke tempat duduk walaupun diarahkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap bahagian Othman Senara.

Apabila seorang ahli jawatankuasa keselamatan cuba meminta lelaki itu duduk, beberapa orang penyokongnya bangun dan menimbulkan kekecohan yang berlarutan selama hampir setengah jam menyebabkan sebahagian daripada perwakilan yang datang melarikan diri.

Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail kemudian mengeluarkan usul supaya mesyuarat itu ditangguh dan diserahkan perjalanannya kepada Majlis Tertinggi.

KETUA Cawangan UMNO Sikamat Datuk Md. Yusop Harmain Shah bersetuju dengan Timbalan Pengerusi Tetap menanguhkan Persidangan tersebut apabila keaadaan tidak dapat dikawal sehingga ada perwakilan bertumbuk, membaling kerusi dan mengeluarkan kata-kata kesat. – foto Utusan oleh ABD. RAZAK AID

Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kemudian mengadakan sidang akhbar untuk kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu selepas melakukan demontrasi di hadapan dewan dengan membawa sepanduk mengutuk Ishak.

Katanya, kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu cuma mahu melahirkan rasa tidak puas hati kerana cawangan-cawangan mereka belum lagi bermesyuarat.

“Ishak dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk mengadakan mesyuarat bahagian walaupun Majlis Tertinggi mahukan semua mesyuarat cawangan diselesaikan dahulu, baru boleh mesyuarat bahagian dibuat,” katanya.

RAHIM ELAK WARTAWAN

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Umno Bahagian Seremban yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik hadir pada mesyuarat itu, tetapi beliau enggan menemui pemberita.

Kelmarin, Mohd. Nor yang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 2 September lepas atas dua tuduhan memberi rasuah kepada perwakilan, telah melakukan demontrasi di hadapan Wisma Umno Negeri Sembilan.

Beliau yang sepatutnya mencabar Ishak gagal bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Seremban selepas Majlis Tertinggi kelmarin membuat pengumuman bahawa beliau tidak layak bertanding jawatan itu kerana masih dalam pertuduhan rasuah.

Ini bukan kali pertama kekecohan disaksikan ketika persidangan perwakilan di peringkat bahagian.

Pada 17 Oktober lalu, Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

ULASAN MB

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insiden pergaduhan pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Seremban pagi ini tidak sepatutnya berlaku.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau akan meneliti laporan penuh insiden itu daripada jawatankuasa pemantau.

“Setakat ini, saya sedang menunggu laporan jawatankuasa pemantau,” katanya kepada pemberita ketika mengulas kejadian iu.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. dulu MIC mesy, bertumbuk, baling kerusi perkara biasa. sekarang dah berjangkit kepada UMNO. heeee serupala tu… melayu dan serupa dan india. namun islam tindak mungkin akan sama dengan hindu. lu fikirla sendiri

  2. Datuk Ishak sama dengan Datuk Yusuf di Bahagian Batu Gajah,walau pun satu Batu gajah dah tau Datuk Yusuf ni terlibat dengan rasuah,salahguna kuasa tetapi tiap aduan tidak diambil tindakan oleh BPR perak. Dia ni cari makan dengan duit dari UMNO sahaja tak dak kerja lain.Tapi semua ketua cawangan takut dengan beliau sebab beliau menggunakan taktik ugut.

  3. INI LAH WAJAH PARTY YANG INGIN MENJADI PELINDUNG MELAYU DAN ISLAM …………LU PIKIRLAH SENDIRI

  4. Bakal bakal pemimpin yg masih di pilih oleh orang melayu yg masih bodoh dan tolol. Kaki rasuah, kaki samseng, kaki betina, kaki korek, kaki lucah dan banyak lagi kaki yg lain-lain.

  5. FUCK STUPID ASS UMNO!!!

  6. jangan lupa fitnah makanan ameno,parti bangsat

  7. keramat-keramat inilah yang dikatakan keramatnya mesyuarat parti keramat…..

    kerana kekeramatannya itulah maka kalau tak ada yang benjol-benjol mana syok bermesyuarat

  8. Apasal jadi begitu…selalunya orang yang lapar dan kurang duet akan bertindak begitu…baliklah kepangkal jalan…cari jalan yang lurus…

  9. MALU LAGI KITA:

    Dah bagi habuan tapi tak sama rata….duitlah katakan. Mohamad Hasan, kerja YAB dah senang. Calon anugerah Bintang Panglima Gagah Berani dah ada.

    “berniaga orang UMNO adalah lebih baik dari berniaga UNTA”…..maknanya orang UMNO lebih BODOH dari UNTA.

  10. Macam budak2 kecik r… gaduh…

  11. kalau pergaduhan itu melibatkan parti pembangkang aku rasa lah semua juak2 UMNO akan buat kenyataan, macam mana ye……………tlg bagi tau mcm mana dialognya..pendapat serta nasihat…pls

  12. setahu cucu orang utan ni, geng orang utan tak le macam umno ni gaduh, siap baling kerusi, cekik leher lawan, apa punya umno…. sarkas= alif, mim, nun, wau………

  13. cerita yg baru aku dgr, menyuarat wanita umno bhg sipitang, sabah yg berlangsung pada 9.11.08 lalu juga kecoh & 100 perwakilan keluar dewan. kekecohan berpunca drp dakwaan yg bekenaan bahawa lebih 50 cawangan wanita di bhg ini yg tak bermesyuarat tapi disahkan sbg telah bermesyuarat.

    akibatnya, yg bekenaan mendakwa dia tak cukup pencalonan utk betanding ketua wanita sebab masih ada cawangan yg belum bersidang. yg bekenaan tak puas hati pabila cadangannya supaya sidang ditangguhkan tak dilayan.

    tak tau la aku siapa yg bohong & siapa yg tipu. tapi nampaknya sindrom kekecohan dlm umno nie dah merebak ke sabah pula. apa tak begaduh, duit dah banyak susut tapi pencalonan masih ciput kut …

  14. Inilah budaya negatif dalam Umno, sudah membarah dan meletus, tapi kenapa orang Melayu masih tak nak insaf. Saya menyeru kepada semua ahli yang mempunyai fikiran yang matang dan minda yang terbuka, keluarlah dari Umno, sertailah PKR atau PAS. Umno sudah nazak sekarang ni, baik anda semua bertaubat sebelum terlambat. Pak Lah dah berundur, Naji lak lagi teruk, hancur Melayu nanti. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Umno dah tak relevan lagi….

  15. lambang meno yang gagah..kaki pukul,kaki suntut semua bleh…semua cam kera seperti kata KJ!

    Meno adalah suku sakat malaun….hai ya! manyak syok nie meno cam lumbu gak!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: