Posted by: pinkturtle2 | November 10, 2008

Senarai Panjang Penipuan YB Zulkifli Noordin

Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.

Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.

Senarai Panjang Salah Laku YB Zulkifli Noordin

Sebagaimana lazimnya, saya mulakan dengan memohon maaf kepada para sahabat yang merupakan peminat dan pengkagum YB Zulkifli yang kadangkala saya tulis sebagai Zulkipliarq. Niat saya ialah supaya pembaca tidak tertipu dan ditipu oleh pemimpin yang sebegitu, jika pun anda anggap dia sebagai pemimpin.

Perkara ini merupakan satu kejutan atau pun mungkin dianggap fitnah bagi orang luar atau mereka yang tidak mengenali Zul, akan tetapi adalah merupakan bahan sumpah seranah atau pengetahuan umum kepada yang terlibat seperti area officer, aktivis parti ataupun pegawai petugas pilihanraya. Yang cerodong, lurus bendul, fanatic, termakan budi atau ikut-ikutan sahaja yang tidak akan dapat menerima hakikat ini.

Jangan pula sewenang-wenang menuduh saya agen Umno atau pensabotaj parti. Saya sentiasa ikhlas dalam perjuangan rakyat. Ini bukan soal memburukkan parti cuma mendedahkan apa yang buruk tentang si polan itu yang telah mendatangkan banyak masalah kepada aktivis serta pegawai parti. Jika ia berjaya berubah kepada yang baik, Alhamdulillah. Tetapi, kita telah sedia maklum tentang niat jahatnya untuk berkampong dengan Najib! Bagaimana ya?!

Senarainya yang berjaya dikumpul setakat ini ialah:-

1.  Melemparkan fitnah terhadap ‘otai’ dan aktivis parti kununnya mereka melarikan wang peruntukan pilihanraya serta bendera parti semasa berkempen dengan menghebahkan kepada jentera parti sehingga mewujudkan salah sangka dan curiga.2. Sebaik sampai setelah memperolehi watikah perlantikan dengan wang RM2000.00 dari pusat, dia terus memberitahu yang wang tersebut habis dibelanjakan atas urusan pilihanraya. Bagaimana mungkin?

3. Bermulut celupar, tidak berakhlak dan kaki maki hamun walau atas perkara kecil sahaja.

4. Tidak telus dalam kisah wang derma pilihanraya yang dikutip secara langsung mahupun melalui internet. Tidak dibentangkan dalam mesyuarat pilihanraya. Melenting dan memaki hamun apabila isu itu disentuh.

5. Pecah amanah tentang rumah yang dipinjamkan semasa kempen pilihanraya dengan membuat pendua kunci tanpa keizinan tuan rumah serta tidak menjaga dengan baik.

6. Menipu dengan memberi pelbagai alasan palsu apabila tidak hadhir dalam program yang telah dirancang dan dipersetujui terlebih dahulu. Kononnya ke luar negara bersama DS anwar Ibrahim.

7. Tiada disiplin dalam kempen pilihan raya sehingga menyusahkan petugas parti yang mengatur program.

8. Menipu wakil calon dengan imbuhan elaun apabila dilantik sebagai pembantu kemudiannya. Hanya membayar RM1000, itu pun setelah puas merayu dengan sms seperti meminta sedekah. Itu pun tidak berbaloi dengan perbelanjaan sendiri semasa menjalankan tugas.

9. Menipu tentang hakikat yang ia tidak pun menyerahkan penyata kewangan semasa terlibat dalam pilihanraya umum terdahulu.

10. Menipu tentang bantuan kutipan infaq untuk pembiayaan pelajar yang menyambung pelajaran. Ia tidak telus dan tidak amanah dengan wang ringgit.

11. Menipu dalam blog, kununnya dia sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan MP bagi membolehkan DS Anwar bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru. Sebaliknya ia enggan melepaskan jawatan itu tetapi memberi pelbagai alasan yang muluk-muluk.

12. Menipu yang ia tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan menyertai Umno sedangkan sudah tersebar adanya surat akuan yang mengikatnya untuk berbuat demikian. Malah ianya sudah pun disahkan pemimpin Umno setempat yang telah pergi berjumpa Najib. Begitu juga dengan perbincangannya dengan YB Zahid Hamidi semasa mengerjakan umrah.

13. Menipu rakyat Malaysia terutamanya orang Islam betapa ia pejuang Islam dan bangsa sedangkan apa yang diperjuangkan ialah untuk perut dan poket.

14. Menipu pembantunya dahulu dengan mengatakan yang ia menjadi mangsa permainan politik DS Anwar Ibrahim. Sedangkan sebaliknya terjadi apabila ia memadu hubungan intim dengan Najib. Dah berjumpa 5 kali beb!

15. Menipu pasukan peguam pembela kes nya tentang diskaun tambang mengerjakan umrah Ramadhan lalu supaya menggunakan perkhidmatan  agensi pelancongan sahabatnya. Sebaliknya mereka terpaksa membayar penuh juga.

16. Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.

17. Menipu tentang janji akan menyumbangkan RM1000.00 dalam majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Dato’ Fadzil Nor Serdang baru-baru ini, malah beliau tidak pun hadir berjumpa rakyat.

18. Menipu tentang kesanggupan membayar perbelanjaan para peguam dalam pembelaan kesnya, sebaliknya setiap seorang dibayar Rm1000.00 sahaja.

19. Menjual temberang melalui pembantu peribadinya, kununnya Zul akan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampong Sungai Kecil Ulu. Walhalnya dia hanya pergi membaca khutbah yakni kaedah mudah untuk mencari populariti tanpa perlu mengeluarkan wang.

20. Menipu pembaca dengan mencipta cerita kununnya dia membaca khutbah tidak di masjid Junjong kerana dia selalu sangat membaca di situ sedangkan hakikatnya, ia tidak dibenarkan atas sifat pembohongnya dalam janji untuk membantu 5 keluarga mangsa banjir.

21. Menipu kununnya dia sering turun memantau atau melawat kawasan sedangkan ia hanya melakukan secara ‘remot’ atau kawalan jauh dengan menggunakan khidmat pecacainya si Fadzil dan Rosjah.

22. Menerima banyak dana sama ada dari wang zakat, derma atau infaq tetapi tidak diketahui ke mana wang sumbangan itu mengalir selain pembinaan dua buah rumah orang miskin. Itu pun wang sumbangan dari Sheikh Arab yang diatur sahabatnya Fudzail kat Dubai.

Setakat ini, itu sahaja yang berjaya saya kumpul dari majlis bercerita serta perbincangan sesama sendiri yang senantiasa dijalankan demi memperkuatkan lagi perjuangan untuk rakyat.

Sekian. Wassalam.

http://www.marhaendaily.net

Advertisements

Responses

  1. Inilah dia manusia, dulu disanjung melangit dan sekarang dicaci maki pula!

  2. Berat nie ! Sahih atau tak sahih, tapi keadaan nie Berat !

  3. Berita dari blog bukan selalunya betul tapi yang pentingnya YB Zul mesti tampil membuat penjelasan bagi menangkis tuduhan seperti diatas. Bagi presiden parti PKR Datok Seri Wan Azizah mesti peka tentang pendedahan yang dibuat seperti ini dan jangan diambil mudah tentang salah laku ahli parti agar orang ini tidak jadi duri dalam daging.

    Biarpun tidak benar tapi mesti diselidik atau disiasat dari semua sudut. Orang yang dituduh ini adalah pemimpin dalam parti PKR dan mungkin akan menjadi salah seorang menteri dalam kerajaan PR. Jika orang ini benar bersalah… tunjukkan pada nya jalan keluar….!

  4. kes mcm ezam juga ni..

    macam2 dikorek ditambah dipusing nak kutuk org yg dah tak nak bersama pakatan rakyat lagi.

    biarlah dia pegi.

    tak payah susah2 kumpul cerita ‘hanyir’ mcm ni.

    Malukan agama Islam lah sedara…

    Lain kali ucaplah tahniah nak pergi seberang ke sana..

    atau pesan2 utk tunggu saya di sana ke..

    Kepada YB ZUL anda telah dilayan mcm anjing apabila dah mula pertahan Islam.

    Inilah balasan kepada anda tetapi saya tahu ia akan menjelaskan apa arah Pakatan Rakyat sebenar.

    Bukan bela Islam tap hina Islam dan org2 yg menjaga Islam yg jarang ditemui mcm YB ZUL.

    alfu salam YB ZUL !!

  5. habis madu sepah dibuang…habis guna kau aku terajang..pergi masuk umno,ezam sudah tunggu …kau tak guna sen kat aku…dulu kau bela aku…apa kisah kau aku bayar..dulu kau sanjung aku..apa kisah ramai la ni nak berkepit..jambu-jambu lagi…Baik aku jumpa kawan-kawan DAP…biarlah hak melayu ke mana…asal aku jadi perdana menteri hahahaha

    wassalam

  6. apa yg kau merapu nie kumbang?

  7. penulis_cyber dan kumbang sama bangsat! yang mana perjuangkan islam dan yang mana perjuangkan tekak sendiri pun lu orang tak tahu…namapak sangat korang ni bodoh lagi bangang! sudah terang lagi bersuluh,pun masih tak nampak2 lagi! aku bercakap bukan atas dasar parti! aku bukan ahli mana 2 parti di malaysia,tapi aku sedar yang mana lembu dan yang mana babi!muka penulis_cyber dan kumbang dan yb zul aku rasa lebih baik tampal ngan kulit babi dari jadi pecacai umnobn!

  8. salam
    pejuang islam maki hamun ye..siapa halalkan?
    hehe banyak pahala orang maki aku…aku tak cakap pun siapa… kenapa terasa? siapa jadi penjilat siapa sekarang? 16 september bila nak jadi ya? sekarang negara berkebajikan dulu negara Islam ya haha

  9. setakat elnino kutuk macam tu, eden tak terguris sikit pun. lagi best ada.

    sbb tgk org dah marah krn eden bela yb zulkulim.

    sbb tu eden dtg selalu sini utk jumpa org mcm elnino lah.

    supaya insaf2 dan jgn kutuk sampai lupa diri.sian yb zul dah kena mcm2 kt marhendaily tu…kaw kaw kutukan korang yer.

    bila perli org tak pa. org perli kutuk pula tak leh.

    eden bg tau komen eden jo.

    terpulanglah ekou nak trimo idak.

    maleh nak layan budok2 kecik mcm engko ni

    udah ler nino…

    poi tengok laman lucah lagi baik, dari dok bodohkan org mcm eden n kumbang.

    kalu ooooo ** ni pun sorang jer.

    tapi ko kutuk eden n org lain ni kena minta maaf tau.

    tak dpt maaf tak lepas akhirat nanti.

    nanti susah nak msuk syurga !

    oh yer, ekou ni agama apa ? org Islam biasa tak ckp mcm kata2 ekou ni.

    mcm dari barat jer ekou ni !! ke dah sesat barat ?

  10. penantian itu suatu seksaan. tapi bersabarlah. dulu, tak siapa sangka bn boleh hilang majoriti 2/3 dlm parlimen, boleh hilang kuasa di 5 negeri & pak lah terpaksa angkat kaki dari pejabat perdana menteri. tapi dgn izin Allah selepas pr ke-12, semuanya terjadi. jika mod sekarang berterusan, insya-Allah tak mustahil bn akan kehilangan kuasa pula pada pr ke-13. tak dak yg mustahil jika itu kehendak-Nya …

  11. Itulah sebenarnya tembelang PKR. Tak habis – habis menipu rakyat. Dari atas sampai ke bawah. gagakklang pun kena tipu. Kepada penyokong PKR sedar dan insaflah.PR memang PENIPU RAKYAT.PRU yang ke 13 sokonglah BN.Wassalam…..

  12. sokong 100% penulis cyber…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: