Posted by: pinkturtle2 | November 13, 2008

Ketua Kerajaan Langit Kembali Ke Terengganu Lagi

Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air. Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu.

Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air. Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu.

Ayah Pin di Terengganu, JHEAT larang tahan

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan ajaran sesat, Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, 65, yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat, kini dilaporkan berada di Terengganu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya.

“Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air. Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu,” kata Musa ketika menyampaikan ucapan utama pada seminar Memperkasakan Pentadbiran Keadilan Di Mahkamah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak dekat sini.

Musa berkata bahawa tindakan tidak dapat diambil Ariffin disebabkan tidak ada penyelarasan penguatkuasaan antara Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan polisNamun, katanya, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu mengenai sebab Ariffin tidak perlu ditahan.

Ayah Pin pernah menggemparkan tanah air kira-kira tiga tahun lalu.

Dia yang mengakui mengetuai ‘Kerajaan Langit’ mempunyai sekumpulan pengikut yang amat taksub dengannya.

Kumpulan yang melanggari lunas-lunas Islam itu berjaya dihapuskan, manakala Ayah Pin pula menghilangkan diri.

Sebelum ini, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana dikatakan bertindak menghina pihak berkuasa agama di rumahnya di Kampung Batu 13, Mukim Tenang, Hulu Besut pada 20 Julai 2005.

Tertuduh dikatakan mengingkari fatwa bahawa ajaran yang diamalkannya sesat dan menyeleweng serta boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam serta boleh merosakkan akidah.

Musa berkata penyelarasan Undang-undang Syariah antara Jabatan Agama Islam dan Polis Diraja Malaysia perlu diperbaiki lagi bagi mengelak kepincangan terutama daripada segi penguatkuasaan.

“Polis hanya membantu Jabatan Agama Islam terutama dari segi penguatkuasaan. Kita tidak mahu timbul persoalan di kalangan masyarakat yang menyatakan Jabatan Agama Islam dan polis tidak serius dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.

Satu lagi isu berhubung penyelarasan antara Jabatan Agama Islam dan PDRM yang turut dibangkitkan oleh Musa ialah tentang pemberian jaminan kepada mereka yang ditahan di bawah Undang-undang Syariah.

Dalam kes khalwat contohnya, ia merupakan kes yang dibenarkan untuk diikat jamin tetapi terdapat pegawai Mahkamah Syariah yang tidak membenarkan ikat jamin dikeluarkan “hingga menimbulkan pergeseran antara polis dan Jabatan Agama Islam”, katanya.

“Jamin hanya tidak dibenarkan sekiranya alamat dan tempat tinggal mereka yang ditahan diragui oleh pihak kita (polis dan Jabatan Agama Islam). Kalau tahu di mana tempat tinggal mereka, tahu mereka tidak akan larikan diri, jamin harus diterima.

“Masalah ini yang kadang kala menyebabkan timbul pergeseran dan kita perlu berbincang agar pergeseran tersebut tidak timbul lagi,” katanya.

Musa berkata isu murtad juga perlu ditangani sebaik mungkin agar tiada keraguan dan ketidakfahamanan timbul terutama dalam kalangan bukan Islam terhadap undang-undang Islam.

“Kena periksa betul-betul sama ada sudah masuk Islam atau tidak. Saya pernah mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) agar memanggil keluarga yang hendak memeluk agama Islam agar mereka tahu kedudukan sebenar bagi mengelakkan timbul rasa tidak puas hati terutama dari soal tuntutan jenazah dan pengkebumian,” katanya.

Musa berkata jalinan kerjasama erat antara PDRM dan Mahkamah Syariah yang telah lama terjalin terutama dalam proses penyampaian waran tangkap akan terus dipertingkatkan lagi.

Kata Musa, beliau akan memohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambah jumlah jawatan bagi meletakkan pegawai-pegawai polis di Mahkamah Syariah untuk melancarkan lagi perjalanan di mahkamah itu.

http://www.bernama.com.my


Responses

  1. susah juga nak tangkap ketua kerajaan langit nie ye … rupanya, mudah lagi nak tangkap adun ke, mp ke, exco ke, ketua pembangkang ke …

  2. Kah.kah. Ayah Pin balik buat haji di kampungnya ke??

    Sebenarnya dulupun Kerajaan BN dibawah naungan Deris yang minta Ayah PIn berkemas ke Thailand sementara waktu..maklumlah dalam keadaan gawat. Sekarang dah selesai kembali ke kampung laman tempat dia jadi “babi’

    Sekarang JHEAT dibawah Mamat Pok Aid pula macamana ?? guna ayat Deris jugak ke??

  3. Nak tangkap macam mana, dia apa nama kununnya yang mencipta segala alam maujud dan mujarad, ringkasnya Tuhan beb…

    http://naspazi.multiply.com/video/item/141

    AYAH PIN TUHAN MELAYU GAMAKNYA
    – Naspazi

  4. buat apa nak susah2 tangkap ayah pin, tak ada sumbangan kepada kepentingan politik umno… ayah pin hanya menlanggar hukum allah, so tak begitu ‘menguris dan mencabar’ umno, so biarkalah. tapi klu mana2 pihak yg boleh, mengancam umno, sampai ke lubang cacing pasti dicari. seluruh kekuatan polis digunakan untuk menangkap dan menghalangnya. inilah perjuangan kerana allah or kerana diri sendiri

  5. Dia dah mengaku keluar islam, nak dakwa atas alasan apa lagi?

  6. Ayah Pin, Angkasawan pertama Malaysia dah balik, nak panggil ceramah macam angkasawan kedua Syed Muzapfar..

  7. Macam mana polis nak tangkap? Dia tubuhkan kerajaan di langit! Bukan di bumi. Sebab tu umno/BN tak peduli ayah pin si murtad tu.

    Satu perkara yang Jabatan Agama Islam Trengganu kena ingat ialah, bila dia mati sikit hari lagi, jangan kebumikan dia seperti orang Islam. Dia bukan saja dah murtad tapi dah mengaku tuhan! Paling mudah, mayatnya campakkan saja ke dalam kandang buaya di Zoo Negara.

    Ayah Pin ni berguna kepada umno, apatah lagi menjelang pilihan raya. Maklumlah sihirnya first class honours! Tak gitu ‘Deris’, pakar songlap wang ihsan Terengganu.

  8. K’jaan langit ni nak buat JV dgn k’jaan ganu kut…..ala kalau kat arab dah kena pancung dia ni…tak memberi faedah pada umat pun…..ko jawab je la kat akhirat sebab subahat tak basmikemungkaran..dah terang badigol ni murtad …ada VCD pasal dia ni lagi…..tembak je la ….buat apa nak ‘simpan’…….pihak penguasa subahat tak basmi kemungkaran….

  9. aku yakin si murtad ni dah byk berdosa n perlu dihapuskan sja dr muka bumi ni..sesat dan menyesatkan..kerajaan bnda nyata cam ni pun nk tangguh lg..umat islam masuk kristian ramai2 xnak ngaku..skang apa jd kt remaja di kl..hancur lebur..dh jd cam kapir dah

  10. kita rasa kita dah bagus ya…cuba cermin diri kita ini dulu

  11. no komen……saya tak tahu kesahihannya…..biasa le akhir zaman ni banyak ilmu Allah yg telah di angkat semula ke langit…..
    yg tinggal ialah kejahilan……..mennjadi asbab kepada terjadinya kiamat……wallahualam…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: