Posted by: pinkturtle2 | November 13, 2008

Aku Dah Tak Ego Lagi,Kali Ini Aku Mengaku Aku Bodoh…

Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup...saya katakan 'mereka mungkin dipecat'.

Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup...saya katakan 'mereka mungkin dipecat'."Itu tidak benar sebenarnya. Saya faham mereka tidak dipecat kerana mereka menerima pencen sejak 20 tahun yang lalu - Nazri

Nazri kesal buat kenyataan enam hakim bukan dipecat

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dan mengakui bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat.

“Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup…saya katakan ‘mereka mungkin dipecat’.

“Itu tidak benar sebenarnya. Saya faham mereka tidak dipecat kerana mereka menerima pencen sejak 20 tahun yang lalu,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Nazri menjelaskan kekeliruan itu berlaku kerana perkara tersebut tidak seperti kebiasaannya.

“Dalam kerajaan, bila kita diberikan pencen, kita faham kita tak buat apa-apa kesalahan, tapi kalau kita dipecat, pencen tidak akan diberikan.

“Tapi dalam kes ini hakim-hakim itu terima pencen. Namun saya ambil masa untuk semak semula dan dapati ada surat daripada Yang Dipertuan Agong meminta supaya pencen tetap diberikan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar itu kepada dewan, akan diketahui minggu hadapan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata, beliau perlu menyemak semua butiran kerana perkara itu melibatkan banyak implikasi.

http://www1.mstar.com.my

Komen Pahangdaily

Maka sekarang, memang terbukti bahawa Nazri Aziz memang “berbohong” di parlimen perihal isu Ex-Gratia Hakim baru-baru ini. Biarpun beliau akui kesilapannya, tetapi rakyat harus sedar bahawa memang Nazri banyak berbohong selama ini. Beliau patut dikenakan tindakan kerana berbohong oleh parlimen!.

Cara beliau menjawa soalan yang dikemukan kepadanya dulu, dalam keadaan yang terlalu yakin dan sombong seolah-olah beliau tahu segalanya tentang hal ini. Jika begini sikapnya menteri UMNO, maka sahlah bahawa rakyat telah tersalah membuat pilihan mereka selama ini. Nazri harus letak jawatan! kerana beliau tidak layak menjadi menteri. Semoga rakyat sedar semua ini.


Responses

  1. Bengong punya menteri!

  2. biasalah para menteri dan MP BN bukan buat homework. main bedal n jawab ikut sedap aja. apa nak risau, speker dewan boleh ‘cover’ klu ada yg nak menyerang. tapi dah bab beri maklumat salah, memang tak leh nak elakla. nasib baik tun dr M hidup lagi. bolehlah perjelas apa yg sebenar, (dah memang dia yg pecat).. semua ni adalah usaha utk membengangkan dr M. tapi akhirnya diri sendiri yg terkena..
    so harap2 lepas ni semua MP BN, buatlah kajian dan rujukkan. anda dilantik untuk menjadi wakil kepada rakyat, so rakyat tak nak wakil yg bodoh n bangang. wakyat nak wakil yg menyumbang kepada kecemerlangan negara

  3. Orang kata hidup manusia mesti beragama kerana agama menceritakan tuhan lebih berkuasa dari manusia.

    Orang kata hidup manusia ni tak ubah seperti roda. sekali berpusing keatas, sekali pusisng kebawah.

    Orang kata setiap perbuatan manusia ada pembalasannya dari tuhan, perbuatan baik dibalas dengan baik, perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat.

    Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz,
    adakah anda sedar bahawa rakyat Malaysia mengharapkan anda akan menjadi menteri yang “cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. Bukan menteri “Bodoh Sombong”

    Masih nak berlagak hero dalam parlimen..?

  4. ya memang dia silap dan mengaku salah..tapi ada sorang tu die menipu..16 september nak tukar kerajaan..tak jadi pun.. anda semua sokong lagi…lepas tu tak pernah mengaku salah dan terus menipu dan seperti biasa anda terus sokong dan rela ditipu. Sekarang dialah hero dalam parlimen… bila bukan masa dia berucap..pakat keluar dewan…minta bajet baru..dah bentang bajet baru…keputusan mesyuarat jadi pertikaian…apa yang dia mahu aku pun tak tahu…lantak kaulah labu..anda kata pemimpin bn begitu begini tapi pemimpin pr 2×5..kata dulang paku serpih cakap orang dia yang lebih..

    wassalam
    p/s:hari tu ada orang tu kata raya haji tukar kerajaan di kota bharu,kalau tak jadi… padan muka korang semua… kena tipu lagi.

    “berbeza pendapat itu baik,lagi baik kalau tiada maki hamun”

  5. Suka sangat cakap bodoh di Dewan Rakyat…akhirnya kembali pada diri.

  6. aii… tak dak isu lain ke? asyik2 16 september je?

  7. siakap senohong gelama ikan duri…
    cakap bohong lama-lama mencuri..

  8. 16 september bukan bohong,hanya mereka yang tahu je tahu ……emmm

  9. 16 sept sebagai starter guide… Pd yg tak tau jgn duk cakap.. pasai org umeno = bodoh + sombong + bengong.

    Setahu asam 16 sept tak penah dibincang dalam parlimen… Tp pak berlagak nie.. memang patut kene sembur la pasal cakap ikut sedap mulut.. bukan ikut sedap fakta…!!

    Takpe kita tgk apa speaker nak buat.. nak ambil tindakkan ke tak pasal pak menteri kencing kat parlimen…

    Asam ingat kalu pembangkang.. sure dah kene halau keluar dewan.. + plak kecoh kat Buletin Utama kat tv3.. sure provokasi punyer lahh…

  10. Alahai kumbang….tu bukan bohong just tertangguh ja pasai ada orang takut then diborong bebudak tu pi belajar bertani pula. kes Nazri ni lain bohong+tipu+sombong+….shit. Ni musuh besar org sabah ni pasal imm13. kitorang minta di pula borong PTI pi negeri dia. memang bodoh sombong.

  11. Mamat nazri ni memang ego.Dulu pun masa pegang kementerian yang jaga hal2 tentang pengangkutan awam,pernah buat hal dengan pemandu2 teksi.Itu lah orang2 beend ni cakap ikut sedap mulut saja.

  12. Sombong, ego , takabbur bukan nya boleh dibuang dalam masa satu dua hari. Ianya lebih kepada tabiat seseorang, perangai yang tak elok bukan mudah utk dibuang, kalau tak caya tengoklah nanti, menteri sombong ni akan terus sombong seperti kebiasaan nya.

    Itu lah sebab jika kita mahu berubah utk menjadi manusia yg lebih baik, jangan tunggu umur 40 tahun kerana pertamanya kut tak sempat nak berubah dah go, dan kedua ubah perangai mengambil masa sebab ianya telah menjadi tabiat berpuluh tahun seseorang manusia itu. Kalau nak berubah tu umur 30 tahun dah boleh mula, eloknya umur masih muda, jangan ditunggu. Yang sentiasa menunggu kita tu adalah maut dan malaikat yg menyoal manusia yg sudah tidak bernyawa.

  13. oi..Kumbang..kalau tak tau cerita jangan sampok…org cerita fasal Mamat Nazri…tup tup keluar fasal 16hb… tu pun salah fakta.

    Sebenarnya Anwar dah berjaya kumpul MP BN lompat msalahnya yang BN bawak lari MP BN ke Taiwan…kursus peranian apahal..kosong la parlimen..nak undi tak percaya gano…wei..then
    Anwar dah antar surat..kat PM kata peralihan secara damai…TAk buat bodo….jer..tak mau balas dan tak mau jumpa… Kalau dekat US dah lama tukak dah….
    Puncanya bukan Anwar gagal tp Pak Lah atau BN tak gentlement …kalau berani tunggu dan kita undi…atau jawab surat Anwar jangan bagi alasan… kang cakap banyak ISA itu je BN tau…yenade….woi..kumbang tak tau jagan cakap buat Malu je….wei…..hehehehe

  14. Kumbang kan suka sengat manusia. Mana nak buat kaji selidik atau homework. Dia memang pengikut parti ‘tong tahi’ no. 1.

    Berbalik kepada menteri yang dah selalu bohong ni. Dia bukan saja ego, malah tersangat dungu sombong. Tak banyak membaca, walaupun kelulusan lawyer. Yang pasti loyar buruk, penipu dan pengampu siapa saja jadi PM. Dulu mati-matian ampu Mahathir. Sekarang dialah kaki kutuk Mahathir.

    Awal tahun lepas rumah dia di Shah Alam dimasuki penyamun. Sebanyak kira2 RM350 000 nilai barang kemas yang dapat dilarikan. Wah, banyak sungguh barang kemas yg disimpan dirumah! Beli dengan wang gaji sebagai menteri ke?

    Peribahasa Melayu moden:

  15. Salam semua
    terima kasih respon,tertangguh 16 september…tertangguh sampai bila? tiada jaminan.. .16 september ini hanya gula-gula di permatang pauh..tahukah anda Nazri adalah pembela tegar anwar. Ketiadaan Nazri(berada di luar negara) di mesyuarat mt umno terakhir anwar menyebabkan anwar tiada pembela. sekarang pun beliau masih bergurau senda dan berkawan baik..anda di bawah mengutuk tak sudah..begitu juga dengan syed hamid albar yang disifatkan saifudin nasution sebagai orang paling alim dalam umno dan menggesa penyokong pkr supaya menghormati beliau..tup..tup jadi menteri dalam negeri, orang pkr ini menukar pendirian kerana tidak membela bosnya..barang kemas rm350,000 tidak dapat menyamai apa yang anwar dan kroni dapat ketika beliau memerintah….terbaru pengerusi RISDA rahim tamby chik yang dimaki hamun dalam ceramah datang ke parlimen untuk berjumpa kawan lama..siapa kawan lama itu? anwar la..orang macam ini di atas pentas sanggup memaki hamun kawan sendiri…tetapi di luar ceramah berkawan baik..perihal di taiwan ramai yang tahu pemergian pkr tiada hasilnya…tak berjumpa lansung dengan mp bn..apa mau canang lagi?..kumbang bukan pengikut UMNO ataupun PKR tapi kumbang anti anwar itu sahaja…anda semua membuat andaian bermacam-macam tetapi hakikatnya UMNO dan PKR hanya main politik..
    andaian anda semua orang yang anti anwar adalah orang UMNO adalah pemikiran singkat…

    “janganlah cuma baca blog sahaja,cuba masuk pr dan dekati pemimpin yang anda sanjungi lama-kelamaan anda mengerti..siapa sebenar beliau”

    nak tengok homework kumbang?
    klik link sini http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
    yang pasti bukan blog umno

  16. ni kambing mana pulak kumbang ni????

    tu lah nak sokong ‘tong tahi ” punya parti sokong je la….tapi tolong jangan guna **bur untuk berfikir tu …..16 sept tu kan berlapik…ceramahnya pun dia lapik dengan ” InsyaAllah’…dengan izin Allah…kalau nak sokong tong tahi pun biar la tau hujung pangkal….rata-rata pemimpin Ameno sahsiah dia x low class je…..banding dengan PR, mereka jauh lebih baik….org sembang pazal DS Nazri ..yg ko lencong melalut tempat lain tukar topik pehal….???kalau ngko tu hujah tahap longkang memang betul la pencacai tong tahi ni streotype punya jenis…..ego tapi bodoh alangnya yg paling nampak…..MORAL: NAK BERHUJAH JANGAN LARI TOPIK LA BAHADUT..KALAU PERIKSA SPM TU LARI TAJUK SURE FAIL …ORG SURUH EXPLAIN KAMBING NGKO EXPLAIN UNTA….kambing betul la kau ni…sir nak sobu lombu tapi bia la org lain sobut….sobab kambing kuat mengembekkkkk…

  17. MALU LAGI KITA:

    Kumbang tu tak dapat sedut madu macam tulah melalut je cerita dia. Jom kita ambik kumbang seekor ni letak di atas bontot tin susu atau tin milo terbuang, tutup dengan kain dan ikatkan kain tu dengan getah. Kita sama-sama dengar dia punya bunyi dengug idghamnya macamanakah agaknya bunyi dia?. SAH RADIO Be End……lepas itu dia mampus kering begitu sahaja.

    Kau orang tahu tak, Nazri ini PENAUNG malah PENERAJU kepada Persatuan Peniaga2 TomYam rakyat pattani siam yang memenuhi di setiap pelusuk tanah air kita memonopoli seluruh perniagaan gerai-gerai makan TomYam sehingga rakyat tempatan terhegeh2 bagai melukut di tepi gantang. Mereka berpejabat di Green Woods. Rumah kedai 2 tingkat.

    Itu baru Pattani siam belum kira lagi Indon, Mamak, Bangla, Myanmar, Neppal, Philipin dan terkini adalah mamat NEGRO. Masing2 ada PENAUNG. Siapakah PENAUNG2 mereka? Orang2 atas dalam Be End macam Nazrilah PENAUNGNYA yang merosakkan peluang rakyat. Inilah rupa manusia PEMBOHONG sejak sekian lama dalam KABINET 4 LACI yang selama ini merancang untuk KEKAYAAN PERIBADI dengan menggadaikan peluang dan masa depan MARUAH rakyat dan bangsa sendiri. Orang2 mcm inilah yang memenuhi KABINET 4 LACI kita sehinggakan rakyat sendiri hilang segala peluang cari makan:

    1. Kerja sektor perKilangan;
    2. Kerja di sektor perLadangan;
    3. Kerja di sektor pemBinaan;
    5. Kerja Pengawal Keselamatan;
    6. Kerja Attandan stesen minyak;
    7. Kerja di Pasaraya kecil mahupun besar;
    8. Kerja pemBersihan pejabat;
    9. Kerja pemBantu rumah;
    10. Kerja di sektor perHotelan;
    11. Seribu satu macam pekerjaan lain lagi;
    ..diboloti dan dikuasai oleh PEKERJA ASING. PADAN MUKA ORANG MELAYU!!!

    Siapakah EJEN2 PEKERJAAN yang membawa segala bala penyakit ini ke dalam negara sehingga menyekat dan menutup segala peluang pekerjaan kepada rakyat sendiri?.
    Inilah rupa penyanggak yang sanggup berbohong membuat fitnah kepada kita semua yang selama ini memberi KUASA lalu PERCAYA kepada WAKIL2 RAKYAT dalam setiap PiliHANTU RAYA; bahawasanya rakyat kita tidak mampu mengisi peluang2 pekerjaan ini; Kononnya rakyat kita tidak menyahut seruan kerajaan untuk mengisi tenaga kerja dalam bidang2 tersebut di atas; Kononnya rakyat kita memilih pekerjaan; Kononnya rakyat kita terlalu MANJA tidak boleh berdikari; Kononnya rakyat kita HANYA bergantung harap kepada kerajaan; dan macam2 lagi tuduhan yang semata2 merugikan rakyat dan bangsa kita sendiri. Mejoriti rakyat kita siapa? MELAYU kan?.

    Melayu sudah jadi mangsa ‘perancangan halus mereka untuk menjadikan Melayu di negeri Melayu sebagai keturunan bangsa yang tidak bermaruah’.

    Menteri Sumber Manusia SIAPA?….Menteri Pengangkutan SIAPA….? Menteri Kesihatan SIAPA?….Engkau orang ingat apa Menteri2 tu jujur tulus ihklas nak tolong MELAYU ke?…seronok dengan dasar2 yang dibentangkan oleh penipu2 melayu mcm Nazri dalam kabinet 4 laci. Mereka suka kerana yang ruginya ialah orang MELAYU. Yang tiada pekerjaan dan sumber pendapatan tetap ialah MELAYU. Yang sukar mendapat pekerjaan nak cari makan bagi menanggung nafkah anak bini dan rumahtangga ialah MELAYU. Yang meminta sedekah sana-sini ialah MELAYU. Yang tidak punya hartatanah/rumah/perniagaan ialah MELAYU. Yang apabila sakit lalu menyerah nasib menjadi mangsa rawatan hospital kerajaan duduk di wad kelas corot ialah MELAYU. (Tidak terkecuali pegawai2 Melayu apa gred pun), suka tak suka duduklah engkau mengerang kesakitan di wad kelas corot bercampur gaul dengan bangla, myanmar yang meludah keliling air sirih mereka, Indon dll lain-lain bangsa pun bersama. Pendik kata MELAYU hanya layak duduk di KELAS 3.

    Pelbagai masalah lain yang sudah berantai akibat dari perbuatan orang2 semacam Nazri. MELAYU jadi PAPA KEDANA tetapi MEREKA senang lenang hidup berRaja di mata berSultan di hati. Sistem Pentadbiran dan sistem POLITIK RASUAH amalan terkini mustahil lagi boleh menyelesaikan masalah ini. DAYUUUUSNYA MELAYU!!!. Inilah orang-orang ATAS yang di sokong oleh si KUMBANG SIAL itu; Kumbang adalah peminta sedekah mengharapkan belas kasihan orang lain sahaja. Dia Cuma menunggu makan habuk2 roti dan gula yang bertaburan di lantai orang2 mcm Nazri. Oleh itu wahai kumbang BODOH. Siapakah lagi orang yang boleh MELAYU harapkan jikalau PakLah dan PakNajib pun TAK BOLEH DI HARAP????…jika MELAYU bergantung harap kepada orang-orang macam engkau ni KUMBANG maka semua MELAYU akan mampus kering macam engkaulah juga!!!!!

  18. Pemimpin BN bijak memutar belitkan kenyataan, kononnya hakim-hakim tidak dipecat. Pada hal seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa hakim-hakim tersebut dipecat dan ada 3 daripadanya digantung perkhidmatannya.

    Apa yang menghairankan, seorang kakitangan awam yang dipecat mestilah berpunca sesuatu kesalahan yang mereka lakukan. Sepatutnya pencen tak seharusnya diberi kepada mereka.

    Kalau diberi bermakna mereka tak bersalah sekadar tak mahu mereka meneruskan khidmat sebagai ketua hakim dan hakim-hakim. Ada sebab tertentu makan tindakan itu diambil.

    Selepas dari peristiwa itu, ketelusan mahkamah mula diragui kerana eksekutif tanpa segan silu boleh mencampuri urusan mahkamah dengan memecat hakim-hakim sebagaimana yang berlaku pada 1988.

    Wahai manusia, jangan takut dengan makhluk kerana makhluk yang kamu takut itu, akhirnya mati dan berhadapan dengan Allah jua. Jika makhluk itu dipanjangkan umurnya bukan bererti mereka benar kerana kurnia Allah itu sekadar nak menguji dan memberi peluang bertaubat. Oleh itu , kita semua hendaklah bertaubat dan bersyukur dgn segala kurnian Allah

    Wassalam.

  19. Inilah cara puak AMNU bertindak. Dari dulu, kini dan selamanya. Selalu keluar tajuk. Tengok saja bahas di parlimen. Nasib baik Si Pandikar tu yang dok bela depa. Sikit-sikit suruh MP pembangkang keluar dengan alasan yang anak-anak di sekolah pun tak boleh terima.
    Dari dulu lagi, Nazri memang macam tu. Perkara yang sudah 20 tahun diketahui umum pun cuba diselewengkan. Macamana pula dengan perkara-perkara yang lain yang belum diketahui umum seperti pembelian helikopter. Sudah tentu kena bohong hangit. Contoh seperti harga yang ditawarkan melebihi berganda-ganda tu ikut prosedur? orang beli dengan RM1 dan kita beli dengan RM10. Masih kita nak kata kita benar, telus dan berpatutan?
    Kumbang…. oh …. kumbang

  20. UMNO bodoh tak usah cakap bela bangsa melayulah..kau ingat kami nak percaya ..pirahhhhh kat selangor ni..kontraktor buat jalan…eh silap, tampal jalan adalah dibuat oleh org UMNo tak kiralah pemuda mereka atau ketua bahagian. Dah tu buat pulak jalan jadi bertambah teruk..tak tahu apa2 pasal buat jalan pun buat jugak..yang penting masyuk..semua tu kawasan org melayu..jalan jadi menggerutu,tu perjuangkan org melayu lah tu…bengap punya UMNO..maklumlah peruntukan kerajan pusat..

  21. Kata minyak x naik…aleh2 minyak naik…mencanak!. Anwar kata turun sikit2…. kutuk gila2 kat Anwar tapi time dia…turun bukan sikit-sikit… tapi pelan2. Ha ha ha….x jadi 16 sept x mengapa…. bila2 pun x kisah. Cuma Najib ni… kejap kata x kenal saipool, pas tu kata jumpa pasal biasiswa, pas tu jumpa sebab kena liwat…siap pegang tangan lagi…sejukkkk..ha ha ha…emmmm brape henget dpt time pemilhan baru2 ni… ha ha ha… tergadai x maruah…ha ha ha…. kumbang kumbang….rupa2nya ko yg tersgt berharap pada 16 sept…..ha ha ha… ni kira kes ‘terasa hati’ la ni…dah dpt no ekor x dari calon-calon… naik x nombor… ok kumbang… rilek arrr… jgn ‘terlalu’ berharap ek pada 16 sept… nanti mati berangan lak … dah gi hisap madu(sepah di buang)…ha ha ha

  22. nazri nie tak layak jadi menteri…style lama …masa orang malaysia tak ambik kesah…patut tak perlu dok dlm kabinet…tak ada apa benda yang dia buat…tukang lawan tak ada fakta…main sedap cakap ja

  23. Korang lupa ada sorang lagi Menteri Pembohong…Yg nih lagi terang2 pembohong…Menteri rambut putih pakai spec..shahrir samad…pembohong besar bila dia bgtau harga minyak ikut pasaran semasa, kaji harga sebulan kali, bla..bla..bla..pastuh nak tetapkan harga syiling minyak plak dh..lagi le pembohong besar…

  24. Asam ingatla kumbang nie dah duk berak kapur pasal 16 sept.. Maklum la puak umeno nie.. dah kalut pasal 16 sept ari tu..

    Guguq bulu punkuq.. pasat takut punyer.. takut ilang kuase la tu.. Bile ilang kuase… dah tak masyukkk!!

    Asam duk tunggu2 gak brape kumbang dapt masa mesyuarat bh. umneo.. Byk kot…ribun-rubin!!!! pasat tu die bising kat sini… Dah tong taik… Tak ketuk pun memang BUSUKK….. Kalu ketukk…. iskhhh!!!!….. Sendiri INGATT LAA..!!

  25. nazri dah nampak kebodohan nya, dlm kerajaan BN byk menteri yg bodoh dan makan gaji buta, terutamanya yg tertidur

  26. Sebenarnya pada 16 Sept DS Anuar dah dapat kerusi tambahan,kerusi tu telah dihantar oleh Lori Court Mamorth. Jangan marah ye itu bunyi SMS yang telah saya terima pada 20 Sept 2008.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: