Posted by: pinkturtle2 | November 22, 2008

Bila Lagi Pidah Nak Berundur…

kamu-lagi-bodoh

Rafidah: Saya bukan gila jawatan kabinet

Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata beliau mahu peralihan kuasa dilakukan pada Jun tahun depan bukan kerana beliau ‘gila jawatan kabinet’.

Sebaliknya, kata beliau, ia bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

“Saya mengekalkan peralihan kuasa pada Jun 2009 semata-mata untuk memperkuatkan Wanita umno, kerana kita mendapati, setelah kali teruk dalam pilihanraya umum lalu, Kekuatan Wanita Umno sudah terlalu berkurangan.

“Kelemahan wanita Umno telah menyebabkan kekalahan parti dalam pilihanraya umum lalu.

“Kalau orang kata, saya mengekalkan jawatan ketua semata-mata untuk mendapatkan jawatan kabinet, itu adalah kerja gila,” katanya.

Sebelum itu beliau ditemui kira-kira 40 penyokongnya yang terdiri lima ketua Wanita Umno negeri, exco Wanita serta ketua-ketua Wanita bahagian dari seluruh negara.

Mereka menemuinya di pejabat Wanita Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara pagi tadi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap keputusannya untuk mempertahankan jawatan ketua Wanita Mac depan.

Pemangku bukan perkara baru

Kelmarin, Naib Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan bertanding menentang Rafidah bagi merebut jawatan ketua pergerakan itu.

Menurut Rafidah lagi, beliau tidak faham mengapa Shahrizat mahu bertanding jawatan ketua Wanita sedangkan beliau (Shahrizat) sendiri telah setuju dari awal lagi mengenai penyerahan kuasa itu.

“Dalam mesyuarat Exco Wanita, Shahrizat tidak pernah bercakap yang beliau tidak setuju dengan pelan peraihan kuasa (Jun) itu, walaupun saya beri peluang kepada dia untuk bercakap mengenai ini, tapi beliau tidak cakap, tapi sebaliknya tetap setuju dengan peralihan kuasa.

“Saya hairan mengapa selepas pencalonan tamat, isu pemangku jawatan ketua Wanita dibangkitkan.

“Kalau tidak setuju dengan jawatan pemangku, mengapa tidak diberitahu atau dibangkitkan lebih awal,” katanya.

Menurut Rafidah, jawatan pemangku ketua dalam Umno bukan perkara baru.

Utamakan pilihanraya

“Tun Hussein Onn menjadi pemangku presiden selama satu tahun 9 bulan, Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) jadi pemangku ketua Pemuda selama dua tahun (dan), Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi), juga jadi pemangku presiden Umno.

“Jadi jawatan pemangku tidak ada kurangnya. Kerja adalah sama, kalau pemangku ketua Wanita tidak ada kuasa, apa kuasa yang ada pada ketua wanita.

“Yang ada hanyalah kerja dan tanggungjawab. Tidak ada masalah pun walaupun menjadi pemangku kerana kita ada exco, kita ada ketua Wanita negeri, kita ada ketua bahagian Wanita.

“Boleh tanya (Datuk Seri) Hishammuddin apa rasanya menjadi pemangku ketua (Pemuda). Jadi tak usahlah pertikai jawatan sebagai pemangku.

“Yang paling penting (ialah) soal menghadapi pilihanraya umum ke-13… Tidak sanggup lagi kita hendak melihat kekalahan yang baru,” tegas Rafidah.

Mengenai pertemuannya dengan penyokongnya hari ini, Rafidah berkata, mereka datang sendiri selepas mengetahui yang beliau akan mempertahankan jawatan ketua Wanita.

Mereka yang datang itu termasuk ketua Wanita dari lima negeri – Pulau Pinang, Johor, Pahang, Kelantan dan Selangor.

“Bukan saya panggil, mereka datang sendiri,” katanya.

http://www.malaysiakini.com


Respon

  1. Uah-udah ler tu……..
    Dah lama dah…..

  2. Mana satu yg betul statemnet Kak Fidah nie,

    “Saya mengekalkan peralihan kuasa pada Jun 2009 semata-mata untuk memperkuatkan Wanita umno, kerana kita mendapati, setelah kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu, Kekuatan Wanita Umno sudah terlalu berkurangan”

    dgn:

    “Kelemahan wanita Umno telah menyebabkan kekalahan parti dalam pilihanraya umum lalu” ???

  3. Nak loya teman dengo nya.Kalau mika tak gila jawatan ngapa mika bermati2an pertahan kan jawatan sekarang..Udah2 le tu.Bagi le kat orang lain pulak.Mika pun dah kaya raya.AP pun dah melambak2 mika dapat..Tak kan jawatan ni mika nak bawak sampai lubang kubo..

  4. Rafidah bukan gila jawatan dia gila meroyan—takut kena berdepan dengan BPR dengan case AP nanti bila jawatan dah tak da. Kahkahkah ….inilah dia hukum karma. Dulu awak ada madey boleh menang sekarang Shahrizat ada Pak Lah memang menanglah Kak Ejat.

  5. Ingat pepatah Melayu kita, Kak Pidah.
    “Patah Tumbuh, Hilang Berganti”. Firaun yang begitu hebat boleh diganti dengan Firaun lain yang lebih hebat. Awat Kak Pidah rasa Wanita UMNO lain tak berwibawa atau bodoh-bodoh belaka. Tapi kalau lihat situasi sekarang, ada juga “benar”nya sebab saya perhatikan bukan sahaja wanita, malahan yang pemuda atau yang petua pun sama saja. Bukan guna otak di atas kepala untuk berfikir tetapi menggunakan otak di kepala lutut.
    Kak Pidah, apa bezanya antara Mac dengan Jun? Mungkin Kak Pidah mahu wanita menangisi pemergian Kak Pidah pada bulan Jun seperti yang berlaku kepada Che Det kami yang kononnya Che Det amat disayangi. Lepas tu, Che Det pula dijual dengan harga RM200 saja. Kesian tengok bekas MP aku, YAB Bekas PM Malaysia.
    Kak Pidah, lepaslah sekarang sementara masih laku. Takut-takut nanti kalau kalah, lagi malu. Sayangkan parti UMNO, berundur sekarang. Jangan sampai diminta undur seperti berlaku pada Pak Lah, YAB PM Malaysia sekarang.

  6. nan tuek ngko tuek lo eee .

  7. “….bukan aku yang nak bertanding tetapi pertandingan ini disebabkan dia yang nak melawan aku….” kata pidah.Ooooooi, pedasnya bahasa mu nek pidah!!!!…orang dulu2 kata terbakar rosak binasa disebabkan kerja BATU API. Rupa2nya kau orang tak ada batu pong ada api juga ke!!!!

  8. itulah demokrasi dalam umno

    umno tak semacam parti royak atau parti ubi kayu yang lain…

    parti lain penasihat lebih berkuasa drp presiden. penasihat pulak sapa yang lantik?

  9. betul la tu … demokrasi ala Umno:-
    politik wang+politik cantas+politik konspirasi+politik kotor…
    wang lebih berpengaruh drp karismatik seseorang calon yg bertanding

  10. Betullah mak-mak datin ketua wanita 5 negeri iaitu Pahang, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor ni tak tau malu. Kak Fidah tak jemput pun datang juga. Kalau sokong tak payah jumpa tak boleh ke? Nak mintak barang dari Kak Fidah ke.? Suma orang buat itu macam….anak buah nak minta gula-gula..

  11. lagi satu gegala + pilitik tembak menembak

  12. hahahaha…

    memang lawak gila rupanya orang tua nyanyuk nie.. dulu sapa yang pimpin wanita yang buat wanita jadi lemah? la nie wanita mana pulak yang nak repair wanita yg dah lemah tu? hangpa pikiar la no, tp aku nasihatkan klu jumpa nek pidah lampir nie, jauhkan diri je..spesis nie nampak jinak, tp kuat menggigit nie…

    hahahahaha…gilaa..gilaaa..

  13. umno bodoh, babi, bangsat…….
    sial…..kerana politik, habis kesepaduan oang melayu!!!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: