Posted by: pinkturtle2 | November 23, 2008

Amaran Rafidah kepada Pencabarnya…

Memandangkan saya akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita, mandatnya adalah selama tiga tahun... tidak sekejap sekejap.

Memandangkan saya akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita, mandatnya adalah selama tiga tahun... tidak sekejap sekejap - rafidah

Tiada peralihan kuasa Jun 2009

PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz tidak akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Kamilia Ibrahim jika beliau mengambil alih jawatan nombor dua pergerakan tersebut kelak.

Perkembangan terbaru dalam pergerakan itu sekali gus ‘mengkuburkan’ pelan peralihan kuasa Jun 2009.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pelan peralihan pergerakan itu yang diumumkan Ogos lalu hanyalah antara beliau dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Memandangkan saya akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita, mandatnya adalah selama tiga tahun… tidak sekejap sekejap.

“Sebab itu, saya mengatakan (dari awal) tidak perlu ada pertandingan (bagi jawatan Ketua Wanita). Jika tiada pertandingan, saya akan (sepatutnya) menyerahkan (jawatan itu) kepada shahrizat pada Jun nanti,” katanya kepada The Star.

Rafidah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar memberitahu, kini pergerakan itu kembali kepada proses pemilihan mengikuti demokrasi yang akan memilih sama ada “saya atau beliau.”

Dengan keputusan Shahrizat mencabar Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita, Kamilia akan menjadi calon tunggal bagi kerusi Naib Ketua Wanita.

Justeru, Kamilia sudah pasti memenangi kerusi itu tanpa cabaran.

http://www1.mstar.com.my



Responses

  1. Kalau tak nak orang lawan, buat parti sendiri dan jadilah ahli sorang-sorang, jangan dibuka untuk orang lain.

    Dah tua, parti kata pergi kubur kata mari. Balik rumah buat jer ibadat dan perbanyakkan taubat!

  2. Itu la demokrasi ala Umno. Kata demokrasi tapi marah2 bila ada pertandingan jawatan.

  3. Ini lah budaya pemimpin umno yang pegang jawatan,Tak kira lah jawatan tinggi,rendah atau setengah tiang ke.Demokrasi yang di laung2kan tak bererti langsung.Kak pidah ni nampak nya terlalu sombong.Jangan perasaan..Bukan semua yang mencalun kan anda tu suka anda terus jadi pemimpin.Mungkin ada yang terpaksa mencalunkan anda.Keputusan nya adalah masa pengundian nanti.

  4. Dah lama…dah apa lagi yang belum selesai….Ijat tu kan lawyer semua dia tahu…..dah 8 tahun jadi timbalan….sokongan pun ok 72 pencalonan…so…ada apa lagi kak dah????? Dah 65 tahun….dah tua……..bagi pulak kat orang muda…

  5. nek pidah tak yah la nak salahkan izat tu, kalau nek pidah boleh jamin kamilia tak lawan izat baru la boleh pelan peralihan kuasa diteruskan, otak guna sikit la nek oi.. betula la nek ni dah nyanyuk….

  6. keh! keh! sukup kalakar la korang. tu la nek pidah tu bijak pandai bah. tidak kalu…cam na dia boleh kontrol pasai AP. che det pun kantoi leh dia.

    tua bukan sambarang tua ….. tua hancus

  7. Kak Fidah nie kelapa tua. Banyak santan. Tapi sekarang orang dah tak guna sangat santan kukur. Orang beli paket je. Kak Fidah ni dah nak kena paket lah tu. Kita boleh tipu semua orang pada suatu masa tetapi mustahil kita boleh tipu semua orang dalam sepanjang masa. Legasi penipuan UMNO cuba diteruskan oleh Kak Fidah. Jangan takut amaran terakhir tu. Kalau orang bawah suruh lawan, lawan je lah. Kaki buli ni rasa hebat sangat kot? Pembesar-pembesar UMNO rasa hebat sangat ke? Sampai suara akar umbi tak nak dengar. Sekali Tuhan nak tunjuk, Dia beri kuman aje pun dah tak boleh lawan. Nanti kalau nenek ni kalah, jangan beri peluang dia masuk PKR atau PAS ke atau DAP. Biar dia duk rumah main cucu aje. Biarlah diorang berlawan. Kalau lawan biarlah adil. Jangan gunakan media untuk sebelah pihak macam kerajaan lawan pembangkang. Dah tu buat cerita putar belit. Nenek ni memang bijak tapi dia sekular. DSSAJ atau Nenek nie aku tak berminat sangat. Tapi elok juga Melayu banyak parti. Aku lebih suka YB Fauziah Salleh.

  8. Kedua-dua manusia ini jiwanya lemah. Masing2 tidak mahu mengalah sedangkan tidak ada siapa yang boleh melemahkan siapa. ALLAH sahaja yang akan menentukan.

    Kesimpulan:
    1. MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU;
    2. MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI;
    3. KITA YANG BERSUSAH PAYAH MENEROKA, MENEBAS MENEBANG, MENANAM MENYIRAM, SUKU SAKAT YANG LAIN MENGUTIP HASILNYA.

    Barangkali begitulah hidup rakyat kita selama ini sejak laungan MARDEKA 1957 sehingga ke hari ini dan mungkin sampai bila-bila pun selagi…….

    pikir2kanlah…………ambo dah malas nak pikir.

  9. dia tamak… mereka tamak… itu punca utama

  10. La tak abih2 lg buat kenyataan..tggu dan lawan aje la..sementara tu pegi le masjid dengar majlis ilmu lg baik..sesungguhnya manusia itu sentiasa
    dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman….

    Standard umur 60an ni kena banyak muhasabah diri,
    bukan lagi kejar duniawi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan untuk kita..

  11. Sudah … Sudah …. Sudah …..
    Cukup … Cukup …. Cukup ….
    Dah nampak belang Kak Pidah sekali lagi dengan jelas. Dulu waktu Che Det nak berhenti, dialah orang yang peluk che det agar jangan berhenti. Bila che det tegur tentang AP, dia yang melenting.
    Kak Pidah yang saya kenal ni memang lidah bercabang. Kalau nak berhenti, berhentilah. Kenapa nak tanya siapa penggantinya? Awat Kamaliah tu tak baguskah? Belum cuba belum tahu. Atau Kak Pidah takut Kamaliah tahu temberang Kak Pidah? Atau Kamaliah ni tak sama dengan anak mamak Syarizat yang sanggup jadi YES MAN sehingga 8 tahun? Kaki pembangkang kot?
    Kak Pidah, nasihat saya berhentilah. Biarlah orang-orang muda pula memimpin, mungkin mereka ada idea dan wawasan baru yang boleh membawa kesejahteraan kepada negara kita. Idea kita dah lapuk dan dah tak sesuai dengan zaman. Berundurlah secara terhormat ……..

  12. inilah sikap org munafik tamak gila kuasa, dulu ckp bulan 6 nak lepaskan jawatan pd timbalan… skrg dah ckp lain… dpd 3 bulan jadi 3 tahun. kalau dia ckp 3 tahun, jadi 30 tahun… kah kah kah….

    tak pa nek, nnti nek pidah bakar je kelambu yg ada pijat tu….. baru puas ati kan nek? nenek tak susah, walau kalah pun, bila mamak kutty naik balik, mesti dia lantik nenek punya… kan nek kan? pijat tu, kalau tak terbakar dgn kelambu tu sekali, mesti simpan dlm esbok kan… kasi beku sama dia…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: