Posted by: pinkturtle2 | November 23, 2008

Siasatan Terhadap “Pendapatan” Angkasawan Bermula Selasa

Kami menggesa orang ramai bukan sahaja tampil dengan surat aduan tetapi perlu menyokong aduan mereka dengan bukti kukuh seperti resit sebagai bukti pembayaran, invois dan semua dokumen atau surat berhubung acara yang dihadiri beliau (Dr Sheikh Muszaphar Shukor)

Kami menggesa orang ramai bukan sahaja tampil dengan surat aduan tetapi perlu menyokong aduan mereka dengan bukti kukuh seperti resit sebagai bukti pembayaran, invois dan semua dokumen atau surat berhubung acara yang dihadiri beliau (Dr Sheikh Muszaphar Shukor) - Mosti

Siasatan Terhadap “Pendapatan” Angkasawan Bermula Selasa

Siasatan terhadap dakwaan angkasawan pertama Malaysia Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengumpul dana berjumlah RM1.2 juta hasil bayaran siri ceramah mengenai pengalamannya di angkasa lepas, akan bermula Selasa ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Fadillah Yusof berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan selepas tarikh menerima semua laporan dan aduan daripada orang ramai berakhir esok.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Keluarga di sini, beliau mengesahkan kementerian itu menerima beberapa surat aduan sejak dakwaan mengenai perkara itu timbul namun enggan mendedahkan butiran.

“Kami menggesa orang ramai bukan sahaja tampil dengan surat aduan tetapi perlu menyokong aduan mereka dengan bukti kukuh seperti resit sebagai bukti pembayaran, invois dan semua dokumen atau surat berhubung acara yang dihadiri beliau (Dr Sheikh Muszaphar Shukor),” katanya.

Kegagalan untuk menyediakan bukti kukuh itu akan hanya menyebabkan kementerian tanpa pilihan menganggap aduan seumpamanya hanya sebagai dakwaan, katanya.

“Jika kami tidak lagi menerima banyak aduan, kami boleh menyiapkan siasatan ini dengan segera tetapi jika terdapat banyak aduan ia mungkin mengambil masa sedikit. Namun kami mensasarkan untuk menyiapkan siasatan pada awal Disember,” katanya ketika ditanya mengenai tempoh masa siasatan berkenaan.

Fadillah berkata bidang siasatan itu, antara lain, akan menentukan sama ada angkasawan pertama negara itu mengenakan bayaran bagi penampilannya atau ceramah yang diberikannya serta mengemukakan cadangan tindakan yang wajar diambil kementerian.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor didakwa mengenakan bayaran RM8,000 untuk satu jam ceramah dan telah mengumpul dana RM1.2 juta daripada 150 syarikat sekembalinya dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober tahun lepas.

Menjawab dakwaan itu, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang dipetik sebagai berkata menafikan mengenakan bayaran untuk ceramah yang diberikannya, sebaliknya hanya menerima sumbangan.

http://www.bernama.com.my


Responses

  1. knapa dr sheikh perlu dibayar?bukn kah dia duta bg krajaan msia dan mosti?lagpun, dia masih terima gaji sbg doktor tak?jika ya, dia dianggap sbg balasan dari kos penghantaran beliau ke angksa,maka spatutnya tiada byran.free. nk nya, dia masih terima gaji sbg peg perubtan msia ?

  2. Nasihat kepada Dr, Muszaphar,
    Kau bukan orang politik. Tak perlulah kau menafikan pembayaran yang telah dibuat sebab ianya benar dan benar-benar berlaku. Kenapa susah sangat mengaku kesalahan sedangkan kita sedar dan tahu? Ceramah pada anak-anak di sekolah pun, bayaran dikenakan.
    Inilah hasil dari wawasan pendidikan kita, Berilmu tapi tak berakhlak. Jangan sampai orang maki kita sebagai “Penipu’, “Penyangak”, Mata duitan, …….. Kalau tanpa sumbangan duit rakyat, kau tak akan dapat sampai ke sana. Bukan kau yang pandai, ingat. Hanya kau yang bernasib baik kerana dipilih. Duit yang menghantar kau melancong tu dapat membina beratus buah sekolah. Ingat! Ingat! Ingat! Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.

  3. tak syak lagi, kalau ini terjadi, pendidikan kita sebenarnya hanya melahirkan orang2 yang berilmu, tapi jatidiri ketulusan dan kejujuran sudah semakin jauh..

    bagaimana nak melahirkan modal insan yang jujur dalam masa 20 atau 30 tahun lagi, skrg pun
    kegagalan dah terasa. ISLAM ada jalan keluar
    semua ini..

  4. Dr SMS, teman cuma naknasihat. 1. Kome kena beritahu berapa kome dapat habuan daripada kerajaan sejak balik ke bumi. 2. Kome kena beritahu rakyat bahawa Pengurus kome yang mintak RM6-8k sekali ceramah. Itu memang kenyataan! 3. Teman nasihatkan SMS jadi artis sepenuh masa lagi baik. Buat drama ‘mengembara ke angkasa lepas’, atau ‘melancong ke angkasa lepas’ dan sebagainya. Sure boleh kaut untung lebih!

  5. Duit yang kamu dapat perlu dipulangkan semula

  6. Biasiswa Sheikh Muszaphar-ACMS yang bertujuan membantu pelajar yang tidak memperoleh keputusan peperiksaan cemerlang tetapi berminat menjadi doktor untuk meneruskan impian mereka.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: