Posted by: pinkturtle2 | November 23, 2008

Harga Minyak Sepatutnya RM1.52 Hari Ini

Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005

Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005 - Lim Guan Eng

Harga minyak sepatutnya RM1.52!

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) –Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong.

“Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,”kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya.

“Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,”dakwanya.

Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia.


Responses

  1. Apa kita nak kata, mereka ada kuasa.
    Apa kita nak buat, mereka lebih kuat.

    Kena terima apa mereka kata
    kereta milik kita, minyak duit kita

    Kereta mereka minyak percuma
    Siap dengan drebar ke mana saja

  2. Bila nak naikkan harga minyak tak payah tangguh2 lagi.Janji naik bulan ogos tapi bulan jun dah naik.Rakyaat yang sangsara dengan kenaikan ini dema tak peduli.Dema kira poket dema je.Kini penurunan harga minyak di pasaran dunia,dema pulak bagi macam2 alasan untuk menurukan harga bahan bakar itu.Lagi satu penurunan harga barang2 keperluan hanya di buat di pasaraya2 besar je.Teman ni tinggal di kampung.Tak kan nak beli sekilo gula pun nak pergi Giant atau Tesco.

  3. cukup mengesankan…..membinggungkan orang kampung. nak pi jual kobis naik pick up tambang sampai RM10 – RM20 tapi wang masuk cuma RM8 – RM 12. cam na nak makan. tolong la kasi turun itu harga. orang sabah dah nak muflis sumua kecuali tu barua-barua beN.

  4. Kita sabar dan tunggu sahaja pilihanraya yang akan datang. 3 tahun bukannya lama. Tak sempat kelapa nak berbuah pun. Ahli UMNO yang dah tua tu pun akan gugur juga akhirnya. Pengundi melayu kali ini buat pilihan yang bijak. Kalau setakat nak naikkan harga minyk tu tak payah suruh UMNO perintah. Dasar pandang ke Timur DR.M tu kita buat. Rakyat2 negara-negara seperti Jepun dan Korea tidak akan memberikan sesebuah kerajaan memerintah terlalu lama kerana bimbang menjadi dinasti dan berlakunya penyelewengan kuasa. UMNO dan BN sekarang sudah menyeleweng dengan mengenepikan kepentingan rakyat. Semua jentera piliharaya PR mesti bergerak sekarang. Ketepikan perbezaan. Hormati agama orang lain. Jangan haraplah minyak nak turun kalau kat tangan BN ni. Suruh rakyat berkorban tapi …..cisss.

  5. aku benar2 tidakmemahami kenapa lambat sangat atau lembab sangat turun harga minyak-bagi aku cuma satu, agaknya mereka fikir tahap
    pemikiran rakyat masih mcm dulu, tak tahu apa2!

    Masa nak naik sanggup berdebat..masa minyak turun, turunkanlah harganya..adoiii tu pun susah
    sgt! takyah la kelentong dan pusing banyak sgt,
    rakyat dah tahu..

  6. Aku dah kata…orang cerdik kalau masuk Um…no dia jadi bahlol macam sahril tu. Ada agenda sendiri kot….maklumlah sepupu nak jadi PM.

  7. Masa nak naikkan tarif TNB, apa kata menterinya Shaziman Abu “kita dah tak dapat menampung kenaikkan kos minyak yang juga sumber utama menjana elektrik”. Lebih kurang begitulah!

    Sekarang bila harga minyak dunia dah tinggal +-USD50, apa kata menteri yang bangang tu “TNB banyak menggunakan arang batu dan gas”, maknanya sikit je guna minyak diesel! Kepala hotak dia. Nak kata bangang, ngaji sampai universiti. Tapi adik beradik bangang jugalah!

    Tak de pulak kita dengar ahli2 Parlimen Bee End menyokong harga diturunkan cepat! Punyalah bangang ahli2 parlimen Bee End, asyik fikir tembolok perut anak-beranak dia je!

  8. kita sebagai rakyat malaysia,mari ramai2 kita boikot BN dalam pilihanraya yang akan datang…mari kita lancarkan kempen ‘KATAKAN TAK NAK KEPADA BN’…kita buat dari sekarang.hanya itu sahaja yang dapat jatuhkan pemerintahan kuku besi macam sekarang ni…

  9. Kita kena makan ubi….Pagi makan ubi..tengah hari ubi… petang ubi..malam pun ubi…so ubi lah kita…..kalau nak jimat makan ubi..lauk pun ubi jugak… bagus betul idea menteri kita kan..

  10. Apa pun terjadi Cina juga jadi kaya,melayu semakin tersisih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: