Posted by: pinkturtle2 | November 25, 2008

Dah Agak Pun… Nazri Tak Kena Apa-Apa

aya putuskan sewaktu Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan Dewan,

Saya putuskan sewaktu Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan Dewan - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Nazri tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini memutuskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung status keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia.

Keputusan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mendapati kenyataan yang dbuat oleh ahli Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan.

“Saya putuskan sewaktu Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan Dewan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, beliau berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Bagaimanapun pada 13 November lalu, Nazri membuat pengakuan terbuka melalui media dan mengakui kesilapannya berhubung kenyataannya sebelum ini dan mengakui bahawa sebenarnya kesemua hakim berkenaan dipecat namun tetap menerima bayaran pencen atas permintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu melalui satu surat kepada Ketua Setiausaha Negara tanpa didedahkan.

http://www1.mstar.com.my

Yang Kena Tindakan.. Yang Mempertikaikan Keputusan…

Gobind digantung sidang dua hari

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini kerana mempertikaikan keputusan Timbalan Yang Dipertua, Datuk wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi sebelum itu memutuskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataannya dalam Dewan bahawa bekas-bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti saranan panel yang telah bersidang berhubung kes tersebut dan bukan dipecat oleh kerajaan.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sebelum ini meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa apa yang dikatakan oleh ahli Parlimen Padang Rengas pada 6 November lalu di dalam Dewan itu sebagai perkara yang tidak benar dan satu pembohongan besar.

Ketika itu, Nazri mengumumkan kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada Mohd Salleh dan lima lagi bekas hakim kanan yang terlibat semasa krisis itu.

Mohd Salleh menerima bayaran tertinggi dengan RM5 juta, Wan Suleiman (RM2 juta), George Seah (RM2 juta) manakala Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin masing-masing mendapat RM500,000.

http://www1.mstar.com.my

Komen Pahang daily

Parlimen makin bercelaru dan haru biru dibuatnya. Menteri yang sudah terang dan nyata berbohong di parlimen, bahkan kenyataan itu disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia dilepaskan dari hukuman. Sebaliknya Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker itu pula yang digantung! Apa dah jadi dengan parlimen Malaysia.

Jika di mahkamah mereka terima kenyataan orang berbohong, kini di parlimen pula mereka terima kenyataan berbohong itu. Rosak sistem dan amalan demokrasi di Malaysia hari ini. Sewajarnya semua Speaker Dewan Rakyat meletakkan jawatan, jika mereka masih lagi bersikap berat sebelah dan tidak berpegang kepada lunas-lunas keadilan dan profesional dalam mengendalikan perjalanan persidangan parlimen


Responses

  1. Itu biasalah di malaysia. Sebagai contoh, yg buat laporan rasuah biasanya ditangkap tapi yg rasuah belum tentu.

    Yg luar biasanya apabila Nazri dikenakan tindakan.

  2. biasalah nazri tu kan anjing suruhan…

  3. Bila dikatakan bodoh, semua orang marah. Bila dikatakan zalim, pun marah juga. Bila dikatakan tak adil, lagilah marah. Bila dikatakan tak tau peraturan dan undang-undang lagi tambah marah. Karpal Singh mengikut undang-undang, peraturan dan haknya. Nampaklah bodohnya yang tak ikut tu. Buatlah negara dan undang-undang sendiri. Inilah pemimpin UMNO. Sapa la si malang yang pangkah dia ni dulu?

  4. Kalau Gobind Deo yang kena elok lah sebab dia agak kurang ajar sama macam bapak dia. Dia ingat Malaysia ni dia punya poraaaaaaah.Lu ingat Lu boleh pegang lama-lama ka MP satu penggal saja lepas ni ni boleh belahh sebab kurang ajar,piraaah ni lah jadi jika melayu sudah berpecah India,cina dan benggali singh sudah naik tocang.

  5. Apa la Lim Kit Malam ni tak boleh fikir ka ? Siapa yang kurang ajar, MP pembangkang ka MP BN ? Diaorang ingat Parlimen tu depa punya. Sepatutnya speaker tidak patut dilantik dari wakil kerajaan sebab berat sebelah, tak adil langsung. Mati nanti masuk neraka la …

  6. Menteri yg cakap bohong di parlimen terlepas drp sebarang tindakan. Gobind Singh Deo pula dikatakan kurang ajar macam bapak dia sebab mempertikai keputusan speaker.

    Dulu Ketua Menteri Melayu rogol gadis Melayu bawah umur. Tapi akhirnya ahli parlimen Cina yg meringkok kat penjara akibat dek membela gadis Melayu tu.

    Macam mana la wira2 Melayu nie nak membela wanita Melayu atau ketuanan Melayu? Boleh percaya ke?

  7. Apakah susah untuk meminta maaf kalau kita dah pasti yang kita memberi kenyataan yang salah dan memesongkan? Nazri yang memberi kenyataan bohong memang bersalah tapi yang Wan Junaidi yang tak bersalah pun terbodoh dan terkodok menyokong kesalahan tersebut. Jadi Wan Junaidi bukan salah one (satu) tapi salah dua. Alasan yang Wan bagi tu sama seperti alasan bossnya , pendekar bujang lapok.
    Apa nak jadi dengan Malaysia kita? Di Parlimen pun, depa dok tipu rakyat. Di luar, entahlah …… entah lagi banyak yang depa tipu …. oh! silap, bukan entah tapi memang mereka ni penipu piang.

  8. Kalau dah tahu dua Speaker tu berat sebelah dan kerap melaksanakan hukuman pada Pihak Pembangkang saja. Kenapa tak undi tak percaya saja pada Kedua-dua Speaker supaya keduanya dibuang dari Dewan Rakyat. Apa sebenar kelebihan dan keistimewaannya mereka berdua. Nampak sangat asyik nak jaga kepentingan BN pada hal masa angkat sumpah bukan main nak tunjukkan keadilah dan demokrasi. Lawak…lawak.

  9. aku nak kata yang Lin Kit Malam ni buta dan tuli agaknya. Kau kalau dah bangan jangan la nak tunjuk pandai…….

  10. Parlimen m’sia barua

  11. timbalan ydp mangkok ayun!

    sepatutnya kalau nazri tu tak tau, ckp je la tak tau… kemudian cek fakta, baru cakap… tu baru betul, bukan main bedal je. ni kalau tak tau, tapi ckp benda yg bukan fakta, namanya apa? ingat parlimen tu mcm kedai kopi ape? boleh ckp lepas dan bedal je… pastu bila dah salah, buat muka bodoh mcm anjing bulldog…!!! si anjing ydp/tydp pulak, pun ikut suka kepala hotak dia je jatuhkan hukuman….

    ni parlimen dunia kelas berapa hah? atau parlimen kedai kopi????


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: