Posted by: pinkturtle2 | November 27, 2008

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Adalah Pembohong Besar

Wan Junaidi pembohong besar

5/11/08 lalu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Dewan Rakyat hanya mengambilkira “bentuk dia, bunyi dia, nada dia”. Beliau seterusnya berkata, “Jadi soalan ikhlas itu Tuhan sajalah yang tahu. Saya tak tahu. Jadi kalau dalam segi bentuk dia, sudah ditarik balik, dia ditarik baliklah”.

Maksud kenyataan Wan Junaidi di atas ialah beliau hanya mengambilkira apa yang zahir sahaja. Apa yang terdetik di dalam hati M Kulasegaran beliau tidak tahu dan “Tuhan sajalah yang tahu”.

Semalam, Wan Junaidi itu jugalah yang dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata:

“Saya memutuskan sewaktu membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu, menteri sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan dewan”.

Wah, rupa-rupanya dia tahu pula apa yang yang terdetik di dalam hati Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz apabila menteri itu membayangkan bahawa dalam krisis kehakiman 1988, kesemua hakim yang diheret harga diri mereka ke tribunal entah apa-apa tidak dipecat sebaliknya hanya dinasihat supaya bersara awal (luga lihat berita Malaysiakini 25/11/08 “Tiada tindakan terhadap Nazri“).

Saya sedikit pun tidak sakit hati kepada Nazri. Dah Speaker tak suruh minta maaf, ego menteri Barisan Nasional dan ketuanan Umnonya tentulah tidak akan meminta maaf.

Tetapi perangai Wan Junaidi menyebabkan saya memandang beliau dengan pandangan yang paling negatif – extremely negative! Mana satu yang betul kenyataannya? Adakah kenyataan pada 5/11/08 yang menggambarkan beliau tidak tahu apa yang terdetik di dalam hati Kulasegaran atau kenyataan pada 25/11/08 yang menggambarkan beliau tahu pula apa yang terdetik di dalam hati Nazri.

Kalau pada 5/11/08 beliau tidak berbohong, ia bermakna beliau berbohong pada 25/11/08. Kalau beliau tidak bohong pada 25/11/08, maknanya beliau berbohong pada 5/11/08. Adakah beliau berbohong pada 5/11/08 atau pada 25/11/08?

Soal niat adalah soal hati. Saya boleh berlagak, berlakon dan mempamerkan body language yang menunjukkan saya seorang yang berniat baik, ikhlas atau apa sahaja. Tetapi, hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu sama ada benar saya berniat baik, ikhlas atau apa sahaja.

Bentuk, bunyi dan nada yang bagaimanakah yang menyebabkan Wan Junaidi memutuskan bahawa Nazri “tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan dewan”.

Wan Junaidi pernah menggambarkan hanya Tuhan yang tahu apa yang terdetik di dalam hati. Sejak bila pula beliau mencapai taraf pengetahuan yang sama dengan Tuhan sehingga beliau tahu Nazri “tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan dewan”?

Jika Wan Junaidi tidak mencapai taraf pengetahuan yang sama dengan Tuhan sehingga beliau tahu Nazri “tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan dewan,” ia bermakna beliau berbohong. Bukan sahaja berbohong, tetapi pembohong besar!

Persoalannya, adakah pembohong layak menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Ah, kalau ikutkan hati nak aku carut dan maki-maki Wan Junaidi ni. Tetapi tak apalah. Cukup sekadar aku menyatakan bahawa aku yakin hang adalah pembohong besar, Wan Junaidi. Dan, please get out of that seat! Dont tell me the broken honour of the Speaker’s seat requires no patching!

http://penarikbeca.blogspot.com


Responses

  1. Dah biasa … memang adat depa, manusia yang tidak tahu, tidak faham dan tidak dapat menghayati perkataan ‘malu’. ‘Berbohong’ sudah menjadi arah daging depa. Janji lepas, peduli apa.
    Cakap macam tahu segala-galanya. Tak ikut peraturanlah. Macam-macam alasan yang diberi walaupun ianya tidak sesuai. Tak tahu buat keputusan tapi teringin nak buat keputusan. Bila dah salah, buat alasan ~ “Saya dah buat keputusan”. Alasan macam beruk kat hutan.
    Apakah kita boleh bayangkan pemikiran anak-anak kita apabila mereka dihidangkan dengan penjelasan Dr One ni? Adakah anak kita akan berpuas hati dengan alasan ayah dah buat keputusan, maka anak hendaklah turut? Adakah mereka akan akur? Dr One, balik rumah, tanyalah pada anak sendiri. Cubalah Dr One balik mengajar di sekolah, tengok adakah anak-anak murid akan akur dengan alasan yang diberi?
    Parlimen kita pada hari sudah jadi macam parlimen kanak-kanak iklan susu tepung. Dr One ni sesuailah jadi speaker pada parlimen tu bersama-sama dengan bossnya, Panglima Pendekar.

  2. Aku dah kata…..undi tak percaya saja…pada mangkok…mangkok..Speaker ni. Kalau dia tak bagi pengajaran pada Nazri nanti semua menteri BN akan membuat benda yang sama…berbohong pada Dewan Rakyat sbb tiada hukuman langsung. Semua menteri BN akan buat body language yang menampakkan keikhlasan pada hal mereka sengaja berbohong pada speaker yang kononnya tahu isi hati. Hahahaha lawak…. buang saja…usulkan undi tak percaya pada mereka ni. Nak jadi Speaker kena tunjuk tauladan adil sambil tegas dan beri hukuman yang setimpal bukan free mcm tu saja. Apalah….. tukar kerjaya lagi baik.. buang masa dan duit rakyat bagi gaji berpuluh ribu…tp tak adil dan bias sebelah pihak.

  3. ni lagi seko munafik…

    dah jelas tertulis atas dahi dia sbg pembohong besar, masih nak bermain dgn kata2 mcm nak ajar bebudak tadika je gayanya… kalau ikut stail juak2 ni, dia akan kata yg lain yg saya ckp, lain yg dilaporkan….

  4. Kalu dah bapak dia munafik anak pun munafik juga lah. PM yg cadangkan nama lumbu-lumbu ni semua.

  5. Manusia jenis apa ni Dr. wan Junaidi ni. Dah title Hj, doktor pula tu jadi macam tu pula. Sepatutnya kenalah adil. kalau tak boleh adil lebih baik turun saja daripada kena kutuk oleh rakyat Malaysia. Depa ni buat kerja macam akan hidup selama-lamanya. Semoga Allah membalas apa yang depa buat selama ini.

  6. Tunggu lah nanti kalau Kit Siang dah jadi Perdana Menteri baru aman Malaysia,hidup malayu

  7. …airport bangkok ditutup akibat dari tindakan rakyat thailand gesa somchai turun takhta. Aku tak faham pm yang macam mana lagi yang dikehendaki oleh rakyat taksin bin samak ni. Tetapi yang aku faham di thailand rakyatnya berjuang dengan sesungguh-sungguhnya bukan macam rakyat kita di sini…dia orang bukan kira parlimen ke, pejabat perdana menteri ke, airport ke,…rakyat kita di sini cayang nak tinggalkan bantal busyuk kat rumah.Menyumpah jauh2 pakai body language atau pakai NIAT saja. Cuba buat mcm rakyat siam tu sekali p ramai2 terbalikkan bangunan parlimen tu. Tengok nanti tak mulianya pendekar amiiiiiiin mulia dan tok lebai ‘kelaghoh’ Wan Junaidi tu. HARAPKAN NAMA KETURUNAN SAJA GAH!!!tapi hati PENG KECUT.

  8. Wan Junaidi ni belajar daripada Dollah Badawi. Boleh dikatakan majoriti ahli MP BN memang kaki pembohong dan perasuah belaka. Ketua Hakim pun kaki bohong! Apalah nak diharap dengan kabinet rasuah BN. Bro dia pulak, Pandikar. Nama gah pendekar, tapi penjilat no.1 Badawi. Pengecut, tiada ketegasan yang adil. Hanya tegas kepada MP PR. Kalau MP BN, buatlah apa saja di dewan, maki,mencarut,cakap kasar, semuanya d sapu bawah carpet saja. Kalau MP PR, hanya cakap mempertahankan fakta, dah kena halau keluar dewan. Pandikar ni bila berhadapan dengan Malakiat Maut pencabut nyawanya, boleh tak agaknya dia halau keluar dari bilik tidur!!

  9. Haiii memang heran betoilah dia arang ni. Tak habis-habis dengan menipu, membohong, rasuah, bias, tak adil.. entah apa-pa macam lagi buruknya dia orang tu.
    Nampak sangat perangai buruk dia orang tu. Jadi speaker/tim speaker…tapi bias, double standard, berat sebelah, bongkak, sombong, eksyen, bodoh, tak rasional. Meluat betoi tengoknya.
    Kalau MP BN buat tak betoi tu tak apa, tak ada hukuman, lepas aja. Tapi kalau MP PR buat sikit yang sama atau kurang lagi terus..gantunglah, kena keluar dewanlah, tak boleh hadir parlimenlah, dan macam2 lagi yang tak kena tempatnya. Pas tu pulak nak tunjuk aku ni ada kuasa, aku besar, aku speaker, jadi buatlah keputusan yang enath apa-apa yang dilihat tak adil, berat sebelah, tak rasional, tak menasabah.
    Hai kalau dah tak boleh berlaku adil letaklah jawatn, Janganlah jadi speaker/tim speaker. Malu kat orang aja. Bukan aja kat Malaysia ni, kat orang luar pun. Tak malu ke? Malulah sikit. Dan bermuhasabah dirilah selalu supaya jangan buat kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah tu, ingatlah sesungguhnya azab Allah itu amat pedih…

  10. senang je parlimen made in malaysia ni, bila sebut perkataan lucah atau pun kurang ajar, depa tarik balik. lepas tu tak ada tindakan diambil.

    Cuba kat luar parlimen, ada kes dimahkamah yg mengenakan tindakan jika seseorang itu memaki hamun polis ataupun guna perkataan lucah. kes ini pernah berlaku beberapa tahun lalu. apasal tak boleh tarik balik ye?

    itulah pemimpin yg dipilih oleh penyokong umno haprak. pasir salak ni memang selalu cakap lucah dan kurang ajar tetapi tiada tindakan oleh speaker pencacai umno. tahniah kpd TV3 suku dan utusan meloya kerana menyiarkan cerita ini, kerana rakyat semakin loya dengan pendedahan media pencacai umno.

  11. kalau tak kelentong tak Untuk Melayu No namanya…petikan dari kitab muktabar hadari


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: