
Difahamkan Razali, 59, yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu rebah ketika bermain badminton di institut itu.
Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Difahamkan Razali, 59, yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu rebah ketika bermain badminton di institut itu.
Alimuddin berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.
Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak.
Sementara itu, seorang kakitangan institut itu berkata ketika kejadian, Razali sedang bermain badminton di situ untuk beriadah dengan beberapa kakitangan institut berkenaan.
“Dia tidak ada acara spesifik di situ tetapi dia datang untuk berekreasi,” katanya. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika dihubungi pula berkata kematian Razali merupakan satu kehilangan besar kepada kementeriannya.
“Terlalu sedih…Ia satu kehilangan besar,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Hishammuddin berkata beliau sedang menguruskan jenazah Allahyarham di tempat kejadian.
…..innalillahiwainnailaihirajiuuun! alfatihah…………orang2 Pihak Berkuasa mati juga dengan kehendak Allah Yang Maha Berkuasa.
By: anakdagang on November 29, 2008
at 11:29 am
ezam sesumpah tu aku rasa dia dah bodoh sangat2, dulu aku dah katakan yang kau tu ibarat si luncai akan terjun dgn labu2 nya……biarkan 3x, sekarang ni dah jadi PENGEMIS PULA.. minta kesian lah tu..kalau ada kerja kosong kat mana2 parti pembangkang…kau tu dah sah telah diperalatkan UMNO, AKU MASIH INGAT sibodoh ni berkempen untuk UMNO di Permatang Pauh, aku tebgok dia berpeluh peluh berkempen org umno tak bagi kipas sama dia, kan kah diperbodohkan oleh si najis tu…sekarang dah nak mengemis pula bunyinya, Kepada mana2 PARTI PEMBANGKANG jangan terima lagi orang macam ni cukuplah IBRAHIM KATAK tu dulu buat hal, janganlah diterima lagi org yg sama seperti SIKATAK TU, ezam ni sebenarnya PECACAI ANGKAT NAJIS….DAN AKAN MENJADI TUKANG ANGKAT BONTOT ROSMAH PULA
By: PRE_JUDGEMENT on November 29, 2008
at 1:15 pm
AL FATIHAH..
By: ada nama on November 29, 2008
at 1:52 pm