Posted by: pinkturtle2 | November 28, 2008

Ezam Gila Meroyan, Terpaksa Berkokok Di Siang Hari

Ezam kini umpama hampas, dan menanti masa untuk ditampi. Kesihan benar melihat si Ezam yang terpaksa berkokok di siang hari. Walhal semua orang sudah bangun dari lamunan mimpi

Ezam kini umpama hampas, dan menanti masa untuk ditampi. Kesihan benar melihat si Ezam yang terpaksa berkokok di siang hari. Walhal semua orang sudah bangun dari lamunan mimpi

Ezam Gila Meroyan, Isu PAS Perintah Selangor Tidak Perlu Berbangkit Sebenarnya

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya PAS mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Selangor tidak dilihat sebagai satu isu yang perlu dibangkitkan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat menghormati ciri-ciri perkongsian kuasa yang diamalkan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. “Kita mengamalkan ciri-ciri (kerajaan) campuran dan perlu berlaku adil memandangkan PAS telah pun mempunyai tiga orang Menteri Besar daripada lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang menyiarkan cadangan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd. Nor agar PAS menerajui Selangor bagi mengembalikan keseimbangan politik dan kedudukan tidak menentu bangsa Melayu.

Kenyataan Ezam itu ekoran beberapa kontroversi berlaku di negeri itu yang berpunca daripada keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang lapan bulan lalu di bawah pimpinan PKR. Bagaimanapun Kamaruddin berkata, PAS memahami ciri-ciri agihan kuasa yang telah dipersetujui bersama parti komponen lain. “Sekarang ini PAS adalah yang ketiga besar dalam Parlimen tapi kita sudah ada tiga Menteri Besar…kalau sampai empat Menteri Besar…mana adil. “Takkan pula kita nak sampai perintah (ketuai) sampai empat negeri,” katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. “Terima kasihlah kepada dia (Ezam),” katanya ringkas.

Hairan benar kita lihat Ezam Md Nor, Petualang Rakyat yang sebenarnya kini semakin terpinggir dari arus politik tanahair. Namanya kian merudum tatkalan Anwar menang besar di Permatang Pauh baru-baru ini. Ezam kini umpama hampas, dan menanti masa untuk ditampi. Kesihan benar melihat si Ezam yang terpaksa berkokok di siang hari. Walhal semua orang sudah bangun dari lamunan mimpi.

Ezam sebenarnya sudah tiada nilai disisi rakyat. Biarlah dia gila meroyan sendirian, elok rasanya kelibat anak muda itu tidak dilayan. Jika dilayan pasti penyakitnya akan berjangkit kepada kita, syabas Ezam atas kecaman “hebat”nya itu. Bangga rasanya menjadi dirinya yang kini mendapat ruang khas disisi media arus perdana yang selama ini dihentamnya. Selamat buar Ezam, semoga cerah masa depan.

http://pahangdaily.blogspot.com


Responses

  1. Ini lah akibat bodoh sombong dan perjuangan tidak ikhlas.
    BERKOKOK LAH HAI SI BODOH DAN JADI LAH SI EZAM LUNCAI UMNO!!!!

  2. …ada prinsip dan istiqamah yang berlandaskan Al-Quran & Al-Hadith adalah ciri-ciri pejuang tulin kerana di situ ada ganjaran pahala….. bukan laba @ harta yang hanya bersifat sementara bagi dinikmati di atas dunia…..ganjaran pahala jarang sekali menjadi agenda….aduh sayang sekali

  3. si pencacai yang dah gila meroyan…itulah tajuk yang paling sesuai untuk si pandir bernama Ezam yang telah menelanjangkan dirinya sendiri…ibarat pelacur tua yang dah kerepot yang tak punyai ‘customer’ bagi menampung sesuap nasi…anjing kurap yang kini tempang,kaki kena langgar keta Proton Saga…

  4. mana .. kat perak tu boneka je laaa HamPAS la korang ni

  5. udah le ezam…duk diam2…

  6. Bro Kedor, kamu sedor tak apa kome cakap tu!
    Perak tu MB nya PAS. Calon yang paling layak dan mentadbir dengan penuh keadilan dan sebaik mungkin memakmurkan seluruh warga Perak. Berbanding dengan Tajul Rosli, tak dapat terima kekalahan. Serah kuasa pun tidak bila dah kalah. Tak seperti Koh Tsu Koon di Penang lebih gentlemen berhadapan dengan LG Eng. Tajul Rosli hanya layak menjadi Pengetua Rumah Orang2 Tua di Ipoh daripada Ketua Pembangkang. Pemilihan Bahagian pun Rasuah, macam mana nak telus dan amanah bila berkuasa.
    Berbalik kpd Ezam. Kesian Ezam! Bila setiap kali ada PR kecil, mesti dia menonjolkan diri, malah menawarkan diri untuk jadi calon. Malangnya Pok Leh tak pandang dia. Ezam bagaikan melukut di tepi gantang!
    Ezam bagaikan anjing menyalak bukit!
    Ezam bagaikan pungguk rindukan bulan!
    Ezam bagaikan pengemis di pintu pagar istana!

    Akhir sekali, Ezam bagai hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!

    oleh Karram Sing Wak Ria – TV 3 Suku…..hee hee

  7. Apa nak sibuk ni Ezam…kan kamu dah bakar tali dengan PR ni. Sekarang sibuk jadi penasihat tak bergaji atau penyibuk upahan. Itu PR punya fasal. Nak bagi siapa yang memerintah. Kata nak kuatkan Melayu konon. Kenapa bila MB buat cadangan UMNO yang kononnya melayu tulah yang membangkang. Macam taik aje. Khir Toyo dah naik muka TOYA dah. Kamu seorang yang bijak EZAM tetapi perhitungan kurang. Nasib baik 2004 dulu kerusi PKR tak banyak. Barulah nampak yang berjuang untuk rakyat. Macam tu pun ada juga yang jadi katak macam YB Zul dan yang berlakn macam Fairus tu. PKR mesti bertindak segera. Mahaguru jangan nak ceramahlah kat kedor tu. Dia kan BN karat.

  8. mahaguru- kamu kalau tak tau hal ehwal pentadbiran negeri Perak jangan main cakap serkap jarang je macam PR saja yang betul, kamu tau tak kalau diikutkan nizar pun tak layak jadi MB kalau kamu nak tau aku boleh cerita pada kamu kemelut pentadbiran PR perak itu pun kalau kamu melayu ikhlas tapi kalau kamu bukan melayu sorrylaa .Kalau kamu datang pada jamuan AMK pada 26 nov 2008 malam baru kamu tau apa sebenarnya agenda DAP itu pun kalau kamu tu melayu bukan me layu dalam PKR

  9. dIN tEKSI SAPU ….apa nak hujah kona sampai pi YB Nizar nih…..bangang tu simpan le sikit atau buang jejauh brader….

    Ni mamat ezam yg dulu org puji dah jadi camtu…biarlah di dia meroyan…..namapun dah menopause dlm arus politik…duk diam je la situ …jadi sesumpah je la…dulu elok-elok org bertungkus lumus nak naikkan dia masa kat S alam….org pun bengang tak hilang lagi pada dia….tak junjung prinsip perjuangan !!!

  10. Ikhlas kami katakan Ezam tidak ada sokongan lagi…beliau telah mengkianati perjuangan rakyat…dulu dulu dia bukan main berapi lagi bila dapat microfon…hinggakan berlori lori penyembur pemedih mata diserborkan kepada rakyat yang datang mendengar dia berpidato…lepas tu dia berpaling tadah dan melawan bos nya…disitu kami berkesimpulan beliau bukan lah ahli politik yang nak membantu rakyat…ahli politik yang pentingkan diri sendiri yang nak glamour…itu saja

    Kepada semua…buang masa saja nak ulas berkaitan dengan nya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: