Posted by: pinkturtle2 | November 28, 2008

Abdullah Akan Terus Berkuasa

Ada orang kata Abdullah akan putar 360 darjah keputusannya mengenai peralihan kuasa. Dia akan batalkan keputusan tu dan terus berkuasa. Ada orang kata ini semua atas kehendak sesetengah pihak tertentu - mungkin menantu Abdullah, dan boleh jadi juga towkey-towkey kepada menantunya.

Ada orang kata Abdullah akan putar 360 darjah keputusannya mengenai peralihan kuasa. Dia akan batalkan keputusan tu dan terus berkuasa. Ada orang kata ini semua atas kehendak sesetengah pihak tertentu - mungkin menantu Abdullah, dan boleh jadi juga towkey-towkey kepada menantunya.

Pak Lah Akan Terus Berkuasa

Bingung, bingung, bingung! Dua tiga hari lalu cuma RPK dalam Malaysia Today dan blogger Hambali Latiff berkata yang Najib Razak mungkin tak akan jadi PM. Sebaliknya Abdullah Badawi akan perintah Malaysia sampai tengah malam 7 Mac 2013.

Hari ni dah macam-macam cerita lagi mengenai tema yang sama. Aku pun jadi lebih bingung dan bingung dan bingung! Apa taknya? Semua pihak dah set cantik-cantik, tiba-tiba ada orang kata chup dan tui.

Lengitlah kita semua dibuatnya. Lengitlah Najib. Lengitlah warga UMNO. Lengitlah rakyat Malaysia yang dah tak sabar-sabar nak tengok Abdullah angkat punggung dan tinggal kita semua!

Ada orang kata Abdullah akan putar 360 darjah keputusannya mengenai peralihan kuasa. Dia akan batalkan keputusan tu dan terus berkuasa. Ada orang kata ini semua atas kehendak sesetengah pihak tertentu – mungkin menantu Abdullah, dan boleh jadi juga towkey-towkey kepada menantunya.

Apa yang kita boleh buat waktu ni cuma satu – tunggu dan lihat. Kita tunggu sama ada ramalan yang agak liar ni jadi kenyataan. Kita juga akan lihat macam mana Abdullah nak putar sejarah dan apa akan jadi kalau sejarah peralihan kuasa ni diputarkan.

Paling penting lagi, kita semua mesti tau apa nak kita buat bila Abdullah berjaya memutarkan sejarah ini. Fikir-fikirlah mulai sekarang, apakah tindakan paling berkesan untuk kita semua nak buat bagi memutarkan sejarah supaya Abdullah pula yang akan dihina, dikutuk dan ditenggelamkan oleh serajah mainan politiknya sendiri!

http://politica-net.blogspot.com


Responses

  1. saya punya ingat lah tun mahathir adalah pm m’sia secara tak rasmi,dato’sri abdullah hanya nama sahaja..kenyataan tun banyak keluar di akbar manakala tindakan dan kata2 beliau masih di geruni oleh orang2 umno ,manakala tun keluar dari umno hanya sandiwara agar rakyat berfikiran tun tidak sehaluan tapi pada hakikat dasar yang di buat oleh kerajaan banyak di pengaruhi oleh semasa pemerentahan tun dan ada orang beliau yang tewas
    dalam pilihanraya raya, masih boleh di lantik mewakili kerajaan contoh nya sharizat,manakala dato’sri hamid albar juga org tun..dan keistemewaan yang anggota polis dapat juga dari ilham tun dan terbaru tentera juga di gula-gula kan agar bn akan di lindungi bila terjadi perkara tak di ingini ..munkin pemikiran saya silap..tapi fikirkan lah bn takan mudah menyerahkan kuasa pemerentahan m’sia dengan mudah hanya 5 negeri di lepas kan hanya menunjukan pada dunia m’sia adalah negara demokrasi..

  2. bagus juga kalau mcm tu, mungkin pakalah nak test penerimaan rakyat kat najib..dah nampak kalau dia memerintah, lagi haru biru maka paklah boleh buat banyak perubahan untuk kembalikankeyakinan rakyat..boleh sebenarnya..heh ini cuma teori aku je..paklah lebih bersih dari Najib..

  3. Apa nak heran kalau Pok Leh ni kekalkan kuasanya. Islam pun ditukar jadi Hadhari, inikan pulak jawatan Perdana Menteri.
    Pok Leh ni pun ada strategi. Nak bagi jawatan pada si Khairy. Biarkan Mahathir hiba tak terperi. Melihat mentua dan menantu dalam kabinet dibarisi.
    Najib lagi tak boleh harap. Urus negara sampai nak bangkrap. Bawah ketiak Rosma selalu dia terperap.

  4. Berani ke Pak Lah nak buat macam itu??? Ini satu persoalan yang sukar dijawab. Kalau Pak Lah buat macam itu, berani tak Najib Lawan dan jatuhkan Pak Lah (memberontak tetapi bukan pengkhianat)??? Saya rasa Pak Lah tak berani kerana itu di diperlekehkan oleh Rafidah dan Muhyidin serta Dr.M. Ini pandangan saya sahaja. Kalau Pak Lah buat juga, tabik pada Pak Lah. Ini bukti dia seorang yang lebih licik dari Dr. M. Kalau suruh pilih, aku pilih Pak Lah.

  5. Kalo aku jadi Pak Lah sekarang jugak aku pencen, power pon dah tak boleh cas lagi ibarat bateri yang dah dekat kong…

  6. Tak mustahil. Najib hanya menang jawatan presiden Umno, bukan Pengerusi BN. Umno hanya sebuah parti komponen BN yg semakin lemah. Kalau parti komponen BN yg lain masih nak Pak Lah jadi PM, Najib tak leh buat apa2. Macam yg terjadi kat Israel. Walaupun Levni menang jawatan Ketua Parti Kadima tapi sampai sekarang PM Israel masih Olmert. Sebab Levni tak dpt sokongan drp parti sekutu dlm kerajaan campuran.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: