Posted by: pinkturtle2 | November 29, 2008

Mat Sabu Calon Favourite Parlimen Kuala Terengganu

zsdfg

Tentu ramai terindu-rindukan untuk mendengar pidato Mohamad Sabu bergema semula dalam sidang Dewan Rakyat. Siapa yang tak kenal kepetahannya bercakap dengan hujah -hujah penuh berapi diselangseli usikan yang pasti tidak menjemukan suasana dewan

PRK Kuala Terengganu: Malapetaka buat BN, Mat Sabu calon favourite!

PILIHANRAYA kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ekoran pemergian ke rahmatullah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dijangka menjadi titik tolak sama ada keutuhan BN didalangi Umno mampu dipertahankan atau sebaliknya tidak lama lagi. Walaupun bermacam-macam kaedah dan tolenrasi dipamerkan kepemimpinan BN untuk melembutkan hati rakyat selepas kekalahan teruk pada pilihanraya kebangsaan ke-12 lalu sehingga terpaksa menyerah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada Pakatan Rakyat, rakyat hari ini dikatakan masih menyimpan rasa sangsi keupayaan BN memerintah apatah lagi nada yang selama ini begitu lantang di Dewan Rakyat semakin hari semakin hilang dari pendengaran ramai kerana dibayangi kepetahan barisan pembangkang yang tidak memberi sedikit pun ruang untuk menteri kabinet dan anggota BN berasa selesa.

Tentunya ramai ternanti-nanti apakah PRK Kuala Terengganu bakal mencetus malapetaka lagi buat BN selepas tewas besar di Permatang Pauh? Tak kurang juga ada yang menganggap peluang BN mengekalkan kerusi tersebut semakin sukar bukan sahaja dibebani isu-isu kontroversi seperti kenaikan harga minyak dan barangan tetapi masih banyak urusan pembangunan di ibu negeri Terengganu ini gagal ditangani dengan baik malah mencetuskan fenomena rasa tidak puas hati warganya yang dikatakan sudah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan BN. Ada juga pendapat menyatakan bahawa PRK membuka ruang kepada Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu untuk mengadu untung nasib kembali bergelar YB selepas terpaksa menjadi penganggur kehormat apabila tewas tipis ditangan Razali Mac lalu. Setakat ini, Mohamad Sabu dilihat calon favourite mewakili PAS biarpun ada cubaan pihak tertentu mahu menampilkan pemimpin lain. Pada pilihanraya kebangsaan lalu, parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Razali, Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf seorang nenek dan calon paling tua. Razali yang memperolehi 32,562 undi berjaya mengungguli kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 628 undi sahaja mengenepikan cabaran Mohamad Sabu (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Dengan adanya pemimpin hebat berpidato seperti Mohamad Sabu di Dewan Rakyat nescaya suara Pakatan Rakyat dan rakyat Kuala Terengganu akan bergema lebih kuat lagi dan tidak hanya bergantung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Tuan Guru Abd Hadi Awang, Saifuddin Nasution, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob, Karpal Singh, Gobind Singh Deo, Teresa Kok dan Lim Guan Eng semata-mata. Walaupun PRK dijangka berlangsung dalam tempoh 60 hari lagi, namun perkhabaran terbaru yang diterima menunjukkan golongan pengundi muda serta mereka yang berada ‘diatas pagar’ akan dilihat menjadi penentu kemenangan dan isu-isu semasa yang melanda negara termasuk harga minyak dan barangan akan terus menerus menjadi bahan kempen yang bakal bercambah tidak lama lagi.

{Tentu ramai terindu-rindukan untuk mendengar pidato Mohamad Sabu bergema semula dalam sidang Dewan Rakyat. Siapa yang tak kenal kepetahannya bercakap dengan hujah -hujah penuh berapi diselangseli usikan yang pasti tidak menjemukan suasana dewan.}

http://nakmarahmarahlah.wordpress.com

Komen Pahangdaily

Dengan berita ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan berlangsung di Parlimen Kuala Trengganu tidak lama lagi. Jika dulu calon Pakatan Rakyat dari PAS, Mat Sabu ditewaskan dengan pecahan undi oleh seorang “nenek tua”. Dengan senario terbaru ini, nampaknya harapan untuk melihat Pakatan Rakyat memenangi kerusi parlimen itu agak cerah. Jika ini berlaku, maka kerusi parlimen BN akan hilang satu persatu dan kerusi Pakatan Rakyat pula bertambah lagi.

Itu belum lagi termasuk kerusi parlimen Pensiangan di Sabah yang juga sedang menanti pilihanraya kecil bila-bila masa dari sekarang. Semoga rakyat di Kuala Trengganu akan membuat pilihan yang tepat dan bijak kali ini


Responses

  1. Kehendak Allah tiada siapa boleh menghalang. Kita hambaNya mesti bekerja keras. Usaha keras mau ada. Jangan duduk riba tangan saja. Jangan duduk gentel biji tasbih saja. Rezeki tidak akan datang menggolek atas riba. PKR/PAS mesti ambil dan isi peluang ini, di saat rakyat dah bosan dengan AMNU/BN. Jangan ambil mudah. Rakyat dahagakan perubahan.

  2. go 4 mat sabu!

    b n / u m no skrg ni dah kekurangan modal (capital) nak beli undi, jd insya Allah kerusi ni akan jd milik PR…

  3. Teman sokong penuh bro Mat Sabu jadi calon P K. Trengganu. Cuma teman harap Yang Mulia Nenek Sri Tua tu tak bertanding lagilah. Kalau dia tanding juga, sah puak2 umno/BN ni taja buat kalik ke dua.
    Rasanya kemenangan kali agak mudah, sebab semua MP/Ketua Bahagian sibuk sakan rasuah merasuah sesama mereka untuk berebut jawatan Mac nanti. Rasuah dalam umno dah parah. Mereka semua memang pariah. Senanglah kita PR membelasah. Mahaguru ramalkan calon BN kalah!

  4. Mat sabu mungkin menang jika SPR telus..

  5. Caya la lu mat kreko. Nanti jangan lupa turun KT. Bantu kempen Mat Sabu. Kali ni mesti menang punya. Dulu kalah bukan pasal Nenek tapi SPR. Kali nie upah pengundi hantu pun dah mahal. PR kena yakinkan rakyat KT dengan pelan peralihan kuasa, isu perkauman, ketuanan melayu dan harga barang keperluan yang dah terkena viagra. Tak nak turun2. Penduduk KT….bukan senang nak dapat peluang kedua. Buat perubahan.

  6. selagi spr tu amno dan amno tu spr, sampai bila pun pr takkan menang. Tapi Allah maha berkuasa………

  7. “gganu kite” harapang mase depang negaghe!.jangan pandang amno atau pong spr.perkukuhkan barisan perjuangan kite. jangan terima habuan dari perosak3 negaghe!!!!kuasa rakyat kuasa penentu. HIDUUUP PKR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  8. TAK BOLEH GAGAL KALI INI…..KENA UNDI BANG MAT SABU….DIALAH YANG PALING SESUAI BERBANDING MANA-MANA CALON MP DARI PR……

    ALLAHHUAKBAR 3X….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: