Posted by: pinkturtle2 | November 29, 2008

Zaid Ibrahim Hadir Tapi Nafi Sertai Pembangkang

Ya, saya masih ahli Umno, saya masih belum dipecat,

Ya, saya masih ahli Umno, saya masih belum dipecat,Saya sekadar tunjukkan minat dalam politik...itu saja.Saya rasa saya tak takut mengenainya (tindakan), saya lebih takut akan kesihatan saya sekarang ini...saya tak berapa sihat - Zaid

Zaid, Yong hadiri kongres PKR, nafi sertai pembangkang

SHAH ALAM: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee terus mencetuskan persoalan mengenai fahaman politik mereka apabila muncul membuat kejutan di majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Bagaimanapun Zaid yang ditemui selepas itu tetap menafikan penyertaannya sebagai ahli parti berkenaan.

“Ya, saya masih ahli Umno, saya masih belum dipecat,” katanya ringkas.

Jelas beliau kehadirannya ke kongres berkenaan kerana menerima jemputan dan atas dasar minat yang mendalam tehadap politik.

Ditanya sama ada kekerapannya yang dilihat sering menghadiri majlis-majlis anjuran parti pembangkang sejak akhir-akhir ini adalah kerana bagi menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat, beliau tetap menidakkannya.

“Saya sekadar tunjukkan minat dalam politik…itu saja,” katanya.

Menurut beliau, pakatan pembangkang bukanlah musuh namun sekadar kelompok masyarakat yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik.

Diminta mengulas sama ada beliau sedar bahawa dengan kehadirannya hari ini akan menyebabkan Umno akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau berkata tidak takut mengenai perkara itu.

“Saya rasa saya tak takut mengenainya (tindakan), saya lebih takut akan kesihatan saya sekarang ini…saya tak berapa sihat,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehuddin Hashim turut mengesahkan bahawa hingga kini PKR masih belum menerima sebarang permohonan kemasukan Zaid mahupun Yong.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Susah nak tunjuk pendirian sebenar diri kita kalau masih memikirkan kedudukan dan apa aku dapat. Bakal presiden AS kata jangan tunggu sesiapa untuk buat perubahan. Kita perlu mulakan sendiri perubahan itu. Zaid berani buat perubahan ? Sebagai pemimpin hendaklah berani kerana benar dan pentingkan rakyat melebihi segala-galanya. Baru layak dipanggil pemimpin.

  2. Sudahlah Zaid itulah , kau tiada pendirian sebenarnya kau ingat Parti PKR akan boleh ambil alih Malaysia ke, sorry la, kalau PKR ambil alih Malaysia pun kau orang yang pertama dikuburkan seperti kata Nga Ko Meng, Melayu (UMNO) perlu dikuburkan dulu baru Pakatan Rakyat boleh memegang Malaysia dan barulah bermulanya Agenda Komunis yang di simpan sejak zaman Chin Peng, persoalan saya kenapa Nga Komeng hanya berkata melayu saja perlu dikuburkan mana pergi cina(MCA),cina (GERAKAN) kenapa tidak dikuburkan… itulah agenda Nga Komeng EXCO cina yang paling perkauman dan yang paling berkuasa di negeri perak melebihi kuasa MB Perak Nizar(MB bidan terjun dan juga berketurunan cina)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: