Posted by: pinkturtle2 | November 29, 2008

kerajaan baru Pakatan Rakyat akan direalisasikan

President of Malaysia's opposition National Justice Party, Wan Azizah Wan Ismail, shares a light moment with her husband Anwar Ibrahim during the opening of its annual conference in Shah Alam outside Kuala Lumpur November 29, 2008. REUTERS/Zainal Abd Halim (MALAYSIA)

President of Malaysia's opposition National Justice Party, Wan Azizah Wan Ismail, shares a light moment with her husband Anwar Ibrahim during the opening of its annual conference in Shah Alam outside Kuala Lumpur November 29, 2008. REUTERS/Zainal Abd Halim (MALAYSIA)

PKR sedia ‘tempur’ Sarawak, Anwar terus beri harapan tubuh kerajaan

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan langkah drastik ‘menggempur’ Sarawak bagi memastikan pengaruhnya dapat menembusi negeri berkenaan bemula bulan hadapan.

Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rintihan dan kemahuan rakyat di Sarawak yang sangat inginkan perubahan sentiasa didengari dan akan diberi perhatian yang serius.

“Mudah-mudahan kita dapat menjana kekuatan yang lebih dan seruan rakan di Sarawak juga kita dengar dan kita sudah putuskan mulai bulan hadapan ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PKR untuk ‘bertempur’ di Sarawak,” katanya semasa menyampaikan Ucapan Khas Penasihat PKR di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini hari ini.

Anwar juga melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP akan terus bekerjasama bagi memastikan perubahan besar akan berlaku di Sarawak malah terus memberi harapan untuk membentuk kerajaan.

“Kita percaya pimpinan PAS dan DAP akan sama-sama membantu kita supaya kita saksikan perubahan besar di Sarawak dan mudah-mudahan ada juga perubahan besar lainnya yang akan berlaku di negara kita,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh penyokongnya.

Kongres berkenaan dihadiri oleh kira-kira tujuh ribu penyokong parti itu yang terdiri datipada 1927 perwakilan, 1200 pemerhati dan hampir empat ribu pemerhati terbuka yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata harapan seluruh rakyat masih tinggi untuk melihat perubahan dalam kepimpinan politik negara.

“Saya percaya harapan kita masih tinggi kerani kita janjikan perubahan walaupun perubahan ini masih belum capai sepenuhnya.

“Harus ingat, perubahan ini bukan untuk politik peribadi tetapi untuk tegakkan satu sistem yang bebas,” katanya.

Tegas beliau walaupun perubahan kuasa masih belum berlaku pada 16 September namun semangat perjuangan yang diperjuangkan rakyat tidak akan tergugat walaupun menghadapi cabaran dari pelbagai pihak.

“Saya percaya walaupun dengan sepak terajang mereka tak mungkin akan gugat semangat kejituan dan kepahlawanan rakyat jelata,” katanya.

Tambah beliau lagi, sentimen perkauman yang dimainkan Umno dan Barisan Nasional (BN) seolah-olah ‘jaguh Melayu tulen’ yang mempertahankan hak kaum Melayu.

“Padahal mereka sendiri yang melakukan pembohongan…merekalah pemimpin Melayu yang pecah amanah,” katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata pakatan itu tidak akan sekali-kali mempertikaikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita janjikan suara rakyat…suara keramat. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan mengenai soal kedudukan bahasa Melayu, agama Islam, kuasa Raja-raja serta hak keistimewaan orang Melayu tidak akan kita pertikaikan,” katanya.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Aku terlibat dgn suatu mesyuarat baru2 nie. Aku berpeluang berjumpa & berkenalan dgn org dari Sarawak. Aku sempat menyelami fikiran mereka tentang politik.

    Apa yg aku faham, bagi mereka pemimpin PR sama saja dgn pemimpin BN. Kalau kita kata pemimpin BN terlibat dgn korupsi & salah guna kuasa, mereka kata pemimpin PR juga akan jadi begitu jika diberi kuasa.

    Mereka juga beranggapan, BN masih diperlukan utk memerintah Malaysia. Aku rasa, perkara nie semua patut diambil berat. Para pemimpin PR mesti berusaha menunjukkan diri mereka adalah berbeza drp pemimpin BN. Usaha mesti dilakukan utk mengubah minda & persepsi mereka tentang PR.

  2. Betul gegala. Aku setuju dengan hang tu.

  3. Teman sokong bro Anwar untuk menggempur Sarawak supaya beralih sokongan kepada PR. Rakyat Sarawak juga dah lama kena tipu BN. Pengeluar gas asli, tapi rakyat Sarawak bayar lebih drp rakyat Semenanjung. Dah 51 merdeka tapi masih ada jalan utama Kuching – Miri yang tidak dihubungkan dengan jambatan. Terpaksa kereta naik feri sekejap untuk menyeberang sungai. Dah macam tupun rakyat Sarawak masih nak sokong BN.

  4. Teman sokong gegala tapi statemen terakhir teman tak sokong,teman harap biarlah BN pegang sarawak kalau nak tau kenapa nanti saya akan huraikan agenda DAP, satu-satunya parti yang akan berkuasa penuh sekiranya PR berkuasa

  5. KITA TUNGGU DAN LIHAT,YANG PASTI PR AKAN BERKUASA SEBELUM MARCH 2009.

  6. HIDUP MAKKAL SAKTHI

  7. TAK KIRA BILA NAK AMBIL KUASA,HARAP DAPAT MEGHAPUSKAN KEMISKINAN DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA TAK KIRA AGAMA DAN BANGSA.KERANA KITA ADALAH BANGSA MALAYSIA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: