Posted by: pinkturtle2 | November 30, 2008

Pemimpin Pakatan Yang Gagal Akan Diganti

Sekiranya ada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pakatan teragak-agak, gentar untuk membuat perubahan, takut kepada risiko; kita tidak ada pilihan selain menuntut perubahan dalaman untuk menggantikan mereka dengan pemimpin yang benar-benar mampu memimpin dan membuat keputusan.

Sekiranya ada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pakatan teragak-agak, gentar untuk membuat perubahan, takut kepada risiko; kita tidak ada pilihan selain menuntut perubahan dalaman untuk menggantikan mereka dengan pemimpin yang benar-benar mampu memimpin dan membuat keputusan- Shamsul Iskandar Md Akin

Pakatan cuai bersihkan anasir BN

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri dengan tanpa banyak alasan segera “membersihkan kerajaan negeri daripada anasir BN”.

“AMK dengan ini memberikan peringatan kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Jangan berdolak-dalik dengan seribu satu alasan. Pembersihan kerajaan daripada anasir BN mesti dilaksanakan tanpa bertangguh,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin.

shamsul pkr youth congress“Kita tidak boleh terpukau dan terpedaya dengan pemimpin dan ahli BN yang bertukar kulit hanya semata-mata untuk terus membolot peluang, tanpa menghayati falsafah perjuangan kita, tanpa menunjukkan komitmen untuk menghayati prinsip-prinsip perjuangan yang kita dukung.”

Shamsul Iskandar mengkritik kerajaan gabungan PKR, DAP dan PAS yang didakwanya “cuai melaksanakan janji” untuk membuat pembersihan dalam pentadbiran “sehingga ke akar”.

“Sekarang rakyat telah memilih kita. Rakyat mahu kita melakukan perubahan. Salah satu perubahan yang telah kita janjikan ialah untuk membersihkan kerajaan daripada kebobrokan Umno-BN.

“Kenapa setelah rakyat memberikan kita amanah, kita cuai untuk melaksanakan janji ini?” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar ketua angkatan muda PKR dalam kongres tahun pergerakan itu di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Berhubung perkara itu, beliau menambah, kebergantungan kerajaan Pakatan terhadap birokrasi kerajaan dan jentera BN hari ini “menjadi lelucon dan sesuatu yang malang”.

“Pergantungan kepada birokrasi semata-mata, atau lebih malang kepada aparat-aparat BN, sudah tentu tidak memadai. Sudah barang tentu menjadi lelucon untuk kita terus membiarkan anasir-anasir BN berleluasa dan mengakar di dalam kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan.

pkr congress youth 280208“Selama ini kita mengkritik mereka sebagai (pengamal) rasuah, khianat kepada amanah rakyat dan sebagainya.

“Kita mengambil risiko, bermati-matian menentang mereka di dalam pilihanraya kerana kita mahu menggantikan mereka dengan pemimpin yang berintegriti di semua peringkat,” kata Shamsul Iskandar di depan hampir 600 perwakilan AMK.

Beliau turut mempersoalkan ahli-ahli parti itu yang diketepikan dalam jentera kerajaan negeri Pakatan dengan “alasan bukan-bukan”, termasuk tiada pengalaman.

“Pemimpin-pemimpin utama PKR terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan yang sangat cemerlang. Profesor dan pakar di dalam pelbagai bidang.

“Kenapa sehingga ke hari ini mereka masih tidak diangkat memainkan peranan utama memberi sumbangan dalam perencanaan dan operasi kerajaan-kerajaan negeri?” katanya.

Dengan nada amaran, Shamsul Iskandar berkata, sekiranya terdapat pemimpin kerajaan Pakatan yang teragak-agak, takut kepada risiko dan perubahan, pergerakan itu tiada pilihan selain menggantikan pemimpin itu.

“Sekiranya ada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pakatan teragak-agak, gentar untuk membuat perubahan, takut kepada risiko; kita tidak ada pilihan selain menuntut perubahan dalaman untuk menggantikan mereka dengan pemimpin yang benar-benar mampu memimpin dan membuat keputusan.

“Kerajaan mesti dipimpin, bukan semata-mata diurus,” katanya.

Beliau dalam ucapannya itu bagaimanapun tidak menamakan dengan jelas pemimpin yang dimaksudkannya itu.

pkr congress youth openingDalam sidang akhbar selepas ucapannya itu, Shamsul Iskandar menjelaskan, penyertaan AMK dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri dibuat Pakatan dapat menilai semula keberkesanan masing-masing selepas lapan bulan memerintah sejak Mac lalu.

Beliau menafikan tuntutannya itu difokuskan kepada peluang perniagaan semata-mata.

“Peluang itu saya buat (gariskan secara) umum. Bukan sekadar peluang perniagaan, (tetapi juga) peluang dalam struktur kerajaan negeri, (dan) peluang dalam institusi-institusi pendidikan.

“Peluang dalam perniagaan itu, apa masalahnya kalau ada keuntungannya kepada rakyat. Yang kita tolak, perniagaan yang ada (unsur) rasuah, penyelewengan dan korup,” katanya.

Ketua AMK itu menafikan pergerakannya terpinggir dalam kerajaan-kerajaan negeri Pakatan.

“Tidak, (desakan) itu hanya penegasan AMK. Saya tidak berasa terpinggir,” katanya.

“Apabila perubahan dilakukan, kita tidak boleh mengelak. Mereka (rakyat) telah memilih kita (dalam pilihanraya umum lalu). Takkan kita hendak katakan tidak boleh buat, tidak ada pengalaman. Kita kena lakukan sesuatu.”

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. Harap-harap pemimpin PKR tidak jadi BN kedua. Biarlah BN yang dok ada ni jadi sejarah sekiranya mereka masih dengan angan-angan Mat Jenin depa.
    Bagus cadangan tu. Pemimpin yang korup mesti diganti. Pemimpin yang dipilih memang harus berjasa kepada rakyat sebab rakyat yang pilih dia. Jadi soal berjasa ini tidak timbul. Integriti tu amat penting. Tanpa integriti pada pemimpin, maka jahanamlah Malaysia. Jangan jadi cakap tak serupa bikin, sudahlah…..

  2. SAYA AMAT MENYOKONG PIMPINAN AMK PUSAT (SDR SEM) MEMBAWA SEMANGAT PERJUANGAN MENENTENG KEZALIMAN, MENEGAK KEBENARAN. YB YG DIPILIH OLEH KELEBIHAN PENGUNDI MAC 2008 KPD PAKATAN RAKYAT, ADALAH HASRAT RAKYAT MENJADIKAN KERAJAAN BARU UTK MERIALISASIKAN KEARAH TUJUAN UTAMA PD MASA ITU (BA) MEMBELA NASIB RAKYAT. PEPATAH SAYA AMAT MUDAH; JANGAN KAU SANGSI KEMANA ARAHMU, JANGAN KAU RAGUI KEYAKINANMU, LANGKAHMU TIDAK SUMBANG, YANG ZALIM PERLU DI TENTANG. kata-kata ini di pinjam pada AMK Kuala Langat. Syabas AMK K.Langat.pimpinan en shahharuddin.

  3. semalam semasa kongres AMK di S.Alam amat sedih sekali saya lihat AMK K.Lgt tidak menjadi PERWAKILAN. malah apa yg saya lihat, muka-muka yg ada semalam, hanya menjadi PEMERHATI sahaja. disiasat rupanya, AMK K.Lgt tidak dpt laksanakan masyuarat agung tahunan kerana halangan drpd kepimpinan di bahagian yg tidak tahu PERLEMBAGAAN Parti. bagi pandangan saya mereka ini adalah merosakkan perjuangan DSAI. mohon sdr Sem siasat org-org di bhg ni, kalau nak lihat perjaungan PR hingga kekemuncak yg nyata.

  4. Harapan saya sama macam harapan AKU. Dalam menggunakan kuasa yang ada, PKR dan PR seharusnya membuang atau menggantikan pegawai yang tidak cekap atau mereka yang bersifat menikam kerajaan PR. Masa mereka yang fanatik dengan BN sudah tamat. Sudah 50 tahun, perubahan yang dituntut oleh rakyat perlu dilaksanakan. Jangan PR takut untuk membuang mereka-mereka yang sudah berkarat dengan BN sehingga masih menyangka BN yang memerintah. Jangan bimbang dengan ancaman mereka kerana undi mereka tidak berharga kepada PR. Jangan bagi muka dengan mereka. Kalau mereka tak suka dengan PR suruh mereka berhenti. Rakyat sedang memerhatikan PR dan kemampuan mentadbir. Ketua AMK betul dan teruskan membuat teguran . AMK yang kuat memberikan erti Orang Atasan PKR perlu berhati-hati supaya tidak menjadi BN(yang ikut kepala). MB Selangor tolong tengok penduduk warga tua dan 2 cucu yang tak berumah itu. Kalau perlu, gunakan rumah exco yang mahal itu untuk rumah tumpangan sementara yang jauh lebih baik dari bengkel tempat mereka bermalam. Walau itu kawasan ADUN mana pun, MB tetap bertanggungjawab di hadapan TUHAN.

  5. Teman sokong kenyatan AKU dan lee lepi. Hidup Pakatan Rakyat. Teruskan pentadbiran telus dan beramanah lagi cekap.

  6. Syabas dengan apa yang diperkatakan, diharap akan dikotakan. Janganlah kita berkokok berderai tapi ekor kotor dengan tahi. Kata dulang paku serpih dan Telunjuk lurus kelingking berkait.
    Syabas inspector saab.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: