Posted by: pinkturtle2 | Disember 1, 2008

Siapa Sebenarnya Penentu Calon BN PRK Kuala Terengganu?

Mungkin “tidak dengar kata” Mat Said akan terus berlaku dalam menentukan calon di PRK Kuala Terengganu akan datang ini. Kalau dilihat kepada peristiwa-peristiwa lepas, maka tiada sebab Mat Said akan beralah dalam bab ini. Sudah pasti orang yang dia nak mesti akan dapat jadi calon.

Siapa penentu calon BN PRK Kuala Terengganu: Pak Lah atau Mat Said?

Semua orang tak sabar-sabar mahu melihat perkembangan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang bakal menyaksikan pertandingan sengit. Bukan sahaja sengit antara PAS dengan BN tetapi juga antara MB dengan PM.

Sekumpulan orang Terengganu yang saya temui tiga minggu lepas di Pahang begitu menyanjungi Mat Said berbanding Idris Jusoh, MB dahulu. Bagi mereka Mat Said lebih berkebajikan. Mungkin juga isu dapat balik wang royalti yang mempengaruhi mereka. Mungkin juga sikap “melawan arus” Mat Said menjadi sanjungan mereka.

Walau bagaimanapun sikap Mat Said si MB Terengganu “loning” agak berbeza dengan Idris Jusoh “ghitu” (dulu), terutamanya dalam soal mentaati boss besar mereka, Pak Lah. Bukti-bukit “tak dengar kata” Mat Said sudah jelas terutama dalam isu perlantikan MB, Pembelian kereta Mercerdes dan melarang EXCO bertanding merebut jawatan parti baru-baru ini.

Dari pengalaman itu, apakah kenyataan Hishamuddin Hussien bahawa Pak Lah akan menentukan calon  pengganti Razali akan menjadi kenyataan?

Mungkin “tidak dengar kata” Mat Said akan terus berlaku dalam menentukan calon di PRK Kuala Terengganu akan datang ini. Kalau dilihat kepada peristiwa-peristiwa lepas, maka tiada sebab Mat Said akan beralah dalam bab ini. Sudah pasti orang yang dia nak mesti akan dapat jadi calon.

Maka sekiranya terjadi adegan yang tidak ingin UMNO lihat ini, sudah pasti Pak Lah akan tercabar lagi dan orang yang betul-betul pening dengan hal ini adalah Najib yang akan dinobatkan sebagai PM tahun hadapan.

Apapun kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya nanti. Adakah Mat Said akan patuh kali ini?

http://manjanik.wordpress.com

Responses

  1. Sapa sapa calon UMNO (politik wang – rasuah) pun tak kisah, yg penting pembangkang mesti menang.

    Mungkinkah kali ini pertandingan 3 penjuru lagi?
    Dengar khabar, ayah pin akan bertanding calon bebas mewakili kera jaan langit cawangan K. Terengganu.

  2. …muka pun dah macam penyuuu!

  3. Kerajaan BN perlukan ayah pin terutama dalam PRK KT. Di samping sogok wang kepada pengundi, jin kafir ayah pin pun akan mainkan peranan masa pengundian nanti. Lagipun ayah pin kerajaan langit. Tu yang kerajaan BN tak mahu tangkap.
    Kita lihat tentu Ezam melobi nak jadi calon. Maklumlah saham populariti dia dah jatuh. Kesian budak Ezam,berjuang untuk tembolok dan perut memang tak lama. Hina dan rugi di dunia,rugi juga diakhirat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: