Posted by: pinkturtle2 | Disember 1, 2008

PPP Disaran keluar Daripada BN Sekarang

Parti Progresif Penduduk (PPP) disaran keluar daripada BN sekarang tanpa perlu menunggu pilihan raya umum ke-13.

Parti Progresif Penduduk (PPP) disaran keluar daripada BN sekarang tanpa perlu menunggu pilihan raya umum ke-13. BN tidak perlu tunduk kepada sebarang ugutan jahat daripada mana-mana parti komponennya - Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib

‘PPP duri dalam daging,keluar BN sekarang’

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Hrkh) – “Barisan Nasional (BN) tidak perlu tunduk kepada sebarang ugutan jahat daripada mana-mana parti komponennya, dan Kayveas telah berkali-kali membuat ugutan seumpama itu semata-mata hendak mendapatkan sokongan murahan penyokongnya.”

Demikian tegas Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, dalam satu kenyataan yang dipetik Bernama hari ini.

Menurutnya,Parti Progresif Penduduk (PPP) disaran keluar daripada BN sekarang tanpa perlu menunggu pilihan raya umum ke-13.

Katanya, kenyataan presiden parti itu Dato’ M Kayveas semalam bahawa PPP akan keluar daripada BN jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) sebelum pilihan raya umu ke-13, adalah berbaur ugutan jahat dan amat menyakitkan hati.

“BN tidak perlu tunduk kepada sebarang ugutan jahat daripada mana-mana parti komponennya…,katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim itu berkata, BN akan berasa lega jika PPP keluar daripada komponen BN sekarang kerana parti itu sudah lama menjadi duri dalam daging kepada BN sejak Kayveas menjadi presidennya.

“Kayveas perlu menerima hakikat bahawa PPP mampu bernafas ketika ini kerana berada dalam komponen BN, dan jika keluar daripada BN, rakyat tidak akan mempedulikannya lagi,”katanya.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. ternyata khusairi terlalu mentah dalam berpolitik…nanti pak lah kahak kan muka kau baru kau tahu.orang tu punya lar jaga hati parti2 komponen dia kat dalam BN,kau sedap2 jer keluar statement macam tu…dah terang lagi bersuluh,ISA memang tak berguna…kalau tak percaya tanya ISA SAMAD!!!

  2. …DAH LAMA TAHUUUUU! PADAN MUKA!!!

  3. Khusairi, kau nak glamour ke? Dah dapat banyak sokongan nak bertanding Mac nanti? Kau ni sama macam Mukhriz.Cari glamour. Korang dah tengok Batu 2? Situlah tempat berkuburnya BN nanti.

  4. yop ni nampak macam lantang je….lorat la dia ni…dia tak kena ISA boleh le….cuba kena ……teman ghase die ni otak senget gamaknya……yg masuk dalam tu umat Islam jugak ..bertahun..yg bukan Islam pun ramai…org Malaysia……apa le tengin beno kamu ni????


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: