Posted by: pinkturtle2 | Disember 3, 2008

Hamid Albar Tidak Akan Hapuskan ISA

Saya menegaskan sekali lagi bahawa akta itu juga tidak digunakan untuk citarasa politik,
Akta ISA sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna.ISA hanya digunakan bila dianggap ada keperluan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam.Saya menegaskan sekali lagi bahawa akta itu juga tidak digunakan untuk citarasa politik – Hamid Albar

ISA tidak akan dipinda atau dihapus walau ada ugutan

PUTRAJAYA: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetap tidak akan dipinda atau dihapuskan walaupun terdapat ugutan daripada sesetengah pihak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata akta itu sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna.

ISA hanya digunakan bila dianggap ada keperluan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam, katanya.

“Saya menegaskan sekali lagi bahawa akta itu juga tidak digunakan untuk citarasa politik,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas yang akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Menurut Syed Hamid kini terdapat 48 tahanan ISA berbanding 75 sebelum ini dan tahanan itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa jika mendapati mereka benar-benar sudah pulih dan tidak mengancam keselamatan negara.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan delegasi dari Singapura yang diketuai oleh Menteri Undang-undang negara itu K.Shanmugam dan dalam pertemuan itu isu ISA turut menjadi antara agenda perbincangan. “Keduadua negara tidak kesal mempunyai ISA sebagai undang-undang pencegahan kerana ia dapat mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Selain itu, isu berhubung kebebasan dan peranan media serta hak asasi manusia turut dibincangkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

http://www.bernama.com.my

Komen Pahangdaily

Hamid Albar nampaknya sudah melampau sebenarnya. Beliau nampaknya masih belum mahu sedar dari kesilapan. ISA dikatakan tidak digunakan untuk citarasa politik?. Habis, kenapa Raja Petra baru-baru ini ditahan kemudian akhirnya dibebaskan?. Bukankah ia ada unsur politik. Beliau mahu jadikan Singapura sebagai contoh ISA, tapi beliau perlu tahu bahawa di sana akta digunakan untuk mereka yang benar-benar terlibat dengan jenayah bukannya untuk politik.

Di Malaysia, ISA adalah senjata terakhir untuk menakut-nakutkan rakyat dengan menahan mereka tanpa bicara. Apakah ada undang-undang seperti ini di dunia, menahan tanpa bicara yang jelas melanggar hak-hak asasi manusia. Pembunuh kejam seperti Mona Fendy, Bota Chin serta ramai lagi pun masih dibicarakan di mahkamah terbuka. Inikan pula insan yang belum tentu apakah dosa mereka. Jika benar mereka bersalah, masakan sehingga 5 atau 6 tahun pihak polis masih gagal mengemukakan bukti?.

Inikah rupanya acuan negara Islam Hadhari !! ISA jelas bertentangan dengan Islam. Mereka langsung tidak mahu mengambilkira suara rakyat. Akta itu bukan sahaja ditentang oleh parti pembangkang, malahan komponen mereka sendiri juga NGO yang berkaitan. Justeru itu dengan isu PPP ini, kami yakin selepas ini Gerakan juga akan turut menjadi mangsa kerana menyokong ISA dihapuskan.


Responses

  1. Hamid AlbarHalul memang dah melampau. Tak faham undang-undang walaupun kepala dah botak. Alasan yang diberikan memang tak masuk akal. Pak Lah pun 2 x 5 gak. Sebaiknya ISA dihapuskan, parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan pun suruh hapuskan. Nampak sangat Hamid albarHalul ni sombong dan angkuh serta jahil dalam agama Islam.

  2. Hamid kepala macam sabun, cuba kamu sendiri masuk ISA. Kalau botak resign suatu hari nanti dia akan di Bapa ISA (Iblis,Syaitan, Antu).
    Biar Botak Kepala Asal Jangan Botak Huruf

  3. “… akta itu sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna.”

    berhemah ke kalau org yg melaporkan hal yg terjadi ditahan kononnya nak menjaga keselamatannya?

    adil ke kalau org yg tak bersalah ditahan, kemudian baru dicari alasan penahanannya?

    tidak disalahgunakan ke kalau orang yg mendedahkan kepincangan seseorang pegawai kerajaan ditahan atas alasan keselamatan?

    aku jadi blur la, hamid al-blur…

  4. Tak apa!!! ISA ini akan makan dia balik. Ramai orang BN yang layak masuk ISA. Dia orang akan rasa kemudian hari.

  5. ISA tak boleh dihapuskan banyak kegunaannya lebih2 lagi bagi membantu orang melayu,buat masa ni memang la banyak orang melayu tak faham kenapa ISA diadakan jika berlaku 13 Mei baru orang melayu faham kenapa ISA diperlukan,orang melayu jangan dok melompat tak tentu arah bila bangsa lain suruh hapuskan ISA

  6. Kekejaman tidak akan dapat membentuk rasa hormat. Kejadian 13 Mei 1969 dulu akibat dari kerakusan para-pemimpin hendak berkuasa dan juga mempertahankan kuasa. ISA menyebabkan orang Melayu jadi penakut dan juga mangsa ISA yg terdiri dari orang Melayu ramai. Kalau nak harapkan ISA membantu orang Melayu, tak mungkin. Kalau terjadi rusuhan kaum, apa guna polis, tentera, FRU, RELA, dan sebagainya? Kerajaan bayar gaji untuk menjaga keamanan negara. Kalau terjadi rusuhan kaum, kaum yang paling rugi adalah kaum Cina kerana mereka kaya dan akan hilang segala-galanya, sedangkan orang-orang Melayu memang dah miskin dah dah tak ada apa=apa lagi yang hendak dipertahankan kecuali maruah sahaja. Lihat Indonesia apabila terjadi rusuhan kaum? Minta janganlah terjadi di Malaysia. Pemimpin2 politik janganlah gunakan isu-isu perkauman ini. Jangan jadi batu api…

  7. hoi PKR,

    ISA bantu melayu? buduh sangat la tu! siapa yg paling ramai kena ISA? melayu la… buduh!

  8. mmg betul la ISA bantu melayu…

    bantu melayu jadi penakut… utk menegur pemimpin sendiri yg buat salah, atau utk mendedahkan kesalahan yg dilakukan oleh pemimpin2 mrk.

    bantu melayu jadi bodoh krn perlukan undang2 darurat dan tak percaya dgn undang2 sedia ada utk menjaga keselamatan mrk.

    bantu melayu jadi munafik krn membohong dan menipu dlm mencipta mcm2 sebab menangkap org yg tak bersalah atas alasan yg dibuat2.

    bantu melayu jadi zalim kerana menyiksa org2 yg belum terbukti bersalah termasuk anak bini dan keluarga mrk yg dah jelas tak bersalah.

    nak tulis bnyk lagi… lu pikir sendri la….

  9. Yang sokong ISA tu, kita bagi dia rasa masuk. Bapak pertama kita cuba tok Hamid ni dulu, biar dia tahu siksanya, nangis datin tengok laki dia kena tahan. Datin banyak harta, tok tak de pun masih boleh hidup senang, mangsa ISA lain miskin, isteri dan anak-anak kena hidup susah, nak cari makan, nak hidup. Dalam hukum Islam mana boleh tahan dan penjara tanpa bicara dn jelas salahnya??? Tok, kita hidup bukan menongkat lngit, sampai masa pegi juga. Tengah berkuasa ni, cuba le buat amal, jangan nanti dah ada kat bawah, terkial-kial nak jawap.Ingat, doa orang terinaya dimakbulkan ALLAH.

  10. Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi adalah berpunca dari kesilapan pemimpin UMNO bukannya rakyat samada Melayu atau Cina. Kita perhatikan dulu masa Lim Guan Eng mendedahkan kes Rahim Tambi Chik merogol budak sekolah, yang kena ISA ialah Lim Guan Eng, ada ke patut. Budak tu perempuan Melayu. Ini ke dikatakan tolong Melayu, podahlah. Ini semua tipu daya UMNO nak tutup mulut rakyat, sepatutnya Rahim Tambi Chik tu disumbat dalam penjara dan disebat atau direjam sampai mati.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: