Posted by: pinkturtle2 | Disember 3, 2008

Amy Search Nikahkan Sendiri Anaknya

amy8

amy9

amy10

amy5

amy4

Amy Nikahkan Sendiri Nabila, Zaidy

KUALA LUMPUR, 2 DIS 2008: Dengan hanya sekali lafaz, Zaidy Zailani, 27, sah menjadi suami kepada pelakon popular, Nabila Huda Suhaimi, 24. Mereka dinikahkan sendiri oleh ayah Nabila, Suhaimi A Rahman atau Amy Search. Sebaik saja lafaz akad nikah itu disahkan, Zaidy dan Nabila terus sebak lalu menitiskan air mata.

Zaidy ternyata begitu terharu. Dia tidak percaya dinikahkan sendiri oleh Amy yang selama ini seorang ikon yang begitu dihormatinya.

“Tanggungjawab saya sekarang semakin besar. Saya berjanji akan buat sebaik mungkin buat isteri saya, Nabila,” ujar Zaidy.

Menambah cerita bagaimana dia mula-mula berjumpa dengan Amy, Zaidy berkata:

“Saya kenal Nabila waktu dia remaja lagi iaitu ketika usianya 18 tahun. Masa tu saya tak tahu pun dia anak kepada penyanyi Amy Search. Selepas mendapat tahu, saya terus jadi takut nak berkawan dengannya.

“Sebenarnya saya takut dengan Amy. Kali pertama jumpa Amy, saya diam seribu bahasa. Tak tahu nak cakap apa. Masa tu dia ada bagi syarat kepada saya untuk berkawan dengan Nabila,” kata Zaidy.

Seterusnya, Zaidy berkata dia mula melamar Nabila ketika Nabila sedang mengerjakan umrah. Nabila pun terus beritahu tentang lamaran saya kepada ibunya di Makkah. Waktu sambutan hari lahir Papa (panggilan untuk Amy), barulah semua orang tahu kami serius dan mahu berkahwin,” jelas Zaidy.

Menyokong pendapat suaminya, Nabila yang manis memakai busana dari Puri Pesona pula bercerita.

“Syukurlah dan saya gembira semuanya sudah selesai. Hubungan kami selama bertahun-tahun ini akhirnya membawa kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Saya juga akan cuba menjadi isteri yang bagus dan akan mengimbangkan jadual kerja saya dan rumah tangga.

“Sebenarnya saya tak rancang untuk kahwin pada usia muda. Tapi Zaidy memang cinta pertama saya. Dia boleh buat saya gelak dan banyak kenangan bersamanya. Selain itu, dia banyak bagi nasihat kepada saya,” kata Nabila.

Bagaimanapun, Nabila dan Zaidy yang sibuk dengan kerjaya masing-masing masih belum merancang untuk berbulan madu. Malah, Nabila menyerahkan perancangan bulan madu ke tangan ibu dan ayahnya.

“Kami belum rancang lagi destinasi untuk bulan madu. Tapi, Nabila kalau nak bercuti, suka bawa satu famili. Nabila akan bincang dulu dengan Papa. Mungkin tahun depan baru kami pergi. Tahun ini pun kami memang sibuk sangat. Cuti saya dengan Zaidy berbeza tarikhnya.

Bagaimana pula tentang anak?

“Anak? Saya memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bila-bila masa saja. Kalau boleh saya nak ramai baby – nak banyakkan lagi keturunan kami,” jelas Nabila dengan penuh girang.

Apa pun, majlis pernikahan yang berlansung di Masjid Wilayah Persekutuan ini dipenuhi sanak-saudara dari kedua-dua belah pihak selain rakan artis seperti Hattan dan Kat Mentor. Selain itu, ibu kandung Nabila, Farida Fadzil, turut hadir bersama menyaksikan pernikahan anaknya itu.

Nabila menerima wang hantaran sebanyak RM22,222.22 dan mas kahwin RM80. Pihak pengantin lelaki pula menyerahkan 7 dulang hantaran berbalas 9 dari pengantin perempuan.

Hantaran lelaki adalah senaskah Al-Quran, telekung, minyak wangi & kosmetik, kasut, sepasang persalinan, barang penjagaan tubuh, kek dari Blooming Cake House.

Pihak perempuan pula menyerahkan kasut & tali pinggang, kemeja & tali leher, minyak wangi & barang penjagaan badan, Baju Melayu, songket, Al-Quran, sejadah, coklat dan kek dari Blooming Cake House.

http://www.murai.com.my


Responses

  1. alhamdulillah! Amy semakin berumur semakin jinak dengan Islam

  2. oii.Nabila oi …lani musim mengawan la nooo!

  3. orang tuan guru memang macam ni…wa caya sama lu tuan guru,boleh jinakkan amy search…

  4. yelah tan sri kadok, engkau pun asal dari proses yang sama.. sebab tu perangai dan sifat pun sama..

    p/s: mengawan utk haiwan..

  5. woi!!!! tan sri kadok.
    nama betoi haang bukan jaldin tajuddin ka.
    yang ada kes penipuan dgn amy seacrh tu.
    saham rokok BAT.
    dulu aku pun kena gak tipu dgn hang dan bini hang namanya IJA. tak habis2 nak tipu org.
    dulu habis satu penang hang ngan bini hang tipu.
    la ni kat kl lak hang nak tipu.

  6. Orang dah dapat hidayah..ada jugak mamat yg masih tertutup hijab…..nama Tan Sri Kadok….

    Mace kodok ado…kadok naik junjung ado…otak takdok pun ado…hok nate tu mengawan la…bukei manusio… guane mu ??maghi dunio laing nih…..

  7. hoii kadok untuk manusia bersetubuh lah @ Kongkek

  8. alahai jamban sumbat..awat bahasa lagu tu…jangan la cakap kongkek cakap la suntut…

    kadok oii….mengawan tu spesis binatang x school ke?
    apa pon tahniah utk nabila dan suami serta TAKBIRR untuk AMY SEARCH..moga berterusan hingga ke akhir hayat

  9. Amy, teman cuma nak pesan satu. Hang dah jadi baik,jadi jurunikah lagi. Harap hang pergi kempen pada rockers2 merapu tu supaya potonglah rambut yang panjang macam pontianak sundal malam tu. Si jinbara api tu potong 1 cm rambut heboh satu negara. Janganlah artis rockers ni jadi contoh tak baik kepada remaja. Hukum Islam kata, lelaki yang menyerupai perempuan, haram hukumnya. Termasuklah ada seorang ustaz yang artis tu. Tak tau nas mana yang dipakai ustaz seorang tu.
    Lepas tu pi lah kempen kat artis supaya jadi ahli PR. Tak aktif tak apa, tapi mesti sokong PR. Ok bro Amy. Tahniah dapat menantu.

  10. Ada dengar tapi tak tau betul ke tak… aku bukannya ngaji agama tinggi pun tapi perlukan kepastian je.. betul ke jika kita bertindik, kita tak boleh jadi wali anak kita… konpius ni….

  11. tuan admin, kenal ke ngan tan sri kadok celaka tu?
    sekampung ke? mana agak2 dia lari skang ye?
    mati tak terima bumi tu nnt aku doakan..melainkan dia pulang balik duit semua orang..
    siap ngan bunga skali…kui kui kui..serius beb

  12. Boleh tahan juga papa rock ni ya..
    Jarang orang nikahkan anak sendiri ni. Selalu asyik wakil wali jer.. 🙂

  13. Appreciating the time and energy you put into your
    blog and detailed information you present. It’s nice to come across a blog
    every once in a while that isn’t the same out of date rehashed material.
    Great read! I’ve bookmarked your site and I’m including your RSS
    feeds to my Google account.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: