Posted by: pinkturtle2 | Disember 4, 2008

Nik Aziz Mahu Mohamad Sabu Calon Parlimen K.Terengganu

Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang sepeti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti.

Saya ada cara saya, tetapi kalau di Parlimen ni baik Mat Sabu.Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang sepeti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti. Saya sudah lama menjadi penceramah , tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu - TGNA

Calon Kuala Terengganu, Nik Aziz mahu Mohamad Sabu

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, secara peribadi masih berhasrat untuk mengekalkan Mohamad Sabu sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan datang.

Katanya, memandangkan Mohamad telah bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini, tidak ada sebab untuk beliau dicalonkan sekali lagi, dalam pilihan raya kecil yang akan datang.

“Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang sepeti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti.

“Saya sudah lama menjadi penceramah dan sekarang pun saya masih berceramah, tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu,”ujarnya.

Tambahnya, itu berlaku kerana setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing,

“Saya ada cara saya, tetapi kalau di Parlimen ni baik Mat Sabu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Beliau juga berkeyakinan Mohamad akan bergelar ‘yang berhormat’ selepas itu kerana akan mendapat kemenangan dalam pilihan raya kecil itu walaupun tewas baru-baru ini berdasarkan perkembangan semasa.

Lagipun katanya, tiada sebab orang Melayu dan Islam itu sendiri tidak memilih perjuangan PAS.

Sambungnya, bagaimanapun keputusan calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti belum lagi diputuskan memandangkan mesyuarat berhubung dengannya belum diadakan.

“Itu (cadang pilih Mohamad Sabu), hanya pandangan peribadi saya saja, keputusannya hanya akan ditentukan dalam mesyuarat PAS Pusat nanti,”ujarnya lagi.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Kita sokong cadangan Tuan Guru untuk mencalonkan abang Mat. PAS for all.

  2. Saya doakan agar PAS berjaya memenangi piliharanraya kecil Parlime KT kali ni. Diharap para pengundi memilih dengan lebih bijak. Tolak BN dan UMNO, parti yang menipu rakyat dari dulu, kini dan selamanya.

  3. Saya doakan agar PAS berjaya memenangi piliharanraya kecil Parlimen KT kali ni. Diharap para pengundi memilih dengan lebih bijak. Tolak BN dan UMNO, parti yang menipu rakyat dari dulu, kini dan selamanya.

  4. Untuk warga KT..pilihlah Abang Mat…dia jauhhhhhhh lebih layak berbanding alon lain dan jauh lebih hebat….InsyaAllah beliau boleh menjadi MP PR …..Takbir!!!!

  5. kite harap pas menang kali ini sebab kite berjuang atas dasar islam yang benar. jangan ingat mat sabu org luar kite tidak pilih beliau. lu fikirlah sendiri1!!!!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: