Posted by: pinkturtle2 | Disember 4, 2008

Ke Mana Lagi Pasir Johor Kalau Tidak Ke Singapura

johor_mp1

Eksklusif: UMNO Pengkhianat Melayu, Pasir Di Johor Sebenarnya Telah Dijual Ke Singapura !!

Pasir Johor ini telah dipunggah kemana kalau bukan ke Singapura untuk tujuan menambak laut bagi meluaskan pulau tersebut. Adakah pasir yang sebanyak itu diangkut ketempat lain dalam Negeri Johor atau ke negeri lain dalam Malaysia? Itu adalah sesuatu yang tidak mungkin kerana semua rakyat tahu apa perlunya pasir yang sebanyak itu diangkut ketempat lain dalam Malaysia kerana semua tempat terdapat pasir.

Adakah pihak kerajaan Negeri Johor tidak mengetahui sejak bila dan kemana pasir tersebut diangkut? Dan adakah pihak berkuasa tidak ada maklumat siapa yang mengeluarkan pasir tersebut? Adakah orang dari parti pembangkang yang punya angkara ini? Sudah semestinya bukan dan yang pastinya orang yang terlibat adalah orang yang rapat dengan pihak berkuasa negeri.
Menteri Besar Johor mesti telah lama mengetahui perkara ini. Persoalannya kenapa perkara ini dibiarkan berlarutan sedangkan ianya telah lama berlaku didepan mata. Dimana suara puak-puak Umno yang sentiasa mendakwa pembela bangsa dan pembela negara kalau pasir yang sebegini banyak telah dipunggah ke negara jiran tersebut? Dimana Hishamuddin Tun Hussein Onn yang menjulang keris semasa Perhimpunan Agung Umno kononnya dia lah pembela bangsa. Masakan dia tak tahu perkara ni berlaku di negerinya sendiri? Atau adakah dia tompang makan semangkuk?

Puak-puak Umno ini lah yang bukan sekadar pasir Johor nak dijual kepada Singapura, tetapi Negeri Johor malah Malaysia keseluruhannya kalau boleh nak dijual kepada Singapura. Selain itu projek Iskandar Malaysia juga adalah merupakan satu pengkhianatan kepada negara kerana orang Singapura yang takder tanah diberikan tanah disitu kononnya atas nama pembangunan. Puak-puak Umno inilah sebenarnya pengkhianat bangsa dan pengkhianat negara yang sanggup menjual hak sendiri kepada orang luar.

http://pahangdaily.blogspot.com


Responses

  1. PAPER UMNO UTUSAN.
    BUAT2 TANYA PULAK! KEMANA PERGINYA PASIR DI JOHOR?
    BODOH BETOI LA REPORTER UTUSAN NIE.
    SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. BETUL TAK….

  2. GRADE DARI UUM KER?

  3. Asalammualaikum, orang Johor !
    Benar ke pasir Johor dijual ke Singapura seperti apa yang didakwa oleh pahangdaily.blogspot.com..? Apakah penjualan pasir itu telah dihalalkan oleh kerajaan negeri Johor..?

    Kita rakyat Malaysia ingin mendengar penjelesan dari orang Johor yang bijaksana tentang penjualan pasir itu.

    Apakah rakyat negeri Johor terlalu miskin sehingga terpaksa menjual harta pusaka kepada orang asing…? Siapa kah yang bertanggongjawab diatas penjualan pasir itu..?

  4. ciss…memang dasar pengkhianat bangsa! taik korang tak nak pulak korang jual kat singapore untuk buat baja? apa punya bangang sampai bawak pasir yang menggunung dalam lori tu pun korang tak boleh nampak? apa korang semua dah kena jampi ker???si utusan bangsat ni pulak buat2 ler tanya…

  5. Apa akan jadi kalau paras air laut naik, akan jadi tasik lah tapak korek pasir tu, boleh lah depa main
    jetski dalam tu, tentu seronok bukan!!!

  6. Org selatan mungkin berhati mulia dengan bersedekah tanah mereka kepada singapore. Selepas pulau batu puteh, bukit bukau dan gunung ganang pula nak digadaikan. Lepas nih pulau pulau lain lain sekeliling negeri bolehlah ditukar hak milikkan. Ada kawasan perindustrian, jemput syarikat singapore beli hartanah. Jual apa yang ada.

    Mungkin satu hari nanti wujud nama baru “Iskandar Singapore”.

  7. Dah terang lagi bersuluh, sudah gaharu cendana pula. Takkanlah kerajaan Johor tak sedar apa yang berlaku. Inilah akibat terlalu pentingkan habuan RM, negeri tergadai. Kesian rakyat Johor, Sultan Iskandar takkan dok diam gak, ke dia pun masyuk gak…

  8. Dah lama depa buat keja ni, orang kampung hanya tengok, merungut kat belakang. Pemimpin UMNO Johor cerdik, jual pasir poket penuh, yang bodoh ialah orang-orang yang sokong UMNO, pangkah UMNO bagi depa berkuasa sampai buat apa pun tetap menang, sampai ada pribahasa, ‘letak lembu untuk wakil UMNO dalam p.raya kat Johor,tetap menang” Hatta jika ada calon lawan lengkap dengan kelulusan tinggi dan sahsiah yang baik pun tak disokong oleh orang Johor. Sebab apa, “kini dan selamanya dengan UMNO”. Ha tanggung le sendiri, orang Singapore senyum-senyum senget tengok cerdiknya orang Johor.

  9. pak lah dikatakan tidok
    apa ka he pompuan ameno
    dok tahan butok
    laki tuo
    habih dijual tanah kito
    apa nak buat dengan mb
    dok tidok macam babi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: