Posted by: pinkturtle2 | Disember 6, 2008

Bantulah Anak-Anak Yang Dizalimi Ini

zalim-isa

BANTUAN KEWANGAN PERSEKOLAHAN ANAK TAHANAN ISA

Ketika menghadiri satu majlis VIGIL di hadapan Dewan Civic minggu lepas, ada yang bertanya, siapakah lagi mangsa ISA? Susah saya hendak menjawab soalan itu, kerana terlalu subjektif.
Mangsa ISA sebenarnya ialah suami@bapa yang ditahan di Kem Kamunting.Tetapi, mangsa yang terpaksa menerima kesan penahanan ini ialah isteri dan anak-anak.

Kehidupan terpaksa diteruskan, justeru isteri terpaksa menjadi “superwoman” dimana beliau mesti bekerja untuk mencari nafkah ,mengurus rumah dan mendidik anak-anak yang masih kecil.Keperluan harian dan pendidikan anak-anak semakin meningkat kerana tahun demi tahun, anak-anak makin membesar……tetapi…… bapa mereka masih juga di kurung di Kem.

BUKAN ITU YANG DIPINTA….

Sekiranya bapa atau keluarga ini dibebaskan, pastinya dia dapat keluar bekerja untuk menyara keluarga dan anak-isteri tidak perlu meminta-minta.Tetapi ….. inilah hakikat kehidupan. Tanpa sebarang perbicaraan, tanpa mengetahui tarikh akhir untuk dibebaskan, si ayah masih lagi terus-menerus di kurung, meniggalkan segala beban dan tanggungjawab pada si isteri, wanita yang sepatutnya mendapat perlindungan ,bantuan dan kasih sayang dari suami….

Puan Halimah, dari Serting, N.Sembilan bekerja sebagai penjual air soya. Beliau terpaksa membesarkan 7 orang anak dan sebahagian besar nya masih bersekolah. Saya di beritahu, anak gadis sulungnya(sepatutnya masih belajar di kolej) berusia belasan tahun, terpaksa di nikahkan dengan segera supaya dapat meringankan beban beliau menyara anak-anak lain yang masih kecil.Suami Puan Halimah ditahan sejak tahun 2004 hingga kini.

Puan Nolmina dari Sabah mempunyai 6 orang anak. Pendapatan sebagai kerani sebanyak RM500 sebulan terpaksa di cukupkan untuk menyara semua anak-anaknya yang berusia antara 8 hingga 20 tahun. Beliau membina kareer ketika setelah beberapa bulan suaminya ditahan dibawah ISA.Suami beliau telah di tahan sejak bulan April tahun 2006 hingga kini.
Puan Jobaida dari Sandakan mempunyai 5 orang anak.Ketika suaminya ditahan, beliau sedang mengandung 3 bulan dan mula membina kareer selepas setahun suaminya ditahan dibawah ISA.Kini beliau bekerja sebagai guru Tadika dengan pendapatan RM450 sebulan. Jumlah itu memang jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan harian justeru beliau turut menjual kueh untuk menambah pendapatan.Suami beliau ditahan sejak Mac 2006 hingga kini.
3 minggu lagi sekolah akan dibuka, saya bagi pehak keluarga ini merayu sedikit bantuan kewangan dari anda semua untuk merengankan perbelanjaan persekolahan anak-anak ini. Bantuan ini akan di kumpulkan dan diserahkan pada mereka pada minggu akhir bulan Disember ini.
DERMA@SUMBANGAN ANDA PASTI AKAN SAMPAI KE TANGAN MEREKA….
Sebarang derma atau sumbangan boleh disalurkan pada May bank 162209939776 (Nashita Mohd Noor) Bendahari GMI. No hp Nashita 0132096373 dan hp saya 0126892608.Saya akan memastikan sumangan akan sampai ke tangan semua keluarga mangsa ISA ini.

To Be Continued..

http://lailagmi.blogspot.com


Responses

  1. Diharapkan PR mengambil pengajaran bahawa akta tanpa bicara ini amat menyiksakan. Apalah dosa anak-anak kecil dan isteri yang malang ini setelah hilang tempat bergantung akibat kekejaman pemerintahan. Sabarlah anak-anak dan kakak yang sedang diduga Allah. Insyaallah..Akta zalim ini akan tamat juga dan suami kakak akan balik sebagai wira. Mereka akan ke pangkuan keluarga tak lama lagi. Ini bukan janji saya tetapi janji Allah, kebenaran akan menang akhirnya. Kepada semua rakan-rakan PR minta supaya menghulurkan bantuan dan meringankan bebanan mereka yang teraniaya ini. Biar sedikit tetapi ikhlas.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: