Posted by: pinkturtle2 | Disember 7, 2008

Operasi lebih 30 jam, sasar kesan 1 lagi mangsa: 3.15PM

BANTUAN… Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan bantuan anjing dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang hari ini. Kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia berada di kawasan kejadian bagi membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan. – fotoBERNAMA
LOKASI tragedi tanah runtuh yang berlaku awal pagi semalam. Gambar ihsan PDRM
ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi sepanjang malam tadi. – foto The Star oleh KEVIN TAN
Perkembangan terbaru lebih sejam selepas polis sah tiada lagi mangsa dilapor hilang

Operasi lebih 30 jam, sasar kesan 1 lagi mangsa

[DIKEMAS KINI, 3 petang] KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat lebih 30 jam, yang telah masuk hari kedua, masih berusaha mengesan seorang lagi mangsa yang disyaki terperangkap dalam timbunan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa.

Mangsa itu dikesan berada dalam timbunan tanah runtuh pukul 11.30 pagi ini ketika polis mengesahkan tiada mangsa lagi terperangkap.

“Kerja-kerja dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Berdasarkan petanda unit pengesan bomba, operasi diteruskanm,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada sidang media ketiga pukul 2.30 petang tadi.

Bagaimanapun menurut beliau, Ikram melaporkan bahawa masih ada pergerakan tanah dikesan.

LOKASI tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa terus menjadi tumpuan orang ramai malam tadi.

Katanya, operasi berat dihentikan kerana tanah tidak stabil.

Beliau juga ada menerima laporan kehilangan set televisyen dari rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh.

BERITA TERDAHULU

Bomba: 1 mangsa tanah runtuh masih terperangkap

KUALA LUMPUR: Selepas lebih sejam polis mengesahkan tiada lagi mangsa terperangkap atau maut dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, maklumat terkini menyebut satu lagi mangsa dikesan masih berada dalam timbunan tanah.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid berkata, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi unit anjing pengesan pihaknya telah mengenal pasti ada satu mangsa dikesan.

Mangsa berkenaan berada di rumah bernombor 3 dan 4.

“Kini kerja-kerja menggali lubang sedang dijalankan,” katanya di tempat kejadian.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebentar tadi.

Katanya, operasi carian terus dijalankan kerana mengambil berat dengan hasil unit anjing pengesan.

Dalam pada itu, keputusan sama ada untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian runtuh dijangka ditentukan lewat hari ini selepas kajian terakhir Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) bersama pasukan keselamatan mengesahkan tiada lagi mangsa yang tertimbus di kawasan tanah runtuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, berdasarkan siasatan sehingga kini, tiada laporan mengenai kehilangan anggota keluarga atau pekerja bagi 14 pemilik banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama yang ranap ditimbus tanah runtuh awal pagi semalam.

Bagaimanapun, pihak keselamatan akan menggunakan pelbagai cara, termasuk alat pengesan bagi memastikan tiada lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan sebelum menghentikan operasi mencari dan menyelamat, kata pada sidang akhbar kedua hari ini.

Khalid berkata, pihaknya bimbang wujudnya kemungkinan orang luar yang melalui kawasan itu semasa kejadian tanah runtuh 4 pagi semalam, terperangkap dalam runtuhan.

http://www1.mstar.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: