Posted by: pinkturtle2 | Disember 7, 2008

ke mana pergi RM30 juta Wang daripada Agro Bank

ke mana pergi wang RM30 juta yang dipinjam daripada Agro Bank itu. Sila siasat keluar masuk wang termasuk segala perbelanjaan penyelengaraan kelab terbabit semasa adik MB itu menguruskannya. Juga sila siasat akaun adik MB dan segala harta yang dimilikinya. RM30 juta bukan sedikit.

ke mana pergi wang RM30 juta yang dipinjam daripada Agro Bank itu. Sila siasat keluar masuk wang termasuk segala perbelanjaan penyelengaraan kelab terbabit semasa adik MB itu menguruskannya. Juga sila siasat akaun adik MB dan segala harta yang dimilikinya. RM30 juta bukan sedikit.

golf

BPR, Sila Siasat Unsur Penyelewengan Dan Rasuah Dalam Kes kelab Golf !!

KUANTAN – Isu kelab golf Astana yang disita oleh Agro Bank baru-baru ini jelas sekali menunjukkan betapa beratnya amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Pahang. Kami mendapat maklumat terbaru, memang benar dan “comfirm” adik MB Pahang diberi kontrak menyelenggarakan kelab golf tersebut. Namun akibat penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan maka beliau telah ditamatkan kontraknya itu beberapa bulan yang lalu. Khabarnya, kini kontrak itu telah diambil alih oleh Kontraktor baru yang lebih komited untuk membangunkan semula kelab itu. Namun begitu, masa sudah terlambat, akhirnya kelab golf itu “terlingkup juga dibuatnya”. Persoalannya disini, terdapat unsur rasuah yang nyata dalam kes Astana Golf & Country Club ini. Apakah perlu pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat jika ada laporan daripada rakyat?. Sedangkan banyak laporan terdahulu dipendamkan begitu sahaja?

Rasuah pertama ialah, bagaimana “adik MB Pahang” boleh mendapat kontrak menyelenggarakan kelab golf terbabit. Apakah ada tender terbuka dibuat?. Atau mungkin Dato’ Nan menggunakan kuasanya untuk memilih kontraktor. Ini menampakkan ada wujudnya amalan “Kronisme”. Adakah adik MB merupakan kontraktor berwibawa lantaran pemilik kelab terbabit iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dimana MB Pahang itu adalah Pengerusinya memilih adik beliau?. Apakah tiada lain-lain kontraktor yang lebih berwibawa untuk dilantik. Rekod adik MB ini juga buruk, kerana sebelum itu beliau pernah mengendalikan pengurusan Kelab Golf di Daerah Bera. Kelab itu juga lingkup dibuatnya. Maka bagaimana PKNP menilai kontraktor yang sudah “gagal” sebagai berwibawa dan membenarkan adik MB menguruskan Astana Golf & Country Club itu pula. Siapa yang memilih kontraktor?. Maka itu diharap ada rakyat Pahang yang prihatin akan membuat laporan polis kes ini. Kita mahu BPR siasat hingga ke akar umbi. Kesihan benar kepada lebih 80 pekerja kelab terbabit yang terpaksa menanggung derita akibat kes ini.

Perkara kedua yang mesti disiasat, ke mana pergi wang RM30 juta yang dipinjam daripada Agro Bank itu. Sila siasat keluar masuk wang termasuk segala perbelanjaan penyelengaraan kelab terbabit semasa adik MB itu menguruskannya. Juga sila siasat akaun adik MB dan segala harta yang dimilikinya. RM30 juta bukan sedikit. Menurut maklumat, disamping hutang RM30 juta termasuk interest hampir RM10 juta kelab itu juga dipercayai telah gagal melunaskan banyak hutang-hutang lain kepada pembekal. Ini bermakna wang RM30 juta itu telah disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu. Memandangkan kelab itu dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pahang, maka adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk mengetahui rahsia disebalik kes ini dengan lebih terperinci lagi. Mereka yang bersalah harus dibawa ke muka pengadilan. MB juga harus dipertanggungjawabkan kerana “Rasuah” memilih adiknya sebagai kontraktor pengendali kelab terbabit hingga menyebabkan kerugian dan hutang puluhan juta.

Inilah dia khianat dan perompak namanya, amanah diberikan namun penyelewengan dilakukan. Mana mungkin hutang RM30 juta tidak berbayar tapi tiada penyelewengan. Orang kampung dan felda boleh ditipu, tapi bagi rakyat yang celik mata dan hati sukar untuk diperlakukan sedemikian rupa.

Justeru itu, bangunlah wahai rakyat Pahang sekalian. Demi agama, bangsa dan negeri tercinta, maka lakukanlah sesuatu untuk menukar serta merubah kepimpinan yang ada. Jangan dibiarkan mereka terus merompak harta rakyat dengan sewenang-wenangnya. Semua habis disapu dari balak, projek dan berbagai lagi. Hingga driver dan kerana di pejabat MB dan exco-exco pun sudah beberapa kali mendapat kawasan balak.

Sebab itu kebanyakkan daripada mereka kini hidup dalam bermewah-mewah. Itu belum termasuk berekar-ekar tanah yang diperolehi secara runding terus. Tunggu pendedahan seterusnya di Pahang Daily Online berkenaan perkara ini.

http://pahangdaily.blogspot.com


Responses

  1. Ada lah lebih baik RM30 juta jika di beri sebagai pinjaman kapada petani,nelayan atau pengusha SMI.Dapat juga membantu meningkatkan taraf hidup golongan ini.Malah golongan ini begitu sukar untuk membuat pinjaman.Dalam masa yang sama bank2 begitu mudah menyalurkan pinjaman pada syarikat2 yang di naungi oleh orang2 penting dalam umno.

  2. ada tak kalangan pemimpin negeri pahang dari parti pekembar ni yang bukan keturunan perompak dan lanun?????? jawabla sendiri wahai orang pahang…

  3. Padang golf yang ntah berapa kerat org yang main bleh bagi pinjaman gitu punya banyak. Dah tu, tak bleh dapat pendapatan balik. Drpd buat pdg golf baik buat universiti ke… tak pun buat tanaman cili merah besar-besaran. Bleh gak tulun kurangkan harga cili merah di pasaran.

    Yang Agro Bank bagi pinjam ni pun knapa? Depa ni menyangkul tak dapat hasil la… keliru kut baca proposal pinjaman tuh. Ingat menyangkul nak buat bendang kut….

  4. Betapa sedihnya hati ini bila mengetahui perkara ini dilakukan oleh mereka yg berjuang dlm organisasi yg memperjuang & mempertahankan ketuanan Melayu.

    Malang lagi bila perkara ini bukan angkara Lim Kit Siang. Bukan angkara Lim Guan Eng. Bukan juga angkara Karpal Singh atau Gobind Singh Deo. Jauh sekali dilakukan oleh Tian Chua. Kalau ini kerja Lim Kit Siang & suku sakatnya, senang kita kerjakan.

    Tapi ini kerja bangsa ku sendiri. Sunguh bangsat bangsa ku yg melakukan penyelewengan ini. Tak ku sangka, harapkan pagar, pagar makan padi.

  5. APA LA NAK HERAN SANGAT DIA ORG BLEH CARI BALAK YANG BERSEPAH KAT SANA UTK NAK BAYAR HUTANG TU…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: