Posted by: pinkturtle2 | Disember 8, 2008

Dua maut, lima parah kemalangan di Pasir Puteh

Dua maut, lima parah kemalangan di Pasir Puteh

07/12/2008 9:14pm

PASIR PUTEH 7 Dis. – Dua maut manakala lima lagi parah apabila sebuah kereta dan van bertembung di Kilometer 38.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, dekat Pasir Puteh, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, pemandu kereta Proton Waja, Mat Wisitar Yusof, 32, meninggal dunia di Hospital Jerteh (HJ), Terengganu manakala penumpangnya Latifah Ismail 20-an, mati di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Mereka yang cedera parah ialah penumpang Proton Waja, Zulaimi Zakaria, 32, yang kini dirawat di HJ manakala pemandu van, Mad Mid Awang, 57, isterinya, Bidah Muda, 57, serta dua anak mereka iaitu Maria, 30, dan Mohd. Hakimi, 12, menerima rawatan di Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, semua mangsa tersepit di dalam kereta dan van yang remuk.

http://www.utusan.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: