Posted by: pinkturtle2 | Disember 8, 2008

Pemuda PAS Mahu Calon Muda Dari Terengganu Sendiri

Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi.
Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi. Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini – Azman Shapawi

Pemuda PAS Terengganu cadang calon phD,Prof Madya

KUALA TERENGGANU, 8 Dis (Hrkh) –Dewan Pemuda PAS Terengganu semalam sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan.

“Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan maklumat berhubung calon tersebut. Kita tunggu keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat PAS Pusat nanti. Presiden pun masih berada di Mekah. Kita tunggulah.

“Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi.

“Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini,”katanya dalam satu kenyataan kepada media tempatan semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih ingin melihat Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu bertanding mewakili parti tersebut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu.

Mengulas lanjut, Azman Shapawi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz adalah bersifat peribadi, tetapi calon yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri adalah melalui keputusan bersama.

Menurut beliau, sekiranya kepimpinan PAS Pusat tidak menerima calon yang dikemukakan itu, Dewan Pemuda bagaimanapun tetap akan mengarahkan seluruh jentera untuk memastikan calon yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu akan mencapai kemenangan.

“Kita tetap menerima calon yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi apa yang kita harapkan adalah cadangan kita diterima, iaitu calon daripada golongan muda dari negeri ini. Apa yang penting sokongan itu selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara PAS bersama pakatan pembangkang.

“Sebelum ini pun kita telah memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Parlimen ini bakal menjadi milik Pas,”katanya.

Beliau berkata, PAS akan berusaha merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan tidak akan memberi kemenangan percuma kepada calon BN.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Seseorang yang berpelajaran tinggi dengan phd atau multiple masters dalam bidang tertentu tak semestinya cekap dalam bidang politik. Sebaliknya beliau mungkin seorang ‘greenhorn’ dalam politik dan akan senang dibuli oleh pihak bn dalam parlimen. Saudara Mat Sabu telah terbukti kecekapan beliau dalam bidang politik. Beliau pemidato hebat dan setiap kali berceramah akan mengegarkan pentas. Saya berharap sangat agar pas akan memilih beliau sekali lagi sebagai calon k.terengganu.

  2. kalau semua sepakat pilih tu mestilah dari calon terbaik dari terbaik..tak timbul isu lain. mungkin diorang tak berminat pilih pemimpin yg seperti di cadangkan Tok Guru.diharapkan Tok Guru terbuka didalam isu ini.

  3. Saya ammat bersetuju dgn saudara BADROL..mmg seseorang yg brependidikan tggi tdaklah semestinya akn dpt berketerampilan swaktu sesi perbahasaan dgn tdk menafikan kewibawaannya di dlm budang lain..cuma sebagai org lama di dlm jamaah,ABG MAD di harap dpt di calunkan buat kali ni memandangkan karektor beliau yg mesra rakyat dan sgt di sayangi kawan n lawan….HIDUP ABG MAD SABU…
    ALLAHHUAKBAR…

  4. Sdra Mat Sabu merupakan sorang calon yang berterampilan dan mempunyai aura sebagai seorang Ahli Parlimen. Walau pun beliau tidak mempunyai PHD/Master dsbnya tetapi belaiu merupakan seorang pendebat yang akan mengegarkan Parlimen Malaysia jika terpilih nanti. Ketika berceramah pun beliau bukanlah tangkap muat dengan mengeluarkan kata-kata kosong, malah penuh dengan fakta dan sejarah. Percayalah jika Mat Sabu dipilih, beliau bukan lah satu-satunya Ahli Parlimen yang tangkap muat sahaja.

  5. Saya juga setuju dengan saudara Badrul, mer & m1ngle3 ,di masa dan ketika ini kita perlu melihat kehadapan dan mesti pemikiran terbuka, di parlimen kita perlu sesorang yang berpengalaman dan bagi pandangan saya Saudara mat sabu adalah sesuai sekali di masa kini kerana ia telah banyak melakukan pengorbanan demi rakyat cuma nasib beliau belum menyebelahi lagi,insyaallah munkin masa terdekat dan saya berharap agar rakyat trengganu tidak mudah terpengaruh dengan isu orang tempatan.

  6. kuala trengganu salah satu dari malaysia
    saya di kelate pun berhak ke atas undi di terengganu

    sebab apa saya kata gitu?

    sebabnya, KALU TAK CUKUP 1 KERUSI, TAK BOLEH TUMBANGKAN BN/UMNO!!!!

  7. Yg penting orang yg boleh menang dan pandai berdebat di parlimen. saya rasa mat sabu tak boleh menang. org tganu kenegerian. dan dlm praya ini org atas pagar penting.

  8. Soal calon berkelulusan tinggi atau veteran tak penting yang penting colon tersebut hendaklah orang yang telah betul-betul bertungkus lumus bersama PAS, jangan pilih calon yang hanya ada kelulusan tapi tak pernah bekerja kuat bersama PAS, nanti kalau menang mungkin tak dapat bekerja…. dan akan menyusahkan PAS pula.

  9. Kemenangan mana-mana parti dalam PRK Kuala Terengganu adalah bergantung kepada undi pengundi atas pagar.Hardcore PAS dan UMNO pasti tidak berubah undi mereka.Saya yakin PAS akan menang pada 17 Jan 09 nanti dengan majoriti besar.BN menang PR12 bukan disebabkan oleh UMNO/BN tetapi disebabkan oleh populariti Dato’ Razali Ismail.Bagi calon PAS/PR adalah yang paling layak adalah Sdr Hj. Mat Sabu yang hebat berhujah di Parlimen untuk berhadapan dengan Tajudin six million dolars man, Mohd Aziz dan Bung Mokhtar,Jasanya untuk perjuangan rakyat sudah diakui dan sanggup ditangkap, dilokap dan di ISA untuk menegak hak rakyat. Yang penting adalah berani berjuang dan menjadi pemimpin yang berkesan dan Sdr Mat Sabu pemimpin sejak menjadi siswa UiTM.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: