Posted by: pinkturtle2 | Disember 8, 2008

khabar angin “cakap-cakap” anggota polis dan tentera menceroboh masuk rumah mangsa runtuhan

PUSAT pendaftaran sementara masuk keluar yang disediakan di kawasan tragedi ketika usaha digerakkan untuk memindahkan penduduk kawasan sekitar. – foto The Star oleh UU BAN
LALUAN sementara yang disediakan oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Polis: Operasi makin cabar, henti khabar angin

Masih terdapat pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh

[DIKEMAS KINI, 5 petang] KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menyifatkan sebagai khabar angin “cakap-cakap” bahawa anggota polis dan tentera menceroboh masuk rumah yang dikosongkan di kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa.

Beliau menganggap ia hanya khabar angin selagi tiada laporan polis dibuat.

“Jika betul ada tentera dan polis masuk ke rumah penduduk, buat laporan polis dan minta jangan sebarkan khabar angin, kerana kita tidak mahu operasi terganggu. Kita akan halusi laporan dan siasat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini hanya enam laporan polis dibuat, lima melibatkan kes hilang harta benda manakala satu lagi laporan tidak puas hati mengenai ada pihak yang tidak berkaitan berada di kawasan itu.

“Laporan itu hanya dibuat oleh mereka yang rumah mereka terjejas akibat tanah runtuh dan bukan dari mereka yang rumah mereka dikosongkan,” katanya.

Khalid berkata, polis akan meningkatkan kawalan di rumah-rumah yang telah dikosongkan dan di rumah yang terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi kelmarin dan meragut empat nyawa serta menimbus 14 banglo.

Beliau juga berkata, usaha untuk mengesan pembantu rumah warga Sri Lanka yang berusia 30 tahun giat dijalankan dan polis telah memaklumkan kepada Kedutaan Sri Lanka.

Wanita itu dilaporkan tidak dapat dikesan sejak kejadian tanah runtuh Sabtu lepas.

Khalid berkatam wanita itu telah berkerja dengan keluarga mangsa Dr N. Yogeswari selama enam tahun.

Yogeswari, 40, merupakan salah seorang mangsa yang terkorban.

Tiga lagi ialah akauntan Eng Yee Peng, 30, Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20, dan warga Indonesia Surinah, 30an.

Khalid berkata operasi hari ini menjadi lebih mencabar apabila hujan turun sejak awal pagi menyebabkan kerja-kerja mencari dan menyelamat terpaksa dibuat secara berhati-hati.

“Masih terdapat pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh,” katanya.

Operasi kesan 1 lagi mangsa diterus, laluan kedua dibina

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan buat hari ketiga hari ini, di sebalik hujan lebat dan sambutan Aidiladha, bagi mengesan seorang rakyat Sri Lanka yang dipercayai tertimbus.

Bagaimanapun sehingga 3 petang tadi anggota SAR belum menemui sebarang petunjuk dari anjing pengesan dan sensor pengesan.

Usaha membina laluan kedua juga diteruskan dengan bantuan anggota tentera dan kakitangan Jabatan Kerja Raya.

Laluan itu bermula dari rumah bernombor 30 Taman Bukit Mewah dan disambung hingga kawasan Kondominium Impian Selatan, melibatkan jarak kira-kira 250 meter.

Warga Sri Lanka itu merupakan pembantu rumah kepada doktor haiwan, Dr. N. Yogeswari yang turut terbunuh dalam tragedi ini kelmarin.

Dia dilaporkan tidak dapat dikesan sejak kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ekoran laporan polis yang diterima daripada seorang kenalan Dr. Yogeswari malam tadi, operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh itu yang diberhentikan pukul 6.30 petang semalam dimulakan semula tiga jam kemudian.

Semalam pasukan SAR telah mengumumkan dua kali bahawa tiada lagi mangsa iaitu tengah hari dan sebelah petang.

Laporan kehilangan pembantu kerja itu merupakan petunjuk baru untuk meneruskan SAR.

Ikram melaporkan masih ada lagi pergerakan kecil struktur tanah dan segala operasi akan dihentikan segera jika keadaan merbahaya.

Tinjauan wartawan mStar Online di tempat kejadian mendapati jamuan Aidiladha turut diadakan, secara kecil-kecilan, untuk para petugas yang terlibat dalam operasi SAR.

Ia adalah tajaan pengurusan Hotel Concorde.

Ketika ditemui wartawan di tempat kejadian di sini sebentar tadi, Khalid berkata, operasi mengesan warga Sri Lanka itu ditumpukan di rumah banglo No. 1, Jalan Bukit Mewah di mana mayat Yogeswari dijumpai kelmarin.

“Operasi masih diteruskan hingga sekarang kerana walaupun tanpa petunjuk kerana memandang berat laporan tersebut,” kata pada sidang media.

“Operasi kita tumpukan pada lokasi tersebut kerana percaya dia berada berdekatan dengan mangsa tersebut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kira-kira 2,000 penduduk Bukit Antarabangsa masih terperangkap dan usahausaha sedang dijalankan termasuk membina laluan baru.

Kejadian tanah runtuh pada pukul 4 pagi kelmarin telah menimbus 14 banglo di kawasan itu dan meragut empat nyawa setakat ini yang terdiri daripada Dr Yogeswari, 40, akauntan Eng Yee Peng, 30, Shaiful Khas Datuk Shahrudin,20 dan warga Indonesia Surinah, 30-an.

Walaupun hujan lebat turun sejak awal pagi ini, penduduk Islam di sekitar tempat kejadian telah beramai-ramai turun untuk menunaikan solat Aidiladha di Surau Madrasah AdDinniah yang terletak 500 meter dari tempat kejadian itu.

Petang semalam SAR mangsa tanah runtuh dihentikan apabila pasukan penyelamat berpuas hati tiada lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan di situ.

Operasi itu dihentikan pada pukul 6.30 petang, kira-kira 38 jam selepas kejadian itu, yang menimbus 14 buah rumah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama dan meranapkan sebahagian daripadanya.

Pemberhentian operasi SAR itu diumumkan Khalid petang semalam.

Keputusan itu dibuat setelah pasukan penyelamat mengesahkan bahawa cebisan daging yang kesan oleh anjing pengesan di bawah runtuhan bangunan di situ adalah bangkai seekor anjing peliharaan.

“Dengan ini tiada lagi mangsa yang terperangkap atau tertimbus dalam runtuhan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, katanya pasukan bertugas terus membantu pemilik rumah yang terlibat dalam kejadian itu untuk mencari barangan dan dokumen penting di kawasan runtuhan rumah masing-masing.

Khalid berkata kerja-kerja mengorek tanah di kawasan tempat kejadian menggunakan jengkaut telah juga dihentikan.

Katanya, pergerakan tanah di kawasan terbabit masih berlaku tetapi ia adalah dalam skala rendah.

Malah petang semalam, Khalid turut meminta kira-kira 2,000 penduduk di empat kawasan penempatan di Bukit Antarabangsa supaya berpindah serta merta kerana kajian Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kawasan itu berisiko tinggi mengalami tanah runtuh.

Kawasan-kawasan itu ialah Kondominium Impian Selatan, Taman Bukit Mewah, Jalan 6A Taman Bukit Jaya dan Jalan 9 Taman Wangsa Ukay.

http://www1.mstar.com.my



Responses

  1. hmm orang kaya tak kenang budi

  2. kalau orang kaya yang kena musibah segala kepala menteri, menteri2 dan sultan semuanya turun, dari kepala polis dan tentera serta bala tentera mereka turun membantu orang kaya, itu bala kecil yang allah nak tunjuk kepada mereka kerana sikap double standard yang ditunjukan oleh kerajaan kepada orang kaya dan miskin, kalau orang miskin tak sedar lagi, tak tahu lah apa nak dikatakan lagi.

    • sumer manusia adalah same disisi tuhan yang pandai membezakan adalah manusia sendiri jadi ingatlah bahawa kaya atau miskin akan sampai seru nye bila sampai masanyer…..!!! walau aper pun terima kasih pihak bomba dan Smart team..yang bertungkus lumus mencari mangsa yang terlibat..syabassssss…

  3. Part I

    Ramai yang bertanyakan pendapat saya mengenai tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang. Apa lagi yang hendak diperkatakan. Apabila manusia sendiri rakus menodai alam, adakah kita mengharapkan alam sebaliknya akan menjaga kita? Manusia-manusia ini tidak pernah belajar dari kesilapan. Bukan sekali dua kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan tanah tinggi. Yang terbesar adalah keruntuhan Kondominium Highand Towers yang bakal menyambut ulang tahunnya pada hari esok. Jika dikaji secara mendalam, siapakah yang mendiami kawasan-kawasan mewah ini, kita akan mendapati tidak ada orang miskin menumpang hidup di sini melainkan orang-orang gaji yang menumpang bekerja. Semua penduduknya adalah golongan Datuk-Datuk, Tan Sri dan hartawan jutawan. Tentunya saudara-saudara beranggapan kenyataan ini adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan. Siapa yang lebih tidak berkemanusian. Saya atau golongan-golongan ini yang membantu mengondol bukit-bukit dan tanah tinggi. Adakah perkara ini tidak mengenai batang hidung saya, maka saya berkenyataan kejam sebegini. Salah. Seorang mangsa di dalam tragedi tersebut adalah Pakcik saya. Beliau kini terpaksa menginap di rumah anak perempuannya di Shah Alam selepas kejadian dua hari lepas.

    Hasil pembelajaran saya yang tidak seberapa ini, boleh dikatakan kebanyakan agama menegah pengondolan tanah-tanah tinggi dan bukit bukau yang menjadi pasak bumi. Kita tidak memerlukan kajian roket sains untuk memikirkan perkara ini. Sekiranya pasak bumi telah ditarah dan dirogol sewenang-wenangnya, apa lagi yang diharapkan untuk bumi melindungi kita. Bumi kita tengah nazak dengan perbuatan kita sendiri. Jangan salahkan alam sekitar sekiranya bencana alam yang telah, sedang dan akan berlaku. Mengapakah hendak disalahkan pihak kerajaan tempatan yang kononya gagal mengawal pencerobohan tanah tinggi? Mengapa hendak disalahkan pemaju yang membina dan mengondolkan bukit-bukit bukau ini. Salahkan diri sendiri! Salahkan pembeli dan mangsa-mangsa yang terlibat di dalam tragedi tersebut. Tanpa permintaan dari mangsa-mangsa tragedi tersebut, maka adakah penawaran daripada pihak pemaju? Sekiranya tiada permintaan dari golongan-golongan yang kononya berstatus elit tinggal di puncak tinggi, perlukah adanya pengawasan dan pengawalan dari pihak berkuasa. Jangan asyik menunding jari apabila berlakunya mala petaka. Salahkan diri sendiri. Satu jari telunjuk menunding ke arah orang lain, tiga lagi jari akan menunding ke arah diri sendiri. Pada masa sekarang masih banyak lagi projek-projek perumahan mewah yang sedang atau dalam pembinaan di sekitar tanah-tanah tinggi dan bukit bukau. Adakah projek-projek ini adalah untuk rakyat marhaen dan miskin. Tidak. Projek-projek ini adalah untuk Datuk dan Tan Sri dan hartawan serta jutawan. Nasihat saya, teruskan dengan hukum permintaan ini. Semoga suatu hari nanti kita kita terpaksa menghabiskan duit rakyat untuk menyelamatkan mereka-mereka ini daripada runtuhan seterusnya.

    Part II

    Menteri Perdagangan Dan Industri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya berkata, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan bilik hotel percuma kepada penduduk di Bukit Antarabangsa yang bercadang hendak berpindah daripada kediaman mereka dan tidak mempunyai kawan dan sanak saudara untuk tinggal. Sejak bilakah layanan kelas pertama ini diberikan kepada golongan orang-orang kaya ini. Bukankah seluruh Malaysia sekarang sedang mengalami musim banjir dan ramai lagi yang kehilangan harta benda dan tiada tempat untuk tinggal. Kenapa tiada layanan dan janji yang sama untuk memperuntukkan biliik-bilik hotel kepada mereka. Kenapakah ada layanan ‘double standard’? untuk golongan-golongan yang kaya sahaja? Bukankah golongan-golongan banjir ini juga rakyat Malaysia, pembayar cukai dan turut menyumbang untuk pembangunan negara? Malah di dalam laporan berita semalam, dipaparkan nasi-nasi bungkus yang masih elok dibuang di kawasan penempatan. Soalan saya, adakah orang-orang kaya ini tidak betah makan nasi bungkus walaupun di masa darurat? Oh ya, saya lupa. Inilah peraturan dunia. Jika perkara ini berlaku kepada rakyat biasa, tiada siapa yang ambil perduli. Sekiranya ini berlaku kepada orang-orang kaya, Sultan turun padang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri turut turun padang. Inikah yang kita katakan prihatin???

  4. saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga yg ahli keluarga mereka yg telah terkorban.seperti yg kita ketahui kebanyakkan struktur tanah di Kuala Lumpur lemah.diharapkan Kerajaan negeri lebih mengikut nasihat (dari mendengar sahaja) yg telah dinasihatkan oleh pakar2 yg berkaitan dengan geologi.kesan dari tragedi ini telah byk menyebabkan kerugian jiwa dan harta benda kepada org ramai dan juga kerajaan.

  5. Jadikanlah insiden ini sebagai satu pengajaran kepada pemerintah, pemaju yang begitu tamak dengan kekayaan.Pembangunan yang tidak terancang akan memberi musibah kepada rakyat bukan kepada poemaju dan pemimpin.Pasal polis dan tentera yang masuk, sepatutnya fahamlah sikit standard yang telah dikeluarkan MKN 20, jangan nak tau masuk aje, biarkan pasukan yang berwibawa aje yang buat kerja, kamu kawallah keadaan.Masuk ke tempat kejadian bukan kerja kamu tapi kerja pasukan penyelamat iaitu SMART TEAM dan pasukan Bomba.Pasal daoble standard, memang berlaku, kalau rumah orang awam haprak, kerajaan akan buat statement lebih kurang aje tapi kena rumah orang kenamaan, bagai nak rak buat liputan.Ambil iktibar kejadian kg.pelentong johore aje la…

  6. Itulah belang sebenar pemimpin kerajaan BN. Prihatin dan bantu segera kepada golongan musibah yang berada. Rumah rakyat bawahan yang ranap akibat banjir besar seperti di Kota Tinggi, tak ada pulak pemimpin2 utama kerajaan BN turun melihat lebih dekat akan penderitaan mereka. Setakat pergi ke dewan tempat penempatan semenrtara, pegang seorang bayi, tak payahlah cerita besar2 pada muka akhbar dan tv. Lebih teruk daripada itu seperti penduduk yang menjadi mangsa seperti di Kg Berembang dan Plentong Johor. Semestinya kepentingan pemaju lebih diutamakan oleh kerajaan BN, sebab pemaju kadang-kala kroni depa juga.
    Rakyat marhaen jugalah yang jadi mangsa. Bila mereka diperlukan oleh kerajan BN, masa nak mengundi nanti!

  7. pelik yea kenapa pula pihak polis yang beria-ia

  8. kalau orang kaya kena musibah, semua turun padang. semua nak membantu. bagus la, tak salah.

    tapi kalau rakyat kebanyakan kena musibah, semua saling tuding menuding. akhirnya yg susah bertambah susah. ini tak betul, harus diperbetulkan.

    hampir dalam semua perkara orang berpendapatan rendah dan miskin tiada tempat dan suara di hati pemerintah… so jangan sia-siakan peluang “berkuasa” 5 tahun sekali!

  9. betul,betul,betul
    manusia tak pernah belajar dari kesilapan lalu….
    dah banyak contoh, tak fikiyak semua 2…
    pihak kerajaan perlu lbh tegas supaya tidak ada rumah di lereng2 bukit lagi…
    jgn dah terantuk, baru nak teradah

  10. tak tolong salah, tolong pn salah… dh kena azab pn tak ingat lagi… aduyai…

  11. siapa yang bina jambatan tactical dan jalan alternatif utk bolehkan 3000 org keluar. anggota tentera yang lakukan semua itu, 24 hour without stop. jgn kata tentera tiada kerja

  12. aku paling hangin dengan mamat yang mengamuk kat YB Azmin Ali dalam Buletin Utama jam 8 tadi.itulah dia sikap segelintir orang melayu yang tinggal kat dalam penempatan mewah.sombong,bongkak itulah sikap yang boleh di gambarkan…mengamuk tak tentu pasal menyalahkan petugas yang beri bantuan…itulah si bongkak yang bodoh…kalau mamat tu baca komen aku ni, aku nak pesan sikit…nasib baik kau tak mampos ditelan bumi…memang tak reti bersyukur atas apa yang telah diperolehi.orang lain sanggup bersengkang mata,korbankan masa di hari raya semata mata nak tolong si bongkak yang hina! kalau kau mampos kena telan bumi lagi baik!!!

  13. salam…
    En Nasron al jauhari…rasanya tak perlulah kita mempersoalkan tentang kaya atau miskin..seingat saya yang juga rakyat malaysia ni…setiap kali rakyat kita di timpa musibah..pasukan keselamatan sentiasa membantu…kadang tu kita yang tutup sebelah mata …cuba tgk mangsa banjir yang dibantu…almost every year…kalau pasal pemimpin plak…kita pun taukan,..itulah POLITIK…that is why we cannot depend on them…dari mengata baik laa kita usaha…be indendent cam Jepun tu…PM tukat 2-3 tahun sekali pun economy kukuh je sebab ekonomi depa tak depends on politik…tapi depend on rakyat
    dan pada yang membuat khabar tu bagi saya tak patut lah kan…rasanya dalam keadaan macamni polis tak ada masa nak menceroboh masuk…nak balik rehat pun tak sempat semata mata nak menolong…raya tak yah cakap laa kan…kadang ni laa kan…manusia dah berilmu dan berbudikan duit…semua duit dan pangkat dulu…tak kiralaa rumah dah ditelan bumi ke apa ke…masyaAllah

  14. betul…betu!!!!!betul kata elnino tu….
    orang kaya bongkak…..tak sedar diri…
    orang dah tolong dia tak terima kasih..bodoh!!!!
    macam tu ke orang melayu!!!??buat malu melayu je…bangang!!selama ni dia tu ada tolong orang miskin angkat barang ke?????….kalau time dia nak maki-maki orang plak!!!eeee…bodoh nye…
    belajar tinggi2 tapi otak tak leh pakai…..ko berhenti la jadi orang kaya jadi orang miskin plak…..

  15. akibat tak keluar zakat ni. kaya semata-mata, tak tahu atau tahu tapi buat tak tahu, dalam harta dia tu ada hak orang lain. kena banyak muhasabah dirilah….

  16. Dah le, jangan nak berbalah lak sesama kita. Ambil iktibar apa yang terjadi. Ini adalah amaran dari Allah sebab manusia terlalu rakus terhadapa alam semulajadi. marilah kita bermuhasabah diri. Kurangkan komen banyakkan beribadat. Tolak BN, tolak Umno. Hidup Pakatan Rakyat.

  17. biasalah tu harapkan pagar, pagar yang makan padi, kalau ketua dah penyamun anak2 buah penyangak, kalau dah makan taik mustahil cium saja, KPN: KETUA PEROMPAK NEGARA

  18. antara janji dan tragedi;
    kerajaan dah pun tau tempat tu tak selamat buat projek…tapi demi keuntungan para menteri2 BN/umno, mereka tetap luluskan juga
    tapi kita sedia maklum yang duduk kat lereng tu pun bukan calang2 org….kaya raya, tu lah kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai, kaau takut tanah runtuh jgn berumah di lereng bukit, kalau takut banjir jgn berumah single storey…tapi biasa kita tengok org kaya2 bina banglo memang atas bukit susah orang miskin minta sedeka

  19. ORG2 KAYA NI MEMANG RUMAH TINGGI2, DIA ORG ANGGAP SENANG TAK KENA BANJIR ATAU TSUNAMI, TAPI KALAU FIKIR BALIK TERKENA BANJIR SEMPAT JUGA LARI…NI KALAU DAH KENA TIMBUS TANAH SEMUA RANAP, NI KERANA ORG2 TERNAMA TINGGAL KAT SANA YG KENA MUSIBAH, DEWAN PARLIMEN SIBUK PULA BERDEBAT PASAL TU

  20. KALAU ORG MISKIN YANG KENA MUSIBAH, KESIAN KAN, KERAJAAN AKAN BAGI PENEMPATAN KAT DEWAN2, SEKOLAH2….NI BILA PAT ORG KENAMAAN KENA BAGI BILIK HOTEL PERCUMA PULAK…ITULAH KEISTIMEWAAN ORG2 KAYA, BUAT BANGLO ATAS BUKIT, KENA TANAH RUNTUH DPT TINGGAL HOTEL PERCUMA

  21. PRE_JUDGEMENT tolong buktikan polis2 tu menceroboh/merompak rumah mangsa, kami x de masa untuk mengambil kesempatan tu jangan main sedap mulut celupar je hentam kami.selagi xkena batang hidung sendiri bolehla cakap.Kami org polis doakan rumah anda diceroboh perompak penyamun dan sebagainya…Allah akan balas ke atas anda atau keluarga anda sendiri MELAYU Xsedar diri!Cermin Diri Anda Dulu !!!

  22. ….dalam perjalanan bila kau terjumpa ular dan keling, nak ketok mana dulu?…..yang sibuk komplen dalam tv3 tu ialah keturunan keling tak sedar diri!!! patut ketuk dulu sebelum dia bercakap.

  23. Yelah tuuuuu!orang dah tersepit mcam2 boleh cakap. Kalau terkena kat batang idung sendiri BISU kau.

  24. KALAU ORG MISKIN YANG KENA MUSIBAH, KESIAN KAN, KERAJAAN AKAN BAGI PENEMPATAN KAT DEWAN2, SEKOLAH2….NI BILA PAT ORG KENAMAAN KENA BAGI BILIK HOTEL PERCUMA PULAK…ITULAH KEISTIMEWAAN ORG2 KAYA, BUAT BANGLO ATAS BUKIT, KENA TANAH RUNTUH DPT TINGGAL HOTEL PERCUMA

    kerajaan double standard…….tuhan baru turun bala sket ja 2nblum banyak lagi beringatlaaa

  25. Cucu Tok Selampit & onetoyang
    Komen anda menarik.
    elnino, orang miskin & anak dagang,
    Sabar, buat macam YB Azmin…..tenang & cool
    rizal,
    saya setuju 100% dengan anda

  26. yang kaya semakin kaya, mewah, angkuh…
    kalau letak kat hotel mana nak timbul rasa insaf..
    mana nak rasa susah..cuba sekali sekala hidup macam manusia biasa, ( letak dalam dewan sekolah) macam mangsa banjir.

  27. MEMANG DASAR PEMERINTAHAN YANG ZALIM, RAKYAT PATUT BUKA MATA DAN MINDA, TENGOK BAGAIMANA DIA ORG LAYAN ORG2 KAYA, DAN ORG KAYA2 PULA TAK NAK DUDUK KAT DEWAN DAN SEKOLAH NAK KAN BILIK HOTEL PULA, YELAH TU HARAP2 HOTEL PULA RANAP BARU DIA ORG RASA, MAKLUM ORG KAYA2 NI MANA MAU HIDUP CARA SUSAH, DIA ORG NI ANGGAP DIA ORG BUKAN MANUSIA BIASA DAN MEREKA MANUSIA LUAR BIASA MACAM SETAN

  28. ORG POLIS,
    MEMANG DAH TERBUKTI POLIS TU PENYANGAK BESAR, ROMPAK HARTA ORG, PENCURI SANA SINI TAK TERJAGA, ASYIK TERIMA RASUAH JE, KETA SAYA PERNAH KENA CURI, LAPUR POLIS HARAM TAK NAK BUAT RONDAAN PERGI CARI, ADAKAH PATUT DIA KATA ” KAU PERGILAH CARI SENDIRI JALAN KAKI” INIKAH KREDIBILITI POLIS? MENYAMPAH!!!!, AKU MEMANG DAH TERKENA BERURUSAN DGN POLIS,

  29. ORG POLIS,
    PERNAH SEDARA KU TINGGALKAN MOTO KAT BALAI KERANA KES KEMALANGAN, TINGGAL MOTO KAT SANA ELOK2 DAH PERGI AMBIK BALIK KABORATOR KENA POLIS KEBAS, BILA DITANYA CAKAP TAK TAU LAS2 ADALAH SEDARA YG KERJA KAT BALAI TU JUGA AMBIK BALIK BARANG TU DAN BAGI KAT YANG EMPUNYA BARANG TU….DAH TERBUKTI DAH…JGN MARAH..TAK TUMBUH TAK MELATA TAK SUNGGUH ORG TAK KATA

  30. PRE_JUDGEMENT, turun minyak nampak?. SABARLAH DIK, nak buat mcm mana lagi dah. Segala telah berlaku. Semua ni dah jadi adat dunia. Lumrah alam. Kehendak Ilahi. Kekadang ada baiknya kita buat tak tau je! selagi nak dipikirkan karenah dunia ni SEWEL pulak kita jadinya.

    Baiklah kita sesama banyakkan berdoa kepada Allah. Peroleh ketenangan. Masing2 ada tugas ada funsi dan peranan masing2. Ada ketikanya kita perlukan POLIS. Suka tak suka kita terpaksa kena pandang juga. Ada ketikanya kita tak perlu pandang dia orang. Waktu itu kita pandanglah ke arah lain. Aku pun ada banyak pengalaman dengan puak2 polis ni. Biasalah semua mereka ni pun manusia mcm kita juga. Ada polis baik. Ada polis jahat. Sama mcm dalam filem hindi. Betul2 sama. Kita anggap mereka ni sama jelah mcm dalam filem tu. Kebetulan negara kita ini juga menjalankan dasar yang sebiji serupa dengan cerita filem hindi. Sistem pentadbiran, politik, pendidikan, sosio-budaya, gaya hidup komuniti dan sistem ekonomi kita juga sama. Liku2 hidup kita ini sama dengan plot cerita dalam filem2 hindi. ALANGKAH MENHIBURKAN!.

  31. esdi,
    KALAULAH GELAGAT SI POLIS JAHAT KITA NI DPT DIFILEMKAN MACAM FILEM HINDI, MUNGKIN DPT JUGA MENGIMPROVEKAN KREDIBILITI MEREKA, TAPI YG NYATA DLM FILEM DI MALAYSIA NI NAMPAK SEMUA JE POLIS BAIK, TENGOK APA JADI DGN NORMAN HAKIM GARA2 BUAT KECOH KAT LOKASI PENGAMBARAN KISAH POLIS DAH TAK BOLEH BUAT LAKONAN, KERANA MENCEMAR KREDIBILITI POLIS KONON….POOOOORAH, KALAU IKUT DR SEGI LOGIK NYA ITU PERKARA PERIBADI TAK KENA MENGENA DGN CERITANYA DLM POLIS…..POLIS MAKAN GAJI BUTA, DAH GAJI BESAR MASIH JUGA RASUAH!!!!!!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: